Powered By Blogger
26

Alahai cikgu, lembutnya suara......... =_=

Assalamualaikum.

23/4/2011. Tarikh exam saya yang terakhir. Ya, semalam. Bererti saya dah mula cuti. Ya, cuti. Best? X best. Kenapa? Sebab saya cuti sekejap sebab 9/5/2011 saya akan memulakan latihan mengajar atau pun praktikal selama 4 bulan. Sekarang masih lagi berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana perlu menguruskan banyak benda.

Praktikal kat mana? Bukan di Kedah. Bukan di Johor. Tetapi di Perak. Daerah mana? Daerah dalam Perak lah. Sekolah mana? Sekolah menengahlah. Eh, minah ni buat kerek pulak. Hehe. Ok, susah-susah sangat sila lihat gambar di bawah:

Yang berwarna tu ialah saya dan kawan sekelas. Yang lain, kos lain-lain.

Ya, insyaAllah saya akan menjadi cikgu praktikum di SMK Seri Manjung selama 4 bulan. Bererti puasa ni, no no no dengan family. Huu~. Tapi apakan daya, perasaan untuk menyebarkan ilmu lebih kuat, sekuat tarikan magnet terhadap besi. (*sila lihat ayat semakin pelik selepas exam. Hehe)

Selasa ni mungkin saya akan pergi ke Manjung untuk melihat rumah sewa dan mungkin juga akan pergi ke sekolah tersebut. Dup dap dup dap. Ketakutan menyelubungi. Terfikir bagaimana agaknya respon pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut. Harap-harap baik-baik saja.

Saya teringat pengalaman ketika melakukan macroteaching di sekolah untuk assignment saya. Sewaktu saya berjumpa dengan cikgu di sekolah. Cikgu (**perempuan) tersebut berkata pada saya,

“Alahai lembutnya suara. Nak jadi cikgu suara tak boleh lembut-lembut ea. Suara kena kuat.”

Saya balas,

“Saya tahu cikgu. Kalau nak cakap dengan cikgu tak kan suara nak kuat. Tapi nanti dalam kelas saya kuatkan suara saya.”

Cikgu tersebut balas,

“Haa, jangan lupa ye kuatkan suara. Lembut suara awak ni. Risau saya.”

******Pengalaman ketika melakukan macroteaching? X perlulah tau. Hehehe*******

Oh lupa! Dulu saya pernah terfikir, agak-agak kalau dah jadi cikgu nanti nak suruh budak panggil apa ea? Mula-mula ingat nak suruh panggil cikgu Aina sebab kawan-kawan semua panggil aina. Tapi lepas buat program kat sini, saya perasan budak-budak semua panggil saya kak farah. Sedangkan saya introduce diri saya sebagai Kak Aina. Jadi, sila panggil saya Cikgu Farah ye murid-murid.

Thanx to mama sebab buatkan saya name tag!

nota kaki: Saya harap tiada pertukaran sekolah berlaku. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

p/s: Saya x tahu lagi kena mengajar subjek apa. Harap-harap saya dapat ajar Fizik.

Kepada yang komen post saya, nanti saya jejak balik ye. Sori hari tu x sempat, buzy exams. Huu~

36

#Aurat -- Untuk gadis yang berfree hair

Assalamualaikum.

Bila saya keluar nak pergi beli makanan, saya ternampak kaum perempuan free hair. Tiba-tiba teringat dulu-dulu masa saya keluar pergi Giant dengan mak saya. Tiba-tiba nampak seorang perempuan sebaya, eh mungkin muda sedikit daripada mak saya. Bila dia nampak mak saya, dia sembang-sembang dengan mak saya. Lepas perempuan tu beredar, saya bertanya pada mama,

“Siapa tu ma?”

“Owh, cikgu Xxxx ”

“Laaaa, cikgu. Cikgu tu memang x pakai tudung ea mama?”

