7

4 tahun di UPSI. Apa yang akan saya rindui?

Assalamualaikum.


Ok, dah 2 bulan saya tinggalkan blog ni. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Tapi kenapa hari ni dapat update pulak? Ok, jawapannya ialah sebab semalam saya dah habis final exam. Paper inorganic chemistry semalam merupakan paper terakhir saya sebagai seorang pelajar degree. Walaupun tesis saya ada yang tak siap lagi sikit (sikit ke?) tapi sekurang-kurangnya tak ada assignment, tak perlu baca buku untuk final exam dan sebagainya. Fuhhh, lega! Hehe.

Kalau semalam last paper sebagai pelajar degree maksudnya dah habis belajar la kan? Ya! dah habis. Selama hampir 4 tahun saya berada di tanjung malim, tiba-tiba hari tu saya terfikir benda apa yang akan saya rindukan di UPSI?

Ok, yang pertama saya akan rindukan kawan-kawan saya. Ya, kawan di saat susah senang bersama. Kawan gelak tawa dan yang paling penting kawan yang ada bersama saya ketika saya sedih.

Credit: Fb kawan. Hehe.
Bergambar pada kuliah terakhir

Yang kedua, saya akan merindui "bulatan gembira" saya. Ok, ni sebenarnya adalah list no 1. Tapi dah tertulis no 2 pulak. Sesiapa yang tak tahu apa itu bulatan gembira boleh google and cari sendiri. Hehe. Ya, saya akan sangat merindui "bulatan gembira" ni sebab "bulatan gembira" ni buat saya dekat dengan Allah s.w.t. Buat saya dahagakan ilmu agama. Dalam hati terdetik banyak lagi ilmu yang saya tak tahu. Betul lah ilmu yang ada pada kita bagaikan setitis air laut. Lautan yang terbentang luas itu merupakan ilmu Allah. Subhanallah.

Credit: Google

Kadang-kadang saya dengar kawan saya cakap, "Aku kuranglah ilmu agama.". Kalau rasa masih kurang, kenalah pergi cari ilmu. Ilmu tak kan datang bergolek kalau bukan kita yang pergi "bergolek" kat dia. 

Ok, itu benda yang kedua. Benda ketiga yang akan saya rindu sekali apabila meninggalkan UPSI adalah..... Jeng jeng jeng.. Bercakap bahasa UTARA!

Ya, saya akan betul betul rindu nak bercakap bahasa utara dan juga merosakkannya. Hahaha. Saya orang johor, dan classmate saya majoriti orang utara. Bergaul dengan mereka buat saya sendiri terikut pelat utara itu dan juga merosakkannya!

Nak tahu bagaimana saya rosakkan?

Situasi 1 : Dalam bilik, selepas melihat video adik main gitar di fb

Aina: Hang tau dak mira, adik kita kalau kat rumah duk main gitaq ja.
Mira: Gitaq? Pe benda tu?
Aina: Main gitar, ala gitar....
Mira: Weyh hang ni. Rosak bahasa utara. Mana ada gitaq, gitar lah. Hang ingat semua benda tukaq jadi q ka?


Situasi 2: Ketika jalan-jalan waktu petang

Aina: Weyh, syoknya kalau dapat main basikai. (basikal)
Mira: Basikai? Beskal lah aina. (Beskal =  basikal) . **Ntah saya lupa mira sebut macam mana. Hua3.


Situasi 3: Kenduri kambing Dr Yusnita

Aina: Weyh, jom lah ambik gambar.

Selepas ambil gambar....
Saya respek kaum adam yang bertungkus lumus time kenduri Dr Yusnita.

Aina: Haa, pas ni semua pakat-pakat tukaq profile pic-ca (sebut pikca) kat fb.

Kawan-kawan: Pic-ca? Bahasa apa tu aina? Hang ni pi b.i kan bahasa utara pulak.

Ok, semua gelakkan saya.

Rasanya banyak lagi "term-term" bahasa utara yang telah saya rosakkan. Har har har. Lepas ni bila dah balik Johor saya dah tak berpeluang lagi nak cakap bahasa utara. Mana tak nya, kalau Along saya dengar dia akan cakap, "Eh, dah lah tu faina. X payahlah cakap bahasa kedah tu. Geli tau tak dengar ko cakap!"

Sejak Along saya cakap macam tu, bila balik Johor terus bahasa standard. Hehe. Tak da dah lagi bahasa-bahasa utara ni. 

Ok, tu antara benda yang saya akan rindu sangat-sangat. Mungkin kalau saya ingat saya akan tulis lagi. Saya harap saya dapat update blog lagi lepas ni. (Ayat macam giler skema) Hahaha.

Ok, nak edit tesis. Dengan itu saya mengucapkan assalamualaikum, Bye! =D

Post pasal Saya Kedah Siam? Hehe: http://faina989.blogspot.com/2010/11/saya-kedah-siam.html 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top