Kepada blogger-blogger sekalian, cuba tengok muka budak ni:
Perempuan atau lelaki?
Jawapan: Lelaki. Mana saya tau? Sebab dia adik saya! Haha. (Kalau saya x kenal adik saya, bererti lagi payah nak kenal suami nanti). Hehe.
Rata-rata kawan saya tengok gambar ni kat FB cakap adik saya perempuan. Lepas tu cakap muka macam saya. Nanti saya cakap adik saya lelaki, ramai yang cakap, “Hah, lelaki ka? Awat comel sangat?”
Kenapa comel sangat? Sebab terkena tempias genetik kecomelan saya lah tu. Hehehe. (Maafkan saya mama).
Nak tau kisah di sebalik pemakaian tudung?
Tempat: Rumah ku tercinta
Pukul: 11.00 pagi
Saya baru lepas jemur baju yang sudah dibasuh menggunakan tangan washing machine. Lepas sidai, saya masuk baring-baring sekejap. Bukak tudung indon dan terus golek-golek selepas penat mengemas rumah.
Tiba-tiba, adik saya, Danial pergi ke arah saya yang pada ketika itu, tilam sedang bergolek-golek. Eh silap, saya sedang bergolek di atas tilam. Hehe.
Dia datang ke arah saya. Rasa macam nak cakap sesuatu. Tapi saya buat dek, saya meneruskan pergolekan saya atas tilam yang x berapa empuk itu.
2 minit lepastu, dia ambil tudung indon saya dan pakai. Kemudian dia memulakan percakapan. (Serius ayat ni sangat skema)
Danial: “Kak Farah, kak farah pakai tudung ni buat apa?”
Faina: “Tadi kak farah nak sidai baju, kak farah pakailah tudung tu”.
Danial: “Owhhhhh…Kak farah, kalau kak farah belanja Danial game ps1 boleh?”
Faina: “Berapa ringgit?” (Tanya cam ah long tu)
Danial: “2 ringgit je”
Faina: “Danial nak suruh kak farah belanja berapa game?”
Danial: “1 je. Boleh x kak farah?”
Faina: “Kalau 1 boleh, 2 ringgit je kan”
Danial: “Aah, rm2 je. Yay-yay kak farah belanja.” (Terus tanggalkan tudung)
Motif dia pakai tudung? Xde kerja lah tu! Nak bodek tapi xde idea...
Jangan cakap saya kedekut ye. Dia memang suka buat muka comel-comel time nak mintak akak-akak dia belanja sesuatu. Kalau x, x kan dia boleh dapat benda-benda ni: Jadi anak bongsu memang best sebab?
Jangan cakap saya kedekut ye. Dia memang suka buat muka comel-comel time nak mintak akak-akak dia belanja sesuatu. Kalau x, x kan dia boleh dapat benda-benda ni: Jadi anak bongsu memang best sebab?
Mau tengok rupa dia yang sebenar?
Ni abang dia yang paling suka buli dia. Dia mewakili abang, saya mewakili kakak. Hehehe.
Esok, saya balik Johor!! Yay! Rindu sangat dengan rumah selepas 16 minggu saya x balik. Hari tu masa raya saya terpaksa balik awal sebab ni: Sape mahu teman saya?
Jadi, kepada rakan blogger sekalian, jangan rindu lebih-lebih. Hehe. InsyaAllah kalau sempat saya update walaupun tiada internet di rumah.(Bajet sedangkan buzy dengan kenduri). Yang paling penting, saya x sabar nak jadi pengapit!!
nota kaki: Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan Alongku nanti. Aminnnn~



diNgaRuTkaN oleh