“X lah, kat sekolah pakai je, keluar dia x pakai kot”

Dekat sini pun ada kawan saya yang tak pakai tudung. Kiranya pakai tudung masa kuliah je la. Balik kampung, free hair. Teringat kata-katanya,

“Aku memang jenis x pakai tudung, aku pakai pun pergi kuliah je”

***************************************

Saya nak tanya 1 soalan. 

Kalau kamu ialah cikgu/bakal cikgu. Dekat sekolah pakai tudung, tapi kat luar x pakai tudung. Agak-agak apa anak murid/mak bapak akan cakap eh?

Saya ingin menegur kepada perempuan-perempuan yang x pakai tudung. Ya, saya rasa semua tahu bahawa kita wajib tutup aurat. Apa maksud wajib? Maksudnya kalau x buat, DOSA.

Saya pernah terbaca dulu, bila seseorang perempuan tu x pakai tudung, bila bukan mahramnya melihat, dosanya bersamaan dengan jumlah rambut kita. [Maksudnya  1 helai rambut = 1 dosa]

Katalah mamat A dengan mamat B nampak rambut anda.
Ingat ye, rambut anda bukan sehelai. Tapi berapa helai?
 
Katalah rambut anda = 100 000 helai
Mamat A + Mamat B = 100 000 x 2 = 200 000 dosa.
 
Itu baru 2 orang, kalau 200, atau mungkin 2000? Atau lebih? X masuk lagi yang terpapar pada FB.

Naudzubillah.

Mungkin ada yang akan berkata, “Hek eleh, yang berdosa aku, bukan kau!!

Saya teringat ayat seorang ustaz masa pergi ceramah dulu, Ustaz itu berkata,

“Saat paling seseorang itu akan menyesal adalah ketika dia di dalam kubur, dan dia lihat orang sedang solat jenazahkannya. 
Kenapa itu merupakan saat dia paling menyesal? 
Kerana dia sedih melihat orang di “atas” sana masih boleh bertaubat, buat pahala sedangkan dia kini sudah tiada peluang untuk berbuat sebegitu.”

credit
Kepada kawan-kawan perempuanku sekalian, yang mana masih lagi free hair tu, pakailah tudung. Kalau kita boleh pakai baju, kenapa kita x boleh pakai tudung? Bertaubatlah sebelum anda rasa menyesal seperti yang diperkatakan Ustaz tersebut sebab kita x tau bila kita akan mati. Cakap memang senangkan? Tapi berapa ramai yang akan pakai tudung sebab takut pada Allah?

Mungkin ada yang berkata, “Hek eleh, orang yang pakai tudung lagi teruklah perangai dia dari aku yang x bertudung ni!!”

Ayat yang selalu saya dengar. Ya, mungkin dia teruk mungkin juga tak.

Saya ambil soalan dan jawapan ini dari Fb Bayyinat.

Soalan: Macam mana kita nak tahu kita ni baik ke tak? 
Jawapan: kita akan menjadi seorang yang jahat bila terlintas di hati kita yang kita ni seorang yang baik.
~credit to Nazierah Rosman atas jawapan yang tersangat cemerlang.

Maksudnya, kalau anda rasa anda lebih baik daripada orang yang pakai tudung, bererti anda orang yang jahat sebenarnya. Jadi x perlu cakap siapa baik, siapa jahat sebab yang akan menilai kita ialah Allah s.w.t.

Owh lupa, ada juga isteri yang x bertudung, tetapi suami membiarkan sahaja. Wahai suami, bila anda membiarkan isteri anda dalam keadaan sebegitu, anda dayus sebenarnya. Saya ambil perenggan ini daripada Panduan Islam, antara golongan lelaki yang ke neraka ialah:

‘Suaminya’ – Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

Para suami, sila lihat ayat terakhir, “ditarik oleh isterinya ke neraka”.  Jikalau tidak mahu ditarik, mintalah isteri anda yang free hair itu bertudung. Jikalau isteri anda taat pada perintah anda, pasti dia pakai, =) .

