Powered By Blogger
8

Buang Bayi-Hukuman Mati... Sama Macam HUKUMAN QISASkan???

Hari ahad, hari yang paling ku x berapa suka sebab esok hari isnin menandakan bahawa kuliah sudah bermula seperti biasa. Erggh, x suka. Asssignment still menimbun, alhamdulillah assignment dah boleh berjalan seperti biasa bila laptop "baru" sudah tiba..=).


Nak baca paper pun x sempat. Tapi, di kala antara sempat x sempat, ada sorang member bercerita pasal kes buang bayi sekarang ni, dah jadi kes hukuman mati. Haa?? Dalam ayat yang spesifiknya, maksudnya siapa yang buang bayi boleh dikenakan tindakan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Member tu bercerita, bila kita tengok balik, hukuman hukum bunuh tu sama macam HUKUMAN QISAS. Di mana, Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.


Kira macam membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.


Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.



Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)


Jadi, bila tengok balik, kita seolah-olah kembali kepada hukum yang telah Allah tetapkan kan?? Sesungguhnya, apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik. Harap2 lepas ada hukuman macam ni, x berlaku lagi pembuangan bayi merata-rata. Tapi, rasanya Malaysia kena jalankan dulu hukuman ni, kira buat betul2 siap siar kat TV lagi. Hehe.  Baru orang yang rasa nak buang bayi tu takut. Kalau x, nanti dorang mesti cakap, "eleh, dorang cakap je nak buat, x buat punyalah". Agree??? Manusia sekarang makin leka, hanyut dalam dunia nyata, berharap kembali ke jalan-Nya. Ecece, macam pantun la pulak.

Ok lah, mau siapkan assignment Fizik Tenaga. Selamat menyambut ramadhan ke-5..=)

p/s: ingin menambah ilmu agama.

sumber: info-Islam
image signature

8 korang POT PET:

Unknown said...[Reply comment dia please]

huishhh..mmg ptt pun..2 dikira mbunuh kan..
lagi kejam dr prmbunuh2 lain sbb bnuh drh dging sndiri..nauzubillah!

shaa bonitaa said...[Reply comment dia please]

sedih la tgk gmba bayi2 kne buang ni..=(
sy setuju ngan anda..kalo msia x ambil tindakan cepat2..makin galak la org buang bayi hari2..hishh!

amirah said...[Reply comment dia please]

sayu hati tengok mayat bayi..
benda ni kena bnteras dr awal g, agama kena ada dlm setiap yg kita wat..lau dh pregnant,buang bayi baru nk wujudkan sekolah mengandung pakat ramai lagi la yg berzina.apa2 pon Islam dh tetapkan. cuma kita xikot.

faINa989 said...[Reply comment dia please]

echah: setuju, dia bunuh darah daging dia sendiri...cuma dia x sedar dia bunuh, dia ingat buangje....

faINa989 said...[Reply comment dia please]

shaa: harap sangat msia buat betul2 biar org ramai nampak bendani bukan main2 lagi...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

mira: apa mau buat...skang dunia makin teruk....

nurmisnan said...[Reply comment dia please]

salam faina
terima kasih sudi singgah ke rumah

rasa geram + marah tapi x blh
takut batal plak puasa..
orang mcm ni dah tak de iman
dan perimanusia..
boleh dicampaknya hamba Allah yg masih kecil itu
kedalam longkang..

berkaca mata.. kalau tak nak
boleh bg kat aku kasi jaga... suka sgt =) selamat berpuasa faina

faINa989 said...[Reply comment dia please]

nur: baby yg comel yg x tau pape, x dpt tgk dunia lg diorang sggup buang. kdg2 x fikir ke kalau mak dorang wat camtu, dorang dpt hidup x skangni???

waaah, nur suka baby...sama3..=)

selamat berpuasa jugak nur..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top