14

Apabila Cikgu Sains mengajar Ekonomi Rumah Tangga(KH)....

Hari tu sebelum cuti sekolah penyelia petang saya beri jadual mengajar untuk minggu itu. Saya dengan teruja mengambil jadual itu dan apabila melihat subjek yang perlu diajar, saya cakap, “Giler ah”. Ok, perkataan tu keluar secara x sengaja dari mulut saya bila saya nampak saya kena mengajar subjek Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga) Tingkatan 1, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(PJK) Tingkatan 2 dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) Tingkatan 2.

Eh, kata cikgu. Mesti semua subjek boleh ajar pe. Ya, memang saya boleh ajar. Tapi agak terkejut bila saya yang opsyen Pendidikan Sains (Fizik) kena mengajar subjek-subjek tersebut. Nasib hanya untuk seminggu sebelum cuti sekolah sahaja. Kira naik cuti dapat jadual baru. Fuh lega. Alhamdulillah.

Nak tau saya mengajar subjek KH macam mana?

Cikgu KH: “Awak ni opsyen Sains, bolehke awak mengajar KH??”
Faina: “InsyaAllah boleh cikgu.”
Cikgu KH: “Kalau macam tu awak suruh mereka sambung jahit skirt kat bengkel jahitan.”
Faina: Gulp!

Source: Google

Hari Selasa. Kelas 1A9. Pembelajaran subjek Kemahiran Hidup bermula…..

Cikgu Faina: “Kelas… Cikgu Faridah mintak awak sambung jahit skirt balik. Awak simpan skirt awak kat mana?"
Pelajar: “X tau cikgu. Cikgu sebelum ni yang simpan.”
Cikgu Faina: Dalam hati. (Gulp. Sudahhh…)
Pelajar: “Ada ni ha cikgu kat belakang.”
Cikgu Faina: “Awak semua ambik skirt masing-masing, sambung balik buat skirt awak.”

X sampai 5 minit, seorang pelajar datang pada saya, mintak suruh jahit tepi skirtnya.

Mesin tu lebih canggih dari ini. Eceh kalau yang ni pun macam saya reti guna. Hua3..

Source: Google

Pelajar A: “Cikgu, skirt saya x jahit tepi lagi.”
Cikgu Faina: “Haa, awak jahitlah.”
Pelajar A: “Jahit tepi biasanya cikgu yang jahitkan guna mesin.”
Cikgu Faina: Dalam hati (Weyh, giler. Nak buat apa skang ni???)
Cikgu Faina: “Mesin yang mana 1?” (Buat-buat macam terer)
Pelajar A: “Mesin yang tu cikgu (Sambil menunjukkan mesin jahit yang canggih kat tepi saya)”
Cikgu Faina: Dengan selamba menjawab “Cikgu x reti jahit guna mesin. Karang kalau saya jahit kena jari , saya mati nanti kang”
Pelajar A: Terdiam tiba-tiba.

Tiba-tiba kawan pelajar tersebut datang.

Source: Google

Pelajar B: Weyh, ko dah jahit tepi belum? (Sedang bersembang dengan pelajar A)
Pelajar A: Belum lagi.
Pelajar B: Kenapa ko x suruh cikgu jahitkan?
Pelajar A: Cikgu ni x reti jahit guna mesin. Cikgu cakap kalau kena jari cikgu, cikgu mati.

Pelajar B terdiam.

Saya tergelak. Heeee.

Tiba-tiba datang seorang pelajar lain. Gelar dia pelajar C senang.

Pelajar C: “Cikgu, cikgu akan ajar kitorang KH ke cikgu lepas ni?”
Cikgu Faina: “Xdelah. Saya ganti cikgu Faridah minggu ni je.”
Pelajar C: “Owhh, cikgu ajar subjek apa?”
Cikgu Faina: “Cikgu ajar subjek Sains..”
Pelajar C: “Owh, patut cikgu x tahu guna mesin!”
Cikgu Faina: Terdiam…….

KESIMPULAN: Saya x reti jahit guna mesin…Huuu~

nota kaki: Rumah saya memang xde mesin-mesin jahit ni. Jadi buat bakal suami, ibu mak ayah mertua harap maklum saya x reti jahit guna mesin. Hua, hua, hua. Ceh, bajet macam nak kawen! Ahakzzzzz…

14 korang POT PET:

Jie(",)v said...[Reply comment dia please]

perghhh...kna ngaja ERT ko??ahhahaa..mujo jie praktikal ni xkeno aja subjek lain selain sbjek Math (major jie math)

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

siyes sy gelak smpai nangis baca ni.. hahhaa.. lawak2.. tak reti stil nk berlagak tak bersalah eh? hhehehe.. ;-p

ASaDa RyutaRo said...[Reply comment dia please]

hahaha.. mesin yang student tu tunjuk mesti la mesin jahit sisi yang banyak benang gulung besar2 tu kan? kalau tak jahit sisi, nti baju @ kain tu cepat carik.

saya tahu guna mesin tu. senang je! takde nye nak kena jari.. sian sungguh.

hope jadual yang baru nanti lebih mencabar! baru best. hahaha.. semoga d permudahkan. ;P

TukangJahItJAlanan said...[Reply comment dia please]

pengalaman yang menarik..best2 mainkan budak2..

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Jie(",)v: uhuk2, pengalamannn kot...heee..=D

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir:waaaa...gelak sampai nangis..hebat..=p..

ehem, jd cikgu kena pandai cover..hehehe

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@ASaDa RyutaRo: cehh..berlagak dgn sy eh! :P

ehem, saya x berani nnt terjahit jari sy macam mana? dh lah x kawen lg...;p

ehem2, thanx..=D

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@TukangJahItJAlanan:hehe..tu la..pengalaman..hehe...

Ad-Dien said...[Reply comment dia please]

wahhh,dasyat naa...cikgu sains ngajar KH tuu..pasni serba boleh laa yek..hehe



Konspirasi Dunia- Tree of Life(WADi)

amirah said...[Reply comment dia please]

haha.alasan tak munasabah tul la. haisyoo ;p

Azuan said...[Reply comment dia please]

haha..alasan mmg terbaik!

gigiAriEma said...[Reply comment dia please]

hahahaha. gilo ka jauh bidang kena ajar. nasib wat muka tak salah kan. hihihi

cik nisa said...[Reply comment dia please]

alahai.. malunya.. sabar je laa..

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

mana awk menghilang ni? =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top