10

Perbezaan antara budak kecik lelaki dan perempuan...

Mahu lihat perbezaan antara perempuan dan lelaki? Walaupun bukan secara keseluruhan. Tapi gambar 2 budak kecik yang saya sempat tangkap ni mungkin menerangkan perbezaannya. X jelas? Sila pakai kanta besaq.


Persamaan?

Kedua-dua adalah budak yang berumur 10 tahun. Yang lelaki ialah adik saya, Danial. Dan yang perempuan sepupunya, Dania.

Gambar ni saya tangkap masa pergi bawak budak-budak ni keluar tengok wayang. Mama saya suruh saya bawak keluar budak-budak ni sebab dia cakap kesian tengok budak-budak ni nak berjalan. Dalam hati, x kesian tengok orang yang kena jaga? Nasib perasaan suka budak-budak menebal, jadi x kisahlah kalau kena bawak dorang keluar hari tu. Ecece.

Perbezaan?

Danial, “Kak farah,kak farah, orang nak pergi popular. Bolehlah?”
Faina, “Haa, pergilah. Nak beli apa?”
Danial,”Nak beli komik.”
Dania,”Kak farah, kak farah, orang nak pergi Watsons boleh?”
Faina, “Jap, tunggu danial. Lepas tu kita pergi Watsons sama-sama".

Lepas Danial beli komik, dia duduk dekat bangku baca komik. Saya dan Dania? Pergi ke Watsons saje tengok-tengok. Tapi saya terkejut bila tengok minah kecik tu a.k.a Dania try makeup semua yang tester punya. Giler ah! Lengkap. Lipstick, blusher, eyeshadow sekali. Lengkap satu set.

Ingat sampai situ je dia makeup, rupa-rupanya bersambung sampai ke luar. Orang ramai perhatikan dia masa tu. Tapi dia buat dek je. Saya? Tahan gelak tengok dia.

Saya dapat tahu dia ambik mak cik saya punya bedak compaq, jenama famous kot. Giler demand!

Kecik-kecik dah pandai make up. Perasan nak jadi macam Awan Dania sebenarnya budak ni. Dan adik saya, Danial langsung x pedulikan Dania yang sibuk men"touch up-touch up". Dia tekun membaca, walaupun komik! (Tengoklah adik siapakan, ahaha)

Sekarang saya dapat rasa kenapa saya x suka kalau ada adik perempuan. T.T

Kesimpulan?

Siapa yang ada adik perempuan, kalau keluar bawak diorang pergi jalan-jalan. Perhatikan dalam poket mereka sama ada, ada terselit atau tidak bedak compaq!

Nota kaki: Nasib saya anak perempuan bongsu. Ngeh3

Akhir-akhir ni buzy. Lagi-lagi ada program di SBP Rawang jumaat sampai ahad ni. Saya update pun sebab ini:

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Solihin, wekkkssss, wekkkss, wekksss...  :P
Ahahaha...
:P

35

Paksa cakap Keling Babi? Kalau dipaksa cakap Melayu Babi pula bagaimana?

Kes buli? Ergh, saya benci orang yang suka buli orang lain. Alhamdulillah saya rasa saya x pernah kena buli. Kalau setakat kawan kacau-kacau ckit-ckit normal lah tu.

Ada seorang kawan india saya share video ini di Facebook. Sila tonton.


Saya benci budak Melayu tu. Motif dia suruh cakap macam tu? Dan serius dia bercakap dengan nada yang sangat erghhhh! 

Walaupun kita ni 1 Malaysia, tapi masih lagi ada masalah antara sesama kaum. Tipu kalau kata Melayu, Cina, India dan lain-lain tiada masalah perkauman. Ada, jangan cakap tiada. Cuma sama ada kita senyap-senyap sendiri, atau kepoh-kepohkan.

