Powered By Blogger
2

Cikgu stalk anak murid!!!

Tinggal lagi 12 hari lagi untuk saya berpraktikal di SMKSM. Setakat ni xde sorang pun pelajar saya yang add saya di Fb. Dalam hati saya, xpelah. Mereka baru form 2. X berapa main Fb kot. Sebab saya tahu ada yang pergi CC semata-mata nak main Fb. Haih.

Hari tu secara x sengaja saya terjumpa FB anak murid saya, Hanani. Itupun sebab dia friend kepada 2 sepupu saya dan juga adik saya. Ok, dari situ apa lagi. Saya mula skodeng 1 per 1 Fb anak murid saya. Jadi, post kali ni adalah post menyekodeng mereka. Mari lihat anak murid saya!

Ridzuan Razikin

Ridzuan razikin. Pelajar yang kadang-kadang ponteng sekolah. Bila saya tanya, dia cakap dia buat persembahan. Ok, bila tengok profile pic memang nampak macam buat persembahan. Nanti saya nak tanya dia lagi. Walaupun ponteng, saya puas hati jugaklah bila ujian baru-baru ni dia dapat 66. Ok, ridzuan. Tahniah! 

p/s: Dia ni macam ketua gangster kat sekolah. Bajet macam fames, tapi saya rasa dia ni memang fames pun. Teringat haritu dia botakkan kepala macam si botak juvana lepas cerita tu habis. Ok, serius saya takut tengok dia botak licin macam tu. Nasib sekarang dah ada rambut! Hensem ckit. Hek3.


Nurul Aaina


Masa saya masuk kelas 2A8. Saya cakap, ada 2 budak nama aina kat sini. Ok, sama nama dengan saya. Ok, aaina ea? Hari tu dia tanya saya, "Cikgu-cikgu, cikgu xde Fb ke?"

Saya balas, "Awak carilah Fb saya. Saya dah jumpa dah Fb awak. Awak je yang x jumpa Fb saya. Saya tengok satu-satu Fb awak semua. Macam saya x tahu haritu awak semua tanya macam mana nak buat folio sains kan?"

Nurul Aaina tergamam, seorang pelajar saya, Aina sofia balas, "Pergh, cikgu stalker kot! Cikgu stalk kami."

Terus kedengaran suara pelajar yang lain, "Aku x kira, aku nak privatekan semua gambar, wall aku."

Saya gelak dalam hati. Hua3.

p/s: Aaina, cikgu dah jumpa FB awak. Terkezut x? Hua3. 


Aufa

Nama pelajar saya yang agak unik. Aufa aqhalakam. Aufa, makan lek lok ye. Hua3. Ok, ni adalah antara pelajar saya yang kuat mengarut. Selalu buat 1 kelas gelak. 

Hari itu saya bertanya , "Saya pelik kenapa untuk soalan berikan 1 makanan yang boleh mengurangkan sembelit ramai yang jawab nanas?"

Aufa balas, "Yahhh, hidup nanas! Kami suka nanas!

Saya? -_-

Afif

Ok, afif ni merupakan pengawas kat sekolah tu. Antara pelajar yang saya rasa pintar sebab bila saya tanya, kira afif ni selalu berikan jawapan yang bernas. Ya, buat saya rasa kagum jugaklah.

Tapi saya teringat masa hari report card day, ayahnya datang dan bertanya, "Cikgu, cikgu x bagi pelajar-pelajar ni homework ke? Sebab bila saya tanya afif, afif, xde homework ke? Nanti dia cakap xde."

Waktu tu saya nak je bagi sedozen homework depan ayah dia sendiri. Afif, cikgu bagi banyak homework ye. Awak je yang x pernah nak buat. Nasib exam haritu ok jugak resultnya.

Ok, saya rasa cukuplah saya stalk mereka kat sini. Perasan x kenapa pelajar lelaki lebih ramai daripada pelajar perempuan? Sebab pelajar perempuan kelas saya ramai yang letak gambar free hair. -_-

Haih.

Tinggal lagi berapa hari je lagi sebelum saya mengucapkan selamat tinggal pada mereka. Yang pasti, saya akan merindui mereka.

p/s: Saya suka stalk anak murid saya. Hua3.

2 korang POT PET:

Anonymous said...[Reply comment dia please]

diorang jmpe blog cikgu tak. hehe

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

amboiii.. cikgu stalker.. haha..

hensem nowh ketua gangster tu.. patut la dok 1st skali.. ;-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top