11

Faina, jadi pengapit sekali lagi please....

Jam menunjukkan pukul 12. Lagi 2 jam saya balik kampung. Dengan ketiadaan internet di rumah, saya akan pergi meninggalkan blog saya tanpa rela. Kalau kaki gatal pegi cc baru saya update. Hehe. 

Ahad ni kenduri kahwin Along saya belah lelaki kat Shah Alam. Jadi saya mesej Along saya, "Along, nak pakai baju warna apa Ahadni?"

Along saya balas, "Pakailah baju warna papepun, yang penting cantik, sebab nanti kau jadi pengapit jugak."

Saya cepat-cepat call.

Faina: "Along, kita jadi pengapit sekali lagi ke?"

Along: "Haah, ko jadi pengapit sekali lagi"

Faina: " Nak pakai baju warna apa?"

Along: "Warna krim kot"

Perbualan tamat.

Err, ingat kena jadi pengapit hari tu je. Jadi jugak rupanya masa kenduri belah lelaki. Malasnya. Nasib dapat makan best2 masa makan beradab. Hehehe.

Owh, hari tu saya x tunjuk lagikan gambar masa saya jadi pengapit masa kenduri belah kakak saya? Jap-jap. Ni gambarnya.

saya geram dengan abang ipar saya sebab dia selalu buli saya.....grrr...

Ok lah, mahu packing barang. Kejap lagi nak balik dah. Jangan rindu lebih2. Hehe.

Nota kaki: Kan best kalau kat rumah ada internet.

Post tentang tips pengapit: klik sini
Pengajaran saya dapat bila jadi pengapit: klik sini
image signature

21

Radiasi Laptop? Bahaya kalau kamu mengandung!

Alhamdulillah,tamatnya peperiksaan Physical Chemistry petang tadi bererti tamat sudah Semester 5. 2 hari lepas saya baru jawab paper Physics Nuclear. Maka teringat saya perlu ceritakan ini.
Kalau hari tu saya bercerita tentang radiasi yang dikeluarkan oleh microwave oven, kali ni saya nak bercerita tentang radiasi yang dikeluarkan oleh LAPTOP pula. Ya, laptop juga punya radiasi tahu? Cuma x seteruk microwave oven je lah. Hehe. 

Rabu lepas-lepas-lepas(saya x ingat bila), kawan saya present tajuk ni. Maka mari saya present kepada kamu semua pula ye.

Laptop/Notebook memang keluarkan radiasi. Ok, mahu tau radiasi itu apa sila rujuk post saya pasal Microwave boleh menyebabkan kamu mandul?


Kalau bahaya radiasi microwave boleh menyebabkan kamu mandul + lain lain lagi. Nak baca klik sini. Radiasi yang dikeluarkan laptop pula boleh menyebabkan keguguran kalau kamu perempuan yang mengandung. Itu yang saya ingatlah masa kawan saya present tu. (Yang lain x tau kenapa saya x ingat. Heee). Tapi jangan bimbang, sebab radiasi yang dikeluarkan laptop adalah sedikit. Tapi, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukitkan?

Perempuan yang mengandung jangan cuak ye. Ada beberapa safety precaution yang boleh kita ambil bagi mengurangkan radiasi oleh laptop.

saiz kecik sudah memadai

Per1: Kalau anda semua ada kaktus, (pokok yang berduri-duri tu) Sila letak di sebelah laptop ketika anda menggunakannya. Motif? Saya x tau kenapa. Tapi mungkin dia serap kot radiasi tu? Hehehe. Tapi harap maklum, letak kaktus yang saiz kecik-kecik sudah. Xkan nak alih pasu kaktus besar setiap kali nak on9? X larat kot. (-_-)

Ke2: Pastikan jarak anda dengan laptop 30 cm. X tahu 30 cm tu berapa panjang? Ambik tangan anda letak kat skrin. Lebih kurang macam tu lah 30 cm. (Lagi jauh lagi baik)

Ke3: Minum air GREEN TEA. Minum air green tea dapat kurangkan radiasi yang diorang terima kalau saya x silap. Kalau x suka green tea, minum air chrysanthemums. Ala, air yang ni:


Ke4: Jangan letak laptop anda di riba. Sebab radiasi lagi banyak di bawah laptop.

Haaa, ada lagi ke ea? Rasa yang ni je. Hehe. Kalau ingat nanti saya add up. Sekarang mata saya rasa kuyu. Letih jawab exam petang tadi. Banyak giler rumus. (T.T). Maka, read2 untuk kamu, nyte2 untuk saya.

