Powered By Blogger
23

Mari UJI anda berfikir secara LATERAL atau tidak???

Petang tadi, saya ada kelas EDU (kelas pendidikan @ education). Makanya saya belajar pasal PEMIKIRAN LATERAL.

Pemikiran lateral maksudnya korang berfikir secara out of the box ikut orang putihla. Kalau translate, melayunya jadi keluar dari kotak. Atau mungkin kalau korang semua x paham, bayangkan anda makan jagung kukus, korang berfikir bukan pasal jagung dalam cawantu, tapi fikir pasal benda di luar cawan jagung. Ayat pelik (rasanya kalau bagi contoh camni korang fikir nak makan jagung tu je) (-_-)

Jadi, saya nak TEST pemikiran lateral kamu. Ada 2 soalan. Try jawab eh.

SOALAN 1


Hujan lebat giler2, siap guruh macam Harry Potter punya dahi wujud di mana2. Anda sedang memandu kereta jaguar seat 2 tempat. Tiba2 nampak 3 orang insan yang memerlukan pertolongan sedang menunggu di perhentian bas. Pertama, seorang perempuan tua yang hampir mati, sedang nazak kaw2. Kedua, kawan baik anda yang pernah selamatkan nyawa anda. Ketiga, lelaki/perempuan pujaan anda, memang korang nak sangat2 couple dengan dia lah senang citer. Siapakan yang akan anda selamatkan jika anda hanya dibenarkan pilih SEORANG sahaja? Kenapa pilih dia?

SOALAN 2

Ada seorang anonymous buat laporan kat polis mengatakan seorang pencuri yang disyaki berada di kawasan perumahan sedang bermain poker. Anonymous memberitahu polis, nama pencuri tersebut JOHN, tapi dia langsung x tau bagaimana rupa si JOHN itu. Polis membuat serbuan pada setiap rumah, dan salah satu rumah tersebut, ada 5 orang sedang bermain poker. 5 orang tersebut ialah Mechanic, Lorry Driver, Lawyer, Fireman, dengan Architect. Bila polis serbu, tanpa soal siasat polis tersebut terus menahan Fireman tu. Macam mana polis tu tau si JOHN pencuri disyaki itu ialah si Fireman?

Haaaa, sori kalau ayat pelik. Berpeluh2 saya translate guna google translate kamus. Ehem2, pe lagi blogger semua. TRY JAWAB SOALAN NI KALAU NAK TAU ANDA BERFIKIR SECARA PEMIKIRAN LATERAL atau tidak.

P/s: saya bagi jawapan pada post selepas ini.

Nota kaki: Sape nak cuba jawab cepat komen cepat! Masa lecturer tanya saya x dapat jawab dengan betul langsung. (-_-)

image signature

23 korang POT PET:

Azwandy Bin Muhamad said...[Reply comment dia please]

Salam...

Meh cikgu BM nak try jawab...hehe...
Kalau salah jgn gelak k...

Jawapan...
Soalan 1:
Saya bagi kawan baik yg pernah selamatkan nyawa saya naek kereta bawak org tua yg hampir nak mati tu g hosiptal... Lepas tu, tinggal la saya dengan perempuan yg saya puja kat perhentian bas tu...Hehe...

Soalan 2:
Sebabnya Fireman tu sorg je lelaki... yg lagi 4 org tu perempuan... Hehe...

Btl x?
Hahahaha....

KeCiK said...[Reply comment dia please]

incoming semesters baru amek subjek ni kot..haha..

ni mesti kelas kat DK nih..hahah..

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

perghh.. penin gak nk jwb ni.. huhu..
tapi jawapan yg diberikan encik azwandy muhamad kt atas nie mcm jawapan yg sy nk jawab la.. so, xyah tulis la.. :D

Gen Fujita said...[Reply comment dia please]

sebenarnya soalan ni dah agak lama jugak, dan jawapan yang dijangkakan pun dah ada, contoh macam soalan 1, antara 3 orang tu macam mana nak pilih, kalau ikut jawapan "outstanding" dia, mestilah bagi kunci kereta kat kawan kita tu pastu suruh dia pandu kereta bawa nenek tu ke hospital, dan kita tinggal di perhentian bas tu dengan pujaan kita. tetapi disebabkan ramai yang dah tahu jawapan tersebut, ia seolah-olah telah menjadi "skema" jawapan utk soalan tersebut, apabila ia menjadi skema, orang akan sentiasa memberi jawapan tersebut kerana menjangkakan ia jawapan yang betul. apabila sesuatu soalan itu dianggap mempunyai skema tertentu, maka jawapan tersebut tidak lagi relevan utk menentukan daya fikiran seseorang, kerana orang akan menjawab demikian bukan sebab dari hatinya sendiri, tetapi kerana menjangkakan ia jawapan yang betul.

