10

Perbezaan antara budak kecik lelaki dan perempuan...

Mahu lihat perbezaan antara perempuan dan lelaki? Walaupun bukan secara keseluruhan. Tapi gambar 2 budak kecik yang saya sempat tangkap ni mungkin menerangkan perbezaannya. X jelas? Sila pakai kanta besaq.


Persamaan?

Kedua-dua adalah budak yang berumur 10 tahun. Yang lelaki ialah adik saya, Danial. Dan yang perempuan sepupunya, Dania.

Gambar ni saya tangkap masa pergi bawak budak-budak ni keluar tengok wayang. Mama saya suruh saya bawak keluar budak-budak ni sebab dia cakap kesian tengok budak-budak ni nak berjalan. Dalam hati, x kesian tengok orang yang kena jaga? Nasib perasaan suka budak-budak menebal, jadi x kisahlah kalau kena bawak dorang keluar hari tu. Ecece.

Perbezaan?

Danial, “Kak farah,kak farah, orang nak pergi popular. Bolehlah?”
Faina, “Haa, pergilah. Nak beli apa?”
Danial,”Nak beli komik.”
Dania,”Kak farah, kak farah, orang nak pergi Watsons boleh?”
Faina, “Jap, tunggu danial. Lepas tu kita pergi Watsons sama-sama".

Lepas Danial beli komik, dia duduk dekat bangku baca komik. Saya dan Dania? Pergi ke Watsons saje tengok-tengok. Tapi saya terkejut bila tengok minah kecik tu a.k.a Dania try makeup semua yang tester punya. Giler ah! Lengkap. Lipstick, blusher, eyeshadow sekali. Lengkap satu set.

Ingat sampai situ je dia makeup, rupa-rupanya bersambung sampai ke luar. Orang ramai perhatikan dia masa tu. Tapi dia buat dek je. Saya? Tahan gelak tengok dia.

Saya dapat tahu dia ambik mak cik saya punya bedak compaq, jenama famous kot. Giler demand!

Kecik-kecik dah pandai make up. Perasan nak jadi macam Awan Dania sebenarnya budak ni. Dan adik saya, Danial langsung x pedulikan Dania yang sibuk men"touch up-touch up". Dia tekun membaca, walaupun komik! (Tengoklah adik siapakan, ahaha)

Sekarang saya dapat rasa kenapa saya x suka kalau ada adik perempuan. T.T

Kesimpulan?

Siapa yang ada adik perempuan, kalau keluar bawak diorang pergi jalan-jalan. Perhatikan dalam poket mereka sama ada, ada terselit atau tidak bedak compaq!

Nota kaki: Nasib saya anak perempuan bongsu. Ngeh3

Akhir-akhir ni buzy. Lagi-lagi ada program di SBP Rawang jumaat sampai ahad ni. Saya update pun sebab ini:

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Solihin, wekkkssss, wekkkss, wekksss...  :P
Ahahaha...
:P

10 korang POT PET:

eMMe said...[Reply comment dia please]

akak suke adik perempuan gaya itu...hehehehe...pandai jaga penampilan tu...yg lelaki rajin baca buku komik, make sure buku ape...skrg ni buku ade 'matcham2' tau!

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@eMMe: owh..jgn risau..kakak dia akan pastikan yg dia x baca buku mcm2..hehe..

gigiAriEma said...[Reply comment dia please]

haha..adik laki best lagi lar..
sbb gigi punya adik 3 org laki..sempoi sorang2..haha

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@gigiAriEma: 3 adik laki??

samalah kita!!


:D

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

bukti pompuan kuat melaram..
bukti laki seorg yg rajin.. hahaha...
kecik2 dh pndai make up.. haish!

errr... solihin tu sapa? soyaman anda kah? mesti baik giler dia tu kan.. ;-p

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: saya terasa macam ada orang sedang angkat bakul....

:P

Along Tapa said...[Reply comment dia please]
f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@Along Tapa: eh, org x selit kat poketlaaaa....kat beg sudaaa...oppsss!

hehehe

sissyira said...[Reply comment dia please]

salam

letih nak layan kerenah budak3 ni..huhuhu

f_aRa_aINa989 said...[Reply comment dia please]

@sissyira: wasalam...tu la..sabo je la..sorang lari sana..sorang lari cni..haih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top