Powered By Blogger
10

Siapa kita di mata orang lain???

Credit: Google


Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?"

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin.

Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, "Siapa yang masih mahu duit ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dengan kasutnya.

Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?".

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga." 

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan  dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
credit

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi pada mata @ pandangan Ilahi. 

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita semua di sisi Allah adalah sama saja.

Yang membezakan kita ialah KETAQWAAN kepadaNya.

Siapa yang lebih bertaqwa, maka dia lah yang lebih baik.

Credit the story to: Ustaz Nasir

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq 65: 2-3]

nota kaki: Maaf buzy. X dapat update selalu. titik.

16

Pengalaman pertama sambut Hari Guru? Alangkah indahnya jikalau....

credit: Google


Rasanya Hari Guru dah lepas. Ya, dah lepas sebab 16 Mei merupakan Hari Guru. Saya berkesempatan menyambut Hari Guru sebagai seorang guru tahun ni. Ya, walaupun hanya sebagai guru praktikal, insyaAllah tahun depan saya dapat menyambut Hari Guru sebagai seorang guru yang sebenar.

Pengalaman? Seronok memang seronok. Tetapi…………. Ada tetapi?

Ya, entah mengapa perasaan saya rasa lebih seronok jika dapat melihat para pelajar berubah. Ya, berubah menjadi seorang pelajar yang menghormati guru. Berubah menjadi seorang pelajar yang datang ke sekolah dengan niat untuk menimba ilmu. Tidak perlu beri para guru hadiah sempena Hari Guru tetapi berilah suatu perubahan sikap pada mereka.

Kepuasan melihat para pelajar berubah menjadi manusia yang lebih baik dan dapat mencapai kejayaan adalah lebih indah berbanding hadiah-hadiah yang diterima. Alangkah indahnya kalau saya dapat ubah para pelajar untuk bersikap demikian.

Post yang lepas saya ada cakap kawan saya menceritakan pengalamannya yang boleh saya label sebagai “kurang ajar”.  Mari kita lihat scene-scene berikut:

Scene 1:

Pelajar:  “Cikgu, perlu ke saya panggil cikgu, cikgu? Cikgu ni kan cikgu praktikal je. 4 bulan je pun…..”
Cikgu praktikal: Terdiam. (Barangkali tersentak mungkin)

.....................................................................................

Scene 2: Cikgu sedang relief waktu untuk peperiksaan. Kertas dikutip pada pukul 12.40 tengah hari. Tetapi para pelajar hanya dibenarkan pulang pada pukul 1.10 tengah hari.

Pelajar: “Cikgu, budak lain semua dah balik cikgu!”
Cikgu praktikal: “Awak x boleh balik lagi. Pukul 1.10 baru awak boleh balik.”
Pelajar: Keluar terus dari kelas beramai-ramai meninggalkan cikgu keseorangan di dalam kelas.

....................................................................................

Scene 3: Para pelajar sedang menjalani peperiksaan setengah tahun. Tiba-tiba mereka berbincang dan bising di dalam kelas.

Cikgu praktikal: Diam! Diam!
Pelajar: Bla, bla, bla. Pelajar perempuan memakai make up. Pelajar lelaki bising bersembang.

Apa terjadi? Guru dari kelas lain datang dan menjerit, “Awak semua boleh diam x!!? Saya koyak kertas awak nanti!!”

Pelajar: Terus diam.

.........................................................................................

Scene 4: Para pelajar sedang menghadapi peperiksaan

Cikgu: Dalam hati (Hampir semua pelajar tidak reti langsung menjawab kertas soalan tersebut, biar betik).
Pelajar: “Cikgu, macam mana nak buat soalan ni?
Cikgu: “Tak kan awak x tahu? Habis awak pergi sekolah belajar apa?”
Pelajar: “Saya datang sekolah nak main cikgu.”

........................................................................................


Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi cukuplah. Malas nak cerita panjang-panjang.

Benarlah kata Along saya ketika melihat cerita Juvana hari tu, “Ala, x payah pergi sekolah Juvana, sekolah biasa pun dah macam ni.”

Credit: Google
Bila lihat para pelajar sekarang, memang benar bila ada orang berkata para pelajar sekarang biadap. Saya tahu bukan semua, tapi kebanyakannya begitu. Jangan dilihat pada sekolah berasrama penuh, tapi majoriti sekolah harian biasa, para pelajarnya tidak menghormati guru.

