Credit: Google (Boleh atau tidak??) |
Pada suatu masa, terdapat seorang guru tadika di mana kelasnya terdiri daripada kanak-kanak yang hiperaktif - bijak, kreatif, ceria, dan banyak bercakap - lantas menjadikan kelas yang paling bising di sekolah itu.
Suatu pagi, ketika Cik Jana memerhatikan anak muridnya bermain sewaktu rehat, dia terlihat 2 orang murid bergaduh, manakala murid-murid yang lain bersorak kegembiraan.
Dengan pantas, dia berlari ke arah murid-murid itu dan meleraikan pergaduhan mereka. Kemudian dia membawa kedua-dua murid tersebut ke bilik guru besar.
"Apa yang berlaku?", tanya guru besar.
"Dia tumbuk saya," kata murid berambut lurus.
"Kenapa kamu tumbuk dia?" tanya guru besar lagi.
"Dia kata saya gemuk dan lembab dan panggil saya badak," jawab murid berambut ikal dengan linangan air mata.
Keesokan harinya, keadaan di kelas senyap sunyi. Pergaduhan yang berlaku semalam jelas memberi kesan kepada kanak-kanak itu, jadi Cik Jana berusaha untuk memulihkan keadaan.
Credit: Google |
Dia memanggil salah seorang murid perempuan yang bernama Siti ke hadapan kelas. "Murid-murid, hari ni kita akan membuat satu ujikaji. Cikgu ada sebiji telur dan Siti akan menolong Cikgu memecahkan telur ini. Dan cikgu mahu semua murid perhatikan apa yang berlaku pada telur itu."
"Okey Siti, awak boleh pecahkan telur itu sekarang." Setelah telur itu dipecahkan, Cikgu Jana bertanya, "Apa yang kamu semua nampak?" Murid-murid itu berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan Cikgu Jana.
"Ya, Jamal, " kata Cikgu Jana.
"Telur itu terbelah dua dan saya nampak isi telur yang berwarna putih dan kuning di dalam mangkuk," kata Jamal.
"Bagus! Sekarang Cikgu mahu bertanya soalan lagi. Jika kamu tahu jawapannya, angkat tangan. Kalau kamu dapat menjawab dengan betul, kamu tak perlu membuat kerja rumah selama satu minggu. Soalannya, bagaimana Cikgu boleh masukkan semula isi telur itu ke dalam kulitnya?"
Semua murid-murid terdiam mendengar soalan Cikgu Jana. Tidak ada seorang pun yang mengangkat tangan untuk menjawab. Yang kelihatan hanyalah wajah-wajah keliru murid-murid tersebut.
Cikgu Jana tersenyum dan berkata, "Cepatlah. Ada sesiapa yang yang tahu jawapannya?"
"Cikgu, kita tidak boleh masukkan semula isi telur itu, kan?" tanya seorang murid dengan nada yang teragak-agak.
"Apa pendapat kamu?" tanya Cikgu Jana lagi.
"Saya rasa tak boleh," jawab murid itu dengan berhati-hati.
"Betul kata kamu tu! Kita tidak boleh mengembalikan telur itu ke bentuk asalnya. Kamu tahu kenapa? Kerana telur yang telah pecah akan kekal pecah," kata Cikgu Jana sambil memandang dua anak muridnya yang berkelahi pada hari sebelumnya itu.
"Begitu juga dengan kata-kata. Apabila kata-kata keluar daripada mulut kita, ianya tidak boleh ditelan dengan kembali. Itulah sebabnya kita harus berhati-hati dengan apa yang kita katakan pada orang lain. Kata-kata boleh melukakan hati orang lain, seperti juga telur yang pecah itu."
Credit: Google (Jagalah lidah dari berkata-kata benda yg x elok) |
"Begitu juga dengan kata-kata. Apabila kata-kata keluar daripada mulut kita, ianya tidak boleh ditelan dengan kembali. Itulah sebabnya kita harus berhati-hati dengan apa yang kita katakan pada orang lain. Kata-kata boleh melukakan hati orang lain, seperti juga telur yang pecah itu."