credit
----Kan comey pakai tudung, =) ---

Saya rasa sudah panjang saya tulis. Erk, ye ke? Saya nak sentuh isu free hair sahaja sebab x tahan lihat semakin ramai kawan saya yang free hair. InsyaAllah lepas ni mungkin saya sentuh isu lain lepas ni. Kepada yang masih belum bertudung, pakailah tudung. Mana yang anda inginkan, nikmat di dunia, atau nikmat di akhirat?

nota kaki: Baru lepas habis exam industrial current issue in chemistry. Otak pening-pening, mahu rest sebelum study untuk killer paper (Modern Physics 23/4 ni)

Bila manusia dalam perbuatan maksiat, imannya ditarik Allah selama dia dalam perbuatan maksiat itu. Namun, bila dia bertaubat, menyesal dan menangis, kemungkinan besar itulah saat imannya berada di kemuncak. :)

22

Kalau telur dah PECAH, betulke boleh masukkan balik cikgu??

Credit: Google (Boleh atau tidak??)


Pada suatu masa, terdapat seorang guru tadika di mana kelasnya terdiri daripada kanak-kanak yang hiperaktif - bijak, kreatif, ceria, dan banyak bercakap - lantas menjadikan kelas yang paling bising di sekolah itu.

Suatu pagi, ketika Cik Jana memerhatikan anak muridnya bermain sewaktu rehat, dia terlihat 2 orang murid bergaduh, manakala murid-murid yang lain bersorak kegembiraan.

Dengan pantas, dia berlari ke arah murid-murid itu dan meleraikan pergaduhan mereka. Kemudian dia membawa kedua-dua murid tersebut ke bilik guru besar.

"Apa yang berlaku?", tanya guru besar.

"Dia tumbuk saya," kata murid berambut lurus.

"Kenapa kamu tumbuk dia?" tanya guru besar lagi.

"Dia kata saya gemuk dan lembab dan panggil saya badak," jawab murid berambut ikal dengan linangan air mata.

Keesokan harinya, keadaan di kelas senyap sunyi. Pergaduhan yang berlaku semalam jelas memberi kesan kepada kanak-kanak itu, jadi Cik Jana berusaha untuk memulihkan keadaan.

Credit: Google

Dia memanggil salah seorang murid perempuan yang bernama Siti ke hadapan kelas. "Murid-murid, hari ni kita akan membuat satu ujikaji. Cikgu ada sebiji telur dan Siti akan menolong Cikgu memecahkan telur ini. Dan cikgu mahu semua murid perhatikan apa yang berlaku pada telur itu."

"Okey Siti, awak boleh pecahkan telur itu sekarang." Setelah telur itu dipecahkan, Cikgu Jana bertanya, "Apa yang kamu semua nampak?" Murid-murid itu berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan Cikgu Jana.


Credit: Google



"Ya, Jamal, " kata Cikgu Jana.

"Telur itu terbelah dua dan saya nampak isi telur yang berwarna putih dan kuning di dalam mangkuk," kata Jamal.

"Bagus! Sekarang Cikgu mahu bertanya soalan lagi. Jika kamu tahu jawapannya, angkat tangan. Kalau kamu dapat menjawab dengan betul, kamu tak perlu membuat kerja rumah selama satu minggu. Soalannya, bagaimana Cikgu boleh masukkan semula isi telur itu ke dalam kulitnya?"

Semua murid-murid terdiam mendengar soalan Cikgu Jana. Tidak ada seorang pun yang mengangkat tangan untuk menjawab. Yang kelihatan hanyalah wajah-wajah keliru murid-murid tersebut.

Cikgu Jana tersenyum dan berkata, "Cepatlah. Ada sesiapa yang yang tahu jawapannya?"

"Cikgu, kita tidak boleh masukkan semula isi telur itu, kan?" tanya seorang murid dengan nada yang teragak-agak.

"Apa pendapat kamu?" tanya Cikgu Jana lagi.

"Saya rasa tak boleh," jawab murid itu dengan berhati-hati.

