Powered By Blogger
11

Faina, jadi pengapit sekali lagi please....

Jam menunjukkan pukul 12. Lagi 2 jam saya balik kampung. Dengan ketiadaan internet di rumah, saya akan pergi meninggalkan blog saya tanpa rela. Kalau kaki gatal pegi cc baru saya update. Hehe. 

Ahad ni kenduri kahwin Along saya belah lelaki kat Shah Alam. Jadi saya mesej Along saya, "Along, nak pakai baju warna apa Ahadni?"

Along saya balas, "Pakailah baju warna papepun, yang penting cantik, sebab nanti kau jadi pengapit jugak."

Saya cepat-cepat call.

Faina: "Along, kita jadi pengapit sekali lagi ke?"

Along: "Haah, ko jadi pengapit sekali lagi"

Faina: " Nak pakai baju warna apa?"

Along: "Warna krim kot"

Perbualan tamat.

Err, ingat kena jadi pengapit hari tu je. Jadi jugak rupanya masa kenduri belah lelaki. Malasnya. Nasib dapat makan best2 masa makan beradab. Hehehe.

Owh, hari tu saya x tunjuk lagikan gambar masa saya jadi pengapit masa kenduri belah kakak saya? Jap-jap. Ni gambarnya.

saya geram dengan abang ipar saya sebab dia selalu buli saya.....grrr...

Ok lah, mahu packing barang. Kejap lagi nak balik dah. Jangan rindu lebih2. Hehe.

Nota kaki: Kan best kalau kat rumah ada internet.

Post tentang tips pengapit: klik sini
Pengajaran saya dapat bila jadi pengapit: klik sini
image signature

21

Radiasi Laptop? Bahaya kalau kamu mengandung!

Alhamdulillah,tamatnya peperiksaan Physical Chemistry petang tadi bererti tamat sudah Semester 5. 2 hari lepas saya baru jawab paper Physics Nuclear. Maka teringat saya perlu ceritakan ini.
Kalau hari tu saya bercerita tentang radiasi yang dikeluarkan oleh microwave oven, kali ni saya nak bercerita tentang radiasi yang dikeluarkan oleh LAPTOP pula. Ya, laptop juga punya radiasi tahu? Cuma x seteruk microwave oven je lah. Hehe. 

Rabu lepas-lepas-lepas(saya x ingat bila), kawan saya present tajuk ni. Maka mari saya present kepada kamu semua pula ye.

Laptop/Notebook memang keluarkan radiasi. Ok, mahu tau radiasi itu apa sila rujuk post saya pasal Microwave boleh menyebabkan kamu mandul?


Kalau bahaya radiasi microwave boleh menyebabkan kamu mandul + lain lain lagi. Nak baca klik sini. Radiasi yang dikeluarkan laptop pula boleh menyebabkan keguguran kalau kamu perempuan yang mengandung. Itu yang saya ingatlah masa kawan saya present tu. (Yang lain x tau kenapa saya x ingat. Heee). Tapi jangan bimbang, sebab radiasi yang dikeluarkan laptop adalah sedikit. Tapi, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukitkan?

Perempuan yang mengandung jangan cuak ye. Ada beberapa safety precaution yang boleh kita ambil bagi mengurangkan radiasi oleh laptop.

saiz kecik sudah memadai

Per1: Kalau anda semua ada kaktus, (pokok yang berduri-duri tu) Sila letak di sebelah laptop ketika anda menggunakannya. Motif? Saya x tau kenapa. Tapi mungkin dia serap kot radiasi tu? Hehehe. Tapi harap maklum, letak kaktus yang saiz kecik-kecik sudah. Xkan nak alih pasu kaktus besar setiap kali nak on9? X larat kot. (-_-)

Ke2: Pastikan jarak anda dengan laptop 30 cm. X tahu 30 cm tu berapa panjang? Ambik tangan anda letak kat skrin. Lebih kurang macam tu lah 30 cm. (Lagi jauh lagi baik)

Ke3: Minum air GREEN TEA. Minum air green tea dapat kurangkan radiasi yang diorang terima kalau saya x silap. Kalau x suka green tea, minum air chrysanthemums. Ala, air yang ni:


Ke4: Jangan letak laptop anda di riba. Sebab radiasi lagi banyak di bawah laptop.

Haaa, ada lagi ke ea? Rasa yang ni je. Hehe. Kalau ingat nanti saya add up. Sekarang mata saya rasa kuyu. Letih jawab exam petang tadi. Banyak giler rumus. (T.T). Maka, read2 untuk kamu, nyte2 untuk saya.

Nota kaki: Esok balik kampung.

image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top