Powered By Blogger
26

Alahai cikgu, lembutnya suara......... =_=

Assalamualaikum.

23/4/2011. Tarikh exam saya yang terakhir. Ya, semalam. Bererti saya dah mula cuti. Ya, cuti. Best? X best. Kenapa? Sebab saya cuti sekejap sebab 9/5/2011 saya akan memulakan latihan mengajar atau pun praktikal selama 4 bulan. Sekarang masih lagi berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana perlu menguruskan banyak benda.

Praktikal kat mana? Bukan di Kedah. Bukan di Johor. Tetapi di Perak. Daerah mana? Daerah dalam Perak lah. Sekolah mana? Sekolah menengahlah. Eh, minah ni buat kerek pulak. Hehe. Ok, susah-susah sangat sila lihat gambar di bawah:

Yang berwarna tu ialah saya dan kawan sekelas. Yang lain, kos lain-lain.

Ya, insyaAllah saya akan menjadi cikgu praktikum di SMK Seri Manjung selama 4 bulan. Bererti puasa ni, no no no dengan family. Huu~. Tapi apakan daya, perasaan untuk menyebarkan ilmu lebih kuat, sekuat tarikan magnet terhadap besi. (*sila lihat ayat semakin pelik selepas exam. Hehe)

Selasa ni mungkin saya akan pergi ke Manjung untuk melihat rumah sewa dan mungkin juga akan pergi ke sekolah tersebut. Dup dap dup dap. Ketakutan menyelubungi. Terfikir bagaimana agaknya respon pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut. Harap-harap baik-baik saja.

Saya teringat pengalaman ketika melakukan macroteaching di sekolah untuk assignment saya. Sewaktu saya berjumpa dengan cikgu di sekolah. Cikgu (**perempuan) tersebut berkata pada saya,

“Alahai lembutnya suara. Nak jadi cikgu suara tak boleh lembut-lembut ea. Suara kena kuat.”

Saya balas,

“Saya tahu cikgu. Kalau nak cakap dengan cikgu tak kan suara nak kuat. Tapi nanti dalam kelas saya kuatkan suara saya.”

Cikgu tersebut balas,

“Haa, jangan lupa ye kuatkan suara. Lembut suara awak ni. Risau saya.”

******Pengalaman ketika melakukan macroteaching? X perlulah tau. Hehehe*******

Oh lupa! Dulu saya pernah terfikir, agak-agak kalau dah jadi cikgu nanti nak suruh budak panggil apa ea? Mula-mula ingat nak suruh panggil cikgu Aina sebab kawan-kawan semua panggil aina. Tapi lepas buat program kat sini, saya perasan budak-budak semua panggil saya kak farah. Sedangkan saya introduce diri saya sebagai Kak Aina. Jadi, sila panggil saya Cikgu Farah ye murid-murid.

Thanx to mama sebab buatkan saya name tag!

nota kaki: Saya harap tiada pertukaran sekolah berlaku. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

p/s: Saya x tahu lagi kena mengajar subjek apa. Harap-harap saya dapat ajar Fizik.

Kepada yang komen post saya, nanti saya jejak balik ye. Sori hari tu x sempat, buzy exams. Huu~

26 korang POT PET:

ain fathihah fhm said...[Reply comment dia please]

haha. suara hg mmg lembut pun. macam manja mengada2 pun ada. sementara ada masa, sila praktis suara tegas dan berkarisma. no suara meleleh2 lagi. chaiyok ticer farah!

Raden said...[Reply comment dia please]

nk jadik cikgu gak!!

Along Tapa said...[Reply comment dia please]

sekolah seri manjung ek...rasa macam pernah lalu sekolah ni masa duduk perak dulu...

sedia sunblock bebanyak...perak panas....hahhaa

Gorengbaek - Permainan minda: solve and you get the message

Hangit Habis dah - Laugh out loud damn it....cheer for this world....

Kerat Senget - Kaa Dabri

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ain fathihah: eh, suara kita lembut je.. xde mengada2..mira ckp ok je..hg tu telinga kena pi korek.. :P

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Naddia: jom!

hehe~

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Along Tapa: kalau boleh nak buat kat Batu Pahat, tp x bukak lah pulak..

erk...kena beli sunblock..

ain fathihah fhm said...[Reply comment dia please]

@f_aRa_aINa989:

haha hg jgn lupa, mira tak sejujur aku. dia menjaga hati.

Nadiyayaaa said...[Reply comment dia please]

Farah ainaaaaa!!!! tu sekolah saye duluuuuuu.
heee. all the best ok.dah lama dah tinggal sekolah banyak dah berubah. anyway saya duduk manjung. mana tahu kot kot nanti terserempak. manjung bukan besar sangat pun =)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@ain fathihah: kita pun jaga hati org jugak, sbb tu x ckp bnda2 sakit hati. Kalau kita x puas hati dgn semua bnda, confirm kita akan merungut macam si "dia"...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Nadiyaya: wahhh.. ye ke? Orang manjung tu!
InsyaAllah mana tau kan.. :)

Unknown said...[Reply comment dia please]

aih... ain tu dok sedap mengata kat hang tu... awat.. suara dia macam ziana zain ka? haha.. btw, jangan sampai budak tidur pulak!!!

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@iqbalsyarie: confirm students xkan tido! Eh, saya garang tauuuu... :P

Ameen Muslim said...[Reply comment dia please]

saya jadi cikgu tuisyen kejap pas SPM. ajar math kat bebudak PMR kelas hujung. hee~ sgt mencabar kesabaran.

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Ameen Muslim: waa, dah ada pengalaman ajar tuisyen masa spm lg. Bagusnya. Tp betul lah awak cakap, memang menguji kesabaran.

Amira Atiya said...[Reply comment dia please]

cikgu farah aina....huhuhuh...lembutnya suara :P

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@AMIRA ATIYA MYRA_ZOE: eh, akak garang tau! hik..

Solihin Zubir said...[Reply comment dia please]

hai cikgu Aina...

jgn tampo sy ye.. =(

IMANSHAH said...[Reply comment dia please]

ingat dtg sekolah saya.huhu

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@Solihin Zubir: x tampar ye anak muridku. Kalau tampar nnt cikgu masuk paper, :P

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@IMANSHAH: sekolah kat manjung jugak ke?

Hanys Najib said...[Reply comment dia please]

cikgu Farah Aina..sdap nama.. ;)
btw, slamat mengajar! n kalau suara lembut tp tegas xpe, jgn suara lembut tp lembik sudah..haha
;D

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...[Reply comment dia please]

hari2 cikgu main bola..hari2 cikgu tdo..keh3...teringat dialog dalam citer pramle tu..

psst..gudluck jadi cikgu..kerja mulia tu.. =)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@h A n Y S: hehe, thanx.. :D

Saya cuba jd tegas...hik..

faINa989 said...[Reply comment dia please]

@muhammad iqbal hakimi bin tahir: hehe, thanx iqbal.. :)

shahjiehan said...[Reply comment dia please]

salam ziarah

jom baca dan komen 5 Perabot Kreatif.

mie said...[Reply comment dia please]

cikgu!!
bila nak mngajar gue plak..
eheheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top