Powered By Blogger
10

Budak SEPINTAR yang pintar, :)

Minggu lepas, 25-26 Februari saya dan kawan-kawan sekelas telah menjayakan Program Mari Terokai Fizik (PROMATEF) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Boleh dipanggil SBPI Rawang atau pun SEPINTAR.  First time menjejakkan kaki di Sekolah Berasrama Penuh. Kini baru saya tahu tentang rutin harian mereka.

Kami bertungkus lumus menyiapkan banner! 

Pagi pukul 5 dah kena bangun untuk prepare solat subuh berjemaah. Pukul 6.45 dah kena turun untuk sarapan. Solat fardhu semua berjemaah di surau. Saya agak kagum sebab sekolah SEPINTAR ni sangat mementingkan  budaya Islam dalam kehidupannya. Kalau tengok budak perempuannya semua wajib bertudung labuh, sejuk je mata memandang. Yang lelaki pulak semua muka baik-baik. Walaupun ada yang muka cam nakal-nakal jugak, tapi Alhamdulillah dorang semua hormat kami yang datang sebagai faci untuk program tersebut.

Waktu rocket air ialah waktu paling seronok!!

Pengalaman menjadi facilitator buat kali pertama serius sangat seronok. Dapat marah budak, gurau-gurau dan x dilupakan juga saya skodeng budak-budak lelaki yang comel. Ok, saya gurau.  Tapi satu perasaan yang x dapat saya elak ialah berasa kagum dengan budak-budak pintar itu. Ya, mereka pintar, dan ini buat saya jelez. Hehehe.

Sejuk je mata pandang. =)

Lihat pada kecerdikan mereka membuat saya mengucap "Subhanallah, pandainya budak-budak ni". Masa explorace, mereka diuji dengan pelbagai benda berkaitan dengan Fizik. Dan fuyoo….majoriti memang dapat jawab dan tahu apa yang kami mahu mereka lakukan. Saya masa kat U ni baru terkedek-kedek nak tangkap benda-benda tu, budak-budak tu yang baru sahaja tingkatan 4 dah tahu secara detail benda tentang sub-sub topic dalam Fizik. Giler ah! Terernyewwwwww. Ok, saje bajet macam anwar hadi tiba-tiba. Hehe.

Budak lelaki SEPINTAR!

Tengok budak-budak yang semakin pandai, terasa beza betul zaman saya bersekolah dengan zaman mereka. Otak mereka sangat wohoho. Ok, x tahu nak letak perkataan yang sesuai, tetapi apa yang saya tahu mereka cerdik, bijak, pandai dan selayaknya mereka dapat belajar di SEPINTAR.

Para faci lelaki bersama lelaki-lelaka. Hehe

The ladies..(Tengok, perempuan menang dari segi bilangan.Kan3??)

Para faci dan rakan sekelas saya, =)

Kepada adik-adik SEPINTAR, semoga kamu semua manfaatkan peluang dapat belajar di sana. Semoga jadi orang yang berjaya satu hari nanti. Gunakan kepandaian dan kecerdikan korang kepada jalan yang benar.

Saya rasa post kali ni macam...lalalala...hahaha..ok, baru ok ckit. Erkk, apakah?

Nota kaki: saya xde kamera, maka gambar saya pun cinonet dalam aktiviti kali ni. Huhu

10 korang POT PET:

Along Tapa said...[Reply comment dia please]
faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Along Tapa: sebab x nak bagi kim salam lah x cakap awal2..

:P

Anonymous said...[Reply comment dia please]

budak2 sekarang memang makin pintar..

p/s: lama dah tak jadi fasi ni..;)

aNiS aNiSa said...[Reply comment dia please]

ya la..budak2 zmn skrg advance bganda2 dari zmn dlu kan??

dunia sudah maju =)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@The Bee And The White Roses: mesti byk pengalaman jadi faci ni..

:)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@aNiS aNiSa: haah, beza sangat zaman dulu dengan la ni..

gigiAriEma said...[Reply comment dia please]

oo..pintar ye faina.. ptot skolah sepintar.. :)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@gigiAriEma: haah, pintar SEPINTAR nama sekolah..hehe

Anonymous said...[Reply comment dia please]

Proud to be SEPINTARIAN...hehe..rindu kat skolah lama..

ex sepintar 0307 said...[Reply comment dia please]

me too..rndunye kt SEPINTAR.
Sepintar semarak namamu~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top