27

Blogger mana yang berpemikiran LATERAL??

Ehem2, post sebelum ni saya telah mengajukan beberapa soalan yang sePATUTnya menguji pemikiran LATERAL kamu. Sape yang terasa macam sesat boleh pegi kat POST ni.

Ok, dup..dap..dup..dap…berdebar2 mahu tau jawapan yang betul berdasarkan pemikiran Lateral? Jom!

Soalan 1



Jawapan:  Sebenarnya, kalau ikut jawapan pemikiran lateral ialah kita bagi kawan baik kita tu bawak kereta jaguar, suruh dia hantar nenek yang dah nazak tu pergi hospital. Kita tinggal kat bus stop tu bajet macam boleh berkenalan dengan si pujaan hati lah kononnya. Kira matlamat kita semua tercapai, dapat tolong nenek tua dengan kawan kita, dapat usha2 pujaan hati sekali. Haa, kira sambil menyelam tercekik minum air.

Ulasan: Masa lecturer tanya, antara jawapan kumpulan saya ialah:

a)  Jangan tolong nenek tu, last2 mati tengah jalan, x de function selamatkan dia. (Kejam sungguh)
b) Entah2 nenek tu hantu, kalau xpun, ke3-3 tu hantu, x yah tolong sesiapalah (sangat kolot)

Erkk, sila lihat pemikiran bakal2 cikgu yang sangat “LATERAL” itu. Ni mesti sebab dah slalu sangat buat soalan pengiraan. (Sedang meng”cover”kan diri.)

Soalan 2


Jawapan: Macam mana polis tau si Fireman tu ialah JOHN pencuri yang disyaki tu ea? Jawapan yang sangat Lateral ialah antara semua pekerjaan tu, lorry driver, lawyer, architect, mechanic, semua pekerjaan ni perempuan pun boleh jadi. Kira yang 4 tu sebenarnya perempuanlah senang cerita. Tapi, kalau fireMAN, sah2 memang lelaki. Sebabtu bila polis serbu, masuk2 je dia terus tangkap si JOHN tu yang confirm2 memang seorang lelaki.

Ulasan: Masa lecturer tanya, antara jawapan kumpulan saya ialah:

a) Polis masuk2 je semua terus cakap JOHN(kononnya giliran JOHN tu punya turn main poker)
b) Mana ada fireman main poker (konon fikir fireman sibuk selamatkan rumah terbakar)

Tapi sedih, tu bukan jawapan yang lateral. Jadi, haritu sape yang dapat jawab dengan betul? Jom kita skodeng. Lupa nak cakap, saya mahu bagi sesuatu kepada blogger yang berjaya fikir OUT OF THE BOX. Hehehe.

Saya mahu bagi award kepada:


Ulasan: Jawapan dia sangat2lah betul2. Betapa kagumnya saya, ;p.






Ulasan: Dia macam tiru jawapan Azwandy, tapi xpelah, bagi jelah. p/s: Blog kamu ada malware, removelah cepat, kalau x camne nak komen kt blog kamu. :p



Ulasan: Jawapan kamu tepat (xde idea nak cakap apa dah). Hehe







Ulasan: Kamu sangat rajin komen blog saya. Jadi bagi kamu award sebab dapat jawab dengan betul =)


Ok, blogger lain yang jawab tapi x tepat pun dapat jugak. Tapi lain ckitlah awardnya,;p




Ulasan: Kamu x jawab langsung, markah kosong. Uhuk, tunggu belajar baru jawab ye? :p




Ulasan: Jawapan yang diberikan bagaikan menjawab esei 100 markah. Tapi x begitu lateral. Hehe. P/s: jawapan kamu sangat “baik hati” punya jawapan. Eheh.




Ulasan: Kamu sudah jawab soalan ini 6 tahun lepas, tapi x isi kat bahagian komen. Hehe. Gurau je. Lagi 1, sori profile picture xde, so saya main2 isi. Hehe




Ulasan: Jawapan yang diberi ialah: “aku akan bawak pujaan hati terus g jmpa tok kadi sbb dh sampai seru ...hahaha”. Makanya itu bukan LATERAL, tapi LAGEDIK dan LAGATAL. Hehehe.







Ulasan: Mungkin barang kali cuba mintak bantuan DOraeMon. Hehe




Ulasan: X larat tulis dah. Terima kasih sebab menjawab



Ok, serius post kali ni panjang gilerrrr. Mahu stop di sini. Sape yang dapat jawab dengan excellentnya haritu, TAHNIAH ye. Yang x berjaya sangat, cuba jangan fikir pasal jagung kukus eh, ;p.

nota kaki: saya bagaikan xde assignment mengedit seketul2 award yang nak diberi
image signature

23

Mari UJI anda berfikir secara LATERAL atau tidak???