Nota kaki: Esok balik kampung.

image signature

20

Wahai pengapit, anda juga pengantinkah????

21/11/2010. Kenapa dengan tarikh tu? Bukan tarikh birthday saya sebab birthday saya 9/8/89. Ok, saya bagi tau sekarang 21/11/2010 ialah tarikh kakak saya kahwin. Banyak pengajaran yang saya dapat daripada perkahwinan kakak saya. Eh? Pengajaran? Haah. Mahu tau pengajaran apa saya dapat? Jom…

Pengajaran yang saya dapat:

Pertama: Jangan pakai inai over-over.

Over ea??

Kenapa?

Pada suatu hari, kawan mama saya datang. Dia datang awal dari hari sepatutnya sebab x dapat hadir pada  hari Ahad. Makanya, saya yang pada ketika itu dalam kegedikan baru lepas memakai inai. Keluar untuk bersalam dengan kawan mama saya. Masa nak salam kawan mama saya, kawan mama saya cakap, “Ni ke pengantinnya?”

Saya jawab, “Eh, x lah. Saya adik pengantin.” Dalam hati siapa tahu mahu je saya jerit, “Nak jadi pengantin jugak”. Hehehe.

Kedua: Jangan pakai comel-comel. Pakai biasa-biasa cukup.

Kenapa?

Pada hari pernikahan Along saya, memang ramai tetamu yang hadir. Dan kawan mama saya ada yang datang hari tu. Memang mak saya femes betul lah. Jadi, seperti biasa, selepas siap-siap pakai biasa-biasa comel-comel, saya pergi bersalaman dengan kawan mama saya. Benda yang sama berlaku, kawan mama saya tanya, “Ni ke pengantinnya?”

Seperti biasa saya jawab, “Eh, x lah. Saya adik pengantin.”

Nasib masa Hari Persandingan Along saya xde siapa cakap saya pengantin lagi. Mood ketika ini: Sedih. (Sangat poyo)

Nota kaki: Ni mesti terkena tempias aura pengantin Along ni.
image signature

25

Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar itu SALAH!! ~ harap maklum

Dalam Islam, kita diajar pelbagai adab. Adab berdoa, adab ketika makan, dan sebagainya. Untuk menegur orang juga perlu adab. Kalau anonymous menegur secara berhemah, itu bermaksud ia sedang beradab dalam menegur orang. Kadang-kadang tertanya kenapa perlu guna anonymous? Sebenarnya ia sedang menjaga adab dalam menegur. Bayangkan jikalau yang tegur anda itu merupakan seorang yang terkenal, jikalau tegurannya itu menjatuhkan air muka anda, pasti terasa malu bukan? Sebab itu kadang-kadang perlu kita gunakan nama lain.

Cukup saya bercerita tentang adab dalam menegur. Kini ingin saya perbetulkan segala kepeningan yang melanda dalam isu bertunang tanpa sedar.


Fakta:

1) Ada yang berkata isu bertunang itu merupakan kenyataan saya. Tapi yang SEBENARNYA, ia adalah kenyataan dari Ustaz Azhar Idrus. Saya play video beliau, pause sebentar, kemudian saya taip. Kemudian play kembali, dan ulang sehingga video habis. Maka, itu bukan kenyataan dari saya. Ini link video Youtubenya. Tapi pada artikel yang disebar di FB (bukan saya sebarkan), post tersebut tidak beritahu saya ambil dari Ustaz Azhar Idrus dan link video juga tidak dinyatakan. Jadi, ada perubahan pada post sebenar saya.

2) Bukan blog saya sahaja yang menulis akan isu bertunang ini. Ada lagi blog lain yang tulis akan isu ini. Saya tulis kembali post tunang ni sebab ada seorang blogger telah menulisnya dahulu. Masa bukak Gengblogger saya nampak dia baru ping entri ini. Saya baca, kemudian saya tulis kembali. Tapi x tau kenapa blog saya jadi isu.

Sekarang saya ambil KENYATAAN dari seseorang yang menulis di shoutbox saya akan isu bertunang ni. Beliau minta saya perbetulkan isu ini. Sekali lagi saya ulang, saya tulis kembali apa yang beliau tulis, bukan kenyataan dari saya.


.........................................................................................................
“Salam Fara Aina. Saya nak tegur ckit kat cni. Kenyataan anda yang mengatakan bahawa kita boleh jadi tunangan orang tanpa disedari adalah SALAH dan tiada dalil yang sahih. Dalil yang sebenarnya, apabila jejaka menyampaikan hasratnya kepada ibu bapa gadis dan disetujui oleh mereka, maka termaktublah gadis tersebut sudah bertunang.

