Credit: Google (Let share the knowledge to the world) |
Rasanya mungkin ada yang sedar tentang post blogger-blogger mengenai copy paste pada blog. Saya bukan nak menghentam atau mengata atau berkata apa-apa, tapi sekadar hendak memberikan pendapat.
Ya, saya tahu ada blogger yang kadang-kadang copy paste post blogger lain. Ada yang sebijik-sebijik dia copy. Ya, langsung x tukar sepatah perkataan. Ada yang copy sedikit-sedikit. Bagi saya sendiri, tiada masalah nak copy paste, dengan syarat beritahulah dari mana anda dapat post tersebut. Mungkin ada sesetengah blogger x berapa suka blogger yang copy paste macam ni.
Tapi secara jujur bagi saya, kalau kata post tersebut berunsur dakwah, lebih-lebih lagi post tersebut berasal daripada I Luv Islam, rasanya kalau nak copy paste tiada masalah. Cuma macam biasa, bagi tahulah post tu diambil daripada I Luv Islam. Kadang-kadang kita nak berdakwah, tapi kita x reti mengolah ayat. Kebanyakan ayat daripada I Luv Islam tu tersusun cantikje. Kalau kita tukar struktur ayat dalam I Luv Islam, barangkali susunan ayat tu sudah tiada makna, atau mungkin maksud ayat tu sendiri dah berubah. Jadi, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, lebih baik dia copy paste bulat-bulat betul x?
Credit: Google (Kad, kopi, paste) |
Jadi pengajaran dia, "Err, lain kali kalau nak copy, copy bulat-bulat?" Hehe, entahlah, tepuk dada tanya selera. Kalau anda copy paste sesuatu dengan niat nak berdakwah, rasanya tiada masalah. Kalau anda copy paste post blogger lain dengan niat “Weyh, aku xde idea nak tulis apa!”, err, rasanya janganlah buat lagi lepas ni.
Ada yang kata, "Hek eleh, setakat copy paste bulat-bulat baik suruh aku terus pergi link tu!".
Pendapat? Kalau saya tengah BW, masuk blog sesiapapun, kalau baca post dia macam ni,
"Salam bloggers sekalian, tadi aku baca pasal Bercouple tu sebenarnya HARAM. Korang try klik link ni". Kalau ada yang teringin nak baca dia akan klik link tu, sesiapa yang malas nak baca dia x klik ditambah masalah line internet yang teruk lagi. Masalah timbul bila dia x baca. Kenapa pulak? Bagi saya, nampak x ilmu tu x sampai direct dekat dia? Rugilah bila ada ilmu yang kita nak sampaikan, tapi x dapat sampai sebab orang tu malas nak klik.
Mungkin ada yang cakap, "Lantaklah, dia x klik dia lah rugi!". Kalau ada orang cakap macam ni jugak, saya x tahulah nak cakap apa lagi. Kalau boleh, kita permudahkanlah sesuatu. Kawan blogger saya ramai jugak yang copy paste entri daripada I Luv Islam, tapi saya xdelah ambil port sangat, sebab yang penting ilmu tu sampai.
Pendapat? Kalau saya tengah BW, masuk blog sesiapapun, kalau baca post dia macam ni,
"Salam bloggers sekalian, tadi aku baca pasal Bercouple tu sebenarnya HARAM. Korang try klik link ni". Kalau ada yang teringin nak baca dia akan klik link tu, sesiapa yang malas nak baca dia x klik ditambah masalah line internet yang teruk lagi. Masalah timbul bila dia x baca. Kenapa pulak? Bagi saya, nampak x ilmu tu x sampai direct dekat dia? Rugilah bila ada ilmu yang kita nak sampaikan, tapi x dapat sampai sebab orang tu malas nak klik.
Mungkin ada yang cakap, "Lantaklah, dia x klik dia lah rugi!". Kalau ada orang cakap macam ni jugak, saya x tahulah nak cakap apa lagi. Kalau boleh, kita permudahkanlah sesuatu. Kawan blogger saya ramai jugak yang copy paste entri daripada I Luv Islam, tapi saya xdelah ambil port sangat, sebab yang penting ilmu tu sampai.
