25

Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar itu SALAH!! ~ harap maklum

Dalam Islam, kita diajar pelbagai adab. Adab berdoa, adab ketika makan, dan sebagainya. Untuk menegur orang juga perlu adab. Kalau anonymous menegur secara berhemah, itu bermaksud ia sedang beradab dalam menegur orang. Kadang-kadang tertanya kenapa perlu guna anonymous? Sebenarnya ia sedang menjaga adab dalam menegur. Bayangkan jikalau yang tegur anda itu merupakan seorang yang terkenal, jikalau tegurannya itu menjatuhkan air muka anda, pasti terasa malu bukan? Sebab itu kadang-kadang perlu kita gunakan nama lain.

Cukup saya bercerita tentang adab dalam menegur. Kini ingin saya perbetulkan segala kepeningan yang melanda dalam isu bertunang tanpa sedar.


Fakta:

1) Ada yang berkata isu bertunang itu merupakan kenyataan saya. Tapi yang SEBENARNYA, ia adalah kenyataan dari Ustaz Azhar Idrus. Saya play video beliau, pause sebentar, kemudian saya taip. Kemudian play kembali, dan ulang sehingga video habis. Maka, itu bukan kenyataan dari saya. Ini link video Youtubenya. Tapi pada artikel yang disebar di FB (bukan saya sebarkan), post tersebut tidak beritahu saya ambil dari Ustaz Azhar Idrus dan link video juga tidak dinyatakan. Jadi, ada perubahan pada post sebenar saya.

2) Bukan blog saya sahaja yang menulis akan isu bertunang ini. Ada lagi blog lain yang tulis akan isu ini. Saya tulis kembali post tunang ni sebab ada seorang blogger telah menulisnya dahulu. Masa bukak Gengblogger saya nampak dia baru ping entri ini. Saya baca, kemudian saya tulis kembali. Tapi x tau kenapa blog saya jadi isu.

Sekarang saya ambil KENYATAAN dari seseorang yang menulis di shoutbox saya akan isu bertunang ni. Beliau minta saya perbetulkan isu ini. Sekali lagi saya ulang, saya tulis kembali apa yang beliau tulis, bukan kenyataan dari saya.


.........................................................................................................
“Salam Fara Aina. Saya nak tegur ckit kat cni. Kenyataan anda yang mengatakan bahawa kita boleh jadi tunangan orang tanpa disedari adalah SALAH dan tiada dalil yang sahih. Dalil yang sebenarnya, apabila jejaka menyampaikan hasratnya kepada ibu bapa gadis dan disetujui oleh mereka, maka termaktublah gadis tersebut sudah bertunang.

Bukan gadis yang menerimanya, tapi WALI kepada gadis tersebut. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w, sunat ab’ad, mesti disertakan dengan cincin.

Harap anda dapat betulkan kenyataan anda kerana artikel anda sedang disebarkan di FB. Saya hanya menyampaikan apa yang betul.

Wasalam.”
.........................................................................................................

credit to google

Jadi, kepada anda semua, harap dapat share artikel ini. Saya minta maaf andai ada terkasar bahasa, dan saya juga minta maaf akan isu bertunang tanpa sedar sebelum ni. Ada blogger lain yang telah copy paste entri itu dari note-note yang telah ditulis oleh orang lain di Facebook. Harap dapat simpan post itu.

Nota kaki: Berapa ramai antara kita yang akan share artikel ini?
image signature

25 korang POT PET:

Siti Mashitah Saidin said...[Reply comment dia please]

eh,... ramai salah faham ini kn?

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Siti Mashitah Saidin: haah...harap boleh share...

THE LEKAT LEKIT STORY said...[Reply comment dia please]

Semua orang buat salah.. So dengan entry ni rasanya dah di perjelaskan. Tak perlu la kamu runsing lg

bukan photographer said...[Reply comment dia please]

memang ramai pon yang slah paham...
kawan saye pon ramai y post artikel ni..

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@THE LEKAT LEKIT STORY: belajar dari kesilapan...mmg xnak runsing lagi dah..thanx..=)

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@bukan photographer: yg segan tu artikel tu dari blog ni..(T.T)

Anonymous said...[Reply comment dia please]

Sebelum tu nak minx maaf ye.
Saya pun ada tulis kenyataan tentang isu ni di blog saya tapi dengan tanda tanya. bukan menyokong kenyataan itu. Semasa saya belum tahu tentang kenyataan yg benar pun saya ada selitkan tentang berhati-hati sebelum ingin meluahkan hasrat kepada jejaka kerna takut menjadi tunangan orang tanpa sedar. Terima kasih kerana memperbetulkan kenyataan yg menjadi isu hangat tu. Salam.