Tapi, video di atas serupa seperti mahu buat orang Melayu dengan orang India bergaduh. May I asked, "What is happening to Malaysia??"

nota kaki: Takut nak ajar budak macam ni. Silap-silap kena paksa cakap, "Cikgu babi!" nOOOOOooooo!!..Saya x suka pembuli, walaupun dia ORANG MELAYU.


12

SALAM MAULIDUR RASUL~


Masa kecik-kecik, masa saya bersekolah rendah, saya suka sangat sambut Maulidur Rasul. Setiap kali Maulidur Rasul, saya akan nantikan, siapa yang akan datang ke sekolah untuk beri ceramah. Suka sangat dengar ceramah. Bila usia meningkat masuk sekolah menengah juga saya nantikan benda yang sama.

Selain ceramah, benda yang saya suka ialah bila dapat makan ramai-ramai dalam 1 dulang. Seronok! Tapi kini bila meningkat dewasa, sambutan Maulidur Rasul x dirasai sangat seperti waktu sekolah rendah dan sekolah menengah. Kenapa? Mungkin sebab suasana yang berbeza. Di sekolah, attendance diambil. X datang nanti dianggap ponteng. Bila di Universiti, entah. Suatu perasaan yang sukar saya gambarkan.

Pernah ustazah saya berkata,

"Kita masa sekolah ni je lah kita dapat belajar agama, lepas awak masuk Universiti nanti, awak kena cari sendiri. Waktu sekolah ni lah ada Ustazah dengan Ustaz nak ajar awak agama. Bila awak semua dah masuk U nanti, ustazah harap awak belajarlah agama. Cari. Kalau awak x cari, dia x kan datang pada awak".

Jadi kepada para blogger sekalian, marilah memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di kawasan-kawasan sekitar anda. Kalau di taman perumahan anda ada anjurkan sambutan Maulidur Rasul, apa kata pergi ke majlis tersebut. X rugi apa-apapun. 

Dan sempena Maulidur Rasul, marilah kita perbanyakkan selawat dan amalkan sunah semampu diri kita. Ayat yang saya ambil dari fb Imran Koyube,

"Jika kita sayang Allah, kita mesti patuh dan sayang kepada Rasulullah saw. Jika kita ikut Rasulullah saw, Allah sayang kpd kita. Sekiranya kita ikuti sunnah Nabi, dosa-dosa kita diampunkan...."

Jom tengok video maher zain, "The chosen One"

               

nota kaki: صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

9

Utamakan sahabat, atau diri dahulu???


Dalam persahabatan, kalau kita boleh tolong kawan, kita tolong. Tapi mungkin ada sesetengah perkara, mungkin adakalanya kita perlu fikir tentang diri sendiri. Kalau nak fikir pasal semua orang, memang payah.

Sekejap. Mungkin ada yang x tahu saya bercakap tentang apa. Saya bercakap tentang perkara yang bakal terjadi dikalangan saya dan kawan saya apabila baru-baru ini kami dapat tahu bahawa kami perlu memilih tempat untuk praktikum pada sem depan nanti.

Jadi bila kena pilih tempat, 4 buah negeri yang terpilih untuk kami jalani praktikum ialah Pahang, Selangor, Perak dan Kelantan. Dan setiap daerah yang terpilih, perlu ada minimum 6 orang yang ingin buat praktikum di sana. Mulalah ayat-ayat seperti ini, "Weyh, jom buat kat Kelantan, mak cik aku ada kat sana". Dalam hati kawan yang lain, "kau bolehlah duduk dengan mak cik kau, kitorang?", Nampak x pergelokan mula berlaku?

My friends

Kalau x pun, "Jom pergi buat kat Perak, rumah pak cik kita kosong. Nak pergi sekolah jalan kaki je. Waaa, bagusnya, tapi 1 sekolah hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan berpraktikum di situ. Bermakna, kalau ada 6 orang, perlu ada 3 sekolah yang berdekatan. Dan yang penting ketiga-tiga sekolah itu perlu dekat dengan rumah sewa agar dapat berjalan kaki sahaja kalau nak mengajar nanti. (Majoriti xde transportation)

Masalah: Adake rumah sewa yang dekat dengan 3 buah sekolah di mana ke-enam-enam kawan tersebut boleh berjalan kaki sahaja?

