Powered By Blogger
9

Banyak Kelebihan Solat Terawih.. Masih x mahu pergike??


Hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Maksudnya, kita dah sampai fasa pertengahan. Post kali ni nak menyambung balik post yang sebelum ni, pasal kebaikan solat terawih. Bukan berniat untuk mengata, tapi, ada sesetengah orang x ambik port langsung pasal solat terawih ni. "Ala, bulan puasa, puasa je cukuplah". Barangkali orang rumah di rumah sewaku ini berpendapat begitu bila yang pergi solat terawih boleh dikira dengan jari sahaja. 

Hanya puasa yang jadi amalan, al-Quran ditolak tepi, solat terawih pun ditolak tepi. Maka, rugilah baginya kerana x memanfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan kali ni. Ada 1 petikan ayat yang ku cilok dari blogger ini, melalui wall post facebooknya. 
" Perut kenyang, hati senang, jangan lupa solat tarawikh noh. Sesibuk mana pun anda, cubalah rebutnya. Tahun depan belum tentu."

Tahun ni kalau tengok tema ramadhan(ramadhan pun ada tema jugakke???), tema dia ialah "Andai ini ramadhan terakhir". So, cuba muhasabah diri, dan renungkan secara mendalam makna ayat tu. (P/S: bila dah selalu mengarut, nak jadi serius macam pelik la pulak)..hehehe...



Oklah, post sebelum ni tentang kelebihan solat terawih hari pertama hingga ke-10, kalini orang sambung balik, hari ke-11 hingga hari ke-20.



11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

p/s: berharap agar ramai yang pergi solat terawih

nota kaki: nanti orang sambung hari ke-21-30

sumber: ramtarittika
image signature

9 korang POT PET:

ain fathihah fhm said...[Reply comment dia please]

isk3...sapa yg xmau pi terawih tu?

ZACK ENTRY said...[Reply comment dia please]

jom pergi tarawih..=)



latest entry Ekspedisi Jelajah Gua - Episod 3 (Gua Ular)

faINa989 said...[Reply comment dia please]

ain: lihat di sekeliling anda...

faINa989 said...[Reply comment dia please]

zack entry: jom2..=)

Anonymous said...[Reply comment dia please]

dorang penat kot.. kenyang sgt bebuka.. hehe

my recent post:
KES PEMBUANGAN BAYI | JANGAN HANYA TAHU BUAT JER..!

faINa989 said...[Reply comment dia please]

zairie: masalahnya dia buat keja lain..

Amri Abd Rani said...[Reply comment dia please]

Salam....
Setakat ni xponteng lg...
Alhamdulillah....
tp buat kat rumah...
dgn wife n anak2....

faINa989 said...[Reply comment dia please]

amri: bagusnya...=)..buat dgn isteri dgn anak2..best3..hehe

Masa DAH Time said...[Reply comment dia please]

mustahil pahala amal ibadat kita boleh sama banyak dengan para nabi. jangan sebarkan lagi fadhilat solat tarawih kerana hadis ini palsu. Dapatkan keterangan di http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

mudah-mudahan kita semua diberi hidayah oleh Allah di bulan ramadhan yang mulia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top