Murid yang berambut lurus itu bangun lalu menghampiri temannya dan berkata, "Saya minta maaf kerana panggil awak gemuk."
"Saya minta maaf kerana menumbuk awak," jawab temannya yang berambut ikal itu.
Cikgu Jana tersenyum dan kelasnya kembali bising semula.
*********************************************************************
**credit to: Hidup Bukan Rahsia by Zabrina A. Bakar
Jadi, jagalah lidah kita daripada berkata benda-benda yang buruk akan seseorang.
Post perlu anda baca: BERGURAU? Pastikan anda tidak tergolong di kalangan orang yang celaka.
nota kaki: Saya mungkin x dapat update lepas ni, exam start Isnin ni. Doakan saya ya!
Nota kaki ke2: My exams!
**credit to: Hidup Bukan Rahsia by Zabrina A. Bakar
Abu Ad-Dar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
"Tiada suatu perkara yang paling memberatkan timbangan(kebaikan) seorang mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak mulia, dan sesungguhnya Allah amat murka kepada seseorang yang buruk perbuatan dan celupar"
(At-Tirmidhi)
Jadi, jagalah lidah kita daripada berkata benda-benda yang buruk akan seseorang.
Post perlu anda baca: BERGURAU? Pastikan anda tidak tergolong di kalangan orang yang celaka.
nota kaki: Saya mungkin x dapat update lepas ni, exam start Isnin ni. Doakan saya ya!
Nota kaki ke2: My exams!
18/4 - Basic Organic Chemistry20/4 - Industrial Current Issue23/4 - Modern Physics(Killer paper!)
22 korang POT PET:
apesal budak tu tak rebus jek telur tu...pastu masukkan??hahaha...
sila pastikan telur untuk eksperimen itu bukan telur tiruan..sekian terima kasih... :D
Gorengbaek - Sebagai jantan, aku memang pantang kalo pompuan...
Hangit Habis dah - Jelak dah aku dengor pasal benda ni..
Kerat Senget - Ta Perlu Tanya Kao
sangat bermakna entri ni. semoga segala percakapan kita sama ada secara lisan atau tidak, takkan mengguris ati sesiapa. gud luck 4 exam :)
@Along Tapa: budak2 skang dh hebat eh! haha!
@Cikbelog: thanx cikbelog... :)
awk jgn kutuk n sakitkan hati sy taw! :D
err.. gudluck 4 ur exam! :D
@Solihin Zubir: awak pun sama taw! sy x suka awak ckp ngek2.. ;p
ehem..thanx.. :)
alahai..
sweetnya nasihat yg nak disampaikan ni ^^,
p/s: wat btul2 ye exam !
entri sangat bagus !
@sicomot-comel: sweetkan citer ni?? :)
thanx.. :)
@nelly: sy sekadar brkongsi..credit to the writer.. :)
wahhh pandai la cikgu tuh nak cari akal baik kan balik studemt dia kan.. sweet.. :)
@gigiAriEma: yap, sweet je cara dia baikkan 2 org tu... :)
hohoho pandai cikgu tu..
gud luck2 exam...
ngek tu apa? sy sindri pon xtau.. huhu..
@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE: thanx mira, :)
@Solihin Zubir: ngek ialah kata pendek untuk bongek. sbb tu sy x suka prkataan tu.. bongek pulak mcm bodoh kot...ntah..tp sy x suka..x mo ckp lg ye soyaman..*wink2..
;p
boleh guna bekas telur yang dalam mesin 50sen sebijik, ada mainan kat dalam tu untuk ganti kulit telur yg dah pecah.. :P
selamat berjaya dalam exam! (^^,)
@ASaDa RyutaRo:haha..lawaklah asada ni.. :)
thanx asada!
:)
hmm , telajak perahu boleh berundur , telajak kata tak bleh undur dah . hehe .
@Nurulezzah: betul2.. :)
alolo. comenye dorang. hahah. kata2 manusia lagi tajam dari pedang. sakett woo kalau terkena.
@cik azeya: betul2..menusuk kalbu...huuuu~
Post a Comment