9

Utamakan sahabat, atau diri dahulu???


Dalam persahabatan, kalau kita boleh tolong kawan, kita tolong. Tapi mungkin ada sesetengah perkara, mungkin adakalanya kita perlu fikir tentang diri sendiri. Kalau nak fikir pasal semua orang, memang payah.

Sekejap. Mungkin ada yang x tahu saya bercakap tentang apa. Saya bercakap tentang perkara yang bakal terjadi dikalangan saya dan kawan saya apabila baru-baru ini kami dapat tahu bahawa kami perlu memilih tempat untuk praktikum pada sem depan nanti.

Jadi bila kena pilih tempat, 4 buah negeri yang terpilih untuk kami jalani praktikum ialah Pahang, Selangor, Perak dan Kelantan. Dan setiap daerah yang terpilih, perlu ada minimum 6 orang yang ingin buat praktikum di sana. Mulalah ayat-ayat seperti ini, "Weyh, jom buat kat Kelantan, mak cik aku ada kat sana". Dalam hati kawan yang lain, "kau bolehlah duduk dengan mak cik kau, kitorang?", Nampak x pergelokan mula berlaku?

My friends

Kalau x pun, "Jom pergi buat kat Perak, rumah pak cik kita kosong. Nak pergi sekolah jalan kaki je. Waaa, bagusnya, tapi 1 sekolah hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan berpraktikum di situ. Bermakna, kalau ada 6 orang, perlu ada 3 sekolah yang berdekatan. Dan yang penting ketiga-tiga sekolah itu perlu dekat dengan rumah sewa agar dapat berjalan kaki sahaja kalau nak mengajar nanti. (Majoriti xde transportation)

Masalah: Adake rumah sewa yang dekat dengan 3 buah sekolah di mana ke-enam-enam kawan tersebut boleh berjalan kaki sahaja?

Xde. Kalau ada memang sangat untung. Jadi pendapat saya? Pilih 1 daerah yang sama boleh, tapi jika mahu sewa rumah sama-sama mungkin payah. Kalau x nanti jadi kes macam ni, "X aci dia pegi sekolah jalan kaki je, aku kena naik bas".

Nota kaki: Pilihlah mana yang terbaik, yang penting Latihan mengajar berjalan dengan lancar. Sekolah dekat, transportation pun senang.


p/s: To aimi, saya dah sihat. :)

9 korang POT PET:

Johari Hamzah said...[Reply comment dia please]

huhu.. mane ada sekolah yng dekat2... eh. .ada2.. dkt terengganu. dkt dgn skolah padang negara, skolah sheikh abdul malik.. sekolah seri budiman.. :)

kau kesah ke?? said...[Reply comment dia please]

paktikel sangat menarik!. sahabat ato sendiri tu pandai-pandai pikir oke?? (--,)

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Johari Hamzah: terengganu x bukak..huhu

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@kau kesah ke??: errr...pening pikir...

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

hoho.. sgt susah utk buat pilihan..
ah! kdg2 kita kena pentingkan diri! heheh.. ;-p

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: tau pun..pening2...huhuh

Along Tapa said...[Reply comment dia please]

buat la kat melaka..boleh kita pegi date..hahaha....

carik yang mudahkan ko dahla faina..takyah nak ikut kawan sangat...

Gorengbaek - Peribahasa kita...patut ke tak kita tukor?

Hangit Habis dah - Kalo lebih-lebih ni, aku pun benci...

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Along Tapa: melaka x bukak...nasib..kalau x mesti kena date Along..:p

herm..tengoklah nnt camne..

thanx komen..

:)

echah mashuri said...[Reply comment dia please]

hehhe...dalam dilema nih.ala,jum g klntn meh.sewa umah ecah..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top