Powered By Blogger
2

Hari terakhir sebagai Guru Praktikal~

Assalamualaikum.

Hari ini, hari jumaat, merupakan hari terakhir saya berpraktikal di SMK Seri Manjung. Ya, dah 4 bulan saya dilantik menjadi guru Sains Tingkatan 2. Saya mengajar 2A6 dan 2A8. Sepanjang saya mengajar mereka, ada pahitnya dan ada manisnya.

Cabaran sebagai seorang guru serius betul-betul mencabar. Budak x nak belajar, budak x buat homework, budak ponteng kelas, dan macam-macam lagi. Paling menggeramkan bila ada yang kurang ajar.

Sebelum ini saya hanya melihat guru saya mengajar, dan saya sebagai seorang pelajar hanya akan belajar dan menerima ilmu. Tapi kini giliran saya pula yang mengajar. Amanah sebagai seorang guru serius sangat berat. Saya cuba sedaya upaya untuk buat para pelajar saya faham, tapi kadang-kadang terasa saya gagal menggalas amanah ini. Sedih bila melihat ada lagi pelajar saya yang gagal, sedangkan latihan dah buat banyak kali. 

Kawan saya berkata, "Aina, aina dah buat yang terbaik. Budak-budak tu pun kena usaha sendiri."



Kepada anak-anak muridku sayang, ingatlah peluang awak semua belajar di sekolah menengah hanya sekali. Hanya sekali awak semua jadi pelajar tingkatan 2. Selepas ni bukan lagi tingkatan 2, tetapi tingkatan 3. Manfaatkan peluang yang ada ni. Homework kalau cikgu-cikgu bagi, kalau boleh siapkan. Kalau xde latihan, macam mana kita nak tahu sama ada kita faham atau tidak apa yang kita pelajari?

Tiba-tiba terasa macam nak menangis (atau mungkin sedang menangis)

Kepada pelajar-pelajar ku sayang, semoga jadi seorang insan yang berjaya suatu hari nanti. Nanti cikgu nak tengok FB awak semua yang tertulis currently studied at UKM, USM, UM, UITM, etc.

Waktu tu cikgu akan tersenyum dan melihat kembali gambar awak semua semasa tingkatan 2.

Ok, cukuplah saya menulis sampai di sini. Takut nanti banjir pulak rumah ni. Hua3.

Sebelum tu, terima kasih ye pelajar 2A6 dan 2A8 beri saya 1 pengalaman, :)

Barisan jejaka 2A6 yang selalu buat saya tersenyum, :)

Barisan anak murid perempuan saya yang kuat bergosip! Hee

Ya, saya akan merindui kelas 2A6!

Para jejaka 2A8 yang sering menggelakkan lukisan saya!

Pelajar perempuan 2A8 yang suka datang ke bilik guru untuk bersembang~

Bergambar kali terakhir dengan pelajar-pelajar 2A8

Kepada pelajar 2A6, sila datang pada hari ini untuk kelas kali terakhir ya!

p/s: Kepada semua pelajar, cikgu sayang kamu! =)

2 korang POT PET:

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

tringat masa jd guru tuisyen smentara tu.. sedih nk tggalkan budak2 tu.. huhu...

Anonymous said...[Reply comment dia please]

sempoi je bdk2 tu bergambar.

ke ckgu die lg sempoi? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top