Powered By Blogger
8

[ EdiSi HaRi IBU: WAHAI KAUM ADAM]

Aritu adik sedara orang sedap2je dah makan diapun macam biasa letak je kat dapur. Orangpun cakaplah, “eh Haziq, nape x basuh pinggantu?”. Nak tau apa jawapan maut dia bagi? “eh, bukantu kerja pompuanke?”. Errrgghhh... memang nak kena sekel ohh budak laki camni. Haa, kalini memang orang nak ulas pasal bendani.

Wahai kaum adam, bila bangun pagi, kamu x kemaskan katil. Suruh mak kamu kemaskankah?
Wahai kaum adam, sebelum mandi, kamu campakkan baju bersepah sini, selepas mandi kamu campakkan pula tuala kamu sana sini. Suruh mak kamu kutipkankah?
Wahai kaum adam, makanan kamu mak kamu yang masakkan, selepas makan x basuh pinggan lagi. Suruh mak kamu basuhkankah?
Wahai kaum adam, baju sekolah x gosok sendiri , kasut pula kamu x basuh sendiri. Suruh mak kamu buatkankah?
Wahai kaum adam, kamu bersepahkan bilik sana sini, ada habuk x pernah terfikir nak sapu. Suruh mak kamu sapukankah?


Itu adalah antara benda2 yang selalunya kaum lelaki menganggap kaum perempuan yang perlu buat untuk mereka. Adik2ku juga kadang2 seperti itu. X ditegur x buat. Wahai kaum adam, mengandungkan kamu adalah ibumu. Melahirkan kamu adalah ibumu. Kemas rumah juga adalah ibumu. Ambilmu dari sekolah juga adalah ibumu. Menghantar kamu ke tuisyen juga adalah ibumu. Mencari rezeki juga adalah ibumu( bagi yang bukan suri rumah, ibu kamu juga bekerja seperti ayahmu bukan??). Memasak juga adalah ibumu. Basuh baju, sidai baju, serta lipat baju juga adalah kerja ibumu bukan?

Pernah terlintas x di hati kamu untuk menyenangkan kerja ibumu? Ibumu dah buat macam2 untukmu. Mengharapkan keputusan yang bagus darimu x semua boleh berikan result yang gempak bukan? Nak kata kamu buat semua kerja ibumu lakukan tidak. Haa, fikirlah wahai insan. X bolehkah kamu senangkan kerja ibumu? Senangkan lah kerjanya walaupun sedikit. Ibu kita makin tua hari demi hari. Kita pula semakin meningkat dewasa. Kita bukan lagi budak kecik yang x reti berfikir. Jadi, jangan bebani lagi ibumu.

Bendani bukan hanya untuk kamu adam, tetapi juga untuk kamu hawa. Cuma entry awal ditujukan oleh kaum adam sebab majoriti kaum adam buat semuatu. Harap2 pas entri ni ramai yang membuka mata. Lebih2 lagi kaum adam. Janganlah semua benda nak mengharapkan kaum perempuan yang buat. Bila kamu dah berkawen nanti, jangan biarkan isterimu membuat semua itu seorang diri. Bantulah dia selagi kamu boleh bantu. Bukan sahaja dia lebih menyayangimu, malah bersyukur mempunyai suami sepertimu. =)



Entri kalini khas dibuat bagi meraikan HARI IBU. Kepada ibuku, Norsiah Bt Shamsudin, happy mother’s day mama. Kita tau mama yang buat semuatu. Kalau orang balik baru orang dapat tolong. Semoga mama dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Mama, i love u..=)

p/s: kepada yang belum wish ibumu, cepat2 wish ibumu(8/5) ok. Happy Mother’s Day to all Mums!! Owh lupa, baru tukar template blog. Nak tanya korang rasa apa perlu diubah? Help me please?

8 korang POT PET:

amirah said...[Reply comment dia please]

adik laki aku sejibik mcm semua kat atas tu..bila soh buat tau x sia ckp ap
'anak dara ada buat ap'..hampeh tul

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ amirah:
tula, laki suma sama....berani mr H cakap camtu..mau kena lepuk nnt..
kena ubah pemikiran lelaki la mira..

Unknown said...[Reply comment dia please]

hehe..budak2,masih belom mengerti erti hidup..kita yg dh jadi akak nih, kena la bimbing kan? tegur secara berhikmah....bila tak jalan gak, barula gune cara dendaan/ hukuman.

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ si jari telunjuk:

budak2 boleh lagi, tapi yang bapak budakpun sama je. apa kes?
haih...payah nak cari laki baik la ni. hehe..

Mr. Asada said...[Reply comment dia please]

xde la semua camtu.. giler la teruk mak yang kena.

kita buat sendiri la semua tu. xkan la nak harap orang lain buat. mungkin sebab duduk asrama, jd semua benda tu buat sendiri kot. kat rumah pun buat sendiri. tak tau la orang lain..

tp kan.. kalau mmg budak lagi, xpe la. mmg la kena jaga. kecik lagi, mana la reti cebuk sendiri kan. kang x bersih pulak..

*mungkin sebab sebut 'kaum adam' jd saya yang membaca terasa seolah-olah x kena. hee :P

apa-apaun..

selamat hari ibu.. hargai segala pengorbanan ibu..

ain fathihah fhm said...[Reply comment dia please]

bagi aku, anak laki akan jadi macam ayahnya..

kalau dah si ayah jenis yg memandang rendah pada perempuan, beranggapan kerja rumah adalah semata2 tanggungjawab ibu (walaupun ibu berkerjaya), maka anak lelakinya akan berfikiran macam ayah jugak..


like daddy like son

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ asada:

sedih sebab mak orang kena wat camtu..adik orgla wat camtu, suma mak org yg kena wat..huh
mungkin bukan suma laki camtu,
tapi ada yang buat camtu..

asada, sorila kalau terasa, cuma kebanyakannyala lelaki wat camtu..
adik laki yg dah besar wat camtu..
kalau budak kecik boleh accept lagi..

errm , selamat hari ibu..=)

p/s: thanx 4 comment....=)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ain:

x suka dapat ayah camtu..sedihnya..=((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top