Bukan gadis yang menerimanya, tapi WALI kepada gadis tersebut. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w, sunat ab’ad, mesti disertakan dengan cincin.

Harap anda dapat betulkan kenyataan anda kerana artikel anda sedang disebarkan di FB. Saya hanya menyampaikan apa yang betul.

Wasalam.”
.........................................................................................................

credit to google

Jadi, kepada anda semua, harap dapat share artikel ini. Saya minta maaf andai ada terkasar bahasa, dan saya juga minta maaf akan isu bertunang tanpa sedar sebelum ni. Ada blogger lain yang telah copy paste entri itu dari note-note yang telah ditulis oleh orang lain di Facebook. Harap dapat simpan post itu.

Nota kaki: Berapa ramai antara kita yang akan share artikel ini?
image signature

13

Tinggal 2 lagi...

Alhamdulillah masa saya taip post ni, satu paper dah habis. Baru 1, ada lagi 2 lagi. Mahu tahu paper apa saya ambil sem ni?

24/11 -  Fizik Tenaga
29/11 -  Fizik Nuklear
1/12   -  Physical Chemistry

Antara 3 paper ni, paper killer saya bukan paper major, tapi paper minor. Paper Physical Chemistry. Serius subjek ni susah. Kalau x percaya boleh tanya Ain Fathihah dan No One Knowzz. Hehehe.

Maka sebab paper last-last tu yang susah, jadi saya punya rambut botak pada tarikh dah nak dekat masuk awal bulan Disember lah nanti. Hehehe.

Owh lupa, hari tu saya jumpa doa-doa untuk menghadapi peperiksaan dekat Resipi Rahsiaku. Saya share satu doa ea. Selebihnya boleh klik kat blog tu sendiri.

Nota kaki: Internet ada masalah. Grrrr....
image signature

24

Kisah suami yang COMELLLL......

Ketika ini saya baru sampai UPSI. Serius rindu giler dengan blog saya ni. Cerita pasal saya jadi pengapit nanti saya cerita ea? Hehehe. Saya dah taip cerita ni hari tu, tapi x sempat nak publish sebab ikut sana sini Along saya masa balik Johor aritu. Rabu saya dah start exam. Semoga saya dapat jawab dengan jayanya. Aminnn.

Ok, sebab kakak saya dah kawen. Maka ingin saya ceritakan kisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin.

Pada suatu hari, si isteri sedang sibuk membasuh baju. Tiba-tiba datang si suami. Mungkin disebabkan baru berkahwin, maka si suami suka mencium isterinya.


Oleh sebab isterinya masih malu-malu, maka isterinya berkata,

“Abang, abang suka cium sayang ea? Ermm, kalau abang tolong sayang buat keja, nanti sayang bagi abang cium.”

Si suami berkata,

“1 kerja 1 ciuman eh?”

Si isteri balas, “Iya...sambil tersenyum”.

Maka selepas si suami tau bila setiap kerja yang dibuatnya dia akan mendapat ciuman, terus si suami mengambil baju yang hendak disidai.

Sambil menyidai dia mengira bilangan pakaian yang disidai.

“1…2…3…4…”. X lama lepas tu, si suami memandang isterinya sambil berkata,

“Sayang, 1 helai 1 ciuman ea?”

 Si isteri bila melihat keletah si suami, isterinya tersenyum, =).

Setelah habis sidai baju, si suami pergi ke arah isterinya sambil menunjukkan buku 555. Si suami menunjukkan bilangan baju yang disidai yang telah dicatatnya tadi sambil bercakap,

“Baju tadi total abang sidai semua 25 helai. Sayang kena bagi abang 25 ciuman ea nanti.”

Isterinya berkata,

“Ermm, 25 ciuman.. Tapi tunggu lepas sayang lipat baju ea?”

Selepas baju kering, si isteri angkat dan bawanya masuk ke rumah untuk dilipat. Semasa si isteri hampir habis melipat baju. Si suami datang. Suaminya berkata,

“Ish, sayang ni buat kerja bukan nak panggil abang. Tengok tinggal 3 helai je”.

Si isteri berkata, “Erm, abang lipatlah lagi 3 helai tu.”

Sambil si suami melipat baju, si suami mengira, “1..2..3..”

Setelah habis si suami lipat 3 helai baju itu, si suami ambil baju yang telah dilipat oleh isterinya. Si suami buka kembali lipatan isterinya, kemudian dilipatnya kembali.

