Powered By Blogger
14

Makna Merdeka zaman Sekarang?????


Perasan atau tidak, hari ni kita dah menyambut hari kemerdekaan ke-53. Tapi, sambutan kali ni nampak cam senyap je. Kalau tahun lepas nampaklah jugak berapa ketul penduduk kolej yang mengibarkan bendera kat tingkap atau rumah, tahun ni nak jumpa 1 rumah yang buat camtu, mak aih, susah giler.

Barangkali sebab bulan ramadhan kot. Yelah, sibuk nak beli baju raya, kuih raya, dan pelbagai kelengkapan raya. Remaja zaman sekarang agak susah bagi mereka nak memahami erti merdeka. Nak tau bila mereka apply perkataan “merdeka” itu atau mungkin, makna perkataan merdeka itu bagi mereka sendiri. (Pasai pa tiba2 rasa ayat cam skema nihh)??

Ayat biasa kita dengar ialah MERDEKA bermaksud kita bebas dari penjajah. Ayat camni keluar masa time exam sejarah dengan masa orang interview apa makna "MERDEKA" bagi anda. Tapi, orang kita guna perkataan "MERDEKA" atau mungkin makna perkataan itu untuk situasi-situasi berikut sebenarnya:

Situasi 1:

Perkataan MERDEKA digunakan ketika time-time exam. Tipu kalau kata korang x guna perkataan ni masa tengah nak amik SPM dulu. Antara ayat biasa kita dengar:


Remaja 1: Tunggu habis paper fizik tenaga je, pastu, “MERDEKA”

Remaja 2: Lagi 10 minitje, (tengah jawab exam) pastu aku “MERDEKA!”

Haa, sekarang mengaku anda juga pernah guna ayat macam ni cepat!

p/s: Saya juga tengah tunggu habis 2 test mingguni + hantar assignment minggu ke-8, pastu, “MERDEKA”


Situasi 2:

Yang ni, x pernah apply lagilah. Tapi x tau lah kalau memang betul ada orang apply perkataan MERDEKA untuk situasi cam ni.

p/s: barangkali orang tunggu habis bulan ramadhan, pastu merdeka makan sepanjang hari. Hehe


Situasi 3:

Yang ni kaum adam yang nafsunya bergelora bagaikan ombak di Pantai Port Dickson atau mungkin gelora tahap maksima seperti ombak di Laut China Selatan barangkali menggunakan perkataan "MERDEKA" untuk situasi berikut:


Erkk, menakutkan.(-_-)..Buat orang rasa takut tatkala malam pertama nanti. Yuckks, nak muntah!!..Haha..


Haa, dah tengok 3 situasi, makanya, APA MAKNA MERDEKA bagi kamu??? Atau mungkin, SITUASI mana korang pernah apply perkataan ni haaa???

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53

" 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"
image signature

11

150 JUTA?? Apa Kes???


Salam Ramadhan. Mood mahasiswa dan mahasiswi minggu ni mood balik raya kaw-kaw punya. Dalam masa yang sama, nak bagi mood datang bergolek, ramai yang pasang lagu raya. Lagu faveret daku? Mestilah lagu raya evergreen, x main la everyellow, everpink, atau paling teruk everrainbow. Ngeh3.

Tapi, dalam masa yang sama, lagu 150 juta dah jadi siulan orang. Aik, mahu dapat 150 juta kaa?? Hehehe. So, orang pun 1st-1st memang x bape suka lagu ni, lama2 bila dengar rasa cam melekat kat tahi telinga pulak. Apa kes? Lagu ni cam comel gak lah. Pasal bf-gf la camtu. So, sesiapa yang mood gedik2 mengada2 boleh download lagu ni. Bagi sesiapa yang nak tengok video lagu ni, boleh pergi youtube.

Atau pun sesiapa yang nak download lagu ni, boleh klik kat cni:

Hana Zati(yang cam ustazahtu): 150 juta

Fynn Jamal(penyanyi asal): 150 juta

p/s: prefer yang Fynn Jamal, sebab suara dia lembutttt...besh...
image signature

12

Doa Sebelum BERBUKA Doa yang MUSTAJAB


Semalam dapat mesej 10 minit sebelum berbuka dari yang tersayang. Mesej yang berbunyi,

Aina, doa sebelum berbuka doa yang mustajab tau. Doa untuk kita ea?”

