Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra'd: 11)
Ada kawan saya yang mengatakan saya dah berubah. Ya, mungkin ada juga yang perasan saya dah berubah. Saya akui bahawa sememangnya saya berubah. Saya ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik. Perubahan tu xdelah berlaku sekelip mata, tapi saya berubah perlahan-lahan.
Rasanya ramai dah pernah tengok video tentang dosa di Facebook bukan? Masa saya tengok video tu, terus saya ubah profile pic saya di Facebook. Saya gunakan gambar adik lelaki saya Danial. Hehe. Tapi kini tidak lagi. Menyedari juga akan dosa di Facebook bila saya upload gambar di Facebook, terus saya privatekan gambar-gambar di Facebook. Waktu tu semua gambar saya dah privatekan kecuali profile picture.
Perubahan yang kedua saya lakukan dalam diri saya adalah dengan memakai stokin/ sarung kaki ketika keluar. Ya, alhamdulillah saya sudah memakai sarung kaki ketika keluar. Kisahnya bermula apabila saya baca 1 post di I Luv Islam.com. Sebelum ni saya tahu bahawa menutup kaki itu wajib. Tapi, entah kenapa x terbuka hati saya untuk memakainya. Tapi ayat pada post I Luv Islam yang berbunyi begini,
“Tutuplah kakimu wahai muslimah, tidakkah kamu sedar bahawa kaki mu juga adalah aurat?
Waktu tu saya berfikir. Ya, saya berfikir. Saya dah tutup semua aurat, kecuali kaki. Sayangnya kalau pakai tudung sudah menutup dada, baju yang dipakai juga sudah longgar dan tidak menampakkan tubuh badan, tetapi masih mendapat dosa kerana tidak menutup kaki. Waktu tu saya sedar, ruginya sesiapa yang tidak memakai stokin tetapi sudah berjaya menutup aurat dengan lengkap dari segi tudung dan baju.
Lepas saya baca post tu, saya mula berjinak-jinak pakai sarung kaki ketika keluar. Kadang-kadang hati kata leceh, malas. Tapi saya lawan. Saya berpegang pada 1 ayat. Iaitu biarlah kita susah sekarang, sekurang-kurangnya di akhirat nanti kita senang. InsyaAllah.
Masa hujan bila nak keluar lagilah kelecehan melanda di hati. Tapi saya bisik dalam hati. Saya cakap, “Xpelah. Kalau basah nanti tukarlah sarung kaki. Xpelah kena basuh sarung kaki selalu pun. Biarlah susah sekejap, yang penting kita nak elakkan dari api neraka”.
Kini setiap kali keluar saya pastikan saya memakai sarung kaki. Dalam hati saya berharap agar saya dapat istiqamah dalam memakai sarung kaki.
Perubahan ketiga yang saya lakukan adalah pada blog saya. Ya. Header saya sebelum ni ada gambar saya. Entah kenapa saya rasa kurang senang dengan header tu. Dalam diam saya download CS4 Photoshop yang portable punya. Dalam 68 MB je. Tapi function dia Alhamdulillah semua ok, boleh guna. Assignment ada je berlambak, tapi perlahan-lahan saya godek-godek sendiri Photoshop tu akhirnya header pertama yang saya buat adalah header saya sekarang. Ya, itu header pertama saya buat. Kalau cantik terima kasih. Kalau x cantik, xpelah. Yang penting saya gembira gambar saya tiada pada header saya sekarang.
Sekali dengan perubahan header, saya ubah juga gambar profile pic untuk blog. Mula-mula buat gambar muka separuh. Lepastu ingat nak tinggalkan mata je. Lepastu fikir, bukankah zina juga boleh berlaku melalui mata?
Terus saya ubah profile pic saya. Lepastu mana-mana post yang ada gambar saya, saya dah delete. Reason saya ubah profile pic? Sebab haritu saya bukak Facebook pencarian awek bertudung apa benda semua tu lah. Saya lihat 1 gambar perempuan dalam photos group tu. Baca komen sekali. Bila baca, Astaghfirullah al azim.
Komen: Giler comel perempuan ni. Kalau dapat best ni.
Weyh besar kot breast dia, dapat pegang sedap tu.
Siot. Terangsang aku.
***Banyak lagi komen yang tah pape. Serius saya malu. Ya, malu kerana melihat kaum saya diperkatakan seperti itu. Tapi, salah siapa??
Saya x nafikan lelaki memang mudah terangsang berbanding perempuan. Mereka tengok gambar je dah boleh terangsang. Disebabkan itu saya terus private kesemua gambar saya pada Facebook. Profile pic saya juga saya dah privatekan. Biarlah tiada sesiapa yang memanggil saya comel, cantik dan sebagainya. Tetapi biarlah suami saya sahaja yang memanggil saya sebegitu.
Saya bertanya, mana yang anda suka?
Seorang lelaki yang anda tidak kenal mengatakan “Giler cantik perempuan tu. Dapat kat aku. Perghh!”
Atau
Suami anda yang memanggil, “Cantiknya isteri abang. Wahai comelku sayang, abang bersyukur sangat dapat kahwini sayang tau.”
Ok, mungkin saya keteroveran di situ. Tapi lebih seronok dan bahagia bukan kalau suami yang memuji berbanding lelaki yang x dikenali?