Petang tadi, saya ada kelas EDU (kelas pendidikan @ education). Makanya saya belajar pasal PEMIKIRAN LATERAL.

Pemikiran lateral maksudnya korang berfikir secara out of the box ikut orang putihla. Kalau translate, melayunya jadi keluar dari kotak. Atau mungkin kalau korang semua x paham, bayangkan anda makan jagung kukus, korang berfikir bukan pasal jagung dalam cawantu, tapi fikir pasal benda di luar cawan jagung. Ayat pelik (rasanya kalau bagi contoh camni korang fikir nak makan jagung tu je) (-_-)

Jadi, saya nak TEST pemikiran lateral kamu. Ada 2 soalan. Try jawab eh.

SOALAN 1


Hujan lebat giler2, siap guruh macam Harry Potter punya dahi wujud di mana2. Anda sedang memandu kereta jaguar seat 2 tempat. Tiba2 nampak 3 orang insan yang memerlukan pertolongan sedang menunggu di perhentian bas. Pertama, seorang perempuan tua yang hampir mati, sedang nazak kaw2. Kedua, kawan baik anda yang pernah selamatkan nyawa anda. Ketiga, lelaki/perempuan pujaan anda, memang korang nak sangat2 couple dengan dia lah senang citer. Siapakan yang akan anda selamatkan jika anda hanya dibenarkan pilih SEORANG sahaja? Kenapa pilih dia?

SOALAN 2

Ada seorang anonymous buat laporan kat polis mengatakan seorang pencuri yang disyaki berada di kawasan perumahan sedang bermain poker. Anonymous memberitahu polis, nama pencuri tersebut JOHN, tapi dia langsung x tau bagaimana rupa si JOHN itu. Polis membuat serbuan pada setiap rumah, dan salah satu rumah tersebut, ada 5 orang sedang bermain poker. 5 orang tersebut ialah Mechanic, Lorry Driver, Lawyer, Fireman, dengan Architect. Bila polis serbu, tanpa soal siasat polis tersebut terus menahan Fireman tu. Macam mana polis tu tau si JOHN pencuri disyaki itu ialah si Fireman?

Haaaa, sori kalau ayat pelik. Berpeluh2 saya translate guna google translate kamus. Ehem2, pe lagi blogger semua. TRY JAWAB SOALAN NI KALAU NAK TAU ANDA BERFIKIR SECARA PEMIKIRAN LATERAL atau tidak.

P/s: saya bagi jawapan pada post selepas ini.

Nota kaki: Sape nak cuba jawab cepat komen cepat! Masa lecturer tanya saya x dapat jawab dengan betul langsung. (-_-)

image signature

28

Jejak Kasih?

Semalam, saje gatal2 tangan tengok keyword kat nuffnang. Saje nak tengok keyword apa lah yang link kan ke blog saya yang x seberapa ni kan. Bila tengok keyword kat nuffnang, memang terkejutlah, sebab keluar keyword ini:

FARAH AINA UPSI

Mahu bukti?

Ehem2, saya nak tanya, sapelah agaknya gerangan yang mencari saya di google ye? Siap tulis full lagi, FARAH AINA UPSI x leh blah. Haha. Tapi dalam masa yang sama, blogger ini dan ini cakap kat saya, “Ayokk aina, ada orang stalk hang”. Cuak gak lah, ye lah, sape la agaknya yang search saya kan? Mahu cari kawan terpisah kaa?

Atau mungkin mahu cari MUKA BUKU SAYA?. Haaa, yang sesiapa yang cari MUKA BUKU saya mungkin x payahlah pi cari kat google lagi. Saya bagi link sape nak ADD saya cepat..Nahh…


nota kaki: Sape berani mengaku dia cari saya?

image signature

42

SeLiPar JamBan? Bukan untuk diPAKAI di dalam bilik!

Rumah sewa ku, diduduki oleh 12 orang yang perangainya semuanya pelbagai ragam. Saya juga ada ragam saya. Tapi, ada seorang budak penghuni rumah ini yang saya x berapa berkenan dengan tabiatnya. Apa tabiatnya itu? Suka pakai selipar tandas. Eh, memang x salah, lagi2 kalau memang nak masuk bilik air, pakailah selipartu. Tapi, apa yang salahnya?

kalau nak pakai selipar ni pun boleh, tapi bukan selipar jamban!