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Anonymous: Salam. Sama2.Saya betulkan sebab ada orang beri info yang betul kepada saya...Harap2 x jd isu lagi lepas ni...

deqdeq said...[Reply comment dia please]

mula2 baca psl ni, mg rasanya x ada dalil pun psl ni....tp sy tau, anda tak mgkn boleh tls psl ni klu bkn rujukan dr mana2...dan mmg btlla bila anda katakan pernah dgr dr Ustaz Azhar Idrus....

ezza erisa said...[Reply comment dia please]

saya pun ada tulis but totally membangkang your point

jadikan ini pengajaran, next time apabila menulis sesuatu yang agak menggemparkan, mungkin boleh ambil masa selidik lebih lanjut sedikit supaya tidak ramai yang tersalah faham.

jangan tatau, ada orang beriya-iya tukar status kat FB kepada 'engaged' hanya selepas membaca artikel anda.

zety said...[Reply comment dia please]

saya pun ade share entri ni dekat FB.tak sangka pulak mereka dah jadikan isu besar.

tetapi saya juga terpengaruh dengan apa yang saya baca.

cheers=)

orang menegur adalah tersangat bagus, dari yang hanya baca & tiada komen atau pandangan

bukan photographer said...[Reply comment dia please]

xpela..
manusia belajar dari kesilapan...
xpenting xsegan nak mengaku silap n baiki kesilapan
=)

kerangRebus said...[Reply comment dia please]

aah..ade org share article tu kat fesbuk...memang masih dlm keraguan ..n lebih pada tak caye..thnks merungkaikan psoalan tu :)

alif said...[Reply comment dia please]

salam..
sy antara yg share artikel tu..tp share berserta dgn vdeo ust azhar..bru la org prcye...
sush org skunk nie klu sekadar bce skali trus nk kritik...len kali selidik dan kaji..klu musykil cmne pon brtnye la dlu jgn trus menghentam...

cik nUnU said...[Reply comment dia please]

tengs utk entry ini...;)

Bazilah said...[Reply comment dia please]

Terima kasih faina, dan anonymus yang tegur tu. Kalau saye jumpa ada orang repost entry faina yang dulu tu, saye akan link kan ke blog faina balik ok?

Manusia sering buat kesilapan, tapi Allah tu kan maha pengampun. So dont worry, sekurang-kurangnya kita cari ilmu :)

pu3sharkiela said...[Reply comment dia please]

pesal lh p post dlu kalo benda yg kowg sendiri xsahih?
aku de gk bace post 2,aku pun naek pelik npe de yg percaya...
neway,bgus pe yg aina kupaskan psl isu nih.. (^_^)

norinaomar said...[Reply comment dia please]

saya pun setuju,bahaya artikel pasal ini telah disebarkan especially dalam FB.saya memang konfuse dalam hal ni.
Sehinggalah saya baca paper metro hari apa saya tak pasti,kat bahagian soaljawab ustaz.Sebab saya pun konfuse juga pasal perkara ni.Ustaz tu jawab jangan bimbang,belum jadi tunang orang lagi sebab langkah seterusnya ialah berjumpa ibubapa atau pihak keluarga perempuan.jika tak ada langkah tersebut diambil,maka statusnya bukan tunangan org lagi,sesiapa pun berhak meminang..ok tq

GiEy@ said...[Reply comment dia please]

umm time ksh sal correction ni...sy pn terkejut gak dgr article jd tunang org..risau sy smpai tnye ustaz...nsb baik terbaca kt blog ni...

Anonymous said...[Reply comment dia please]

salam..
thanx for the info..
btw, info sebelom ni berjaya wat sy gembira n tersenyum lebar..^_^

**hihi slh sy jgak xslidik btul2..=,='

papep0n, y penting adalah persetujuan family dri kedua2 belah pihak..

Mr K said...[Reply comment dia please]

Siapa kata salah? Siapa kata kalau nak bertunang perlukan wali dan cincin? Kalau bertunang, tak perlukan wali atau apa2 lah. Cincin tu semua kalau ikut adat dan nak kahwin.

http://cheahmad.blogspot.com/2009/05/munakahat-konsep-pertunangan-dalam.html

http://iazmin.tblog.com/post/302751

tia said...[Reply comment dia please]

btol..isu ni betul sbnarnya,,cuma ia jd keliru sbb zaman skang couple bleluasa n tramai sgt la org yg ckp mcm tu kat prempuan,,tp pd hakikatnya scara asas n dasar nya itulah konsep ptungn,,pstujuan antara laki n pmpuan..so ap yg nk dinafikan lagi???..islam itu jelas,,cople haram,,maka,xad timbul isu bila :"sy bniat nk amek awk sbgai istri sy",,"sy stuju,",,pstujuan itulah yg dnamkn btunag,,xad klua2 date mcm zaman skang ni,,pastu barulah "untk lgkh strsnya,jmpalah mak n ayah sy"proceed untk kawin plak

Ana_Nur_iman said...[Reply comment dia please]

Salam ala'ik..asif mncelah..dalam fiqh punya msalah khilafiyah, so jgn perbesarkan..stiap ulama ad pandngan tersendiri mlalui ijtihad masing2..jgn kite bertaklid pd satu2 pndpat dan mngatakan org len slah..lhat saja dlam fiqh,khilaf itu ad pd setiap mazhab, tetapi Ulama2 muktabar tdk prnah mncerca d antara satu sama len..Allahu'alam

~Ya Salam~

Anonymous said...[Reply comment dia please]

http://www.youtube.com/watch?v=IudUx3h-uJ8

Anonymous said...[Reply comment dia please]

sebenarnya tu xsalah pon..kedua2nya betul...kenapa?? sebab..

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top