Powered By Blogger
12

MATRIKULASI BEST KE X???

Isnin lepas budak2 lepasan SPM telah pun menjejakkan kaki ke Matrikulasi bagi sape yang dapat matriksla. Time orang blogwalking, rata2 ramai yang cakap takut nak masuk matriks. Antara benda yang dorang takutkan ialah
a)     Takut kena tendang
b)     Risau kena struggle giler2
c)     Life kat sana camna
d)   Ada jugak yang risau pasal outing dengan basuh baju boleh guna mesin x?
So, saje nak buat postni sekarang sedangkan patut buat post ni awal2 b4 dorang masuk lagi. Tujuan? Saje nak bagi dorang blah masuk matriks dulu baru citer keazaban life di matriks. Hua3. Ok, gurauje.

3 tahun lepas, orang dapat matriks TANGKAK, di Johor yang juga dikenali sebagai KMJ. Timetu x fikir pape sebab ikutje. Tira masuk KMPH orang pun masukla matriks gak. Actually matriks ok. Orang citer dari pelbagai sudut ea berdasarkan KMJ la.

1.       Roomate? Housemate?
Satu bilik, 4 orang akan duduk dalamtu. Ok la tu, xdelah korang takut sangat nanti. Kalau bilik air pulak dalam 1 arastu akan ada 2 bilik air besar. Dalam bilik air besartu ada toilet, bilik air tuk mandi, jalan depan ckitje. Go straight and don’t belok2 jumpa tempat basuh baju. Haa, ok kan? Xdelah teruk sangat.

my praktikum, =) 

2.       Praktikum?
Praktikumni kira macam kelas gakla. Kalau dulu kelas 4 ST 1 ke. 5 Sains 1 ke. Skangni dia guna nombor. Contoh cam orang dulu PF16. Kalau dipanjangkan Praktikum Fizikal 16. Biasanya korang mesti rapat dengan budak2 praktikumni la. Sebab kalau korang nak tiru? Confirm copy dorangnya. Nak g kuliah sama2? Dengan dorang punyalah. Sebabtu korang akan rapat dengan praktikum korang. 1 praktikum dalam 15-19 orangla.


3.       Cara belajar?
Ok la, confirm ramai yang takut dengan cara belajar kat sana. Actually cara belajar kat sana memang cam U la. Korang belajar dalam dewan kuliah. 1 kuliahtu ada orang dalam berbiji lemon la jugak. Pastu ada lecturer jenis student x paham dia ajar sampai sudent paham. Ada lecturer yang jenis nak habiskan sylabus je kerjanya. Paham x paham lain citer. Sebab style kat matriks bukan lagi chalk and talk, dia style study tunjuk slide. Ala, nanti korang masuk U pun style lecturer camni gak.
4.        Tutorial?
Tutorialni cam kelas gak. Cuma kalini melibatkan praktikum korangje. Xde lagi orang ramai bagaikan biji lemon. Hehe. Tutorial ni kena bincang latihan2 yang lectrurer bagi. Timeni jugak boleh tanya lecturer soalan mana yang x paham. Kadang2 lecturer sempatla layan kita. Tapi, kalau setakat sejamtu, alamatnya korang x paham kena terus g admin tanya lecturer teruslah. Better camtu. Tapi, biasanya adegan tiru-meniru confirm berlaku. hehe. 
5.       Pakaian?
Pakaian standardla kena pakai baju kurung bagi perempuan yang laki pulak pakai baju yang orang nak g bekerja kat pejabattu. Kasut standard hitamla suma. Tapi, biasalah mula2 suma ikut peraturan. Naik sem baru? Xde hitam2 lagi dah. Rainbow kalerpun ada.


6.       Kena tendang?
Ok la, korang akan kena tendang kalau pointer korang bawah 2.0 . tapi, kalau kat U pun korang punya pointer rendah mesti dapat amaran punya. Tapi, insyaAllah la korang boleh dapat pointer atas 3.0 . Maths dia agak susah. Tapi kalau korang study tul2 xde masalah punyalah. Cuma jangan main2 kat matriks. Kita ada setahunje b4 masuk U. Kalau korang dapat perform well kat matriks, senang2je korang leh masuk U plihan korang. (insyaAllah)
7.       Outing?
Ok la, kalau kat KMJ dulu. Outing pompuan dengan laki ada beza. Contohnya mingguni outing laki, minggu depan outing pompuan pulak. Tu 3 tahun lepas. Skang x taula style outing dia camne.


Err, okla cam dah banyak pulakkan orang tulisni...soo, korang yang pernah masuk matriks, amacam? Mahu kongsi cerita??

p/s: miss my praktikum...

12 korang POT PET:

Captain said...[Reply comment dia please]

salam,

anak yg kedua capt baru masuk Matrikulasi Changlun. Sains kaji hayat..memang kena struggle-lah mcm kakak dia dulu kat KMK.

Memang susah, tapi itu yg dia mahu.. dia dpt juga UiTM kuala pilah..Diploma teknologi makanan.. tapi nak ke Matrik...

Capt doakan sahaja itu yg terdaya..yg lain dia kena struggle-lah.

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ captain, insyaAllah anak captain boleh survive punya kat matriks..=)

ain fathihah fhm said...[Reply comment dia please]

tak susah mana pun matrik..nak seribu daya..cuma kadang2 kecewa skitlah dgn budaya org melayu ni..bila sesapa lepasan SPM dapat matrik, suka duk takut2kan matrik susah la, belajar boleh gila la apa la...

belum cuba belum tau

amirah said...[Reply comment dia please]

weh outing cm2 ka?
boleh plak asing2..hehe ..xbes2

psl kasut tu mggu 1 ja semua hitam pastu mcm2 pesyen da...

apa2 pon matriks penang besttttt ...aku nak masuk balik leh?hehe

NurSya said...[Reply comment dia please]

waduh2..tbe2 aisya rse rindu lak kat matrik..heheh..btol3..aisya mase dok matrik changloon pon agak takot, dh la jauh dr rumah..as aisya asal johor..nk kene jelajah negeri utara plak..memg cm rse xmo g je..tp dh stahun blalu..hehe..bjaye gak abiskn zmn matrik ngn result yg xbpe nk cemerlang tp ok la..hihihi

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ ain, weyh, hang ckp x susah , sape ek yg tulis soalan matematik smpi 5 kali masa final exam sbb x tau jawab??
haha...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ mira, haah, KMJ camtu..ecece, matriks penang best konon...mira, sila2 masuk balik matriks..di persilakan..hehehe

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ aisya
waaa, cayalah aisya..jauhtu changlon...hehe..
anyway, life kat matriks mmg bestkan??
=)

azimask said...[Reply comment dia please]

jalan jalan singgah malam disini

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ mimie,
wah mimie jalan2 kat ruangan komen ye??
hehehe

E L L A said...[Reply comment dia please]

matrix beeeest !

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ ELLA, matriks mmg best..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top