Xde. Kalau ada memang sangat untung. Jadi pendapat saya? Pilih 1 daerah yang sama boleh, tapi jika mahu sewa rumah sama-sama mungkin payah. Kalau x nanti jadi kes macam ni, "X aci dia pegi sekolah jalan kaki je, aku kena naik bas".

Nota kaki: Pilihlah mana yang terbaik, yang penting Latihan mengajar berjalan dengan lancar. Sekolah dekat, transportation pun senang.


p/s: To aimi, saya dah sihat. :)

14

S.I.C.K a.k.a Sakit

sick
No, no, no. X baik fikir macam ni

Abu Said dan Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Tidak seorang muslim yang sabar menghadapi kesusahan, penyakit, keletihan bekerja, kerisauan hati hingga sakit ditikami duri, semuanya adalah penebus dosa baginya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selalu bila tiap kali saya sakit, benda yang selalu saya fikir ialah, "Mesti dah buat banyak dosa ni". Kalau nak diikutkan memang betul lah. Kita manusia x pernah lari dari melakukan dosa setiap hari. Sama ada kita sedar atau tidak. 

Jadi, bila demam saya kali ni teruk sangat-sangat, saya anggap mesti dah buat banyak dosa ni. Demam sejak hari Ahad, sampai sekarang masih panas. Dari xde suara, alhamdulillah dah ada suara. Cuma panas x reda-reda. Kepala pening-pening. Bila gelak kepala sakit. 

Esok, merupakan giliran saya ber"macroteaching" a.k.a mengajar depan kelas selama 30 minit. Nampak macam senang. Tapi siapa yang dah baca post ni: Teknik Menyuap?? FAIL!. Mungkin akan cakap bahawa mengajar Fizik bukan senang.

Apa yang boleh saya cakap sekarang? Doakan agar saya sembuh. Berharap agar kepala x pening kalau x nanti jadi macam ni, "Cikgu demam hari ni, kamu semua buat kerja sendiri ea?"

Nota kaki: Sabar itu separuh dari iman.

33

Jelez budak pempuan ni boleh main gitar + nyanyi lagu InsyaAllah(Maher Zain)...

Mungkin telah jadi trend sesiapa yang ada bakat akan upload video kat Youtube. Kalau saya upload video saya mengajar Fizik agak-agak ramai x orang view? Hua3, jangan harap. Ok, tu cuma angan-angan mat jenin. Jangan harap saya nak upload apa-apa video kecuali video kawen. Ngeh3.

Entry before ni ialah pasal mamat AnwarHadi yang boleh cakap english very the fluent plus loghat kedah dia yang tiut miut tu. (Nak jugak cakap pasal tu minah ni). Hehehe. Ok, tapi x nak cakap pasal dia, sebab dia buzy nak fly g Sydney sebab sape yang ambik TESL memang diFLYkan dengan syarat mesti lulus bla,bla,bla. Tapi dengar cerita, batch dia ialah batch yang last dapat FLY. Which means junior-junior dia semua x dapat FLYlah lepas ni.

Ok, sekarang kita beralih kepada minah ni pulak. Minah yang bernama NajwaLatif. Laaa, sape pulak dia ni? NajwaLatif ni budak tingkatan 4 yang berkebolehan bermain 3 instruments, Piano, Drum & Gitar. Giler terer dapat main 3 alat muzik. Saya? Main tamborin pun x lepas. Hehe.

Kenapa dengan budak ni ea?

Apa kata korang tengok video dia nyanyi + main gitar lagu Maher Zain, InsyaAllah:

            
Erkk, sedap x suara dia??

