Powered By Blogger
5

Status terkini: Faina sudah menjadi Mak Lang

Assalamualaikum

Dah sebulan 3 hari saya x update. Reason? Errr, sebab buzy? 

Buzy sebab apa?

Errrr... 

v
v
v
v
v
v
v

Muhammad Hariz Arsyad

Jaga si kecik ni... Hehe ok tipu..

This is not my child. This is my first anak buah. Along saya yang berkahwin bulan 11 tahun lepas, kini sudah bersalin... Jap, jap recall balik.. Yang ni:



Ok, saya sempat tengok Hariz 2 minggu masa cuti lepas praktikum hari tu. Sekarang? Berada di UPSI menghabiskan sesi pengajian yang terakhir (final year). Ya, jadi saya buzy giler semester ini. Thesis, kajian tindakan, plus 4 subject killer, memang pedih sem ni. Tapi apa nak buat, dah nama seorang pelajar.

Ok, hari ni dah sebulan Hariz dilahirkan. Sebenarnya anak buah saya dilahirkan pada 1 syawal bersamaan 30 Ogos 2011. Dari dulu saya target Hariz ialah baby merdeka. Tapi x tercapai pulak. Hehehe. So, aunty will call you baby syawal!

Sekarang status saya dah bertukar menjadi Mak Lang. Ya, saya anak no 3, kalau ikut turutan kena panggil Mak Lang. Tapi Hariz, panggil aunty Farah ye. Mak Lang macam kureng sedap. (Giler demand). Hua3. Sekarang dah masuk 3 minggu saya x tengok si kecik ni. Bila Along saya upload gambar kat Fb, rindunya nak cium si kecik ni!!

Sepanjang saya menjadi Mak Lang, banyak benda yang saya pelajari daripada Along dan mama saya. Paling banyak from my mama. Rupa-rupanya ada banyak benda yang saya kena belajar. Belajar mandikan baby, belajar pantang larang masa mengandung, banyak lagilah! So, sekarang tahap level saya tentang perkahwinan semakin bertambah. Hua3. =D

Disebabkan hari ni si Hariz dah sebulan, jadi mari kita tengok si comel yang semakin membesar ini!

Saya suka cium dia masa dia tengah tido, nanti muka dia jadi merah! Hee


Mak saya, saya, plus semua orang cakap muka Hariz sebijik sejibik ikut muka ayahnya!


Mata diaaaa boooolaaaaatttt!



Yang ni saat dia baru sampai rumah! (No wonder macam saiz kecik ckit). Hehehe.

Hariz selalu tido dengan senyenyak-nyenyaknya...

Last but not least

v
v
v
Sila akui cakap like father like son cepat!



Kepada Hariz, Mak Lang doakan semoga Hariz jadi anak soleh yang taat pada kedua ibu bapa. Semoga Hariz jadi anak yang baik nanti. InsyaAllah..Aminn...

p/s: Kawan saya cakap hidung Hariz macam hidung saya. Ntah tang mana yang sama x taulahhhhhh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top