9

LUCAH???

Lucah? Budak form 2? Oh, saya dah biasa. Ya. Selalu dah sangat perkataan lucah keluar kalau kata dalam pembelajaran saya ada benda yang pelik ckit mesti pelajar saya dah gelak-gelak.

Kes pertama:



Tajuk nutrition. Najis akan dikeluarkan melalui organ badan yang bernama anus. Para pelajar lelaki saya cakap.

"Cikgu, anus tu lelaki je kan yang ada?"

Saya balas, "Eh, semua orang ada anus lah. Awak ingat lelaki je ke yang ada??"

Kes kedua:

Ikan Paus ialah Mamalia ye anak murid sekalian

Tajuk: Classes of animals. Saya tanya pada pelajar saya, "kamu tahu x kenapa ikan paus ialah mammal (mamalia), bukan kumpulan fish?"

Para pelajar jawab, "X tahu cikgu..."

Saya jawab, "Sebab ikan paus dia ada ciri-ciri mamalia. Yang pertama dia menyusukan anak dia..."

Sorang pelajar tanya, "Cikgu, put*ng dia kat mana cikgu??"

Saya? Buat dek sambil buat-buat x dengar apa yang dia cakap.

Kes ketiga:

Tajuk: Classes of plants. Pokok yang berbunga boleh dikategorikan kepada 2. Monocotyledon dan dicotyledon.

Sewaktu mengajar, ada seorang pelajar lelaki saya sibuk bersembang. Saya pun panggil pelajar lelaki tersebut.

"Hah awak, cepat cakap apa dia 2 kategori flowering plant?"

Pelajar lelaki itu menjawab, "Monokotelydon...."

Saya terus cakap kuat-kuat (dengan sepenuh hati), "Kelas, dengar saya sebut betul-betul. Moooonoooocooootyyyyyyyy.....ledon........(Monokotiledon dalam bm) Semua ikut cepat! "

Huh. Pening kepala setiap kali habis sekolah. Pening melayan kerenah para pelajar. Bila saya cerita dengan kawan saya kat rumah. Mereka balas, "Kalau aku dapat pelajar macam tu, boleh pengsan kot!"

p/s: Jadi cikgu sangat penat. Penat melayan kerenah budak. Lagi-lagi jenis yang malas belajar!

9 korang POT PET:

Ad-Dien said...[Reply comment dia please]

sabar yer cikgu, insyaAllah besar pahala mendidik ni..mendoakan cikgu faina dari jauh

amirah said...[Reply comment dia please]

haha.macam-macam...aku dah biasa dengar carut-carutan bebudak ni, apa lagi, terus cakap nak potong sideben depa atau nk tarik tinga terus diam.

padin said...[Reply comment dia please]

hahahah memang macam2 karenah, nasib baik la aku mengajar budak yang dah besar, melawak pon melawak matang kata orang,

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Ad-Dien: insyaAllah..thanx.. :)

ain fathihah said...[Reply comment dia please]

sebenarnya aku x faham apa yg lucahnya dgn soalan 1 dan 2 tu..

utk soalan 1, rasanya budak tu ada misconception psl anus cuma ada pd lelaki sbb kes liwat meliwat ni kot.

soalan 2 sgt relevan bg aku. where is whale's nipple? aku cuba search siang tadi tp belum jumpa jawapan pasti. aku rasa baik hg cari jawapan, n bagitau budak2 tu.. itu lebih elok dan menarik.


aku pernah ditanya how breast milk produce? why pregnant woman's breast enlarge? dan aku tak rasa itu lucah.

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@ain fathihah: ain, dia tanya gelak-gelak..dah banyak kali kot dalam kelas selalu jd mcm tu...

kita ckp saya rasa kat bawah ni putingnya...dia tanya lagi...cikgu, puting dia warna apa... terus x dpt jawab....huuu

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

lucahnya cikgu ni.. heheh..

errr.. anus tu apa cikgu? ;-p

MuHamMaD EiRuL ! said...[Reply comment dia please]

hahaha...manyak syok r jadi cikgu!

gigiAriEma said...[Reply comment dia please]

tudiaa.. jenuh aih dpt murid cen tu.. gila lar nasib faina sorang penyabar kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top