Powered By Blogger
18

Muka SAMA = PASANGAN BAHAGIA???


Pernah terdengar x orang tua cakap, kalau muka pasangan kita sama, maksudnya memang ada jodohla. Ada jugak yang cakap akan bahagia sepanjang hayatlah, macam pinang dibelah kapak lah. Hehe. Macam2 lagilah. Terdetik nak tulis pasal bendani sebab aritu bukak FB, and sorang classmateni sudah terkeluar akhirnya title bukan its complicated, widow mahupun single, tapi “in a relationship”. Kuang3. 

So, on the spot dia tukar title, on the spot jugak dia tukar profile picture. So, dapat agak profile picture dia apa? Oh, maaf. Bukan gambar cincin kawen , bukan juga gambar pelamin yang lampu lip lap lip lap itu, tetapi gambar dia bersama si dia. Yup, dengan si dia. Tapi, bukan gambar peluk2 manja, bukan gambar rapat2kan muka, tapi gambar yang diedit sebelah2. Kira dia combine 2 gambarlah senang citer. 

And what a coincidence? Cuba korang teka? Muka pasangan dia bukan muka macam Adam dalam citer AdaMaya, ataupun mana2 lelaki yang hensem.(Ayat ni macam nak cakap yang bf dia x hensemje? eheh, sila abaikan ayatni). Hehe. Tak kisahlah kan boyfriend dia hensem ke x kan? (ni ayat nak sedapkan hati pulak) Yang penting, muka boyfriend dia, sebijik muka dia tu!!.  (x taula kalau dia edit guna photoshop pape pulakkan) sebab kadang2 pandangan mata boleh menipu. Hehe. Tengok kali pertama nampak macam adik-beradik, tengok kali kedua nampak macam kembar. Kali ke3 x berani nak tengok takut nampak benda lain. Hehehehe.

Ok, berbalik pada cerita muka pasangan sama itu akan bahagia, kalau kita tengok dulu, muka mawi dengan ex-fiancenya dulu orang cakap sebijik, cuma kening ina tumbuh terover ckit. Hehe. Ok, gurau jek. And last sekali semua tau apa yang berlakukan? Dorang berpisah dan kini 2-2 bahagia bersama pasangan masing2. X tau sejauh mana kebenaran bendani. Tapi, kalau kata memang betul muka kita sama dengan pasangan sape x suka ye x? Weyh, kalau orang cakap muka sebijik dengan pasangan mau x kembang sebunga. Masuk bonet kereta pun x tentu muat tau. Ngeh3, terover sudah.  

Jadi, di sini ku kepilkan beberapa gambar tatapan kamu semua, yang mungkin sama tapi x serupa atau mungkin x serupa dan x mungkin akan sama, tetapi bahagia. Hehehe. Ok, roll over.

-
-
-
-


Pasangan: Katie Holmes & Tom "kurus"
Orang cakap muka dorang sama giler, sebabtu beza 16 tahun pun dorang kawen jugak.



Pasangan: Beyonce & Jay Z
Yang ni kalau cakap muka sama, disyorkan korang pakai spek mata tebal 3 inci tu. hehe. Buat masani orang cakap dorangni bahagia, lambat laun x tau lah.



Pasangan: Heidi Klum & Seal
Heidi Klum yang jugak model + host projek Runaway berkahwin dengan Seal pada tahun 2005. Dah ada 2 anak x silap. Muka sama? NO komen. hehe.Papepun, dorang nampak bahagia.=)

Ehem, korang punya pasangan muka sebijik cam korangke? Ataupun kategori saya kena pakai spek mata gedabak bila korang cakap memang sebijikla. hehehe. Sila jujur ye.

p/s: x nak cakap pasal kahwin artis Malaysia, sebab orang kita selalu cakap " artis Malaysia selalu kahwin cerai". No komen.

