Masa kecik-kecik, masa saya bersekolah rendah, saya suka sangat sambut Maulidur Rasul. Setiap kali Maulidur Rasul, saya akan nantikan, siapa yang akan datang ke sekolah untuk beri ceramah. Suka sangat dengar ceramah. Bila usia meningkat masuk sekolah menengah juga saya nantikan benda yang sama.
Selain ceramah, benda yang saya suka ialah bila dapat makan ramai-ramai dalam 1 dulang. Seronok! Tapi kini bila meningkat dewasa, sambutan Maulidur Rasul x dirasai sangat seperti waktu sekolah rendah dan sekolah menengah. Kenapa? Mungkin sebab suasana yang berbeza. Di sekolah, attendance diambil. X datang nanti dianggap ponteng. Bila di Universiti, entah. Suatu perasaan yang sukar saya gambarkan.
Pernah ustazah saya berkata,
"Kita masa sekolah ni je lah kita dapat belajar agama, lepas awak masuk Universiti nanti, awak kena cari sendiri. Waktu sekolah ni lah ada Ustazah dengan Ustaz nak ajar awak agama. Bila awak semua dah masuk U nanti, ustazah harap awak belajarlah agama. Cari. Kalau awak x cari, dia x kan datang pada awak".
Jadi kepada para blogger sekalian, marilah memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di kawasan-kawasan sekitar anda. Kalau di taman perumahan anda ada anjurkan sambutan Maulidur Rasul, apa kata pergi ke majlis tersebut. X rugi apa-apapun.
Dan sempena Maulidur Rasul, marilah kita perbanyakkan selawat dan amalkan sunah semampu diri kita. Ayat yang saya ambil dari fb Imran Koyube,
"Jika kita sayang Allah, kita mesti patuh dan sayang kepada Rasulullah saw. Jika kita ikut Rasulullah saw, Allah sayang kpd kita. Sekiranya kita ikuti sunnah Nabi, dosa-dosa kita diampunkan...."
Jom tengok video maher zain, "The chosen One"
nota kaki: صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
12 korang POT PET:
salam fara...
betul tu, dulu kat sekolah mesti ikut berarak..sekarang da kurang didedahkan...huhu...
Salam Maulidur Rasul...
Sollu..Sollu..Sollu..
hua.
rindu sekolah juge.
kat u tak sambot pon.
huhuh
Salam maulid juga :) lama tak tinggal komen, bukan apa... sibuk sikit ;)
Cerpen menarik.
Penghujung!
Salam Maulidur Rasul.. :)
hai fara..
ko mengingatkan aku zaman makan nasik ambeng r..nak2 lepas ceramah kat masjid...semenjak tinggal melaka ni dah tak jumpa dah...bila la nak balik muor...ngidam la pulak...
Gorengbaek - Koleksi bahasa kias dulu-dulu....
Hangit Habis dah - Kenapa nak double standard??
salam maulid... :)
berselawat....
salam fara..:)
kat sekolah memang meriah lau ade sambutan maulidur rasul :)
@Sunah Mohammad: wasalam. sangat kurang dah zaman sekarang ni..
sedih..
huhu..
=(
@| cik azeya |: samalah kita..
:(
@iqbalsyarie: saya pun buzy juga..xpe, saya faham..student..hehe..
papepun, suka blog kamu..
:)
salam maulidur rasul makcik.. =)
@Solihin Zubir: ya..begitu juga dgn kamu pak cik...
:)
Post a Comment