Powered By Blogger
22

Comellllnyaaa...Laaa, laki ke?

Kepada blogger-blogger sekalian, cuba tengok muka budak ni:


Perempuan atau lelaki?

Jawapan: Lelaki. Mana saya tau? Sebab dia adik saya! Haha. (Kalau saya x kenal adik saya, bererti lagi payah nak kenal suami nanti). Hehe.

Rata-rata kawan saya tengok gambar ni kat FB cakap adik saya perempuan. Lepas tu cakap muka macam saya. Nanti saya cakap adik saya lelaki, ramai yang cakap, “Hah, lelaki ka? Awat comel sangat?”

Kenapa comel sangat? Sebab terkena tempias genetik kecomelan saya lah tu. Hehehe. (Maafkan saya mama).

Nak tau kisah di sebalik pemakaian tudung?

Tempat: Rumah ku tercinta
Pukul: 11.00 pagi

Saya baru lepas jemur baju yang sudah dibasuh menggunakan tangan washing machine. Lepas sidai, saya masuk baring-baring sekejap. Bukak tudung indon dan terus golek-golek selepas penat mengemas rumah.

Tiba-tiba, adik saya, Danial pergi ke arah saya yang pada ketika itu, tilam sedang bergolek-golek. Eh silap, saya sedang bergolek di atas tilam. Hehe.

Dia datang ke arah saya. Rasa macam nak cakap sesuatu. Tapi saya buat dek, saya meneruskan pergolekan saya atas tilam yang x berapa empuk itu.

2 minit lepastu, dia ambil tudung indon saya dan pakai. Kemudian dia memulakan percakapan. (Serius ayat ni sangat skema)

Danial: “Kak Farah, kak farah pakai tudung ni buat apa?”

Faina: “Tadi kak farah nak sidai baju, kak farah pakailah tudung tu”.

Danial: “Owhhhhh…Kak farah, kalau kak farah belanja Danial game ps1 boleh?”

Faina: “Berapa ringgit?” (Tanya cam ah long tu)

Danial: “2 ringgit je”

Faina: “Danial nak suruh kak farah belanja berapa game?”

Danial: “1 je. Boleh x kak farah?”

Faina: “Kalau 1 boleh, 2 ringgit je kan”

Danial: “Aah, rm2 je. Yay-yay kak farah belanja.” (Terus tanggalkan tudung)

Motif dia pakai tudung? Xde kerja lah tu! Nak bodek tapi xde idea...


Jangan cakap saya kedekut ye. Dia memang suka buat muka comel-comel time nak mintak akak-akak dia belanja sesuatu. Kalau x, x kan dia boleh dapat benda-benda ni: Jadi anak bongsu memang best sebab?

Mau tengok rupa dia yang sebenar?

Ni abang dia yang paling suka buli dia. Dia mewakili abang, saya mewakili kakak. Hehehe.

Esok, saya balik Johor!! Yay! Rindu sangat dengan rumah selepas 16 minggu saya x balik. Hari tu masa raya saya terpaksa balik awal sebab ni: Sape mahu teman saya?

Jadi, kepada rakan blogger sekalian, jangan rindu lebih-lebih. Hehe. InsyaAllah kalau sempat saya update walaupun tiada internet di rumah.(Bajet sedangkan buzy dengan kenduri). Yang paling penting, saya x sabar nak jadi pengapit!!

nota kaki: Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan Alongku nanti. Aminnnn~
image signature

22 korang POT PET:

nerves said...[Reply comment dia please]

uhhh...tak paham kaitan game ps1 n pakai tudung tu
-__-''


*ehh...org kluang la...heee=)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@iamnerves: kaitan dia ialah....dia nak buat muka comel...saje nak suruh kakak dia belanja...

aah..saya org kluang.hehe

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

cis! laki rupanya..
baru terdetik nak isi borg jd adik ipar.. ahaha.. ;-p

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@soliin zubir: buwekkk...
:p

dia baru darjah 4 la!

dgn dia LELAKIIIII..=P

hamzah ian said...[Reply comment dia please]

adik laki ko pakai tudung? waaaa

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@hamzah ian: dia bukan pakai secara kekalllll lahhh....dush3...

Alessandro said...[Reply comment dia please]

Ha..ha..saya meramalkan yang 10 tahun dari sekarang, adik awak akan jadi lelaki yang sangat digilai oleh awek2 di luar sana..

kenapa?
Sebab dia ada alis mata yang panjang dan melentik..

lelaki dengan alis mata melentik mempunyai pandangan redup yang boleh membuatkan awek2 cair..he..he..jangan marah aahhh...^___^

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Alessandro: saya rasa macam tu jugak...sbb dia mmg comel..hehe

ehem, saya setuju pendapat awak tu...jangan kata awek cair..

kakak dia dulu cair dulu..hehehe

aimi nadiah said...[Reply comment dia please]

balik nnti update citer byk2 yer.. lbh2 lg pasal kawin yer..

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@aimi nadiah: wah, aimi nampak x sabar je...hehehe

Unknown said...[Reply comment dia please]

haha.. comelnye die.. :)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Heidi Shafiq: dia mmg comel..=)

Along Tapa said...[Reply comment dia please]
faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Along Tapa: x boleh2..
:P

owh...org muor rupanyaa....

Shahada Fauzi said...[Reply comment dia please]

haha..comel..serius ingat pompuan..^_^

pzy.krol said...[Reply comment dia please]

hohooo....nak kawen da...anda bile lagi ? hahaha....
perangai dye ni mcm adeq sy ckit..tp dye pkai tudung bkn nk bodek..nk perli akak dye yg sidai baju pkai towle kt kepale jerk..

pzy.krol said...[Reply comment dia please]

hohooo....nak kawen da...anda bile lagi ? hahaha....
perangai dye ni mcm adeq sy ckit..tp dye pkai tudung bkn nk bodek..nk perli akak dye yg sidai baju pkai towle kt kepale jerk..

doyah said...[Reply comment dia please]

kiutlehhhhh

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@chairool rulez: owh..yeke? hehe..nasib adik saya x perli..kalau perli..siaplah!!
hehe

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@doyah: hhehe...mmg kiutttt pun...adik saya tu...hehe

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@sweetsyaza: hehe...=)

Unknown said...[Reply comment dia please]

oh... lelaki ghupenya~ haha. Dah besar, kasi masuk METC. jadi engineer, boleh saya 'kawan' ngn dia. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top