Sangat berbeza dengan zaman persekolahan saya. Bila cikgu datang semua senyap. Bila cikgu menjerit semua takut. Sekarang? Cikgu menjerit suruh senyap para pelajar buat suara monyet. Cikgu praktikal seperti tiada fungsi langsung terhadap pelajar. Kerana itu saya sedih melihat para pelajar sekarang. Alangkah indahnya saya dapat ubah perangai mereka.

Saya x berapa suka dari kecik lagi apabila melihat budak-budak bercakap bodoh, sial, bangang dan sebagainya. Tapi bila saya berpraktikal di sini, para pelajar sudah menjadikan perkataan-perkataan itu sebagai ayat-ayat “kebiasaan” mereka.

Jangan cakap kerja cikgu itu senang. Kalau dapat para pelajar yang ok mungkin proses pengajaran berlaku dengan senang tanpa masalah. Tetapi ingat, para pelajar semakin teruk akhlak mereka, nak kawal pelajar seramai 30 orang bukan suatu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menghormati kita.

Tema guru tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Terfikir transformasi bagaimana yang perlu saya lakukan terhadap kelas 2A6 dan 2A9??


nota kaki: Saya berazam nak ubah perangai para pelajar saya. Mampukan saya berbuat demikian dalam masa 4 bulan?

15

AKU INGIN BERUBAH

Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra'd: 11)

Ada kawan saya yang mengatakan saya dah berubah. Ya, mungkin ada juga yang perasan saya dah berubah. Saya akui bahawa sememangnya saya berubah. Saya ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik. Perubahan tu xdelah berlaku sekelip mata, tapi saya berubah perlahan-lahan.

Credit: Google

Rasanya ramai dah pernah tengok video tentang dosa di Facebook bukan? Masa saya tengok video tu, terus saya ubah profile pic saya di Facebook. Saya gunakan gambar adik lelaki saya Danial. Hehe. Tapi kini tidak lagi. Menyedari juga akan dosa di Facebook bila saya upload gambar di Facebook, terus saya privatekan gambar-gambar di Facebook. Waktu tu semua gambar saya dah privatekan kecuali profile picture.

Perubahan yang kedua saya lakukan dalam diri saya adalah dengan memakai stokin/ sarung kaki ketika keluar. Ya, alhamdulillah saya sudah memakai sarung kaki ketika keluar. Kisahnya bermula apabila saya baca 1 post di I Luv Islam.com. Sebelum ni saya tahu bahawa menutup kaki itu wajib. Tapi, entah kenapa x terbuka hati saya untuk memakainya. Tapi ayat pada post I Luv Islam yang berbunyi begini,

“Tutuplah kakimu wahai muslimah, tidakkah kamu sedar bahawa kaki mu juga adalah aurat?

Waktu tu saya berfikir. Ya, saya berfikir. Saya dah tutup semua aurat, kecuali kaki. Sayangnya kalau pakai tudung sudah menutup dada, baju yang dipakai juga sudah longgar dan tidak menampakkan tubuh badan, tetapi masih mendapat dosa kerana tidak menutup kaki. Waktu tu saya sedar, ruginya sesiapa yang tidak memakai stokin tetapi sudah berjaya menutup aurat dengan lengkap dari segi tudung dan baju.

Credit: Google

Lepas saya baca post tu, saya mula berjinak-jinak pakai sarung kaki ketika keluar. Kadang-kadang hati kata leceh, malas. Tapi saya lawan. Saya berpegang pada 1 ayat. Iaitu biarlah kita susah sekarang, sekurang-kurangnya di akhirat nanti kita senang. InsyaAllah.

Masa hujan bila nak keluar lagilah kelecehan melanda di hati. Tapi saya bisik dalam hati. Saya cakap, “Xpelah. Kalau basah nanti tukarlah sarung kaki. Xpelah kena basuh sarung kaki selalu pun. Biarlah susah sekejap, yang penting kita nak elakkan dari api neraka”.

Kini setiap kali keluar saya pastikan saya memakai sarung kaki. Dalam hati saya berharap agar saya dapat istiqamah dalam memakai sarung kaki.


Perubahan ketiga yang saya lakukan adalah pada blog saya. Ya. Header saya sebelum ni ada gambar saya. Entah kenapa saya rasa kurang senang dengan header tu. Dalam diam saya download CS4 Photoshop yang portable punya. Dalam 68 MB je. Tapi function dia Alhamdulillah semua ok, boleh guna. Assignment ada je berlambak, tapi  perlahan-lahan saya godek-godek sendiri Photoshop tu akhirnya header pertama yang saya buat adalah header saya sekarang. Ya, itu header pertama saya buat. Kalau cantik terima kasih. Kalau x cantik, xpelah. Yang penting saya gembira gambar saya tiada pada header saya sekarang.