Ada sesetengah blogger x kisah anda ambil post mereka dengan syarat berilah credit kepada mereka, ada pula blogger yang memang x suka blogger lain copy paste ayat mereka. Jadi, sebelum anda mengambil apa-apa, tanyalah tuan yang mengarang post tersebut.
Tapi ingat, perbetulkan niat anda jikalau anda ingin sampaikan sesuatu ilmu kerana,
Hadis riwayat al-Tirmidzi, sabda Rasulullah s.a.w:
Barang siapa yang menuntut ilmu untuk dibangga-banggakannya pada sidang para ulama atau untuk ditunjuk-tunjukkannya kepada para orang yang bodoh atau untuk memikat hati orang ramai kepadanya maka dia adalah menuju ke neraka.
Jikalau diikutkan, kita wajib menyampaikan sesuatu ilmu lebih-lebih lagi berkenaan dakwah-dakwah Islam ini sendiri. Saya ada terbaca satu post yang mengatakan, kalau kita baca sesuatu ilmu, kemudian harus kita sampaikan kerana telah menjadi kewajipan kita menyebarkannya. Kalau kita sorokkan....
Hadis riwayat al-Hakim, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Barang siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu orang yang ditanya itu menyembunyikan ilmunya (tidak mahu memberitahunya) maka dia akan dikekang mulutnya dengan kekangan api neraka.
nota kaki: Setakat ni x pernah dengar I Luv Islam mengamuk post-post mereka dicopy pastekan oleh blogger lain. Mungkin mereka berpegang pada prinsip, “Sampaikanlah walaupun hanya dengan sepotong ayat”.
p/s: Saya beri pendapat dari segi post dakwah, bukan tentang post pasal tutorial.
15 korang POT PET:
sokong tu..nak menyampaikan ilmu takpelah nak share2 pun..bukan kita rugi..lagi dpt byak pahala adelah..
yg jadi masalah bila kopi sebiji sbulat..mengaku dia yg tulis..berdosa plak kan...
=)))
@zuk zuhaiza: betul2, ilmu kalau dikongsi kan dpt pahala... :)
ehe..itu la woot2 takut,takut nak ubah ayat kalau post2 pasal islam
dari dapat pahala jadi dosa plak..kan susah..hurmm
copy paste tu tak salah..yang jadik salah tu sebab ada orang yang kata copy tu salah...sabor je lah..
kredit tu kita letak untuk menghargai penat lelah orang yang mengarang entri asal tu...bukan sebab nak suruh pegi kat link tu direct...tu jek..
Gorengbaek - Kegilaan orang Malaysia dari dulu...ada satu persamaan...(this is parody)
Hangit Habis dah - Kenapa 3 blog Long?
Kerat Senget - Tembikai Susu itu best
sy suka plagiat ilmu-ilmu bermanfaat drp blog lain.. ;-p
oke i nak copy entry ni =p
@woot woot: tu la. tp entry yg dia ckp semua bodoh tu agak....abcdefghi..hehe...
@Along Tapa: yg kata copy tu salah lah sy rasa x patut...
@Solihin Zubir: sy dh tau awak mmg suka plagiat2 ni.. ;p
@TheSyafiq Mokhtar: :)
@amirah: haaaa, sila2.. ;p
padangan saya, bergantung kepada penulis artikel tu.. kalo dia bagi.. ok la... tiada masalah..
kalo tak bagi, kita kena respect keputusan dia.. sama seperti kita nak org respect dgn pendapat kita copy dan paste kan... :D
sama seperti buku-buku agama kat kedai... boleh ke kita sebar buku-buku tu secara percuma atas nama dakhwah atau pahala..
just pandangan saya.. maaf kalo ada tersinggung ye.. tq..
@Hairul: sebenarnya blogger tu ckp siapa yg copy paste bulat2 tu bodoh. Sbb tu sy x berapa setuju dgn kenyataan dia...
papepun thanx beri pendapat.. :)
sbbtu mmg kena mintak izin dulu..biasanya yg marah bab2 copy paste ni ialah bila copy tutorial sebijik...
btul..
@shairazi sharizan: :)
Post a Comment