Powered By Blogger
2

Hari terakhir sebagai Guru Praktikal~

Assalamualaikum.

Hari ini, hari jumaat, merupakan hari terakhir saya berpraktikal di SMK Seri Manjung. Ya, dah 4 bulan saya dilantik menjadi guru Sains Tingkatan 2. Saya mengajar 2A6 dan 2A8. Sepanjang saya mengajar mereka, ada pahitnya dan ada manisnya.

Cabaran sebagai seorang guru serius betul-betul mencabar. Budak x nak belajar, budak x buat homework, budak ponteng kelas, dan macam-macam lagi. Paling menggeramkan bila ada yang kurang ajar.

Sebelum ini saya hanya melihat guru saya mengajar, dan saya sebagai seorang pelajar hanya akan belajar dan menerima ilmu. Tapi kini giliran saya pula yang mengajar. Amanah sebagai seorang guru serius sangat berat. Saya cuba sedaya upaya untuk buat para pelajar saya faham, tapi kadang-kadang terasa saya gagal menggalas amanah ini. Sedih bila melihat ada lagi pelajar saya yang gagal, sedangkan latihan dah buat banyak kali. 

Kawan saya berkata, "Aina, aina dah buat yang terbaik. Budak-budak tu pun kena usaha sendiri."



Kepada anak-anak muridku sayang, ingatlah peluang awak semua belajar di sekolah menengah hanya sekali. Hanya sekali awak semua jadi pelajar tingkatan 2. Selepas ni bukan lagi tingkatan 2, tetapi tingkatan 3. Manfaatkan peluang yang ada ni. Homework kalau cikgu-cikgu bagi, kalau boleh siapkan. Kalau xde latihan, macam mana kita nak tahu sama ada kita faham atau tidak apa yang kita pelajari?

Tiba-tiba terasa macam nak menangis (atau mungkin sedang menangis)

Kepada pelajar-pelajar ku sayang, semoga jadi seorang insan yang berjaya suatu hari nanti. Nanti cikgu nak tengok FB awak semua yang tertulis currently studied at UKM, USM, UM, UITM, etc.

Waktu tu cikgu akan tersenyum dan melihat kembali gambar awak semua semasa tingkatan 2.

Ok, cukuplah saya menulis sampai di sini. Takut nanti banjir pulak rumah ni. Hua3.

Sebelum tu, terima kasih ye pelajar 2A6 dan 2A8 beri saya 1 pengalaman, :)

Barisan jejaka 2A6 yang selalu buat saya tersenyum, :)

Barisan anak murid perempuan saya yang kuat bergosip! Hee

Ya, saya akan merindui kelas 2A6!

Para jejaka 2A8 yang sering menggelakkan lukisan saya!

Pelajar perempuan 2A8 yang suka datang ke bilik guru untuk bersembang~

Bergambar kali terakhir dengan pelajar-pelajar 2A8

Kepada pelajar 2A6, sila datang pada hari ini untuk kelas kali terakhir ya!

p/s: Kepada semua pelajar, cikgu sayang kamu! =)

Selamat hari tua kepada adik dan blogger S!


Post lepas saya ceritakan yang saya stalk anak murid saya. Ya, saya stalk fb mereka dan ambil gambar mereka untuk dibuat penanda buku. Tapi xdelah penanda buku sangat. Sebab besar gedabak saiznya.

saya edit benda ni hampir seminggu lebih

Respons anak murid saya kebanyakannya terkejut. Ye lah, tiba-tiba cikgu dapat gambar anak murid sedangkan xde seorangpun pelajar saya yang add saya di Fb. Bunyi macam kecewake? Xdelah. Rileks sudah. =D

Minggu ni merupakan minggu terakhir saya berpraktikal di SMK Seri Manjung. Jadi saya memperkenalkan diri saya kepada para pelajar disebabkan masa pertama sekali saya mengajar mereka, saya langsung tidak perkenalkan diri saya kepada para pelajar saya. Errr, x kejamkan? Heee.

Saya perkenalkan diri saya...

Nama cikgu Nor Farah Aina bt Ahmad Nazri 
Cikgu belajar di bla, bla, bla...  
Cikgu ada 6 orang adik beradik, 3 perempuan, 3 lelaki.   
Bla, bla, bla, bla...

Ok, dah habis cakap. Saya tunjukkan gambar adik lelaki saya. Tiba-tiba macam ada yang berkenan. Kepada azfar, tolong jangan kembang. Hua3.

Fuyooo... ada yang tanya, dia dah kawen ke cikgu??


Sebenarnya saya tulis pasal adik saya sebab hari ni merupakan hari jadinya. Ya, 25/8. Bukan sahaja birthday adik saya, tetapi juga kawan saya, Solihin Zubir. Kepada adik saya, Azfar Afandi, semoga kamu jadi insan yang lebih baik. Jangan lupa solat, belajar rajin-rajin. Jadi cikgu yang berdedikasi pada 1 hari nanti. Semoga adikku murah rezeki, dan bahagia hidup di dunia dan akhirat.

Saya doakan yang terbaik buat adik dan juga kawan saya.. :)

Dan kepada Solihin Zubir, semoga kamu murah rezeki, bahagia hidup di dunia dan di akhirat. Semoga cepat berkahwin, dan paling penting. Jangan lupa jemput saya ye! Bila lagi nak pi kedah, :P

Tinggal lagi sehari sebelum praktikal berakhir. Kepada pelajar 2A6 dan 2A8. Saya benar2 akan merindui kamu semua..

p/s: 2 more days in manjung

2

Cikgu stalk anak murid!!!