Cukuplah saya rasa sampai di sini. Saya kurang gemar menulis panjang-panjang sebab saya tahu ramai yang bosan dan malas nak baca. Biarlah saya tulis pendek tapi mesej itu sampai. Ada lagi sebenarnya perubahan yang saya lakukan pada diri. Tapi cukup saya senaraikan tiga.
Allah beri kita akal untuk berfikir. Sayang kalau kita x gunakan sebaik mungkin. Kepada rakan blogger sekalian, cuba muhasabah diri untuk seketika. Fikir sebentar, lihat pada diri kita apa yang dapat kita ubah. Kalau mana yang kita boleh ubah, kita ubahlah.
Ya, entry kali ni ditulis adalah untuk contest MO, tapi dalam masa yang sama saya berharap ada sesuatu yang anda pelajari dalam entry kali ni. Contest ni cakap nak tag boleh, x nak tag pun boleh. Tapi saya nak tag kawan saya. Ya, saya nak tag Solihin Zubir. Kenapa? Sebab saya nak dengar perubahan yang SZ nak buat, atau dah buat. Sila karang ye wahai Solihin, =D.
nota kaki: Saya sedar saya bukan sempurna. Masih lagi melakukan dosa dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Tapi saya cuba. Ya, cuba menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari dan saya tahu nak berubah bukan senang. Semua orang pun boleh berubah, tapi satu je. Sama ada kita nak atau tak nak.
Ya, entry kali ni ditulis adalah untuk contest MO, tapi dalam masa yang sama saya berharap ada sesuatu yang anda pelajari dalam entry kali ni. Contest ni cakap nak tag boleh, x nak tag pun boleh. Tapi saya nak tag kawan saya. Ya, saya nak tag Solihin Zubir. Kenapa? Sebab saya nak dengar perubahan yang SZ nak buat, atau dah buat. Sila karang ye wahai Solihin, =D.
nota kaki: Saya sedar saya bukan sempurna. Masih lagi melakukan dosa dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Tapi saya cuba. Ya, cuba menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari dan saya tahu nak berubah bukan senang. Semua orang pun boleh berubah, tapi satu je. Sama ada kita nak atau tak nak.
p/s: Buzy dengan praktikal, x dapat nak update + blogwalking.. Huu~
15 korang POT PET:
nice entry..about the sarung kaki n gmbr2..
same experience..
sama2lah kita mnujukeredhaan Allah..
amin~~
@liyana: insyaAllah ... aminnn.. :)
tahniah atas perubahan yang awak dah buat. Membuat perubahan itu susah tapi istiqamah berganda kesusahannya. dekatkan diri kepada Allah adalah kunci untuk keluar dr kesusahan2 itu :)
Salam perubahan..
Alhamdulillah....
baguslah sbb dh berubah ke rah yg lebih baik...
err.. perubahan awk mcm sma ngan sy je.. haha....
dlu header sy pon ada gambar sy.. bila pk balik, mcm poyo ja letak gambar sindri kt header.. dhla x ensem..
dlu upload gmbr byk gila kt fb..
skang ni tggal gmbr profile dgn nenek tua tu ja.. heheh..
err.. makaseh tagged.. pndai eh? nk pksa sy dedah kejahatan sy la tu.. ;-p
insyaAllah sy join nnt n dedahkan.. tp mgkin x semua.. sbb sgt mengaibkan..
gud luck! entry ni mmg best!
im noticed that changes
@SayaBaik: Thanx. Saya cuba untuk istiqamah..
@Solihin Zubir:haha! Awak x kan x tahu perangai saya, :P. Saya kan suka ambil berat pasal awak, :P
Ehem, saya tau awak x boleh citer semua, :)
Eceh, saja nak tiru orang tukar header, :P
lastly, thanx! =D
@amirah: i knew u noted my changes
Tahniah Faina :)
Moga istiqomah. saya tak kata istiqomah itu mudah, tapi selepas kita mula ada kawan yang baik, ia akan jadi jutaan kali lebih mudah, walaupun ia masih sukar :)
@iqbalsyarie: thanx iqbal...thanx a lot..=)
Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
DAh ditetapkan..Tu janji Allah..
berubah kepada yg lebih baik ape salahnya kan dear
sy dh join.. pi la tgok.. =)
la ni ramai yg letak muka cun2...
muka x cun pon boleh cun.. hahahhaa
edit2 bg cun tu yg tak tahan...
tak kurang pula yg letak gmabr seksi2...
aduhai....
sedih2...
alhamdulillah perubahan ke arah kebaikan..semoga Allah redha.. MO sendiri pon kalo tak pakai stokin atau stongan akan rasa satu kekurangan jadi tak selesa pulak..huhu..insyaAllah kita istiqamah dengan apa yang kita buat..
terima kasih sudi join.. segala update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq
salam..tahniah di ats perubhan nya.. sy rs gembira bila bc blog awk.sjujurnya, kini hati sy jugak terbuka untuk memakai sarung kaki..cuma sy tak punya kekuatan untuk berubah. tp insyaallah...niat yang baik akn dpermudahkan Allah. alhmdullah, bila baca entry nie,sy rs mkin bsemangat.. sy rs sy juga boleh brubah.smua nya kerana Allah.insyaallah.MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.AMINNN.
Post a Comment