Seorang perempuan, Sarah akan berkahwin dengan pujangga hatinya, Faezan x lama lagi. Tapi, si Sarah ni saje
nak mengetest bakal suaminya, maka sewaktu dalam perbualan di telefon, dia pun berkata,
Sarah: “Sayang… nanti, kalau kita dah kawen kan sayang, kalau Sarah jadi gemuk nanti macam mana?”
Faezan: “Kalau sayang gemuk, tu tanda kita dah dapat baby, =) "
Sarah: “Gemuk pasal baby tu memanglah sayang, tapi…errr, kalau gemuk pasal lain?”
Faezan: “Sayang, sayangkan isteri abang. Kalau sayang gemuk pun lepas kita kawen nanti, abang x kisahpun sayang. Abang nak kawen dengan sayang bukan sebab sayang kurus, atau mungkin sebab sayang cantik, tapi abang nak kawen dengan sayang sebab abang cintakan sayang. Sayang, kalau kita kawen dengan seseorang sebab kecantikan semata-mata, mungkin kalau sayang gemuk nanti, abang dah x suka sayang.
Tapi, abang nak kawen dengan sayang kerana Allah s.w.t. Abang nak bila kita buat semua benda, kita dapat pahala dan diredhai Allah. Sayang…..Jangan fikir bukan-bukan lagi ea sayang? Nanti bila abang dah kawen nanti abang pun bukannya kurus jugak, mesti jadi gemuk jugak.”
Sarah: “Sayang jadi gemuk sebab nak teman Sarah ea? Hehe.”
Semua perempuan mahukan zuriat, :)
Faezan: “Sayang, bila sayang semakin tua, abangpun akan tua bersama dengan sayang. Kalau sayang gemuk, mesti abang pun gemuk jugak. Tapi sayang kena masak sedap-sedap untuk abang ea sayangku?”
Sarah: “Errmmm, mesti. Sarah nak masak sedap-sedap tuk sayang. Tapi sayang, kalau kata kita gemuk sama-sama, x naklah. Nanti x elok untuk kesihatan.”
Faezan: “Kalau macam tu, nanti lepas kawen, hujung minggu kita pergi jogging sama-sama nak sayang? Nanti xdelah sayang risau sayang gemuk nanti lepas kawen.”
Sarah: “Sayangku, thanx sebab cintakan Sarah. I love u so much.”
Sewaktu my Along kawen bulan 11 hari tu. Bila pulak saya nak kawen? (Gatai!, hehehe)
Faezan: “I love u so much too sayangku. Sayang, seorang suami tidak mencari wanita untuk menjadi kekasih, tetapi mencari seorang teman pendamping hidup hingga ke akhir hayat. Abang nak Sarah jadi pendamping hidup abang ea?”
Sarah: “Erm, Sarah nak teman sayang seumur hidup Sarah. Sayang, kalau Sarah buat silap, tegur Sarah ea sayang? Sarah nak cuba jadi Isteri yang solehah untuk sayang.”
Faezan: “InsyaAllah sayang. Kalau ada silap, abang tegur sayang. Kalau Abang buat silap, sayang tegur abang jugak ea? Sayang, dah solat maghrib?”
Sarah: “Kalau sayang buat silap nanti Sarah tegur. Belum. Jap, jap. Sarah tau. Kita pegi solat ea sayang?”
Faezan: “Erm, jom. Kita solat maghrib. Nanti malam ckit baru kita mesej ea”.
****** Scene tamat******
Cerita ni adalah rekaan sendiri. Kenapa? Ntah, tiba-tiba dalam hati terfikir alangkah bagusnya kalau lelaki x kisah kalau isteri dia gemuk selepas kawen. Wanita memang sangat mudah nak gemuk selepas kawen, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Andai kata si isteri gemuk dan sukar kembali kepada bentuk asal disebabkan baru melahirkan anak. Sepatutnya x mengapalah kan, sebab yang dilahirkan itu kan zuriat mu juga wahai suami?
Nota kaki: Suka dengar lagu Marry you by Bruno Mars. Hehe.
post saya tentang kisah suami yang comellll :) : baca, baca, baca. Hehe.