"Betul kata kamu tu! Kita tidak boleh mengembalikan telur itu ke bentuk asalnya. Kamu tahu kenapa? Kerana telur yang telah pecah akan kekal pecah," kata Cikgu Jana sambil memandang dua anak muridnya yang berkelahi pada hari sebelumnya itu. 

Credit: Google (Jagalah lidah dari berkata-kata benda yg x elok)

"Begitu juga dengan kata-kata. Apabila kata-kata keluar daripada mulut kita, ianya tidak boleh ditelan dengan kembali. Itulah sebabnya kita harus berhati-hati dengan apa yang kita katakan pada orang lain. Kata-kata boleh melukakan hati orang lain, seperti juga telur yang pecah itu."

Murid yang berambut lurus itu bangun lalu menghampiri temannya dan berkata, "Saya minta maaf kerana panggil awak gemuk."

"Saya minta maaf kerana menumbuk awak," jawab temannya yang berambut ikal itu.

Cikgu Jana tersenyum dan kelasnya kembali bising semula.

*********************************************************************
**credit to: Hidup Bukan Rahsia by Zabrina A. Bakar

Abu Ad-Dar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
"Tiada suatu perkara yang paling memberatkan timbangan(kebaikan) seorang mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak mulia, dan sesungguhnya Allah amat murka kepada seseorang yang buruk perbuatan dan celupar"
(At-Tirmidhi)

Jadi, jagalah lidah kita daripada berkata benda-benda yang buruk akan seseorang.

Post perlu anda baca: BERGURAU? Pastikan anda tidak tergolong di kalangan orang yang celaka.

nota kaki: Saya mungkin x dapat update lepas ni, exam start Isnin ni. Doakan saya ya!

Nota kaki ke2: My exams!

  • 18/4 - Basic Organic Chemistry
  • 20/4 - Industrial Current Issue
  • 23/4 -  Modern Physics(Killer paper!)

36

Bahaya kalau adik-beradik nama WAN??

Ya, satu kesilapan akan berlaku apabila ibu bapa menamakan anak-anak semua dengan title WAN. Eh? Kenapa pulak? Sila baca cerita di bawah:

Credit: Google

 (Wan, wan dan wan??)

Pemanggil : Helo, boleh saya bercakap dengan Ani Wan?

                                (Ani Wan = Anyone = Sesiapa)

Operator: Ya, awak boleh bercakap dengan saya.

Pemanggil: Bukan , saya ingin bercakap dengan Ani Wan!

Operator: Ya, saya faham awak mahu bercakap dengan sesiapa. Jadi awak boleh bercakap dengan saya. Siapa ini?

Pemanggil: Saya Sam Wan. Saya mahu bercakap dengan Ani Wan! Ada perkara penting.

                                (Sam Wan = Someone = Seseorang)

Operator: Ya, saya tahu awak Sam Wan dan awak mahu bercakap dengan Ani Wan! Tetapi apa yang hendak awak cakapkan?

Pemanggil: Tolong beritahu adik saya, Ani Wan yang abang kami Noe Wan terlibat dalam kemalangan. Noe Wan tidak cedera, dan dia sekarang sudah dihantar ke hospital. Sekarang ni, Avery Wan dalam perjalanan ke hospital.

                                (Noe Wan = No one = Tiada sesiapa)
                                (Avery Wan = Everyone = Semua orang)

Operator: Jika tiada sesiapa yang cedera dan tidak ada sesiapa yang dihantar ke hospital, tentulah kemalangan itu bukan perkara penting! Awak mungkin nak berlawak dengan saya, tapi saya tiada masa nak melayan awak!

Pemanggil: Biadapnya awak ni! Siapa nama awak?

Operator: Saya Saw Ree.
                                 (Saw Ree = Sorry = Mintak maaf)

Pemanggil : Ya! Awak memang patut minta maaf. Apa nama awak?

Operator: Saya dah sebut tadi. Saya Saw Ree.