Sekali dengan perubahan header, saya ubah juga gambar profile pic untuk blog. Mula-mula buat gambar muka separuh. Lepastu ingat nak tinggalkan mata je. Lepastu fikir, bukankah zina juga boleh berlaku melalui mata?

Terus saya ubah profile pic saya. Lepastu mana-mana post yang ada gambar saya, saya dah delete. Reason saya ubah profile pic? Sebab haritu saya bukak Facebook pencarian awek bertudung apa benda semua tu lah. Saya lihat 1 gambar perempuan dalam photos group tu. Baca komen sekali. Bila baca, Astaghfirullah al azim.



Komen: Giler comel perempuan ni. Kalau dapat best ni.
             Weyh besar kot breast dia, dapat pegang sedap tu.
              Siot. Terangsang aku.

***Banyak lagi komen yang tah pape. Serius saya malu. Ya, malu kerana melihat kaum saya diperkatakan seperti itu. Tapi, salah siapa??

Saya x nafikan lelaki memang mudah terangsang berbanding perempuan. Mereka tengok gambar je dah boleh terangsang. Disebabkan itu saya terus private kesemua gambar saya pada Facebook. Profile pic saya juga saya dah privatekan. Biarlah tiada sesiapa yang memanggil saya comel, cantik dan sebagainya. Tetapi biarlah suami saya sahaja yang memanggil saya sebegitu.

Saya bertanya, mana yang anda suka?

Seorang lelaki yang anda tidak kenal mengatakan “Giler cantik perempuan tu. Dapat kat aku. Perghh!”

Atau

Suami anda yang memanggil, “Cantiknya isteri abang. Wahai comelku sayang, abang bersyukur sangat dapat kahwini sayang tau.”

Ok, mungkin saya keteroveran di situ. Tapi lebih seronok dan bahagia bukan kalau suami yang memuji berbanding lelaki yang x dikenali?

Cukuplah saya rasa sampai di sini. Saya kurang gemar menulis panjang-panjang sebab saya tahu ramai yang bosan dan malas nak baca. Biarlah saya tulis pendek tapi mesej itu sampai. Ada lagi sebenarnya perubahan yang saya lakukan pada diri. Tapi cukup saya senaraikan tiga.

Allah beri kita akal untuk berfikir. Sayang kalau kita x gunakan sebaik mungkin. Kepada rakan blogger sekalian, cuba muhasabah diri untuk seketika. Fikir sebentar, lihat pada diri kita apa yang dapat kita ubah. Kalau mana yang kita boleh ubah, kita ubahlah.

Ya, entry kali ni ditulis adalah untuk contest MO, tapi dalam masa yang sama saya berharap ada sesuatu yang anda pelajari dalam entry kali ni. Contest ni cakap nak tag boleh, x nak tag pun boleh. Tapi saya nak tag kawan saya. Ya, saya nak tag Solihin Zubir. Kenapa? Sebab saya nak dengar perubahan yang SZ nak buat, atau dah buat. Sila karang ye wahai Solihin, =D.

nota kaki: Saya sedar saya bukan sempurna. Masih lagi melakukan dosa dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Tapi saya cuba. Ya, cuba menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari dan saya tahu nak berubah bukan senang. Semua orang pun boleh berubah, tapi satu je. Sama ada kita nak atau tak nak.




p/s: Buzy dengan praktikal, x dapat nak update + blogwalking.. Huu~

Siapa yang nak join boleh klik kat sini: Aku Ingin Berubah

11

Kisah berjalan kaki ke sekolah~

Assalamualaikum.

Credit: Google

2 hari saya praktikal di sekolah, saya tidak melakukan apa-apa sebab budak sibuk tengah exam sekarang. Dekat bilik guru duduk tercongok je x buat apa-apa. Nasib saya bawa buku sebagai peneman di kala saya kebosanan. Saya dapat sesi petang. Perlu mengajar Sains tingkatan 2 dan juga Sivik. Kawan saya yang lain dapat Fizik. Tapi saya redha je. Nama pun cikgu, asal dapat mengajar cukuplah. X perlu nak tarik muka, moody tiba-tiba sebab x dapat ajar Fizik.

