7

Dalam telinga cikgu ada lalat!

Dah 3 minggu lebih saya x update, bukan sebab saya sibuk menguruskan perkahwinan (ayat x leh blah), tapi sebab praktikal punya pasal. Setiap hari saya kena buat slide power point untuk mengajar mereka. Fikir macam mana nak bagi budak-budak ni ingat + berminat nak belajar sains. Kini baru saya tahu jadi cikgu bukan senang. Nak bagi para pelajar faham apa yang kita nak ajar memang bukan senang. Tapi yang penting saya tahu, saya memang suka mengajar, =)


Saya teringat hari tu saya bertanya pada anak murid saya soalan teka teki. Soalannya berbunyi begini.

Ada seorang mat saleh, masuk ke restoran dan order secawan air teh. Seperti biasa, dalam restoran tersebut ada disediakan kiub gula pada setiap meja.

Tiba-tiba mat saleh itu memanggil pelayan restoran tersebut untuk menukar air teh tersebut kerana ada seekor lalat di dalamnya. Pelayan restoran itu pun pergi menukar air teh tersebut. Beberapa minit selepas itu, pelayan itu membawa air teh yang baru, tetapi mat saleh itu tau bahawa itu merupakan air teh yang sama. Bagaimana mat saleh itu tahu??

Errr, ada blogger yang tahu ke??



Jawapannya bukan kerana masih ada lalat dalam air teh itu, tetapi kerana masih ada kiub gula dalam air teh itu. Jadi mestilah mat saleh itu tahu itu merupakan air teh yang sama kerana air teh yang dibawa oleh pelayan tadi dalamnya ada kiub gula sedangkan air teh yang baru sepatutnya tidak diletakkan dengan kiub gula.

Seorang pelajar saya jawab dengan betul dan saya bertanya, sape nama awak??

Pelajar lelaki itu pun menjawab namanya dengan perlahan.

Saya bertanya sekali lagi, “Hahhh, apa nama awak sekali lagi???”

Pelajar itu pun menjawab namanya sekali lagi.

Saya gelak terkekek-kekek.

Pelajar lain bertanya, “Apa ni cikgu gelakkan nama orang?”

Saya balas, “Awak nak tahu nama apa yang mula-mula cikgu dengar??”

Pelajar-pelajar lelaki semua bertanya, “Apa dia cikgu??”

Saya pun menjawab, “Cikgu ingat nama dia HAMIL….Rupa-rupanya AMIN…..”

Pelajar lain: “Hamil?? Hahahahahaha.

Tiba-tiba kedengaran satu suara, “Entah-entah dekat telinga cikgu ada lalat!. Hahahahaha…”

Saya: Kurang ayokkk punya budak!

Pelajar-pelajar saya memang nakal. Tapi disebalik kenakalan mereka ada juga kecomelan mereka. Tak dilupakan juga kehenseman mereka. Hua,hua,hua. Ok, tolong jangan fikir negative. Hak.

p/s: Serius x sempat nak baca blog kawan-kawan. Nak komen pun x sempat. Maaf. Ada masa saya baca. Lagi-lagi blog NI, mesti saya baca punyalah, ;). InsyaAllah.


7 korang POT PET:

iqbalsyarie said...[Reply comment dia please]

euwww cikgu. hahaha. alahai anak murid cikgu faina~

ASaDa RyutaRo said...[Reply comment dia please]

ada lalat dalam telinga cikgu! hahahahahahaha.. saya baru dengar teka teki ni. :D

selamat mengajar dengan penuh semangat!

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@iqbalsyarie: hehehe...gelak yeee...denda kang! ;p

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@ASaDa RyutaRo: haha! thanx asada! =D

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

akhirnya.. dpt jugak dgr cita terbaru cikgu.. dh x ada gangguan plajar nakal lg ke? nmpk mcm makin mesra ja.. heheh..

padan muka cikgu..
gelakkan org, lpastu terkena balik.. ;-p

err.. "Blog NI" tu blog sapa? ;-p

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: gangguan pelajar nakal tu kelas lain..;p

wekkk, jahat..;p

ehem, cer tekan...;p

Muslimah Optimis said...[Reply comment dia please]

hihihihi... kelakar la.. tergelak MO membacanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top