Perasan atau tidak, hari ni kita dah menyambut hari kemerdekaan ke-53. Tapi, sambutan kali ni nampak cam senyap je. Kalau tahun lepas nampaklah jugak berapa ketul penduduk kolej yang mengibarkan bendera kat tingkap atau rumah, tahun ni nak jumpa 1 rumah yang buat camtu, mak aih, susah giler.
Barangkali sebab bulan ramadhan kot. Yelah, sibuk nak beli baju raya, kuih raya, dan pelbagai kelengkapan raya. Remaja zaman sekarang agak susah bagi mereka nak memahami erti merdeka. Nak tau bila mereka apply perkataan “merdeka” itu atau mungkin, makna perkataan merdeka itu bagi mereka sendiri. (Pasai pa tiba2 rasa ayat cam skema nihh)??
Ayat biasa kita dengar ialah MERDEKA bermaksud kita bebas dari penjajah. Ayat camni keluar masa time exam sejarah dengan masa orang interview apa makna "MERDEKA" bagi anda. Tapi, orang kita guna perkataan "MERDEKA" atau mungkin makna perkataan itu untuk situasi-situasi berikut sebenarnya:
Situasi 1:
Perkataan MERDEKA digunakan ketika time-time exam. Tipu kalau kata korang x guna perkataan ni masa tengah nak amik SPM dulu. Antara ayat biasa kita dengar:
Remaja 1: Tunggu habis paper fizik tenaga je, pastu, “MERDEKA”
Remaja 2: Lagi 10 minitje, (tengah jawab exam) pastu aku “MERDEKA!”
Haa, sekarang mengaku anda juga pernah guna ayat macam ni cepat!
p/s: Saya juga tengah tunggu habis 2 test mingguni + hantar assignment minggu ke-8, pastu, “MERDEKA”
Situasi 2:
Yang ni, x pernah apply lagilah. Tapi x tau lah kalau memang betul ada orang apply perkataan MERDEKA untuk situasi cam ni.
p/s: barangkali orang tunggu habis bulan ramadhan, pastu merdeka makan sepanjang hari. Hehe
Situasi 3:
Yang ni kaum adam yang nafsunya bergelora bagaikan ombak di Pantai Port Dickson atau mungkin gelora tahap maksima seperti ombak di Laut China Selatan barangkali menggunakan perkataan "MERDEKA" untuk situasi berikut:
(Credit picture: http://syamsulum.blogspot.com/)
Erkk, menakutkan.(-_-)..Buat orang rasa takut tatkala malam pertama nanti. Yuckks, nak muntah!!..Haha..
Haa, dah tengok 3 situasi, makanya, APA MAKNA MERDEKA bagi kamu??? Atau mungkin, SITUASI mana korang pernah apply perkataan ni haaa???
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
" 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"
