Powered By Blogger
34

CONTEST MERIAHNYA CALL MASA HARI RAYA

Ok, entri kali ni saya memang perlukan komen dari anda semua, sebab masuk tuk 1 contest ni.



Antara pengalaman sebelum raya yang memang sampai sekarang orang ingatlah, merupakan pengalaman ini. =)

Masa tu tahun 2006 kot. Macam biasalah, malam tu dengar pengumuman raya oleh mamat nih. Hehe.

Dengan itu, dimumkan bahawa esok raya.

Entah macam mana tah, sepatutnya kitorang dulu, kalau esok nak raya, sepatutnya pagi tu dah start masak. Tiba2 entah macam mana entah  boleh tahun tu semua buat dek. Makanya, malam tu malam paling havoc. Dah patutnya malam tu sepatutnya hampir semua dah siap, ini tidak. Baru nak masak malam tu, alamatnya……paham2 sendiri lah.

Malamtu, nenek atau panggilan mak yang kitorang 6 adik beradik panggil cakap:

Mak, “Malam ni semua kena tolong masak, xde sape boleh tido!"

Dalam hati balas, “Esok nak raya, x kan malam ni x tido??”

Malam tu nak tau apa terjadi??

Pukul 3 baru tido kot. Tapi adakah masakan semua siap?? Mestilah x!! Hahaha. Bagus betul anak2 dara encik Ahmad Nazri ni. Ngeh3.

Dalam pukul 4 tu, mak a.k.a nenek cakap kat mama.

Mak @ Nenek, “ Noi, mak nak tido jap, pukul 5 kejut mak, mak nak sambung balik masak”.

Mama balas, “ Mak pegilah tido, noi boleh buat sorang2 ni”. Sebab mama tido pukul 12 dia bangun balik pukul 4.

Gigih betul nenek ku sorang tu masak tuk raya. Hehe.

Tiba2, mama tertido balik kot. Mak a.k.a nenek sedar sendiri, tengok2 jam dah pukul 6.20 pagi.

Bila dah tau dah pukul 6.20. Nak tau apa berlaku??

Mak a.k.a nenek, “Bangun, bangun (jerit suruh 1 rumah bangun), xde sape boleh tido, bangunnnnnnn!! Noi bukan nak kejut mak, skang da x sempat  nak masak. Bangunnnn!!"

First time oh nenek jadi garang giler. Keluar gigi taring timetu, uuu...takut2.

Kitorang yang terjaga dengar jeritan nenek, cepat2 sembahnyang subuh pastu tolong nenek masak. Pukul 12 tengah hari kot baru siap.

Siap ada orang datang pagi tu, kitorang x siap masak lagi. Erkk..(-_-).

Esok pagi masa g beraya, ramai bertanya, “aik, nampak ngantuk je ni, tido lewat sebab memasakke??”

Dalam hati nak je cakap, “aaahhhh..”

Kesimpulannya, jangan masak last minute. Sampai skang tertanya pasai pe ek agaknya kitorang x masak pagitu??


boleh buat dekkkk?? hehehe..
-kena mandrem apa???-

tarikh tutup: 8/9/2010

image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top