Si isteri terus bertanya kepada suaminya,

“Abang, kenapa bukak balik baju yang sayang dah lipat?”

Si suami balas,

“Xpelah, sayang kata 1 helai 1 ciuman, abang tadi dapat lipat 3 helai je. Mana cukup. Kalau abang bukak balik pastu lipat balik sama jugakkan?. Abang nak ciuman lebih dari sayang.”

Si isteri berkata, “Comellah suami sayang ni”….sambil tersenyum,=)”

Lepas habis sesi lipat melipat, seperti yang telah si isteri janjikan, isteri tersebut perlu memberikan “hadiah” yang telah dituntut oleh suaminya.

Erkk..cukup…Lepas tu apa jadi eh?

Jeng jeng jeng….

Lepas tu sekarang saya rindu nak blogwalking dan membaca blog-blog anda.(Xde kena mengena dengan cerita). Hehe.

Nota kaki: Haritu saya perasan ada orang copy paste entri saya. Nak copy paste boleh, tapi syarat dia linkkan ke blog asal.

p/s: Exam mood sila kembali pada ku sekarang. Ini adalah arahan!

image signature

23

Comellllnyaaa...Laaa, laki ke?

Kepada blogger-blogger sekalian, cuba tengok muka budak ni:


Perempuan atau lelaki?

Jawapan: Lelaki. Mana saya tau? Sebab dia adik saya! Haha. (Kalau saya x kenal adik saya, bererti lagi payah nak kenal suami nanti). Hehe.

Rata-rata kawan saya tengok gambar ni kat FB cakap adik saya perempuan. Lepas tu cakap muka macam saya. Nanti saya cakap adik saya lelaki, ramai yang cakap, “Hah, lelaki ka? Awat comel sangat?”

Kenapa comel sangat? Sebab terkena tempias genetik kecomelan saya lah tu. Hehehe. (Maafkan saya mama).

Nak tau kisah di sebalik pemakaian tudung?

Tempat: Rumah ku tercinta
Pukul: 11.00 pagi

Saya baru lepas jemur baju yang sudah dibasuh menggunakan tangan washing machine. Lepas sidai, saya masuk baring-baring sekejap. Bukak tudung indon dan terus golek-golek selepas penat mengemas rumah.

Tiba-tiba, adik saya, Danial pergi ke arah saya yang pada ketika itu, tilam sedang bergolek-golek. Eh silap, saya sedang bergolek di atas tilam. Hehe.

Dia datang ke arah saya. Rasa macam nak cakap sesuatu. Tapi saya buat dek, saya meneruskan pergolekan saya atas tilam yang x berapa empuk itu.

2 minit lepastu, dia ambil tudung indon saya dan pakai. Kemudian dia memulakan percakapan. (Serius ayat ni sangat skema)

Danial: “Kak Farah, kak farah pakai tudung ni buat apa?”

Faina: “Tadi kak farah nak sidai baju, kak farah pakailah tudung tu”.

Danial: “Owhhhhh…Kak farah, kalau kak farah belanja Danial game ps1 boleh?”

Faina: “Berapa ringgit?” (Tanya cam ah long tu)

Danial: “2 ringgit je”

Faina: “Danial nak suruh kak farah belanja berapa game?”

Danial: “1 je. Boleh x kak farah?”

Faina: “Kalau 1 boleh, 2 ringgit je kan”

Danial: “Aah, rm2 je. Yay-yay kak farah belanja.” (Terus tanggalkan tudung)

Motif dia pakai tudung? Xde kerja lah tu! Nak bodek tapi xde idea...


Jangan cakap saya kedekut ye. Dia memang suka buat muka comel-comel time nak mintak akak-akak dia belanja sesuatu. Kalau x, x kan dia boleh dapat benda-benda ni: Jadi anak bongsu memang best sebab?

Mau tengok rupa dia yang sebenar?

Ni abang dia yang paling suka buli dia. Dia mewakili abang, saya mewakili kakak. Hehehe.

Esok, saya balik Johor!! Yay! Rindu sangat dengan rumah selepas 16 minggu saya x balik. Hari tu masa raya saya terpaksa balik awal sebab ni: Sape mahu teman saya?

Jadi, kepada rakan blogger sekalian, jangan rindu lebih-lebih. Hehe. InsyaAllah kalau sempat saya update walaupun tiada internet di rumah.(Bajet sedangkan buzy dengan kenduri). Yang paling penting, saya x sabar nak jadi pengapit!!

nota kaki: Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan Alongku nanti. Aminnnn~
image signature

32

Menjadi tunangan orang bukan bererti boleh......