Nota kaki: Tersangatlah buzy dengan assignment akhir2ni. Huhu.
image signature

0

Cabaran: COPY & MENANG!!

Kalini suka2 masuk contest kat cni.
Biasanya orang masuk pape contest suma kat blog lagi 1 ni: CONTEST ADDICT
tapi, sebab semangat nak dapat mp3 player cam "merenyam" hehe.. so, orang buat post jugak kat cni
senang sangat nak menang, juz copy & paste je pun.

so, pe benda yang kena copy tu kan??
ni haaaa:


Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com



Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010
Maklumat Hadiah
MP3 Player ini sangat funky.
Berkapasiti 2 GB
Amat ringan.
Comel

image signature

49

Nak jadi cikgu. Tapi posting sabah sarawak???..errrr??


Oklah, kali ni isu yang memang agak menggerunkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Posting sabah, sarawak?? X mauuuu.... ok lah, bukan nak cakap pasal pelajar UPSI yang dipostingkan ke sabah sarawak. Tapi, ada 1 kisah yang hendak diceritakan.

Masa cuti sem haritu, daku keluar bersama Alongku. Pergi jalan 1 Kluang mencari pakej yang sesuai tuk perkahwinannya nanti bulan 11 nanti. So, tiba2 secara x sengajanya terjumpa kawan lama Along. Sape nama dia ek?? Ingat balik. Jap2, haa, x ingat. Hehe. Lupalah pulak. Panggil minah je boleh? Sebab serius x ingat! Hehe. Oklah, so, terjadilah perbualan antara Alongku dengan si minahni. p/s: sebagai adik yang baik, saya x mencelah langsung perbualan orang tua. ;p

Along: ea minah, ko kerja apa sekarang?
Minah: ermm, aku kerja biasa je. Kerja bank. Penatlah kerja bank. Kerja sampai lewat malam. Ko cikgukan?
Along: aah, aku cikgu kat JB. Skang tengah cutikan. Tu aku ada kat cni tu.
Minah: ea, ko ajar tingkatan bape? Budak camne? Ok?
Along: aku ajar form 6. Budak ok la, x banyak masalah. Form 6 kan? Ea, ko x nak apply cikgu ke? Ko mohonlah jadi KPLI.  (timeni dalam hati, ishh...x sukalah KPLI!!)..hehe
Minah: aku ada terfikir jugak nak mohon, tapi...kena posting sabah sarawaktu aku x suka. Tengoklah camne. Aku kerja setahun lagi. Kalau x tahan, aku mohon KPLI.


Adalah perbualan lain pasal sape2 yang nak kawen.... (time ni rasa cam nak kawen gak! (gedik ohh)

Jadi, kesimpulannya kat cni. Mahu jadi cikgu, tapi x nak kena posting sabah sarawak. Atau kesimpulan lain, aku x suka kerja aku, jadi aku mohonlah jadi cikgu. Kalau kita tengok skang profesion perguruan dah mula jadi rebutan. Bukan sahaja profesiontu, malah anak dara yang bakal bergelar guru juga menjadi rebutan ibu2 mertua bak kata ain fathihah.

Bukan sepatutnya kita kalau dah jadi cikgu terima seadaanya posting kat mana? Confirm ramai yang inginkan posting di semenanjung Malaysia, tapi kalau dah dapat Sabah Sarawak apa boleh buat. Pelajar sekarang makin teruk, x kira kat mana pun, masalah disiplin tetap ada. Bezanya antara tahap teruk giler, sederhana teruk, atau teruk seciput. hehehe. 

Isu KPLI ni memang menjadi isu hangat jugaklah antara budak ISMP(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) kat UPSI ni. And bila dengar bendani lagilah hangat. X nak cakap banyak2, kang meletup si tuan blogger ni karang. Wahai pembaca, mahu ulas sesuatu?

p/s: sape cakap jadi cikgu senang, cni kepala...saya mahu ketuk!
image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top