Hebat ah budak ni. Baru tingkatan 4, pandai main alat muzik, suara pun sedap. Lupa nak cakap, dia juga punya blog iaitu: http://najwalatifs.blogspot.com/

Dah banyak dah video NajwaLatif ni kat youtube. X tahu sama ada saya ketinggalan zaman atau memang budak ni baru lagi dalam Youtube. Kalau korang pegi dekat Youtube, ada banyak lagu yang semuanya dia nyanyi sambil bermain gitar

Pe kata tengok video dia nyanyi lagu OST legenda budak setan pulak?

           
Jelez saya x pandai main gitar.....(-_-)


Kalau korang x puas tengok kat sini, pe kata pegi kat youtube dia: http://www.youtube.com/user/najwa595. Dia nyanyi lagu English pun sedap oh.. Lagu cina pun ada. Talented gilewwwww.... Hehehehe.

Nota kaki: Kuliah bakal bermula. Assignments? Aiyoyoooooo....


43

AnwarHadi....loghat kedah dia comel...(Patut Lisa Surihani pun suka)..hehe

Dah 3 hari x on9, bila on9 tengok semua AnwarHadi. Aik, sape pulak mamat ni? Ntah, apa yang saya tau dia muda dari saya, hensem, english dia giler fluent dan dia comel + hensem. Hek3. Bolehlaaaaaaaa....Hahaha. Ok cukup.

Dekat FB dah start sharing-menyaring video-video AnwarHadi ni. Budak ni bagi pandangan dia tentang isu semasa dan yang paling best bila dia bercakap dalam fluent english + loghat kedah.  Dan yang paling saya suka ialah video ni. Ok, hampir semua video dia buat saya tersenyum tengok. Especially bila dia cakap loghat kedah!


Video pasal Ana raffali ni best!


Yang ni pun bestttttt!! Hehe...

Ada banyak lagi video AnwarHadi ni, kalau nak tengok boleh pegi kat FB dia: IniAnwarHadi

Saje godek2 pasal budak ni and lastly found out yang AnwarHadi ni ambil TESL kat IPGM Pulau Pinang. Dan dia juga punya blog iaitu: http://anakazman.blogspot.com/

Siapa x tengok lagi video dia rugi. Sebab kalau x, xkan lah Lisa Surihani pun tengok video dia??

Tengok Lisa Surihani pun suka budak ni. Hehe


Jadi, siapa-siapa yang belum tengok lagi video dia apa kata tengok sebentar. Saya x dibenarkan tengok lama-lama, nanti terpikat dengannya. Tang loghat kedah memang saya dah terpikat. Tang rupa on the way. Hehehe.  Ok, kalau dia baca saya segan.

nota kaki: bakal jadi cikgu english yang femeslah budak ni nanti. :D

23

Ingat perempuan je ke ada waktu subur? Lelaki pun adalah......

Awat nampak comel je benda ni???

Akhir-akhir ni dalam email saya banyak tips tentang isu-isu kesihatan. Saya cuba share satu persatu ye. Hehe. Kali ni saya mahu share tentang waktu paling subur bagi lelaki. Ya, lelaki juga ada waktu suburnya macam perempuan jugak.

Kalau lelaki bertanya bila waktu subur perempuan. Jawapannya ialah bila dia mengilai macam cerita hantu Kak Limah balik rumah! Hehe. Ok, saya gurau je. 

Masa ni waktu suburnyaaa...Hehe

Jawapan yang sebenar ialah: Waktu subur perempuan ialah dalam linkungan 14 hari selepas hari pertama dia period a.k.a hari bendera merah mula berkibar.

Eh, sudah pagi ka??

Kalau waktu subur lelaki pula adalah pada waktu pagi. Kenapa pagi ea? Dalam email ni dia mengatakan bahawa pada waktu pagi suhu persekitaran amat dingin dan sejuk sekali dan disebabkan suhu yang rendah mengaktifkan sperma, maka waktu itu dianggap waktu paling subur. Manakala suhu yang tinggi mampu membunuh sperma. 

Jadi, bererti kalau mahu anak, kena "tereng3" waktu pagilah!. Heee... :D

Nota kaki: Saya suka subjek biologi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top