Akhir-akhir ni visitor dengan unique blog saya sangat-sangat tinggi sampai buat saya terkejut beruk. Nak cakap saya kuat blogwalking, xdelah kuat mana, tapi entah macam mana tah boleh unique cecah 1000 lebih. Mungkin sebab entri ni: Bila kita boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar. Saya tengok dekat ruangan share FB dah cecah 2000 lebih. Woo..

Ni semalam punya. Hari ni pun cecah beribu jugak


Jadi, saya nak ulas sikit pasal isu kononnya dah bertunang ni kan. Kalau ikut apa Ustaz tu cakap, bila seorang lelaki menyatakan hasrat ingin mengahwini perempuan tersebut dan bila perempuan tersebut bersetuju, bererti dia sudah menjadi tunangan lelaki tersebut. Tapi saya x tau Ustaz tu cakap berdasarkan dalil atau tidak. Makanya, saya save post tu.



Tunang atau tidak, batas antara seorang perempuan dengan yang bukan muhrimnya tetap ada. Jangan ingat bila dah bertunang lagi boleh pegang-pegang (masa bercinta pun x boleh pegang-pegang), atau mungkin boleh buat apa-apa yang boleh membawa kepada zina. Ingat, dia bukan suami mahupun isteri kamu lagi. Pernah saya terbaca, bercinta/bercouple itu haram kalau ia BOLEH MEMBAWA kepada zina.

........................................................................
 Daripada Ma’qal bin Yasir katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

“ Sekiranya seorang kamu dicucuk di kepala dengan jarum besar daripada besi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal”

-Riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi-
.....................................................................

Kepada kaum hawa pula, jagalah batas dalam pergaulan. Kita kaum hawa sebenarnya senang nak masuk syurga.

.........................................................................
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

“Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah, dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia sukai”

-Riwayat At Tabrani-
.............................................................

Tapi ingat, wanita senang masuk syurga, tetapi wanita jugalah yang paling banyak sekali berada di neraka. Kenapa? Sebab suka mengumpat, x tutup aurat, x taat pada suami dan sebagainya. Siapa pernah baca kisah Rasulullah s.a.w menangis melihat perempuan-perempuan diseksa di neraka ketika baginda di isra’kan mungkin tau kenapa perempuan paling ramai di neraka.

Jadi kepada kawan-kawan blogger sekalian, jagalah batas dalam pergaulan. Dah banyak sangat kes buang bayi. Xkan nak tambah lagi?

Nota kaki: Peringatan buat diri saya sendiri juga.


Kawan-kawan, ada 3 hari lagi. Jom puasa, =).

p/s: Maaf, saya save post pasal tunang tu..kalau kata memang sahih pasal pertunangan tu baru saya publish balik. Sekian.
image signature

39

BiLa saya Kena Jadi Pengapit? Ada TIPS?


               Selamat pengantin baru
         Selamat berbahagia
           Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo....


Lagu ni antara lagu yang saya download bila kakak saya bagi assignment hari tu.

Tapi sekarang saya rasa resa, gelisah, pundah, kesemuanya buat serba x kena bila saya call kakak saya hari tu.

Along: Faina, confirm kau jadi pengapit. Xde siapa lagi yang nak jadi

Faina: Hah? Biar betik? Confirm ni?

Along: CONFIRM!!

Lutut saya bergetar-getar bagaikan buat chicken dance. Hehehe.

Kawan-kawan blogger sekalian, beri saya tips ketika jadi pengapit boleh? Apa yang saya tau sikit-sikitlah kalau jadi pengapit kena:

Per1: Senyum sepanjang majlis berjalan.

Mama saya tengok nanti mesti dia cakap, "Ko ni buang tebiat ke apa?". Hehehe.


Ke2: Berdiri tegak, jangan senget-senget. X senonoh kalau orang nampak nanti. 



Tiba-tiba masa time tu lah, saya gatal nak buat aerobic. Ngeh3.

Ke3: Kalau orang campak-campak renjis-renjis bunga rampai jangan lupa kutip bunga rampai. Eh silap, bersihkan tangan pengantin lelaki perempuan. Hehehe.

Kalau lawa camni mana saya x kutip? Hehehe

Ok, tu yang saya taulah. Ada tips lagi x? Saya nervous ni, first time jadi pengapit. Ni baru jadi pengapit. Mungkin 4-5 tahun lagi saya mintak tips jadi pengantin pulak. Hak3.

nota kaki: Orang kata jadi pengapit dapat berkat kahwin awal. Betulke? Oh, sukanya saya!! Hua3 **Gatai! (Mood: Mengarut!)
image signature

25

Tinggal 5 hari lagi sebelum Raya Haji. Rugi Kalau x.....