Kawan sekelas saya dapat sesi pagi. Saya dapat sesi petang. Bermakna kami harus berpisah. Pergi sekolah pun x sekali. Dia menaiki motor. Saya, berjalan kaki sebab kawan serumah saya lagi 5 orang semua sesi pagi. Jadi tiada siapa dapat hantar saya, maka berjalan kakilah jawabnya. Sekolah saya dalam taman, tapi nak kata dekat jugak memang x lah. Dalam 20 minit jugaklah baru sampai sekolah. 

Sampai di sekolah dengan keadaan berpeluh-peluh sebab berjalan kaki time tengah hari. Dengan beg besar penuh dengan dengan telekung, kasut (sebab saya jalan kaki pakai selipar), buku-buku dan pencil box. Belum lagi dengan bawa handbag dan payung. Boleh bayangkan? X payah bayangkan sebab saya rasa sangat ...... (-___-)

Sampai di sekolah. Pak guard bertanya, "nak pergi mana ni?"

Saya jawab, "Err, sekolah lah."

"Ada urusan apa?"

"Mengajar. Saya Cikgu."

Dengan muka yang pelik. Dia bertanya, "Owh, cikgu ke??"

Saya jawab, " Aah, cikgu praktikal. Baru start hari ni."

"Owh, praktikal. Baru start hari ni ea? Kalau macam tu sila masuk cikgu." (Dengan gaya muka terkejut cikgu jalan kaki ke sekolah)

Agak sedih jugak sebab terpaksa jalan kaki. Tapi apa boleh buat? Sampai di bilik guru seorang cikgu tegur. 

"Tadi pegi sekolah jalan kaki ke?"

"Aah. Jalan kaki."

"Alahai kesiannya. Awak baru praktikalkan? Kalau 3 bulan jalan kaki macam ni kuruih awak nanti. Rumah kat mana?"

"Kat fasa 2F."

"Owh, akak ada hantar anak kat tadika kat fasa 2G. Nanti awak pegi situ dalam pukul 12.15. Nanti tumpang akak ea."

"Terima kasih kak."

Esok saya akan tumpang cikgu Ila. Dia suruh panggil kak Ila. Alhamdulillah Allah permudahkan. Itu baru perihal bagaimana saya datang ke sekolah. Belum lagi dengan budak-budak sekolah di situ. Kawan saya yang mengajar sesi pagi ada ceritakan bagaimana budak sekolah sekarang. Saya dengar? Pergh, giler kurang ajar. Nak tahu? Nanti saya cerita untuk post selepas ni. Sekarang letih. Mahu tido. Jadinya, salam kawan-kawan. =)

nota kaki: Dah agak dah mesti ramai panggil Cikgu Farah.

8

Praktikal bermula...

Asslamualaikum.



Baju kurung dah gosok. Beg dah kemas. Kasut dah sedia. Pen merah dah beli. Buku rekod kena bawak. Ok, rasanya semua dah siap. Fuhh..

Sekarang saya berada di Manjung. Esok bermulalah kisah hidup saya sebagai guru praktikal. Kena mengajar apa saya x tahu. Mengajar tingkatan apa pun saya x tahu. Esok pukul 5.30 pagi dah kena bangun. Nasib practice bangun awal pagi tadi. Hehe.

Lupa, saya rindu. Ya, rindu mahu baca blog kawan-kawan. Haritu cuti broadband kakak kena block sebab x bayar lagi. Akhirnya setelah berada di Manjung baru saya dapat online. Xpe-xpe, saya tetap akan baca blog kawan-kawan walaupun lambat.

Eh jap, dah pukul 11.40 malam. Kena tidur ni. Eceh, bajet. Hek3. Apa yang saya tahu, x lama lagi pasti ramai murid-murid yang akan add saya di Faceook. Lihat, cikgu Farah Aina yang bajet sekali lagi. Hehe. Owh, mana tahu kalau ada murid-murid yang akan baca blog cikgu. Jangan lupa klik-klik iklan kat tepi. Haha. Ok, gurau je. 

Sebelum men"shut down" laptop saya, ingin saya ucapkan Happy Mother's Day kepada ibu saya, Puan Norsiah Samsudin. Ya, mama. Terima kasih mama. Terlalu banyak benda yang dah mama buat. Kalau diikutkan x terkira rasanya jasa yang mama dah lakukan pada insan bernama Nor Farah Aina ini. Mama, i love u. Thanx for everything.

