Powered By Blogger
5

Rugi kalau x berpuasa dari 1-9 zulhijjah. Sila baca kenapa.

Masa form 2, saya jumpa artikel ni di akhbar. Saya potong, dan sampai sekarang saya simpan. Mahu tau x apa benda?

Ni bukti sampai sekarang saya simpan artikel ni:



Jadi, mari ber”sharing”.

Hari ni hari khamis. Saya dah mark pada kalendar saya 1 zulhijjah bermula esok, iaitu hari jumaat, 28/10/2011. Kepada kawan-kawan sekalian, jom puasa mulai esok sampailah hari sabtu minggu depan, iaitu 5/11/2011. Kenapa nak puasa? Sila baca lebih lanjut.

10 hari Zulhijah merupakan hari yang penting kerana mengandungi peristiwa-peristiwa penting. Pada hari itu, umat Islam digalakkan berpuasa dan membuat amal ibadah.

Diriwayatkan Ibnu Abbas daripada Nabi bahawa sesungguhnya, baginda bersabda mengenai fadhilat dan manfaat 10 hari pertama Zulhijah, iaitu:


Hari Pertama Zulhijah (28/10/11)
Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

Hari Kedua Zulhijah (29/10/11)
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

Hari Ketiga Zulhijah (30/10/11)
Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Hari Keempat Zulhijah (31/10/11)
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

Hari Kelima Zulhijah (1/11/11)
Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.


Hari Keenam Zulhijah (2/11/11)
Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

Hari Ketujuh Zulhijah (3/11/11)
Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

Hari Kelapan Zulhijah (4/11/11)
Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Hari Kesembilan Zulhijah (5/11/11)
Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”

Hari Kesepuluh Zulhijah (6/11/11)
Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya”.

-Riwayat Abu Daud dan An Nasaie-


Nota kaki: Jom pakat puasa ramai-ramai..=)

p/s: Post yang sama saya copy paste ambil dari post saya tahun lepas. Cuma saya ubah ckit. Hehe.
image signature

5 korang POT PET:

ZianaRazali said...[Reply comment dia please]

tq dear bg info nih..
harap2 dapat puasa deret..
seronok pulak bila tahu fadilatnya..:)
lama simpan yer paper tuh?hehe

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

post tahun lepas? patut rsa mcm pernah baca.. hehe.. makaseh ingatkan..
insyaAllah kalau rajin, akan puasa jugak walaupun sehari drp tarikh tu.. ;-p

Hans Hanis said...[Reply comment dia please]

thanks 4 this entry
bertambah ilmu saya :-)

jari | jemari said...[Reply comment dia please]

salam. saya minta izin copy ye :) thanks

Anonymous said...[Reply comment dia please]

sangat menarik, terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top