Powered By Blogger
11

Kisah berjalan kaki ke sekolah~

Assalamualaikum.

Credit: Google

2 hari saya praktikal di sekolah, saya tidak melakukan apa-apa sebab budak sibuk tengah exam sekarang. Dekat bilik guru duduk tercongok je x buat apa-apa. Nasib saya bawa buku sebagai peneman di kala saya kebosanan. Saya dapat sesi petang. Perlu mengajar Sains tingkatan 2 dan juga Sivik. Kawan saya yang lain dapat Fizik. Tapi saya redha je. Nama pun cikgu, asal dapat mengajar cukuplah. X perlu nak tarik muka, moody tiba-tiba sebab x dapat ajar Fizik.

Kawan sekelas saya dapat sesi pagi. Saya dapat sesi petang. Bermakna kami harus berpisah. Pergi sekolah pun x sekali. Dia menaiki motor. Saya, berjalan kaki sebab kawan serumah saya lagi 5 orang semua sesi pagi. Jadi tiada siapa dapat hantar saya, maka berjalan kakilah jawabnya. Sekolah saya dalam taman, tapi nak kata dekat jugak memang x lah. Dalam 20 minit jugaklah baru sampai sekolah. 

Sampai di sekolah dengan keadaan berpeluh-peluh sebab berjalan kaki time tengah hari. Dengan beg besar penuh dengan dengan telekung, kasut (sebab saya jalan kaki pakai selipar), buku-buku dan pencil box. Belum lagi dengan bawa handbag dan payung. Boleh bayangkan? X payah bayangkan sebab saya rasa sangat ...... (-___-)

Sampai di sekolah. Pak guard bertanya, "nak pergi mana ni?"

Saya jawab, "Err, sekolah lah."

"Ada urusan apa?"

"Mengajar. Saya Cikgu."

Dengan muka yang pelik. Dia bertanya, "Owh, cikgu ke??"

Saya jawab, " Aah, cikgu praktikal. Baru start hari ni."

"Owh, praktikal. Baru start hari ni ea? Kalau macam tu sila masuk cikgu." (Dengan gaya muka terkejut cikgu jalan kaki ke sekolah)

Agak sedih jugak sebab terpaksa jalan kaki. Tapi apa boleh buat? Sampai di bilik guru seorang cikgu tegur. 

"Tadi pegi sekolah jalan kaki ke?"

"Aah. Jalan kaki."

"Alahai kesiannya. Awak baru praktikalkan? Kalau 3 bulan jalan kaki macam ni kuruih awak nanti. Rumah kat mana?"

"Kat fasa 2F."

"Owh, akak ada hantar anak kat tadika kat fasa 2G. Nanti awak pegi situ dalam pukul 12.15. Nanti tumpang akak ea."

"Terima kasih kak."

Esok saya akan tumpang cikgu Ila. Dia suruh panggil kak Ila. Alhamdulillah Allah permudahkan. Itu baru perihal bagaimana saya datang ke sekolah. Belum lagi dengan budak-budak sekolah di situ. Kawan saya yang mengajar sesi pagi ada ceritakan bagaimana budak sekolah sekarang. Saya dengar? Pergh, giler kurang ajar. Nak tahu? Nanti saya cerita untuk post selepas ni. Sekarang letih. Mahu tido. Jadinya, salam kawan-kawan. =)

nota kaki: Dah agak dah mesti ramai panggil Cikgu Farah.

11 korang POT PET:

penaberkala said...[Reply comment dia please]

pergh, besar sungguh dugaan seorang cikgu
be strong ok
selamat menjadi pendidik yg baik
jgn sampai kena buli dek budak skolah dah ler,haha

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@penaberkala: insyaAllah saya cuba jadi kuat.. :)

thanx pena berkala.. =)

ehem, beranilah buli....siaplah!!

heheh

Mr. Asada said...[Reply comment dia please]

saya dah terbayangkan ketiak cikgu basah berjalan d tengahari. dah la malaysia sedang panas giler2 skrg. hahaha

tak apa, lepas ni takde jalan kaki dah.

selamat bertugas cikgu farah..

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ASaDa RyutaRo: kena jalan kaki jugak..sbb rumah smpi tadika jauh gak..dlm 10 minit..tp ok ckit dr g sekolah..hehe...

ehem...smlm mmg basahhhh ooo..heheh..


thanx asada.. :)

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

ololo.. comeynya jln kaki pi skolah.. heheh..
busuk x bila dh smpai tu? ;-p (jgn sentap, gurau ja)

err.. cikgu farah..? knapa bkn cikgu aina? ;-p

ain fathihah fhm said...[Reply comment dia please]

hee....kiranya dekat la sek n rumah. jalan kaki boleh sampai

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: x sentaplah solihin..saya tau awak gurau.. =)

busuk x busuk tu kena tanya student..hehe..

kenapa bukan cikgu aina? Sbb semua org nampak nama farah muncul dulu....hehe

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ain fathihah: dekat sgt x lah, tp kalau dh bawak banyak barang nak jalan kaki rasa penatt...erhh...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: uhuk, saya taulah awak gurau je.. =)

busuk ke x kena tny student. :P

Pasal cikgu farah ea?? Ntah, dorang nampak nama tu dulu terus pggil farah...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ain fathihah: xdelah dekat sgt...Macam dr rumah nak pegi trafic light upsi...-_-

Raden said...[Reply comment dia please]

nk jd cikgu jugak la!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top