Masa form 2, saya jumpa artikel ni di akhbar. Saya potong, dan sampai sekarang saya simpan. Mahu tau x apa benda?

Ni bukti sampai sekarang saya simpan artikel ni:



Jadi, mari ber”sharing”.

Hari ni dah masuk 5 Zulhijah. Sepatutnya saya nak post pasal ni sebelum 1 Zulhijah hari tu tapi saya terlupa + mungkin tengah cuti ABC menyebabkan saya terlupa nak beritahu. Tapi, sebab hari ni saya bebas dari cuti itu maka saya akan mula berpuasa pada hari ini.

10 hari Zulhijah merupakan hari yang penting kerana mengandungi peristiwa-peristiwa penting. Pada hari itu, umat Islam digalakkan berpuasa dan membuat amal ibadah.

Diriwayatkan Ibnu Abbas daripada Nabi bahawa sesungguhnya, baginda bersabda mengenai fadhilat dan manfaat 10 hari pertama Zulhijah, iaitu:


Hari Pertama Zulhijah (8/11/10)
Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

Hari Kedua Zulhijah (9/11/10)
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

Hari Ketiga Zulhijah (10/11/10)
Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Hari Keempat Zulhijah (11/11/10)
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

Hari Kelima Zulhijah (12/11/10)
Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.


Hari Keenam Zulhijah (13/11/10)
Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

Hari Ketujuh Zulhijah (14/11/10)
Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

Hari Kelapan Zulhijah (15/11/10)
Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Hari Kesembilan Zulhijah (16/11/10)
Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”

Hari Kesepuluh Zulhijah (17/11/10)
Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya”.

-Riwayat Abu Daud dan An Nasaie-


Nota kaki: Jom pakat puasa ramai-ramai..=)

image signature

31

Suka tinggal Pinggan Mangkuk BEGITU SAHAJA? Fikir 2 kali lepas ni.......

Ada orang cakap akhir-akhir ni saya banyak update pasal kahwin. Ye ke? Maaf.. Hehe. Saya sangat teruja Along saya nak kahwin dalam masa kurang 2 minggu lagi. Ditambah lagi dengan majlis perkahwinan pertama yang dianjurkan membuatkan saya rasa sangat-sangatlah teruja.

Tapi kali ni saya skip dulu pasal kahwin. Saya nak cerita pasal kebersihan.

Kita pernah dengar kebersihan itu separuh dari iman. Tapi, bila kita tengok balik. Bersihkah anda? Saya x nak sebut secara personally, tapi saya nak sebut tentang kebersihan dalam rumah.

Kalau mak mertua nampak memang bagi jelingan maut...Hehehe

Biasanya bila duduk beramai-ramai dalam rumah sewa, pasti ada yang jenis tinggalkan pinggan mangkuk di atas meja selepas makan. Atau mungkin tinggal dalam sinki dapur menunggu sesiapa yang rajin untuk membasuhnya. Kalau rumah sewa anda tiada yang berperangai macam tu. Wah, bertuahnya anda.

Tapi tahukah kamu apa hukum meninggalkan pinggan mangkuk mahu kuali ataupun cawan dan segalanya begitu saja?

Semalam saya terbaca mengenai hal ini di dalam buku. Ia menyebut:

"Pinggan mangkuk yang telah diguna selepas makan, diSUNATkan membasuh segera. Sekiranya dibiar dengan sisa-sisa makanan sehingga busuk, mungkin ia menjadi HARAM, kerana baunya busuk dan boleh menganggu jiran atau orang lain. Jika bau busuk itu boleh menyakitkan hati orang, hukumnya berDOSA."

Haa, tiba-tiba pernah teringat kita pernah main tinggal je kan pinggan mangkuk atau pun kuali selepas masak yang menyebabkan orang lain marah dalam keadaan kita x sedar.

Signed by Cikgu Faina. Hehehe.

Jadi kepada kalian semua, kalau boleh lepas makan tu basuhlah terus pinggan tu. Sisa-sisa makanan jangan tunggu sampai nak jadi ulat dan berkulat baru terkial-kial nak basuh. Ingat, bila bau busuk itu sakitkan hati orang, hukumnya berDOSA.

Nota kaki: Kalau kata terlupa nak basuh, xpe. Kalau banyak kali, tegur cara berhemah.

image signature

46

Kalau nak CEPAT KAHWIN kena makan benda ni?

