Powered By Blogger
10

Sibuk dengan BERSIH? Saya sibuk dengan RAJIN!

Assalamualaikum.

Serius saya rasa dah lama x berblogging. Maaf, saya bukan sengaja gedik-gedik nak tinggalkan blog ni. Tapi apakan daya saya terpaksa. Kawan saya yang lain yang sibuk berpraktikum sempat je blogging, tapi kena pulak saya x sempat?

Mungkin post kali ini menjawab pertanyaan orang ramai. Ceh, lihat saya sedang bajet macam ramai yang nak tahu. Hua3. Ok, serius.

Kalau semua orang sibuk dengan BERSIH, saya sedang sibuk dengan RAJIN. Ya, saya x tahulah kalau apa yang saya buat untuk students saya ni menunjukkan bahawa saya seorang yang rajin. Tapi kawan housemate serumah dengan saya, cakap saya rajin. Cikgu-cikgu di sekolah cakap saya rajin. Dan x dilupakan juga anak murid saya.

Rajinke? Mungkin gambar-gambar di bawah ini menunjukkan saya seorang yang rajin.

Saya lukis gambar ni untuk tajuk monocotyledon dengan dicotyledon. Setiap kumpulan kena matchkan dengan jadual yang dah saya lukis.

Ni saya buat untuk tajuk nutrisi

Nota ni saya buat untuk para pelajar saya, nak bagi dorang faham. Siap lukis sekali gambar, kalau x faham lagi x taulah.

Yang ni saya potong satu-satu selama 3 hari. Cikgu-cikgu bila nampak saya potong benda-benda ni dorang cakap, aina ni x habis-habis potong benda ni dari hari tu lagi. Saya senyum jeeee... =)

Yang ni lain dari yang atas sebab yang ni untuk tajuk lain. Lihat betapa rajin saya memotong setiap satu keratan kecik tu. -__-

Yang ni saya buat ala-ala puzzle, budak-budak kena padankan ikut kelas makanan. 

Dan yang ni ialah nama kumpulan untuk kelas 2A6 saya. Sila lihat nama kumpulan di atas. Love Osama, Budak Kongsi, Scientist Boyz, Anyong Hasayo Kawtim dan Black Current.

Dan yang ni benda wajib saya bawak setiap hari ke sekolah. Setiap kali habis lesson memang saya akan buat kuiz nak uji sama ada pelajar-pelajar saya faham atau tidak. Jadi setiap soalan yang saya bagi, para pelajar saya kena jawab atas benda ni lepastu angkat tunjuk jawapan.

Bila balik sekolah, saya nak tukar kertas pada kotak-kotak ni, mesti saya tersenyum sebab macam-macam pelajar saya tulis atas ni. Dan perkataan yang paling femes ialah:

Perkataan BERSIH!

Bila tengok semua benda ni, mungkin betul saya rajin. Tapi nak buat macam mana. Perasaan nak bagi para pelajar saya seronok belajar sangat tinggi. Sila lihat penggunaan sangat. (Sangat poyo).

Tapi apa yang buat saya gembira sangat ialah bila para pelajar saya datang awal ke makmal. Kelas saya pukul 1.10 tengah hari. Kalau dulu pukul 1.25 tengah hari baru penuh kelas tu. Sekarang pukul 1.15 dah penuh. Dan paling saya terperanjat bila dorang datang lagi awal dari saya. Selalu kelas pukul 1.10 pukul 1.05 saya akan masuk makmal untuk set up laptop. Tapi kelas khamis hari tu saya datang pukul 1.05 tengok para pelajar saya dah ada dalam makmal. Berbunga sekejap hati saya. Heee.

Ada 5 minggu lagi untuk saya berpraktikal di SMK Seri Manjung. Lepas tu saya akan kembali ke UPSI untuk semester akhir. Pasti banyak cerita yang si AIN dan MIRA nak cerita pada saya. 

Ini post pertama saya untuk bulan Julai. InsyaAllah kalau x buzy saya akan post tentang "surat cinta" yang pelajar saya tulis. Hehehe. 

p/s: Saya buat semua tu bukan sebab lecturer saya nak datang observe, tapi ntah.. Perasaan suka mengajar, atau mungkin kes terlebih rajin. -__-

10 korang POT PET:

amirah said...[Reply comment dia please]

tersenyum membaca post anda :)

azwa amani said...[Reply comment dia please]

cikgu yg dedikasi... huhuhuhu

Mr. Asada said...[Reply comment dia please]

ini siyes punya rajin.. cikgu lain kena ikut cara nih. hahaha..

semoga jadi cikgu yang disayangi.. ;)

Padin said...[Reply comment dia please]

umm pendapat peribadi aku, anda memang rajin!! hahaha baguslah teruskan momentum,

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

pergh! mmg sgt rajin la cikgu farah aina ni.. hehe.. terharu..
dah mcm cikgu zakiah juvana la plak.. sggup buat apa saja smata2 nk tanam minat belajar kt pelajar2..
tp rsanya anda lebih rajin drp cikgu zakiah..
salute lah!
bkn sng nk jumpa ckgu yg benar2 ikhlas nk mendidik sepenuh hati..

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@amirah: ;)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@azwa amani: cuba jadi cikgu yg terbaik.. :)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ASaDa RyutaRo: hehe...thanx asada.. :)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@padin: insyaAllah...saya cuba.. :)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: woooo...segan kot puji mcm tu... kerajinan tu dtg sndr...mgkin sbb sy suka mengajar... :)

thanx solihin.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top