Banyak benda nak cakap, tapi masa mencemburui saya. Ye lah tu. Hehe. Yang penting, saya kini berada di tempat yang baru. Tempat tido pun baru. Buat saya tido x nyenyak semalam. Badan menggedik mungkin rindu tilam yang nyenyak. Faina, sila biasakan diri. Ya-ya. Tau. Eh, dah pukul berapa ni. Masa untuk tido. Jadi, selamat malam kawan-kawan.

nota kaki: Panggil cikgu Faina ok ke?

36

Saya GREEN SYNDICATE???



Friends are like the colour pencils ,
they colour our lives ,
I may not be your favourite COLOUR ,
But hope you will need me some where to complete ur picture 

(Xde kena mengena dengan entry. Hehe. Ye ke??)

Semua orang ada warna kegemaran dia bukan? Saya pun ada. Saya rasa saya punya warna kegemaran ialah purple + pink. Tapi mungkin lepas ni saya kena fikir 2 kali bila orang tanya apa warna kegemaran saya. Kenapa?

Haritu housemate saya Mira bertanya,

“Aina, aina minat warna hijau ea?”

Saya balas,

“Eh, kenapa mira tanya macam tu? Ntah. Kita rasa kita suka warna pink dengan purple.”

Mira kemudian bercakap,

“Sebab aina nampak macam banyak barang warna hijau je. Tapi aina banyak baju warna purple dengan pink kan?”

Saya terus pandang barang-barang saya, kemudian baru saya tersedar,

“Haah. Kita banyak baju warna purple dengan pink. Tapi....aah, kita suka warna hijau jugaklah.”

Saya suka warna pink + purple. Ya, baju kurung saya banyak warna purple dan pink. Hijau boleh dikira dengan jari. Tapi bila tengok barang kepunyaan saya, saya rasa barang yang berwarna pink dan purple boleh dikira dengan jari, kerana warna hijau memang melebihi barang berwarna purple dan pink. Tiba-tiba bila cek, aik, macam xde je barang warna pink dan purple. Hehehe.

X percaya? Mari lihat barang-barang hijau kepunyaan saya.

Barang pertama + kedua:

Pencil box tu saya pakai sejak 4 tahun lepas. Pencil tekan tu pulak pencil tekan favourite. Kalau hilang saya cari bagai nak "rak" dalam bilik.

  
Barang ketiga:

Masa beli tu ada warna merah, biru, hitam, oren, hijau. Tapi saya pilih hijau tanpa sedar. (Yelah tu. =.=)


Barang keempat:

Tengok, saya suka warna hijau rasanya.


Barang kelima + keenam


Saya beli berus dulu, yang baldi tu kakak saya Tira yang pilihkan. Tengok-tengok hijau.


Barang ketujuh + kelapan:

Ni berus gigi saya. Haritu saya beli berus gigi baru, bila tengok, laaa hijau lagi!  Penutup berus gigi tu saya beli asing, tapi time beli, saya ambil sebab suka warna hijau. Hehe

Barang kesembilan:

Ok, mungkin memang saya suka warna hijau.


Barang kesepuluh:

Saya pakai spek sebenarnya. Tapi saya pakai waktu kuliah ja kalau x nampak.  Bekas spek saya sangat kebudak-budakan. Kawan saya cakap comel hijau tu, tapi sebab nak mengajar mulai minggu depan, jadi saya terpaksa tukar bekas spek buat sementara waktu. Kalau budak-budak nampak malu giler.

Bila lihat warna-warna hijau ni teringat pada kawan saya yang minat hijau. Ya, teringat pada dia sebab dulu saya rapatlah jugak dengan dia. Sekarang, saya sedang mencari kemesraan yang hilang itu. Eh minah ni, jiwang pulak. Hek3.

Saya teringat masa Along saya kawen dulu, dia pilih warna purple. Masa tu mama saya sibuk cakap,

"Nanti adik nak kawen, pilih warna gold lah. Ke coklat-coklat sikitke."

Saya balas,

"Mama, kita lambat lagilah nak kawen. Belajar pun x habis lagi."

Dalam hati waktu tu:

Nak warna hijau + pink. Sila lihat kegatalan dalam hati. Hak3.

Ok lah, saya x nak mengarut panjang-panjang. Sebab hari tu pergi Pesta Buku saya beli 4 buah buku. Jadi, sekarang mahu pergi baca.

nota kaki: GREEN SYNDICATE tu saya pinjam dari blog SZ. Hehehe. Nama blog lama dia sebelum dia tukar nama. Hehe. Solihin cakap dia suka warna hijau. Entah-entah dia banyak barang warna pink , =P. Hehe, gurau eh Solihin! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top