Akhir-akhir ni visitor dengan unique blog saya sangat-sangat tinggi sampai buat saya terkejut beruk. Nak cakap saya kuat blogwalking, xdelah kuat mana, tapi entah macam mana tah boleh unique cecah 1000 lebih. Mungkin sebab entri ni: Bila kita boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar. Saya tengok dekat ruangan share FB dah cecah 2000 lebih. Woo..
Ni semalam punya. Hari ni pun cecah beribu jugak
Jadi, saya nak ulas sikit pasal isu kononnya dah bertunang ni kan. Kalau ikut apa Ustaz tu cakap, bila seorang lelaki menyatakan hasrat ingin mengahwini perempuan tersebut dan bila perempuan tersebut bersetuju, bererti dia sudah menjadi tunangan lelaki tersebut. Tapi saya x tau Ustaz tu cakap berdasarkan dalil atau tidak. Makanya, saya save post tu.
Tunang atau tidak, batas antara seorang perempuan dengan yang bukan muhrimnya tetap ada. Jangan ingat bila dah bertunang lagi boleh pegang-pegang (masa bercinta pun x boleh pegang-pegang), atau mungkin boleh buat apa-apa yang boleh membawa kepada zina. Ingat, dia bukan suami mahupun isteri kamu lagi. Pernah saya terbaca, bercinta/bercouple itu haram kalau ia BOLEH MEMBAWA kepada zina.
........................................................................
Daripada Ma’qal bin Yasir katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,
“ Sekiranya seorang kamu dicucuk di kepala dengan jarum besar daripada besi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal”
-Riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi-
.....................................................................
Kepada kaum hawa pula, jagalah batas dalam pergaulan. Kita kaum hawa sebenarnya senang nak masuk syurga.
.........................................................................
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,
“Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah, dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia sukai”
-Riwayat At Tabrani-
.............................................................
Tapi ingat, wanita senang masuk syurga, tetapi wanita jugalah yang paling banyak sekali berada di neraka. Kenapa? Sebab suka mengumpat, x tutup aurat, x taat pada suami dan sebagainya. Siapa pernah baca kisah Rasulullah s.a.w menangis melihat perempuan-perempuan diseksa di neraka ketika baginda di isra’kan mungkin tau kenapa perempuan paling ramai di neraka.
Jadi kepada kawan-kawan blogger sekalian, jagalah batas dalam pergaulan. Dah banyak sangat kes buang bayi. Xkan nak tambah lagi?
Nota kaki: Peringatan buat diri saya sendiri juga.
Kawan-kawan, ada 3 hari lagi. Jom puasa, =).
p/s: Maaf, saya save post pasal tunang tu..kalau kata memang sahih pasal pertunangan tu baru saya publish balik. Sekian.
p/s: Maaf, saya save post pasal tunang tu..kalau kata memang sahih pasal pertunangan tu baru saya publish balik. Sekian.


diNgaRuTkaN oleh