Saya pernah dengar orang cakap kalau kita nak cepat kawen, jadilah pengapit. Nanti dapat tempias pengantin kat sebelah. Dalam hati bisik, mana x tempias.. dah orang duk baling2 tabur bunga rampai semua kat pengantin, pengapit confirm-confirmlah kena sekali. Hehehe.

Tapi, saya x pernah dengar pulak kalau makan makanan tertentu nanti kawen cepat. Kamu pernah dengar? Kalau x pernah kita serupa. Give me 5! Hehe.

Jadi pada 1 hari, ketika singgah membeli makanan masa jalan-jalan ternampak makanan ini.

Tadaaaa….
X berapa clear eh?

Jap, jap...

haa, ni nama dia: ROTI KAHWIN

Haa, mau saya terkejut tengok roti kawen. Gelak kuat-kuat masa 1st time saya tau roti ni wujud. Dalam hati, xde nama lain ke nak bagi? Haha. Saya sempat berkata dekat housemate saya, “Mira, kalau makan ni mesti kawen cepat nanti”. Hehe.

Esoknya…..

Saya pergi keluar membeli makanan. Jalan dekat kedai yang sama. Tapi bila belek2, “Aik, xde dah roti kawen tu?”

Saya berkata pada housemate saya, Mira.

“Mira, giler laris roti tu. Rasa menyesallah pulak x beli aritu”. Hahaha.

The Moral Of The Story?

Mentang-mentang ramai yang nak kawen awal. X perlu kot beli roti tu semata-mata nak kawen awal. Bagi can saya beli roti tu. Saya nak kawen awal jugak. Eh, jap? Dah out of the moral story. Cabut dulu. :p

Nota kaki: Mungkin lepas ni akan wujud ROTI ANAK pulak, ;p
image signature

25

MAK LaWaN ANaK?

Salam 1 Malaysia. Tajuk ni memang x de kat berita atau akhbar harian mana2. Tapi cuma ada khas kat cni je. Ok, jom terjah.

Memang menjadi kewajipan saya tengok keyword nuffnang setiap hari kalau saya bukak laptop. Saje bukak sebab saje nak tengok keyword apalah yang orang google sampai boleh sampai ke blog ni kan. Lepas insiden INI memang saya x heran kalau nampak nama saya terpampang lagi pada keyword nuffnang. Masalahnya mak saya pun terlibat.Dan yang saya heran. Lawan tokey nampak. Hehehe.

Ni bukti mama saya femes:

Semalam pagi-pagi saya call Along dengan mama saya tanya pasal persiapan perkahwinan Along saya yang akan berkahwin 2 minggu lagi. (Sila lihat ayat ni, tanya persiapan perkahwinan? Gaya macam saya yang nak kahwin ohh). Hahaha. Ok, cukup. Lepas tu Along saya cerita ini kat saya:

Along: “Faina, ko nak tau, mama tu kan. Semua orang kenal dia. Tadi dia singgah kedai orang tanya, “Puan Norsiah eh? Kenal saya x?”
Faina: “Haa, ye ke?”
Along: “Haah, lepas tu tadi pergi butik Andaman pulak ada orang tegur dia lagi, “Cikgu Norsiah eh? Kenal saya x?”. Lepas tu kan, dia pi jemput semua orang pergi kenduri kahwin(excited agaknya).
Faina: Haha.
Along: “Lepas tu kan, skang kad kawen dah nak habis dah”.

Lepas tu tiba-tiba mak saya ambik phone dari Along saya..

Mama: “Adik nak tau, aritu Along ko sibuk cakap, “Maaa, kad kawen banyak lagi ni, berlambak(400 keping lagi). Membazir. Nanti mama nak bagi sape makan semua tu?. 
Sekarang bila Along ko balik, terkejut tengok kad kawen tinggal 40. Adik nak tau Along cakap apa?”
“Dah2, jangan bagi lagi kad kawen ni. Nanti mana tau Faina, Tira ke sape2 lagi nak guna. Dah2”

Conclusion?

Mak saya ramai giler kenalan. Nak buat macam mana. Dah namanya Cikgu. Pergi kursus sana sini, kenal ramai kawan. X campur lagi dengan mak cik2 kantin dengan budak2 yang sibuk mintak kad kawen dekat mak saya plus tokey kedai yang kenal mak saya sebab mak saya selalu beli barang kat dia. Haih. Mama oh mama.

