36

#Aurat -- Untuk gadis yang berfree hair

Assalamualaikum.

Bila saya keluar nak pergi beli makanan, saya ternampak kaum perempuan free hair. Tiba-tiba teringat dulu-dulu masa saya keluar pergi Giant dengan mak saya. Tiba-tiba nampak seorang perempuan sebaya, eh mungkin muda sedikit daripada mak saya. Bila dia nampak mak saya, dia sembang-sembang dengan mak saya. Lepas perempuan tu beredar, saya bertanya pada mama,

“Siapa tu ma?”

“Owh, cikgu Xxxx ”

“Laaaa, cikgu. Cikgu tu memang x pakai tudung ea mama?”

“X lah, kat sekolah pakai je, keluar dia x pakai kot”

Dekat sini pun ada kawan saya yang tak pakai tudung. Kiranya pakai tudung masa kuliah je la. Balik kampung, free hair. Teringat kata-katanya,

“Aku memang jenis x pakai tudung, aku pakai pun pergi kuliah je”

***************************************

Saya nak tanya 1 soalan. 

Kalau kamu ialah cikgu/bakal cikgu. Dekat sekolah pakai tudung, tapi kat luar x pakai tudung. Agak-agak apa anak murid/mak bapak akan cakap eh?

Saya ingin menegur kepada perempuan-perempuan yang x pakai tudung. Ya, saya rasa semua tahu bahawa kita wajib tutup aurat. Apa maksud wajib? Maksudnya kalau x buat, DOSA.

Saya pernah terbaca dulu, bila seseorang perempuan tu x pakai tudung, bila bukan mahramnya melihat, dosanya bersamaan dengan jumlah rambut kita. [Maksudnya  1 helai rambut = 1 dosa]

Katalah mamat A dengan mamat B nampak rambut anda.
Ingat ye, rambut anda bukan sehelai. Tapi berapa helai?
 
Katalah rambut anda = 100 000 helai
Mamat A + Mamat B = 100 000 x 2 = 200 000 dosa.
 
Itu baru 2 orang, kalau 200, atau mungkin 2000? Atau lebih? X masuk lagi yang terpapar pada FB.

Naudzubillah.

Mungkin ada yang akan berkata, “Hek eleh, yang berdosa aku, bukan kau!!

Saya teringat ayat seorang ustaz masa pergi ceramah dulu, Ustaz itu berkata,

“Saat paling seseorang itu akan menyesal adalah ketika dia di dalam kubur, dan dia lihat orang sedang solat jenazahkannya. 
Kenapa itu merupakan saat dia paling menyesal? 
Kerana dia sedih melihat orang di “atas” sana masih boleh bertaubat, buat pahala sedangkan dia kini sudah tiada peluang untuk berbuat sebegitu.”

credit
Kepada kawan-kawan perempuanku sekalian, yang mana masih lagi free hair tu, pakailah tudung. Kalau kita boleh pakai baju, kenapa kita x boleh pakai tudung? Bertaubatlah sebelum anda rasa menyesal seperti yang diperkatakan Ustaz tersebut sebab kita x tau bila kita akan mati. Cakap memang senangkan? Tapi berapa ramai yang akan pakai tudung sebab takut pada Allah?

Mungkin ada yang berkata, “Hek eleh, orang yang pakai tudung lagi teruklah perangai dia dari aku yang x bertudung ni!!”

Ayat yang selalu saya dengar. Ya, mungkin dia teruk mungkin juga tak.

Saya ambil soalan dan jawapan ini dari Fb Bayyinat.

Soalan: Macam mana kita nak tahu kita ni baik ke tak? 
Jawapan: kita akan menjadi seorang yang jahat bila terlintas di hati kita yang kita ni seorang yang baik.
~credit to Nazierah Rosman atas jawapan yang tersangat cemerlang.

Maksudnya, kalau anda rasa anda lebih baik daripada orang yang pakai tudung, bererti anda orang yang jahat sebenarnya. Jadi x perlu cakap siapa baik, siapa jahat sebab yang akan menilai kita ialah Allah s.w.t.

