Powered By Blogger
12

BerGURAU? Pastikan anda X tergolong antara golongan yang diCELAKAkan~

Firdaus: “Weyh, malam tadi aku nampak Pakcik T tercirit di restoran anjung. hahaha!" 

Org lain pun gelak dengar jenakanya yg dusta.

[Lawak yang dibuatnya adalah tidak benar, maka dia tergolong di antara orang yang dicelakakan]

Credit: Google

Kadang-kadang bila kita nak buat lawak kita x sedar lawak kita tu sebenarnya boleh buat orang lain terasa. Kadang-kadang bila kita buat lawak pun boleh jadi mengumpat. Yang penting, kalau nak buat lawak, janganlah sampai anda tergolong antara golongan yang dicelakakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"
[Riwayat Abu Daud]

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a- Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b- Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c- Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

Credit: Google

d- Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f- Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g- Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

[Nampak barisan gigi sahaja, bukan siap lidah-lidah semua tersembuq keluaq, ternganga besar] peringatan buat diri juga

Nota kaki: Lebih berhati-hati ketika hendak buat lawak selepas ni.

p/s: Credit to fb Normen Halusran

12 korang POT PET:

Aina Rahman said...[Reply comment dia please]

yep..bergurau pn harus kena ade batas. tp sesetengah org x suke bergurau kan..tu yg tkut tu.

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

maaf sbb sy salu melawak kasar dgn awk.. =(

Raden said...[Reply comment dia please]

camne ek nk ketawe nmpak lidah sume

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Puan aiNa Rahman: kalau yg tu mmg payah le jawabnya..hehe

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: saya pun nak mintak maaf jugak ea solihin..

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Naddia: hehehe...tu hiperbola je...hehehe

iniialahaku said...[Reply comment dia please]

nice2...sukala entry ni..sya pon ska grau2

Aida Azryn said...[Reply comment dia please]

a'ah.. kena hati la bila melawak. bukan sume yg ley trima lawak kita..

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@iniialahaku: entry ni sy ambil dr fb je pun..hehe...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@AiDa AzRyN: setuju..betul3..kena tgk org tu mcm mana..

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

sy xnk maafkan awk... ;-p

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: x nak maafkan dosaaaa.. (tringat time kecik2 )..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top