Powered By Blogger
2

KHIDMATKU sehari sebelum RAYA!!!

Hari ni hari khamis. Esok hari Jumaat. Lusa hari Sabtu. Tapi xnak cakap pasal hari Sabtu, saya mahu cakap pasal hari Jumaat. Kenapa?? Sebab esok RAYA, RAYA, RAYA..!!!

Hehehe. Terover sudehhhhhh.
Hari ni last kita berpuasa, tapi bagi saya, last puasa hari ahad, sebab hari isnin sudah dapat cuti. Ehek, jangan tanya saya cuti apa ye. Sedih la jugak x dapat puasa lagi dah. X dapat nak solat raya. Tapi, khidmatku amat diperlukan pada waktu2 sekarang ini. Nak tau mengapa??

Situasi 1:
nampak x kuih dah hilang sebiji??? sebab dia "sorok" dalam perut saya..=D

Masa time orang lain berpuasa, ada yang akan menyuruh saya merasa kuih raya. Eceh, ye lah tu. X suruh pun saya rasa jugak! Hehehe. Mesti kena rasa kuih raya, sebab nak tau sedap ke x kan? Tapi saya x makan depan orang ramai ye. Rasa senyap2 dalam dapur, pastu keluar dapur cakap, "erm, sedaplah kuih raya tu". Bagus punya budak! Haha.

Situasi 2:
Sila tengok kelembutan tangan ketika menuang air ya

"Faina, sebab ko x puasa, pergi buat air", along selalu cakap kat orang camtu. Yang ni memang nak x nak terpaksalah. Kerja buat air 1, kerja merasa air lain. So, bila dah nak buka, saya akan jadi tukang buat air.

Nota kaki: Kalau orang yang buat air itu x puasa, dan air yang dibuatnya itu x sedap. itu petanda dia memang x reti buat air. Hahaha.

Situasi 3:
RASA CAM PAKAR TU

Yang ni paling best sekali. Bila rendang, sambal kacang, kuah lodeh, sambal goreng suma dah siap. Jeng3, akan datang seorang VIP untuk merasa kesemua masakan itu. Time ni biasa along akan panggil bila time dah letak garam. Along akan cakap, "Faina, dah cukup dah garam??". VIP itu akan rasa untuk lihat garam cukup ke x, tapi bila dah secukup2nya, bukan setakat rasa ya. Dia akan melantak! 

Cukuplah 3 situasi. X boleh tulis banyak2 sebab "khidmat" ku diperlukan di dapur. Time orang taip ni along dah start memotong-motong. Makanya, saya akan pergi ke dapur sekarang juga. Time rasa masakan nanti, saya akan melekat di dapur. Ngeh3.

Ok lah, kepada semua bloggers, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Selamat Kembali dan Pulang ke Kampung Halaman dengan SELAMAT. Ingat kepada yang tersayang. Sekian.

p/s: SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI..=)
image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top