Tinggal lagi 12 hari lagi untuk saya berpraktikal di SMKSM. Setakat ni xde sorang pun pelajar saya yang add saya di Fb. Dalam hati saya, xpelah. Mereka baru form 2. X berapa main Fb kot. Sebab saya tahu ada yang pergi CC semata-mata nak main Fb. Haih.

Hari tu secara x sengaja saya terjumpa FB anak murid saya, Hanani. Itupun sebab dia friend kepada 2 sepupu saya dan juga adik saya. Ok, dari situ apa lagi. Saya mula skodeng 1 per 1 Fb anak murid saya. Jadi, post kali ni adalah post menyekodeng mereka. Mari lihat anak murid saya!

Ridzuan Razikin

Ridzuan razikin. Pelajar yang kadang-kadang ponteng sekolah. Bila saya tanya, dia cakap dia buat persembahan. Ok, bila tengok profile pic memang nampak macam buat persembahan. Nanti saya nak tanya dia lagi. Walaupun ponteng, saya puas hati jugaklah bila ujian baru-baru ni dia dapat 66. Ok, ridzuan. Tahniah! 

p/s: Dia ni macam ketua gangster kat sekolah. Bajet macam fames, tapi saya rasa dia ni memang fames pun. Teringat haritu dia botakkan kepala macam si botak juvana lepas cerita tu habis. Ok, serius saya takut tengok dia botak licin macam tu. Nasib sekarang dah ada rambut! Hensem ckit. Hek3.


Nurul Aaina


Masa saya masuk kelas 2A8. Saya cakap, ada 2 budak nama aina kat sini. Ok, sama nama dengan saya. Ok, aaina ea? Hari tu dia tanya saya, "Cikgu-cikgu, cikgu xde Fb ke?"

Saya balas, "Awak carilah Fb saya. Saya dah jumpa dah Fb awak. Awak je yang x jumpa Fb saya. Saya tengok satu-satu Fb awak semua. Macam saya x tahu haritu awak semua tanya macam mana nak buat folio sains kan?"

Nurul Aaina tergamam, seorang pelajar saya, Aina sofia balas, "Pergh, cikgu stalker kot! Cikgu stalk kami."

Terus kedengaran suara pelajar yang lain, "Aku x kira, aku nak privatekan semua gambar, wall aku."

Saya gelak dalam hati. Hua3.

p/s: Aaina, cikgu dah jumpa FB awak. Terkezut x? Hua3. 


Aufa

Nama pelajar saya yang agak unik. Aufa aqhalakam. Aufa, makan lek lok ye. Hua3. Ok, ni adalah antara pelajar saya yang kuat mengarut. Selalu buat 1 kelas gelak. 

Hari itu saya bertanya , "Saya pelik kenapa untuk soalan berikan 1 makanan yang boleh mengurangkan sembelit ramai yang jawab nanas?"

Aufa balas, "Yahhh, hidup nanas! Kami suka nanas!

Saya? -_-

Afif

Ok, afif ni merupakan pengawas kat sekolah tu. Antara pelajar yang saya rasa pintar sebab bila saya tanya, kira afif ni selalu berikan jawapan yang bernas. Ya, buat saya rasa kagum jugaklah.

Tapi saya teringat masa hari report card day, ayahnya datang dan bertanya, "Cikgu, cikgu x bagi pelajar-pelajar ni homework ke? Sebab bila saya tanya afif, afif, xde homework ke? Nanti dia cakap xde."

Waktu tu saya nak je bagi sedozen homework depan ayah dia sendiri. Afif, cikgu bagi banyak homework ye. Awak je yang x pernah nak buat. Nasib exam haritu ok jugak resultnya.

Ok, saya rasa cukuplah saya stalk mereka kat sini. Perasan x kenapa pelajar lelaki lebih ramai daripada pelajar perempuan? Sebab pelajar perempuan kelas saya ramai yang letak gambar free hair. -_-

Haih.

Tinggal lagi berapa hari je lagi sebelum saya mengucapkan selamat tinggal pada mereka. Yang pasti, saya akan merindui mereka.

p/s: Saya suka stalk anak murid saya. Hua3.

14

9/8. Alhamdulillah kini berumur 22 tahun.


Umurku meningkat pada hari ini. Eceh, sedangkan umur memang meningkat pun setiap hari! Ok, tapi hari ni special ckit sebab umur saya genap 22 tahun. Ya, saya lahir pada 9/8/89. Lahir sebagai anak perempuan dan merupakan anak ketiga ayahanda Ahmad Nazri dan ibunda Norsiah.

Lahir sebagai anak perempuan terakhir menyebabkan saya dipanggil adik oleh mama saya sendiri. Sedangkan adik saya yang bongsu pun x dipanggil adik. Sampai sekarang ke orang panggil saya adik?

Jawapan: Ya, tapi hanya untuk mama dan papa saya. Kakak-kakak saya panggil saya faina. Dan 3 adik lelaki saya panggil saya kak farah. 

Ok, sama ada saya malas atau saya x sempat nak update panjang-panjang. Cuma 1 je, saya tukar profile pic di Facebook. Kawan saya kata muka saya sama macam adik saya, Danial. Cuba lihat, sama ke? [Kalau sama kira masa kecik saya comel lah kan..hee]


 
                         this is my brother                          This is me!

Ok, mula-mula rasa macam sama. Tapi bila compare macam x! Hehe.

nota kaki: Rindu si kecik ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top