Owh lupa, ada juga isteri yang x bertudung, tetapi suami membiarkan sahaja. Wahai suami, bila anda membiarkan isteri anda dalam keadaan sebegitu, anda dayus sebenarnya. Saya ambil perenggan ini daripada Panduan Islam, antara golongan lelaki yang ke neraka ialah:

‘Suaminya’ – Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

Para suami, sila lihat ayat terakhir, “ditarik oleh isterinya ke neraka”.  Jikalau tidak mahu ditarik, mintalah isteri anda yang free hair itu bertudung. Jikalau isteri anda taat pada perintah anda, pasti dia pakai, =) .

credit
----Kan comey pakai tudung, =) ---

Saya rasa sudah panjang saya tulis. Erk, ye ke? Saya nak sentuh isu free hair sahaja sebab x tahan lihat semakin ramai kawan saya yang free hair. InsyaAllah lepas ni mungkin saya sentuh isu lain lepas ni. Kepada yang masih belum bertudung, pakailah tudung. Mana yang anda inginkan, nikmat di dunia, atau nikmat di akhirat?

nota kaki: Baru lepas habis exam industrial current issue in chemistry. Otak pening-pening, mahu rest sebelum study untuk killer paper (Modern Physics 23/4 ni)

Bila manusia dalam perbuatan maksiat, imannya ditarik Allah selama dia dalam perbuatan maksiat itu. Namun, bila dia bertaubat, menyesal dan menangis, kemungkinan besar itulah saat imannya berada di kemuncak. :)

36 korang POT PET:

black_mel said...[Reply comment dia please]

pernah bangkitkan isu ni kat blog jugak..tak ingat dah bila..dah lama..dah muak dgr bila cakap bab tudung jer,ada yang akan cakap tak semua yg tutup aurat tu baik...at least dia dh tutup aurat...

alexa yussida said...[Reply comment dia please]

saya suke en3 ini:)

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@black_mel: muak x muak xpelah..yg penting kita cuba sedarkan diorang..perempuan zaman sekarang makin teruk, kita cubalah buat sesuatu. Harap2 diorang sedarlah.

*Semoga Allah beri mereka hidayahNya. Aminn..

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@alexa yussida: thanx.. :)

arase said...[Reply comment dia please]

nice!
igt.Allah pndg usaha kte bukan hasil drpd kte:)

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

hhmmm.. harap2 ada yg terkesan di hati bila membaca ni...

smoga terbuka hati diorg utk berubah... aminn...

p/s : gadis popular tu bukan artis la.. :D

Ameen Muslim said...[Reply comment dia please]

saya suka semua part. tapi part yg paling disuka ialah teguran utk para suami (oh, mati la kena gosip pasni!).

p/s: walaweh, smart la blog ni. design cantik n menarik! topik2 pun mantap!

Kumbang Jingga said...[Reply comment dia please]

saya pun pernah tulis isu ni dalam blog sy hehehe..

http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/04/kenapa-tidak-mahu-tutup-aurat.html

Along Tapa said...[Reply comment dia please]
budakkampung said...[Reply comment dia please]

sangat2 tersentuh....semoga Allah memberi hidayah kepada mereka semua..amin..

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@arase: betul, :)

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: aminn...semoga mereka tergerak hati nak pakai tudung lepasni..aminnn..


**la, ingat artis...heee

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Ameen Muslim: la, kena gosip ke? hehehehe...

p/s: saya pun suka blog awak jugak! :)

xdelah mantap, biasaje..

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Kumbang Jingga: nnt sy dtg blog awak.. :)

shahiran said...[Reply comment dia please]

hmm.. kita kan hamba Allah. Bukan hak kita nak melawan perintah Allah termasuklah dalam hal2 cara nak tanak tutup part-part diri.

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Along Tapa: errr...pnah kottt..tp dh lupa..hehe

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@budakkampung: Semoga mereka mendapat hidayahNya...Aminn...

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@shahiran: kita hanya mampu beri alasan di dunia, tatkala sewaktu Allah bertanya ketika di "sana", pasti hanya terdiam, menangis dan menyesal..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...[Reply comment dia please]

suka2 entry ni :D

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE: thanx mira!

