Kita kalau nampak restoran ada logo halal kita assume dia halalkan? Tapi mungkin ramai yang x tau lagi restoran yang dikategorikan sebagai halal & haram. So, jom kita tengok.
Restoran yang TELAH MENDAPATKAN pengesahan HALAL JAKIM ialah:
a) McDonalds
b) A & W
c) Secret recipe
~BOLEH MAKAN~
Restoran yang telah DITARIK BALIK sijil HALAL oleh JAKIM pulak ialah:
a) Victoria Station (ala, yang jual steak tu)
a) Kam Lun Ta (ni cari gambar x jumpa)
c) Lotus Family Restoran
~DAH DITARIK JANGAN GEDIK PI MAKAN~
Restoran yang TIDAK PERNAH dapat sijil HALAL oleh JAKIM pulak ialah:
a) Kiwi Express ( x taulah jual apa)
b) San Francisco Steak House (confirm2 jual steak)
~YANG NI MEMANG XDE SIJIL HALAL LANGSUNG~
Kalau minuman pulak,
COKE dengan
100 PLUS telah mendapatkan sijil halal.
~BOLEH MINUM, TAPI BERGAS, X DIGALAKKAN..HEHE~
Tau kuih bulan? Haa, kuih bulan yang mungkin dijual Noraini's Cookies, KG Pastry dan lain2 adalah halal. Tapi yang dijual oleh KAM LUN TAI telah ditarik balik sijil halalnya. Senang citer x yah makanlah kuih bulan. Kan senang. Hehe.
Kalau produk berasaskan ayam yang
mempunyai SIJIL HALAL pulak:
a) Farm's Best
b) Ayamas
c) Ramly
~HAA, NI SEMUA BOLEH MAKAN~
Soalan:
Saya ingin tahu sama ada semua stall di food court suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan antara gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu sama ada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal walaupun ada yang menjual arak =(. Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California Pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie's Anne Pretzel, Cinnamon, Al-Marjan, Bong Sen, Chinoz on the Park, Dome Cafe, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffee, House of Sudanese Food, San of Francisco Steak.
Jawapan:
Gerai2 makan di Medan Selera di KLCC
tidak ada yang mendapat pengesahan halal Jakim termasuklah yang disenaraikan itu.
Ok,
kedai roti yang telah mendapatkan pengesahan HALAL Jakim pulak ialah:
a) Baker's Cottage
b) King's Confectionary
~Roti yang boleh di ngap~
Kedai roti yang tidak pernah mendapatkan sijil Halal Jakim pula ialah:
a) Bread Story
b) Bread Talk
~Kalau pernah makan pasni jangan duk makan~
Status makanan yang disediakan oleh GIANT & TESCO ada sebahagiannya yang telah mendapatkan pengesahan sijil halal Jakim manakala JUSCO hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana JUSCO tidak pernah mendapatkan pengesahan halal Jakim secara khusus.
Tentang COFFE BEAN & STARBUCKS:
~COFFEE BEAN boleh dilantak sepuas hati~
Coffe bean telah mendapat pengesahan Halal Jakim dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah Halal
TETAPI
~NO,NO..x boleh minum~
Starbucks memang tidak pernah memohon pengesahan Halal Jakim maka tidak dapat dipastikan kehalalan produk atau bahan di tempat itu.
Tentang ubat-ubatan:
Jenama UPHA telah mendapatkan pengesahan Halal Jakim dan telah dipastikan soft gel kapsul yang digunakan adalah halal.
~Jangan dimakan ubat jenama ni~
Bagi jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century, tidak pernah mendapatkan sijil pengesahan Halal oleh Jakim kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walaupun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan Halal ini adalah kerana itu adalah produk import. Maka pengedar dan pengeluar bertanggungjwab mendapatkan pengesahan Halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
p/s: artikel asal dapat dari
cni, saya ubah ckit dengan penambahan gambar bagi memudahkan pembaca nak baca. Chewahh. Hehe.
nota kaki: sape berani mengaku memang x pernah tertelan makanan di atas? kalau ada maklumat baru pasal halal dengan haram share sekali...saya nak tahu...
sesiapa yang nak check sijil halal diluluskan atau tidak oleh JAKIM pegi sini: