10

JAP2, Muka KORANG MUKA....???

Umurku 21 tahun bulan 8 ni. Dan kini ku kembali ke sekolah, bukan untuk belajar, ataupun berpraktikal sebagai bakal cikgu di sana. Namun, ku.......

MENCURI LINE DI SANA, KUANG3. MAAF SEK TINGGI KLUANG, KU X RELA, NAMUN KU TERPAKSA DISEBABKAN KETIADAAN INTERNET DI RUMAH. SOB3. HEHE. ( tiada tanda2 menyesal di situ)

Nak wat camne, blog mesti diteruskan meskipun bukan semata2 pasal duit(ecece). Jadi, disebabkan orang kini kembali ke sekolah dengan muka x malunya membawa beg laptop ke hulu ke hilir mencari line yang cantik, dan akhirnya ku temui. Yahh. Jadi, ada cerita berlaku  di sebalik pencarian internet itu tahu!

Kes 1
Seorang budak x tahu malu main masuk sekolah berpakaian seluar jeans wat macam sekolahtu bapak dia yang punya. Setibanya sampai di pintu masuk,

Faina: lepaslah, lepaslah. Dah la pakai jeansni.

Dan kerana mukanya yang buat sporting habis, makanya dia lepas daripada mak guard yang sedang mendengar radio di pondok jaga. Tiba2, seorang pak cik yang pakaiannya seperti tukang kebun sekolah tersenyum kepadaku.

Faina: pak cikni senyum2, aduiyai. Mak cik guard lepasje, xkan kena tegur dengan pak cik pekebun tu pulak. X pe Faina, jalanje, wat dekje.
Pak Cik: masih tersenyum. Senyumannye boleh menampakkan 2 gigi depannya. Sila bayangkan pak citu senyum macam mana k.
Faina: (dalam hati, relax Faina, relax)
Pak Cik: Tumpang tanya, cikgu baruke kat sini?
Faina: eh xdelah. Saya bekas pelajar sekolahni.
Pak Cik: oh, pak cik ingat cikgu baru tadi kat cni. Datang cni nak wat kerjake?
Faina: eh, xdelah pak cik. Datang nak jumpa adik jap. Hehe.
Pak Cik: oh,pak cik ingat cikgu baru tadi.
Faina: tersenyum sambil cepat2 nak blah. hehe


Dan dengan selamba badaknya si Faina ni meneruskan perjalanan menuju tempat yang ada line. Dalam hati, wah, orang cakap panggil cikgula. Kira ada muka cikgula jugak ea?  Bangga2. Hehe. Ada muka cikgu jugak orangni rupanya. Hehe.

Kes 2

Semasa di Matrikulasi, ada 2 orang member dalam praktikumni. 2-2 ni laki. Orangpun pernah tercakapla dengan member pompuan cakap yang mamat A ni muka dia cam ustazla. Mamat B ni pulak muka dia macam ahli perniagaan. Tiba2, seminggu ke 2 minggu lepastu, dorang keluar dari matrikulasi. Sebabnya? Bukan kena tendang, tapi sebab Mamat A ni masuk IPG. 
mamat A

Oh, masuk IPG xpe lagi. Tengok2, kos Pend Islam daaa. Biar betik? And teka sekali lagi, mamat B ni pulak dia keluar matrikulasi bukan sebab dia wat biznes jual tempe ataupun soya panas, tapi dia keluar masuk U sebab dia dapat kos...jeng3. Pengurusan Perniagaan camtulah.

mamat B

Dan kini, x dengar citer pape pasal dorang, cuma 1 benda yang kita ingat ialah....muka Mamat A yang nak jadi ustaz tu hensemla.......comeypun ada. Faina, udah2le tu.  Hehehe.

Jadi, kini...ada 1 pertanyaan yang ingin ku tanya, iaitu:
Pertanyaan: muka seseorang itu akan menunjukkan pekerjaannya kah? Muka korang muka apa? Muka doktorkah? Muka cikgukah? Muka akauntankah? Muka model seperti Hanis Zalika kah? Hehe.

p/s: akhir2ni konon pegi sekolah, last2 balik dengan hampa giler sebab sekolah wat program tuk budak form 6. Mood ketika itu: geram + bengang gilerrr.....

10

2 budak COMEL dah keluar ALBUM....

Ok, entri kalini agak santai ckit k. =)
  =  

2 budak perempuan comel yang ku kenal dari Disney Channel saluran 615 di ATSRO, sorang lagi dari Nickelodeon saluran 612. Sape2 ketultu? Jap2. Haa, ni dia 2 ketul budak comeltu. Sorang Selena Gomez dari rancangan Wizzards of Waverly Places, lagi sorang Miranda Cosgrove dari rancangan i Carly!.

 = 

Sape2 yang tengok Nickelodeon dengan Disney Channel mesti kenal dorangni. Kalau dulu dorang pelakon je kan? Skangni dorang penyanyi. Dorang baruje release album baru. Selena gomez keluar dengan albumnya “Kiss and Tell” yang Miranda tu pulak nama album dia ialah “Sparks Fly”.

Korang yang ada ASTRO mesti kenal kot dorangni kalau korang subscribe CARTOON. Dorangni serius agak comella. Memang comel kot. (sampai adik orang berangan nak cari awek camni). Oklah, nak bagi korang tengok video lagu baru dorang released. Nak tengok? Jom!
Korang yang nak download lagu baru dorangni leh klik kat cni.

Selena Gomez -  Naturally

Miranda Cosgrove – Kissin’ U

p/s: dorangni still image bersihje ku tengok. Jangan spoil macam lindsay lohan dengan britney spears sudah. 

12

MATRIKULASI BEST KE X???

Isnin lepas budak2 lepasan SPM telah pun menjejakkan kaki ke Matrikulasi bagi sape yang dapat matriksla. Time orang blogwalking, rata2 ramai yang cakap takut nak masuk matriks. Antara benda yang dorang takutkan ialah
a)     Takut kena tendang
b)     Risau kena struggle giler2
c)     Life kat sana camna
d)   Ada jugak yang risau pasal outing dengan basuh baju boleh guna mesin x?
So, saje nak buat postni sekarang sedangkan patut buat post ni awal2 b4 dorang masuk lagi. Tujuan? Saje nak bagi dorang blah masuk matriks dulu baru citer keazaban life di matriks. Hua3. Ok, gurauje.

3 tahun lepas, orang dapat matriks TANGKAK, di Johor yang juga dikenali sebagai KMJ. Timetu x fikir pape sebab ikutje. Tira masuk KMPH orang pun masukla matriks gak. Actually matriks ok. Orang citer dari pelbagai sudut ea berdasarkan KMJ la.

1.       Roomate? Housemate?
Satu bilik, 4 orang akan duduk dalamtu. Ok la tu, xdelah korang takut sangat nanti. Kalau bilik air pulak dalam 1 arastu akan ada 2 bilik air besar. Dalam bilik air besartu ada toilet, bilik air tuk mandi, jalan depan ckitje. Go straight and don’t belok2 jumpa tempat basuh baju. Haa, ok kan? Xdelah teruk sangat.

my praktikum, =) 

2.       Praktikum?
Praktikumni kira macam kelas gakla. Kalau dulu kelas 4 ST 1 ke. 5 Sains 1 ke. Skangni dia guna nombor. Contoh cam orang dulu PF16. Kalau dipanjangkan Praktikum Fizikal 16. Biasanya korang mesti rapat dengan budak2 praktikumni la. Sebab kalau korang nak tiru? Confirm copy dorangnya. Nak g kuliah sama2? Dengan dorang punyalah. Sebabtu korang akan rapat dengan praktikum korang. 1 praktikum dalam 15-19 orangla.


3.       Cara belajar?
Ok la, confirm ramai yang takut dengan cara belajar kat sana. Actually cara belajar kat sana memang cam U la. Korang belajar dalam dewan kuliah. 1 kuliahtu ada orang dalam berbiji lemon la jugak. Pastu ada lecturer jenis student x paham dia ajar sampai sudent paham. Ada lecturer yang jenis nak habiskan sylabus je kerjanya. Paham x paham lain citer. Sebab style kat matriks bukan lagi chalk and talk, dia style study tunjuk slide. Ala, nanti korang masuk U pun style lecturer camni gak.
4.        Tutorial?
Tutorialni cam kelas gak. Cuma kalini melibatkan praktikum korangje. Xde lagi orang ramai bagaikan biji lemon. Hehe. Tutorial ni kena bincang latihan2 yang lectrurer bagi. Timeni jugak boleh tanya lecturer soalan mana yang x paham. Kadang2 lecturer sempatla layan kita. Tapi, kalau setakat sejamtu, alamatnya korang x paham kena terus g admin tanya lecturer teruslah. Better camtu. Tapi, biasanya adegan tiru-meniru confirm berlaku. hehe. 
5.       Pakaian?
Pakaian standardla kena pakai baju kurung bagi perempuan yang laki pulak pakai baju yang orang nak g bekerja kat pejabattu. Kasut standard hitamla suma. Tapi, biasalah mula2 suma ikut peraturan. Naik sem baru? Xde hitam2 lagi dah. Rainbow kalerpun ada.


6.       Kena tendang?
Ok la, korang akan kena tendang kalau pointer korang bawah 2.0 . tapi, kalau kat U pun korang punya pointer rendah mesti dapat amaran punya. Tapi, insyaAllah la korang boleh dapat pointer atas 3.0 . Maths dia agak susah. Tapi kalau korang study tul2 xde masalah punyalah. Cuma jangan main2 kat matriks. Kita ada setahunje b4 masuk U. Kalau korang dapat perform well kat matriks, senang2je korang leh masuk U plihan korang. (insyaAllah)
7.       Outing?
Ok la, kalau kat KMJ dulu. Outing pompuan dengan laki ada beza. Contohnya mingguni outing laki, minggu depan outing pompuan pulak. Tu 3 tahun lepas. Skang x taula style outing dia camne.


Err, okla cam dah banyak pulakkan orang tulisni...soo, korang yang pernah masuk matriks, amacam? Mahu kongsi cerita??

p/s: miss my praktikum...

2

CiTeRni SeDIH x? KaLau SedIh Nak MinTak TolonG BoLeH??






Oklah, post kalini orang x jangka pun akan wat post camni. Kenapa ea? Sebab orang ada benda baru nak post, tapi, bila fikir balik. Ahh, tidak. Orang kena wat gak postni. Ok, straight to the point, actually orang ada enter satu contest pasal cerita sedih aku fasal duit. And alhamdulillah terpilih sebagai 5 entri yang terbaikla(kononnya) daripada 20 entri.

Tapi, last2 empunya wat contest pening kepala daa nak fikir sape yang patut dapat no 1. So, dia suh orang vote. And disebabkan korang taukan di rumahku tiada internet, jadi dah 4 hari x on9 bila on9, OMG! Baru tau terplih menang contestni. Tengok2, baru ada 5 vote daa.

 Paling tinggi skang si UJ iaitu 23 vote. So, dengan muka x malunya dengan penuh bedak bagaikan tepung gomakku pakai, errrr, kalau citerni sedih, nak mintak tolong korang vote boleh? Jap g orang sertakan post citer sedih kat bawahni ea. X nak paksa, sebab mana boleh paksa2 orang votekan? Tapi, incase kalau kata citerni memang sedih, nak mintak vote boleh? Korang yang nak vote g cni ea. (napela nak kena ada sistem vote2ni, plihje la, kan senang). Hehe.

Ok, ni post dia..CITER SEDIHKU...
better sediakan tisu yang banyak sebab hingus korang nanti nak lap pakai apa?? ;p

VOTE FOR ME PLEASE?? ( rasa cam nak tutup muka dengan topeng khas sebab mintak tolong camni..huhu.. (*_*)

last vote: ISNIN

16

EnTri Boring!!

Haih... kalini entri agak kepoyoan.. nak diikutkan adaje benda nak post. tapi, sebab x sempat nak berblogwalking cam dulu, ku postla benda yang boring ni. aduyai..
cutiku yang keboringan. Boring bagaikan pakai baju warna sama setiap hari. 
Pagi kena kemas umah, petang golek2 atas katil sambil main game, malam golek2 sambil ajar adik yang nak PMR.

Boringnya cuti! haih. Lama lagike nak masuk UPSI?
Nak aktif blogwalking internet tiada di rumah. nak mesej2 dengan si dia? si dia nun jauh di sana, jauhkan bagaikan 1 msj maxis = rm0.20. Nak on9 kena pergi sekolah lama. Budak2 suma melihat kakak manalahtu yang on9 3 hari sekalitu. aduyai. 

Huh. boring2! Boring tahap gaban ohh...huh, nak kerja x boleh coz sape nak kemas umah kalau bukan orang...
Xpelah, terimajelah ku akan aktif blogging bila UPSI buka kembali pada 12/7 nanti...sedih2..sob3...

Lupa, saya juga rindu sama housemate2ku..si JEFRI & AFENDI...
Teringat zaman masak sama2, chewah...cakap macamla dah lama nun zaman tuk kaduk. K la, nak berblogwalking sementara masih di sekolah lagi. jap g dah kena pin pon! Tanda kena balikK...

8

[ EdiSi HaRi IBU: WAHAI KAUM ADAM]

Aritu adik sedara orang sedap2je dah makan diapun macam biasa letak je kat dapur. Orangpun cakaplah, “eh Haziq, nape x basuh pinggantu?”. Nak tau apa jawapan maut dia bagi? “eh, bukantu kerja pompuanke?”. Errrgghhh... memang nak kena sekel ohh budak laki camni. Haa, kalini memang orang nak ulas pasal bendani.

Wahai kaum adam, bila bangun pagi, kamu x kemaskan katil. Suruh mak kamu kemaskankah?
Wahai kaum adam, sebelum mandi, kamu campakkan baju bersepah sini, selepas mandi kamu campakkan pula tuala kamu sana sini. Suruh mak kamu kutipkankah?
Wahai kaum adam, makanan kamu mak kamu yang masakkan, selepas makan x basuh pinggan lagi. Suruh mak kamu basuhkankah?
Wahai kaum adam, baju sekolah x gosok sendiri , kasut pula kamu x basuh sendiri. Suruh mak kamu buatkankah?
Wahai kaum adam, kamu bersepahkan bilik sana sini, ada habuk x pernah terfikir nak sapu. Suruh mak kamu sapukankah?


Itu adalah antara benda2 yang selalunya kaum lelaki menganggap kaum perempuan yang perlu buat untuk mereka. Adik2ku juga kadang2 seperti itu. X ditegur x buat. Wahai kaum adam, mengandungkan kamu adalah ibumu. Melahirkan kamu adalah ibumu. Kemas rumah juga adalah ibumu. Ambilmu dari sekolah juga adalah ibumu. Menghantar kamu ke tuisyen juga adalah ibumu. Mencari rezeki juga adalah ibumu( bagi yang bukan suri rumah, ibu kamu juga bekerja seperti ayahmu bukan??). Memasak juga adalah ibumu. Basuh baju, sidai baju, serta lipat baju juga adalah kerja ibumu bukan?

Pernah terlintas x di hati kamu untuk menyenangkan kerja ibumu? Ibumu dah buat macam2 untukmu. Mengharapkan keputusan yang bagus darimu x semua boleh berikan result yang gempak bukan? Nak kata kamu buat semua kerja ibumu lakukan tidak. Haa, fikirlah wahai insan. X bolehkah kamu senangkan kerja ibumu? Senangkan lah kerjanya walaupun sedikit. Ibu kita makin tua hari demi hari. Kita pula semakin meningkat dewasa. Kita bukan lagi budak kecik yang x reti berfikir. Jadi, jangan bebani lagi ibumu.

Bendani bukan hanya untuk kamu adam, tetapi juga untuk kamu hawa. Cuma entry awal ditujukan oleh kaum adam sebab majoriti kaum adam buat semuatu. Harap2 pas entri ni ramai yang membuka mata. Lebih2 lagi kaum adam. Janganlah semua benda nak mengharapkan kaum perempuan yang buat. Bila kamu dah berkawen nanti, jangan biarkan isterimu membuat semua itu seorang diri. Bantulah dia selagi kamu boleh bantu. Bukan sahaja dia lebih menyayangimu, malah bersyukur mempunyai suami sepertimu. =)



Entri kalini khas dibuat bagi meraikan HARI IBU. Kepada ibuku, Norsiah Bt Shamsudin, happy mother’s day mama. Kita tau mama yang buat semuatu. Kalau orang balik baru orang dapat tolong. Semoga mama dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Mama, i love u..=)

p/s: kepada yang belum wish ibumu, cepat2 wish ibumu(8/5) ok. Happy Mother’s Day to all Mums!! Owh lupa, baru tukar template blog. Nak tanya korang rasa apa perlu diubah? Help me please?

3

1 hari update banyak kali?

Salam 1 Malaysia..=)
Errr, nak cakapke x nak? Nak ke x nak? Ahh, cakapje. Oklah, post kalini pasal kita2ni. Ala, blogger. Bendani pernah disebut oleh saya dan housemate saya. Oklah, situasinya begini:

Situasi 1
Jalan2 dalam blog a.k.a blogwalking, tiba2 tengok post2 si blogger dalam 1 hari sampai ada 4-5 post. Check profil blogger, errkkk. Kerja di pejabat. Jap2, anda bekerja bukan pada masatu, macam mana boleh update post kat office? Curi tulang ea? Kalau nak postpun, xkan sampai 4-5 post. X de keja ea nak buat? Wahai blogger yang buat sebegini, ingatlah bahawasanya gaji anda x berkat. Kita dibayar gaji untuk bekerja, bukan update blog bukan? Kita waktu bekerja, bekerjalah, janganlah sampai nak update 4-5 post 1 hari. Kalau macamtu lebih baik jadi suri rumah boleh update sampai 10 post sehari. P/s: x pernah update post dalam bilik kuliah. Waktu belajar, belajarlah!

Situasi 2
Owh, situasi ke2ni xde pape. Normalje, x kisahpun. Faina, straight to the point. Oklah, bukan nak menyentuh hal sape2 tapi saje nak menambah bilangan situasi. Muahaha. Seperti biasa, blogwalking jugak. Jalan2 ternampaklah blog yang macamni. Wah, memang banyak sih budakni post dalam sehari. 4-5 post la jugak. Nak tau apa yang di postnya? Pagitu dia post “saya boring”. Petangtu dia update, “nak makan apa ea petangni?”. Malamtu dia update “selamat malam, orang nak tidoni”. Erkkk... x nak cakap pape, cuma bagi orangla, x perlu kot nak update 4-5 post kalau post yang anda nak tulis buat orang menyampah (bagiku). Tapi, blog kita adalah hak milik masing2, blog aku, suka akulah nak update hape. Kau suka kau baca, kau x suka kau tekanje butang X. Yes2, that’s is true. So, i’ll do the same thing, Faina will write what pops out of her mind!

Oklah, juz terfikir nak post bendani sebab ternampak lagi bloggertu buat camtu. Dah lama dah nak post, Cuma skang baru ayatnya tersusun cantik seperti ayat2 A.Samad Said. ( banyak ahh ko faina!) oklah, mau kemas rumah, peace. =)

3

Webcam ketika chatting?? Banyak kelebihan @......

Salam 1 Malaysia. Payah bila internet xde, tapi nak jadi blogger tegar. Aduyai. Ni pun terpaksa ku update di cc. Ok, tajuk kalini kemungkinan akan menyinggung orangtu kalau dia buat. Kalau dia x buat, dia akan chill out bebeh. Nak tau tajuk apa? Jom.



Ketikaku suka berblogwalking pada dahulu kala, adalah blog2 yang tertentu yang menceritakan kisah dia dgn si bfnya ataupun sebaliknya. And macam biasa, ada yang tunjuk kat blog dorang, kononya dorangni tengah berwebcam la...



Actually bendani dah lama terlintas dalam hati. (Cuma sekarang baru nak wat entryni)..hehe . One girl and one boy, webcam through ym, nak lepaskan rindu kononnya antara dorang ni la. Terlintas bila webcam2 camni, kemungkinan maksiat berlaku itu, mesti adakan?? orang cakap yang negative dulu ye...
 
Situasi 1
Kadang2 si aweknya kat luar pakai tudung, kat webcam free hair nak bagi si bf melihat kecantikannyala konon. Kemungkinan yang berlaku?? Kitani pompuan, bila x pakai tudung, tunduk ckit nampaklah benda yang x sepatutnya. Agak2 bila si laki dah nampak benda yang x sepatutnya, agak2 dia senyapjeke, ataupun merayu agar nak tengok benda2 sebegitu?? – maaf kalau agak kasar, tapi ini cuma kemungkinan yang akan berlaku-



Situasi 2
pernah terbaca kat majalah remaja, remaja2 yang buat “bendani” through webcam. actually dia x buatpun, juz bukak sana, bukak cni. X nak cakap lebih2, fikir sendiri apa yang berlaku sebab orang nak termuntah bila ingat balik artikeltu. Masa bercinta, darah memang muda sangat. Sebabtu banyak remaja belasan tahun sekarang yang sanggup ikut bf pegi lombokla, dan yang terbaru budak form 3 nak kawen dengan pelayan restoran..urgghh..apakah?? Conclusion situasini?? pasangan bercinta kemungkinan ada yang buat sebegitu kat webcam.

Pendapat orangla, bagi pasangan yang bercinta, jumpa setiap hari, x perlulah nak webcam malam2. Bukan x jumpa setiap hari. Ini setiap hari jumpapun nak webcam ym malam2. Kalau pakai tudungtu, x perlulah nak tunjuk kat bf awakni cantik. Nanti kalau x jadi kawen dengan dia, awaklah rugi sebab dia dah dapat tengok rambut awak camne… Kepada yang bertudungtu, ada jugak orang tengok yang webcam memang dia pakai tudung, baguslah yang kekalkan camni. Kepada yang free hair, pastu webcampun free hair. Pastikan korang x terjebak dengan situasi2 tersebut.
Kebaikan webcam?
Situasi 1

Study kat oversea. Rindu kat family. Webcamla tempat dia melihat wajah2 family ketika dia di perantauan. Timenilah kita boleh tengok muka abah, mak, adik2 + lain2. Kita yang study kat malaysiani adake yang nak wat camntu?? hampeh..dengan awek xpe. Bila2je boleh webcam. Ada yang kerja kat oversea, balik 4 bulan sekali(bagi yang navy), nak tengok muka isteri dengan anak2, ada jugak yang guna webcam. Yang ni pun baguslah.


Situasi 2
Kes dia lebih kurang yang kat atas, juz beza dia bukan family. Tapi awek. Awek kat malaysia, bfnya kat oversea. Nak jumpa tah bila baru dapat jumpa. Cara paling mudah nak tengok awek dia?? webcamlakan.. Yangni ok, yang x oknya kalau dia wat benda yang x sepatutnya. Tapi, jaranglah dengar orang study oversea bila webcam dengan awek dia wat ”benda2 x sepatutnya”. Mungkin sebab sibuk sangat kot plus masa yang berbeza menyebabkan x terfikir benda2 camni..ataupun sebab dorang educated. – nak tambah pendapat sila komen ye-



Pendapat orang pulak?? webcam memang bagus kalau guna ke arah benda yang baik, macam nak tengok muka parents tadikan?? tengok muka isteri dengan anak tersayang bagi yang keja kat oversea cam navytu. Tapi, bila fikir balik, kita yang study kat IPTA/IPTS tempatanni pernahke guna webcam dengan parents?? Banyak yang guna webcamni mesti sebab nak tengok awek + bf . Xsalah nak guna bendani, dah rindu nak wat camnekan..Cuma jangan kita salah gunakan teknologi ni. Salah guna, jadilah benda2 yang x sepatutnya berlaku.


Kepada yang nak komen pasal entry kalini, dialu-alukan ye.. Sebab orang pun nak dengar cetusan idea dari anda. Mahu membebel? Silakan. Hehe.



p/s: serius x suka tengok pompuan yang pakai tudung depan bf, time webcam bukak tudung. Dengan x suka tengok pompuan yang webcam dengan bf dia macam x pernah jumpa. Sedangkan pagi petang siang malam duk jumpa…Haih, masalah2…

EnTry Pas Habis Exam~


Tepat pukul 5.30 petang semalam, huh. Bunyi hembus nafas kuat gara2 last paper untuk semester 4. Hooraayyyy!!!.. syok giler. X dapat nak update post bo bak ke ba boom sebab mula2 ingat nak tukar template blog, sebab rasa kena wat perubahan ckit bila blogni follower melebihi 20 orang. ==> poyo2.

So, sebelumku tata serta bakar slip periksa. Pe kata ku bagi korang2 tatap subjek2 yang perlu ku ambik. Kadang2 rasa cam engineer ohh. Sipi2 je lagi nak jadi engineer, kira bagaikan menahan kuah dari terjatuh dari pinggan. ( faina, ko terlampau hiperbola). Okeh, lupakan. Jom tengok, sebab api kat dapur dah besar memanggil slip untuk dibakar.
20/4 - EDU 3034 – SUBJEK PENGURUSAN PEMBELAJARAN
22/4 - TKU 1043 – KIMIA ASAS 2
24/4 - TFG 2023 -  BASIC INSTRUMENTATION
26/4 - TFG 2013 -  OPTIC
30/4 - TFA 2023 – ELECTROMAGNETIC

Haaa, sila berpeluh ye kawan2. Hehe.  Soo, itulah antara subjek2 yang terpaksa ku ambik semni. Sekali lagi ada orang cakap jadi cikgu fizik senang, ku kutil kepala nanti kang. Exam dah habis, pasni mulalah saat ku jadi blogger tegar balik. Hua3. Tapi, disebabkan internet tiada di rumah, maka niatku terbantut. Dahla nak ubah templatepun dah terbantut. Jap2, korang rasa perlu x wat perubahan? Ke kekal? Rasa sayangla pulak, tapi bila lagi nak berubahkan?
Jam menunjukkan pukul 1.34 pm am. Masa untuk ku berjogging atas katil sambil membentuk peta2 Malaysia dan singapura. ( indonesia besar sangat, x sempat nak buat). Hehe. K la kawan2, nytezzz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top