:)

Dilakochan said...[Reply comment dia please]

Suka tgk teman2 yg dh mula pakai tudung, ikot fesyen shawl sekarang ni..Harap one day dpt nur tuk pakai tudung.
Tapi bukan sbb mengikut fesyen,
mmg niat untuk betul2 berubah..

doakanlah ye! :)

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Dilakochan: shawl kalau pakai betul2 ada je yg masih boleh menutup aurat.. Semoga mereka pakai shawl bukan sebab fesyen...mgkin permulaan waktu, tp lepas ni hrp2 pakai sbb nk tutup aurat... :)

*Semoga mereka mendapat hidayahNya..aminnn

[sutera kasih] said...[Reply comment dia please]

suka entri ni..tp tu la, org mesti ckp, org pakai tudung pun bukan baek sgt..hampehh kan jwpn cmtu..manusia2 huhu

amirah said...[Reply comment dia please]

ada orang akan cakap "janji aku tak kacau hidup orang"

Aveyy said...[Reply comment dia please]

salam, yup betul kata anda memag at least dia tutup aurat..tapi segelintir sahaja yg betul2 okay , saya bukan nak kata saya ni baik , saya tahu ini isu sensitif tapi pikirkanlah jgn hanya nak menuding salah kat orang yang tak pakai tudung , saya cakap sebab saya free hair tapi saya juga masih baru nak berjinak-jinak dalam pemakaian tudung sebab saya tahu ia adalah wajib..lagipun maybe saya kata yang pakai tudung ada yang tak baik sebab dah banyak depan mata saya yang pakai tudung masih melakukan maksiat , masih bercium di depan awam mengalahkan orang yang tak pakai tudung , tapi saya tak kata saya baik sebab saya pon masih melanggar perintah Allah yang ,menyuruh tutup aurat , dan saya masih berdosa..harap2 sesama kita masih renungkan sesama saling mengingatkan..saya suka post anda yang ini..teruskan okay ? :)

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@[sutera kasih]: saya x suka sebenarnya ayat tu..kita pakai tudung sbb kita takut pd Allah. Kalau pakai tudung tp masih buat maksiat? Nnt sy kupas InsyaAllah...

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@amirah: dia kacau mata org...hehe

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Aveyy: saya tau yg bertudung mmg ada buat maksiat jgk. InsyaAllah sy tulis pasal tu nnt..Cuma kat cni saya nak sentuh pasal free hair sahaja.. Jangan tgk keburukan org yg buat maksiat, tp juz dr kewajiban tutup aurat. X nak sentuh terlalu byk bnda dalam 1 post, nnt pening pembaca..hehe

**Saya doakan awak dapat menutup aurat dengan sempurna satu hari nnt..Aminn..

iqbalsyarie said...[Reply comment dia please]

Saja nak bagitaw Faina, Ameen Muslim tu kawan saya. (out of topic)

Btw, nice post~

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@iqbalsyarie: sy tau ameen muslim tu kawan awak..sy add dia kt fb..hehehe...


thanx.. :)

ninot said...[Reply comment dia please]

alhamdulillah perkongsian yang bagus..mohon share yer..:)..minta halal

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@ninot: share je, :)

halal... :)

ismiaisha said...[Reply comment dia please]

nice3...^^
teguran yg mampu memberi kesan..
aina dah terer menulis skrg..nak blajo..hehe~

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@ismiaisha: xde tererlah...biasa je.. segan kot cko terer...


thanx.. :)

aiEz said...[Reply comment dia please]

errr,kebetulan sama macam entri yg saya post kt blog semalam..sayangkan,bila aurat yang sepatutnya dipelihara tapi dapat dilihat oleh orang yang tidak halal baginya..moga yg sperti ini,dibukakan pintu hatinya..

izatul fazlin said...[Reply comment dia please]

sy pun semakin tkt dgn dunia skrg ni.byk yg haram dijdikan halal.kalau cuba tgr yg x bertdung,kita pulak yg dimarahnye.pape pom, time kasih ats nasihat yg berguna ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top