Ok, tamat kat sini. Skang saya tertanya2 siapa yang mencari mak saya kat google ni? Siap tulis Puan Norsiah Tercinta lagi? Haaa, jawab cepat…

Nota kaki: X pernah pulak orang keyword nama saya Farah Aina tercinta. Farah Aina UPSI ada.

image signature

27

Kakakku beri ASSIGNMENT LAGU CINTA?

Semalam baru saya hantar assignment terakhir, iaitu Teaching Unit. Ingat dah habis assignment. Tengok-tengok tiba-tiba teringat Kakak saya bagi saya assignment ari tu. Nak tau x apa assignment dia bagi?

Tadaaaa…

Kakak saya nak kawen lagi 2 minggu lebih. Jadi dia suruh saya burn CD lagu-lagu cinta nak dipasang semasa perkahwinannya nanti. Oleh sebab saya x berapa ada idea LAGU CINTA apa perlu saya pasang. Maka, saya mahu minta kamu beri saya tajuk lagu cinta yang sesuai boleh?


Nanti saya download. Hehe.

Nota kaki: dalam kepala cuma ada lagu For the rest of my life by maher zain. Hehehe.

**siapa tau tajuk lagu kawen?

image signature

15

SAYA KEDAH SIAM???

Dalam rumah sewa saya, majoriti housemate saya berasal dari utara. Kalau classmate fizik saya? Oh memang kebanyakannya majoriti berasal dari Kedah. Oleh sebab itu , boleh dikatakan saya mendengar mereka bercakap utara sepanjang hari. Kat kelas dengar bahasa utara, kat rumah pun dengar bahasa utara. Maka saya pun apa lagi, cakap utara jugaklah noh..Hehe

“Pas sat kertas tu”
“Weyh, nak ckit ayaq”
“Dak eh, kelas x batai pun”
“Weyh, hang pa nak pi mana?”

Bila bercakap ayat – ayat dia atas. Nanti ada classmate mahupun housemate saya bercakap,

”Aina, hang x yah cakap utara naa, bunyi pelik sangat aih. Macam orang siam cakap utara”

“Nanti aku nak carikan engineer dari kedah tuk hang satu”

Serius bila saya bergaul dengan orang utara on the spot saya akan cakap Utara. X tau pasal pa tah. Bila saya bercakap dengan orang cina, slang saya akan jadi macam orang cina cakap melayu. Tapi, bila balik johor, memang kena ahh dengan Along dengan mama. Nak tau apa mereka cakap?

“Faina, jangan gedik cakap kedah boleh x? Selekeh, dah la bunyi pelik!!”

Haaa, ambik kau.Pi gatai cakap kedah sangat. Ok, kesimpulannya saya cakap kedah macam orang siam cakap.

nota kaki: Kedah boleh pi lagi. Kelantan dengan Terengganu saya menyerah. Hehe.

image signature

20

Bila Nabi kita diHINA, sila REPORT page ni!!

Hari tu saya share pasal group I’m Proud To be A Muslim yang diselenggara oleh Laknatullah yang bertujuan menghina ISLAM. Kali ni ada 1 group yang menghina Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w . Nak tahu apa nama group tu? Muhammad SAW bukan NABI, melainkan B***(Sila klik)

Saya rasa macam nak bunuh je orang  yang hina nabi kita. Nak tengok group tu?


Sangat kurang ajar. Dah lah Islam dituduh sebagai pengganas. Lepas tu cakap, lukis dan tulis macam – macam pasal nabi kita. Sangat kurang ajarlah.

Group ni kalau tengok wall dia memang x aktif macam I’m Proud To be A Muslim tu lah. Tapi still dia HINA nabi kita. Gambar profile picture tu je dah sangat kurang ajar. Belum lagi gambar yang diletak under photos group ni.

Jadi, mari BERAMAI-RAMAI REPORT page ni. Nak report pasal page ni boleh pergi kat belah kiri bawah sekali.

When you attack black peolple,they call it racism. When you attack Jewish,they call it anti-semetism. When you attack women,they call it sexism. When you attack jomosexuality,they call it intolerance. When you attack a country,they call it treason. When you attack a religious sect,they call it ‘hate’. But when they attack the Prophet Mohammed,they call it freedom of speech.
(Adil ke??)

Saya petik dari blog ini yang menulis tentang bila Rasulullah kita dilukis oleh pelukis Denmark.

Jadi, mari ramai-ramai report page ni. X kan kita nak biar nabi kita dihina? Anda ada 2 pilihan. REPORT atau tengok sahaja?

sekali lagi, ni link dia: http://www.facebook.com/group.php?gid=122883457753694

nota kaki: Wajib bagi seseorang yang bergelar Islam itu berdakwah.

image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top