Nota: Mesej telah diubah suai mengikut kesesuaian kandungan blog. Hak3.


Makanya, saya yang penuh dengan tanda tanya di muka, pergilah google search mencari dengan lebih mendalam lagi fakta itu.

Akhirnya ku jumpa,
Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah r :

[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]

Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka,
imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. [HR At-Tirmidzi : 2526]

Kita biasa bila time dah nak buka cuma ingat nak baca doa buka puasa je kan? Sedangkan kalau kita berdoa sebelum masuk waktu berbuka, doa itulah yang mustajab sebenarnya.


Kenapa waktu sebelum berbuka??

Tatkala saat ingin berbuka puasa, kita akan menghadap makanan (rezeki) yang dikurniakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan saat itu juga merupakan antara sekian banyaknya saat untuk termakbulnya doa yang dipohon.

Jadi, rugikan kalau kita x berdoa sebelum berbuka puasa?? Lepasni, berdoalah sebelum berbuka puasa, mustajab tau..=)

p/s: sape2 yang x pernah dapat buffered, pe kata doa dapat buffered?? Ngeh3….

sumber: soal jawab

image signature

10

Mitos ku tau ketika BERSAHUR


Suatu pagi di waktu sahur, turun 2 budak kecik & comel yang mukanya baru bangun tidur. Adakah muka mereka seperti baru bangun dari mimpi indah? Erk, tidak.. Jauh sekali. Lupakan perihal bagaimana muka mereka baru bangun tido, cuma ingin menceritakan apa yang kami perolehi pada waktu sahur itu.

Seorang housemate bertanya, “Mana Mira, Aina?? Mira xnak  bangun sahurke??”

Daku jawab, “Mira dah start cuti”

Housemate tersebut jawab, “Owh. Eh, aku pernah dengar ada seorang penceramah mana tah cakap, kalau kita dengan kawan kita keluar haid sama(keluar hari yang sama dengan member la ), maksudnya, kita dengan dia memang akrabla”. “Macam ada 1 ikatan kuat antara kita

(P/S: Ikatan kovalen bond ka??)…hua3..

OK sambung balik…..

Saya dan Ain menjawab, “Haa, yeke? X pernah dengarpun??”

Housemate tu jawab, “Aku pernah terbaca ke terdengar kat mana tah”

Saya jawab, “Ain, patutlah hari tu hang lewat, sebab mungkin dia tunggu kita keluar sekali. Hehe”

Selepas itu, saya dan Ain sambung melantak pada pagi sahur itu.


Nota kaki: Ain dan saya x boleh berpuasa pada hari yang sama. Setiap hari Ain akan ajak saya melantak pada waktu tengah hari. Hehehe.

Lupa nak tanya, korang pernah dengar mitos ni?? Memang betulke??

image signature

9

Banyak Kelebihan Solat Terawih.. Masih x mahu pergike??


Hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Maksudnya, kita dah sampai fasa pertengahan. Post kali ni nak menyambung balik post yang sebelum ni, pasal kebaikan solat terawih. Bukan berniat untuk mengata, tapi, ada sesetengah orang x ambik port langsung pasal solat terawih ni. "Ala, bulan puasa, puasa je cukuplah". Barangkali orang rumah di rumah sewaku ini berpendapat begitu bila yang pergi solat terawih boleh dikira dengan jari sahaja. 

Hanya puasa yang jadi amalan, al-Quran ditolak tepi, solat terawih pun ditolak tepi. Maka, rugilah baginya kerana x memanfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan kali ni. Ada 1 petikan ayat yang ku cilok dari blogger ini, melalui wall post facebooknya. 
" Perut kenyang, hati senang, jangan lupa solat tarawikh noh. Sesibuk mana pun anda, cubalah rebutnya. Tahun depan belum tentu."

Tahun ni kalau tengok tema ramadhan(ramadhan pun ada tema jugakke???), tema dia ialah "Andai ini ramadhan terakhir". So, cuba muhasabah diri, dan renungkan secara mendalam makna ayat tu. (P/S: bila dah selalu mengarut, nak jadi serius macam pelik la pulak)..hehehe...



Oklah, post sebelum ni tentang kelebihan solat terawih hari pertama hingga ke-10, kalini orang sambung balik, hari ke-11 hingga hari ke-20.



11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

p/s: berharap agar ramai yang pergi solat terawih

nota kaki: nanti orang sambung hari ke-21-30

sumber: ramtarittika
image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top