Salam, maaf lama x update. Atas sebab ke"buzy"an melampau plus cerita ini. Pejam celik, pejam celik, tengok2 dah 3 hari kita berpuasa rupanya. Bila ramadhan menjelma, ada yang menanti dengan pelbagai "alasan" masing2. Ada yang mungkin ingin menambah pahala, ada yang ingin menguruskan diri, ada yang tah macam2 lagi lah.
Tapi, dalam2 banyak kes, sedih bila melihat ada orang x manfaatkan bulan ramadhan sebaik2nya. Sayangnya, bulan ramadhan bukan datang selalu. Dalam bulan ramadhan ni lah jugak ada 1 solat yang x ada dalam bulan2 islam yang lain. Mesti dah tau kan solat apa? Solat terawih.
Ku pandang kiri, ku pandang kanan. Eh, minah ni x nak pegi solat terawih ka?? Sayangnya x pi. Nak kata ada kelas malam x. Nak kata ada assignment nak kena hantar esok pagi pun x. Last2, tengok dia ym lah, tengok cerita lah. Sayangnya, kan bagus kalau dia pergi solat terawih daripada dia me"lagha"kan diri kat bilik.
Dulu, pernah la jugak rasa macam malas nak pegi solat terawih. Tapi, disebabkan tiba2 mendapat kesedaran dari ustaz2 + ustazah masa form 5 dulu, sejak tu memang kalau boleh pergi, memang nak pergi. Kalau kata memang x dapat pergi, buatlah kat rumah, teringat ustazah Siti Hasniah cakap dulu.
Solat terawih, setiap pahala yang kita dapat tu berbeza. Sebab kelebihan solat terawih berbeza mengikut hari. Kira rugilah kalau x dapat solat terawih setiap hari. Jom kita tengok kelebihan solat terawih.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke-11 hingga 30 orang tambah kat post lain k??..=)
Makanya, jika anda tidak mahu terlepas kelebihan2 solat terawih, janganlah tinggalkan solat terawih kecuali ada alasan yang munasabah...
p/s: Jelez tengok orang lain pergi solat terawih tatkala saya sedang "bercuti".
2 korang POT PET:
bagi yg dh biasa mengerjakan solat terawih dia akan rasa rugi tapi bg yg jarang p dia xkan rasa apa2.
setuju!!
Post a Comment