Pemanggil: Oh…tidak!!!

***************************************************************

Faina (tiada dalam cerita) : Hahahahahaha.....
Nota kaki: Lain kali jangan bagi nama anak ada wan-wan semua. Hehehe.

**Dipetik daripada buku Hidup Bukan Rahsia by Zabrina A. Bakar


15

[Pendapat: Copy Paste/Plagiarisme post Blogger lain??]

Credit: Google
(Let share the knowledge to the world)

Rasanya mungkin ada yang sedar tentang post blogger-blogger mengenai copy paste pada blog. Saya bukan nak menghentam atau mengata atau berkata apa-apa, tapi sekadar hendak memberikan pendapat.

Ya, saya tahu ada blogger yang kadang-kadang copy paste post blogger lain. Ada yang sebijik-sebijik dia copy. Ya, langsung x tukar sepatah perkataan. Ada yang copy sedikit-sedikit. Bagi saya sendiri, tiada masalah nak copy paste, dengan syarat beritahulah dari mana anda dapat post tersebut. Mungkin ada sesetengah blogger x berapa suka blogger yang copy paste macam ni.

Tapi secara jujur bagi saya, kalau kata post tersebut berunsur dakwah, lebih-lebih lagi post tersebut berasal daripada I Luv Islam, rasanya kalau nak copy paste tiada masalah. Cuma macam biasa, bagi tahulah post tu diambil daripada I Luv Islam. Kadang-kadang kita nak berdakwah, tapi kita x reti mengolah ayat. Kebanyakan ayat daripada I Luv Islam tu tersusun cantikje. Kalau kita tukar struktur ayat dalam I Luv Islam, barangkali susunan ayat tu sudah tiada makna, atau mungkin maksud ayat tu sendiri dah berubah. Jadi, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, lebih baik dia copy paste bulat-bulat betul x?

Credit: Google

(Kad, kopi, paste)

Jadi pengajaran dia, "Err, lain kali kalau nak copy, copy bulat-bulat?" Hehe, entahlah, tepuk dada tanya selera. Kalau anda copy paste sesuatu dengan niat nak berdakwah, rasanya tiada masalah. Kalau anda copy paste post blogger lain dengan niat “Weyh, aku xde idea nak tulis apa!”, err, rasanya janganlah buat lagi lepas ni.

Ada yang kata, "Hek eleh, setakat copy paste bulat-bulat baik suruh aku terus pergi link tu!".

Pendapat? Kalau saya tengah BW, masuk blog sesiapapun, kalau baca post dia macam ni,

"Salam bloggers sekalian, tadi aku baca pasal Bercouple tu sebenarnya HARAM. Korang try klik link ni". Kalau ada yang teringin nak baca dia akan klik link tu, sesiapa yang malas nak baca dia x klik ditambah masalah line internet yang teruk lagi. Masalah timbul bila dia x baca. Kenapa pulak? Bagi saya, nampak x ilmu tu x sampai direct dekat dia? Rugilah bila ada ilmu yang kita nak sampaikan, tapi x dapat sampai sebab orang tu malas nak klik.

Mungkin ada yang cakap, "Lantaklah, dia x klik dia lah rugi!". Kalau ada orang cakap macam ni jugak, saya x tahulah nak cakap apa lagi. Kalau boleh, kita permudahkanlah sesuatu. Kawan blogger saya ramai jugak yang copy paste entri daripada I Luv Islam, tapi saya xdelah ambil port sangat, sebab yang penting ilmu tu sampai. 

Ada sesetengah blogger x kisah anda ambil post mereka dengan syarat berilah credit kepada mereka, ada pula blogger yang memang x suka blogger lain copy paste ayat mereka. Jadi, sebelum anda mengambil apa-apa, tanyalah tuan yang mengarang post tersebut.