Situasi 1:

Bilik sudah disapu bersih, sudah mop lagi. Mungkin dia x tau kot biliktu sudah dimop. Balik dari kampung, pakai selipar jamban masuk bilik ke hulu ke hilir. Aik, kamu tau x bilik ni orang nak pakai untuk solat? Masuk ke hulu ke hilir pakai selipar jamban kalau pakai selipar khusus untuk bilik x pe jugak. Kalau boleh, pakai yang berbulu2 penuh biar sapu sekali habuk2 dalam bilik ini. Mak mertua tengok confirm bagi jelingan maut punya!
haa, kasi sapu habis semua habuk!

Situasi 2:

Bilik air atas penuhlah, aduh. Aku nak g tandas ni. Haaa, bilik air bawah ada. Makanya minah ni pun pergilah melepaskan hajatnya, kecik atau besar saya x tau. Nak pergi bilik air bawah x pelah. Pergi je lah, yang nak pakai selipar jamban siap pakai bawak turun bawah apa hal pulak? Turun tangga, jalan ke hulu hilir ke bawah pakai selipar jamban. Kenapa kak? Takut kaki kotor ea?

Sori kalau saya agak geram dengan budak rumah saya. Faham2 lah selipar jamban bukannya bersih. Kalau kata ada serpihan2 bilik air melekat, pas2 dibawak ke hulu hilir, bukan awak lagi kotorkan rumahke? X tau lah kalau kamu jenis perempuan yang mengutamakan  kekotoran kebersihan.

Nota kaki: Selipar jamban yang dipakai bukan miliknya. Dia xde selipar langsung.

image signature

2

KHIDMATKU sehari sebelum RAYA!!!

Hari ni hari khamis. Esok hari Jumaat. Lusa hari Sabtu. Tapi xnak cakap pasal hari Sabtu, saya mahu cakap pasal hari Jumaat. Kenapa?? Sebab esok RAYA, RAYA, RAYA..!!!

Hehehe. Terover sudehhhhhh.
Hari ni last kita berpuasa, tapi bagi saya, last puasa hari ahad, sebab hari isnin sudah dapat cuti. Ehek, jangan tanya saya cuti apa ye. Sedih la jugak x dapat puasa lagi dah. X dapat nak solat raya. Tapi, khidmatku amat diperlukan pada waktu2 sekarang ini. Nak tau mengapa??

Situasi 1:
nampak x kuih dah hilang sebiji??? sebab dia "sorok" dalam perut saya..=D

Masa time orang lain berpuasa, ada yang akan menyuruh saya merasa kuih raya. Eceh, ye lah tu. X suruh pun saya rasa jugak! Hehehe. Mesti kena rasa kuih raya, sebab nak tau sedap ke x kan? Tapi saya x makan depan orang ramai ye. Rasa senyap2 dalam dapur, pastu keluar dapur cakap, "erm, sedaplah kuih raya tu". Bagus punya budak! Haha.

Situasi 2:
Sila tengok kelembutan tangan ketika menuang air ya

"Faina, sebab ko x puasa, pergi buat air", along selalu cakap kat orang camtu. Yang ni memang nak x nak terpaksalah. Kerja buat air 1, kerja merasa air lain. So, bila dah nak buka, saya akan jadi tukang buat air.

Nota kaki: Kalau orang yang buat air itu x puasa, dan air yang dibuatnya itu x sedap. itu petanda dia memang x reti buat air. Hahaha.

Situasi 3:
RASA CAM PAKAR TU

Yang ni paling best sekali. Bila rendang, sambal kacang, kuah lodeh, sambal goreng suma dah siap. Jeng3, akan datang seorang VIP untuk merasa kesemua masakan itu. Time ni biasa along akan panggil bila time dah letak garam. Along akan cakap, "Faina, dah cukup dah garam??". VIP itu akan rasa untuk lihat garam cukup ke x, tapi bila dah secukup2nya, bukan setakat rasa ya. Dia akan melantak! 

Cukuplah 3 situasi. X boleh tulis banyak2 sebab "khidmat" ku diperlukan di dapur. Time orang taip ni along dah start memotong-motong. Makanya, saya akan pergi ke dapur sekarang juga. Time rasa masakan nanti, saya akan melekat di dapur. Ngeh3.

Ok lah, kepada semua bloggers, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Selamat Kembali dan Pulang ke Kampung Halaman dengan SELAMAT. Ingat kepada yang tersayang. Sekian.

p/s: SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI..=)
image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top