kalau sayalah, saya mungkin akan bawa sendiri nenek tu ke hopital, sebab saya jenis yang tak suka menyusahkan orang lain, kita nak buat baik takkan nak suruh orang lain pula yang bawa dia ke hospital. tentang pujaan kita tu, kalau ada jodoh, tak ke mana, masa lain boleh jumpa, kalau bukan jodoh duduk la situ sampai bila2 pun takkan dapat punya.

tu jawapan saya, jujur dari diri sendiri. :)

err soalan 2 tak yah aaa jawab, panjang benar dah ni. he he he...

Shoujiroh said...[Reply comment dia please]

owh..susah jugak nie..

soklan 1:
saya dop je kat hentian bas tu bersama dengan kekasih hati pujaan saya,lps tu kasi kereta kat member saya yang pnah selamatkan nyawa saya pergi hospital hantarkan nenek tua yang sedang nazak tu..
camtu la kot citernye..


soklan 2:
nama pom fireman,opkos la nama JOHN(name lelaki)..haha
yang2 len tu blom tentu lg jantina nye lelaki..hahaa

jalanjatuh said...[Reply comment dia please]

first bace buku pasal lateral neh..6 taun dulu..
hehehe

amirah said...[Reply comment dia please]

aku akan bawak pujaan hati terus g jmpa tok kadi sbb dh sampai seru ...hahaha

jalanjatuh said...[Reply comment dia please]

cube setelkan soalan kat post saye "A-Level Nyer Soalan"
ni pon kne pemikiran Lateral jugak :)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Azwandy: amboi2, dh belajar mmgla..x aci..x berfikir secara lateral langsung....=p

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Kecik: eh, silap2..kelas kat makmal fizik..salah2, potong 1 markah..=p

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Solihin Zubir: kamu tiru ea? potong 3 markah..=p

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Gen Fujita: kalau ikut hati yang tulus & suci mmg jawapan kamu terbaiklah, tapi kalau ikut lateral salah..hehehehe...

tuk soalan2, xpelah..cikgu bg free mark la camni..sbb jwb cam esei..=p

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Azrul Amigo: yaah, kamu betul...100 markah tuk kamu..=D

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ jalan jatuh: 6 tahun dulu??? masatu br form 3 kot..hehe..ok2, nnt org try..=)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ mira: ya, itu bukan lateral, itu LAGEDIK...=p

AffanFizah said...[Reply comment dia please]

macam en azwandy cakap mcm betoi ja sebab mcm logik ja..pasai john tu mmg sah fireman

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Daffien88: haaa, nnt kita tgk ye sape betul..hehe

Azwandy Bin Muhamad said...[Reply comment dia please]

Makcik... sy men jawab je la soalan ni..Huhu... Maknanya saya berfikir di luar kotak la..hehe...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Azwandy: saya sangatlah x percaya pada kekotakan fikiran kamu..(-_-)

:p

Nobita Sensei said...[Reply comment dia please]

Jawapan soalan 1: Saya terus pecut laju tak peduli nak tumpangkan sape sebab tengah hujan. baju kat luar tak angkat lagi.

Jawapan soalan 2: Sebab sama-sama geng anggota keselamatan. Dah tahu dah perangai masing-masing.

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ Nobita sensei: errrrr...nnt kita tgk jawapan betul dia ea?

terima kasih sbb menjawab..hehe

sweetie2010.blogspot said...[Reply comment dia please]

Salam dik,

Kak Sweetie bawa nenek tula..sian dia. patut diberi perhatian terlebih dulu, yang lain tu diorang bukan dalam kecemasan pun. lain hari lehlah sms..

Camner polis tahu fireman tu adalah John ya..khabarkan sikit kat kak Sweetie..betulker yang 4orang lain tu wanita?

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ sweetie.blogspot.com: haaa, nnt tggu jawapan dia ea..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top