Tapi ingat, perbetulkan niat anda jikalau anda ingin sampaikan sesuatu ilmu kerana,

Hadis riwayat al-Tirmidzi, sabda Rasulullah s.a.w: 
Barang siapa yang menuntut ilmu untuk dibangga-banggakannya pada sidang para ulama atau untuk ditunjuk-tunjukkannya kepada para orang yang bodoh atau untuk memikat hati orang ramai kepadanya maka dia adalah menuju ke neraka.

Jikalau diikutkan, kita wajib menyampaikan sesuatu ilmu lebih-lebih lagi berkenaan dakwah-dakwah Islam ini sendiri. Saya ada terbaca satu post yang mengatakan, kalau kita baca sesuatu ilmu, kemudian harus kita sampaikan kerana telah menjadi kewajipan kita menyebarkannya. Kalau kita sorokkan....

Hadis riwayat al-Hakim, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
Barang siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu orang yang ditanya itu menyembunyikan ilmunya (tidak mahu memberitahunya) maka dia akan dikekang mulutnya dengan kekangan api neraka.

nota kaki: Setakat ni x pernah dengar I Luv Islam mengamuk post-post mereka dicopy pastekan oleh blogger lain. Mungkin mereka berpegang pada prinsip, “Sampaikanlah walaupun hanya dengan sepotong ayat”.


p/s: Saya beri pendapat dari segi post dakwah, bukan tentang post pasal tutorial. 

10

Menangis tatkala mendengar~

Petang-petang, apabila mendengar kolej berdekatan dengan rumah saya memainkan zikir di bawah ini, automatic hati jadi sayu. Ya, rasa nak menangis mendengar perkataan Allah Ya Allah yang berkumandang. Terasa terlalu banyak dosa yang telah diri lakukan. Terasa kebesaran Allah s.w.t apabila mendengar zikir tersebut.

Kepada sesiapa yang teringin nak dengar, boleh klik pada video di bawah. Mungkin ada yang pernah dengar, atau memang selalu dengar sebab Astro Oasis ada tayangkan video-video sebegini.


Dah lihat? Dah dengar? Kalau belum playkan lah video tersebut.

Bila dah selalu dengar, saya nekad nak cari jugak lagu tu. Ah, x kira, kena cari jugak zikir ni!

Godek punya godek setiap website, akhirnya saya jumpa yang full version punya Zikir Munajat oleh Ustaz Dzulkarnain. Ya, saya seronok. Petang-petang saya akan pasangkan. Pagi-pagi lepas subuh juga saya akan pasang. [Langsung x dengar dah lagu kat Flyfm, Hotfm dengan Hitz.fm.  <---Ok, ini tipu.]

Kepada sesiapa yang mencari-cari Zikir Munajat oleh Ustaz Dzulkarnain, anda boleh klik link ini untuk download: http://www.4shared.com/audio/QNSfXzvy/Zikir_Munajat_-_Ustaz_Dzulkarn.htm

Sesiapa yang nak dengar Zikir Munajat tu bolehlah klik kat cni:

12

BerGURAU? Pastikan anda X tergolong antara golongan yang diCELAKAkan~

Firdaus: “Weyh, malam tadi aku nampak Pakcik T tercirit di restoran anjung. hahaha!" 

Org lain pun gelak dengar jenakanya yg dusta.

[Lawak yang dibuatnya adalah tidak benar, maka dia tergolong di antara orang yang dicelakakan]

Credit: Google

Kadang-kadang bila kita nak buat lawak kita x sedar lawak kita tu sebenarnya boleh buat orang lain terasa. Kadang-kadang bila kita buat lawak pun boleh jadi mengumpat. Yang penting, kalau nak buat lawak, janganlah sampai anda tergolong antara golongan yang dicelakakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"
[Riwayat Abu Daud]

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a- Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b- Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c- Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

Credit: Google

d- Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f- Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g- Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

[Nampak barisan gigi sahaja, bukan siap lidah-lidah semua tersembuq keluaq, ternganga besar] peringatan buat diri juga

Nota kaki: Lebih berhati-hati ketika hendak buat lawak selepas ni.

p/s: Credit to fb Normen Halusran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top