SALAM MY FRENS~~ ^^
HAA, NAK HUKUM APA ek??
ok, confirm2 korang taukan kes budakni kan ?? yang menghina arwah din beramboi?? bukan nak cakap balik apa yang dia buat, but nak bagi pendapat and nak pendapat korang suma sama ada dia patut atau x dimaafkan camtuje. Kalau ingat balik apa yang budakni buat, pertama dia mempermainkan Al-Fatihah. Kedua, dia kutuk orang yang dah meninggal dunia iaitu arwahyarham Din Beramboi. Kutuk giler2 pulaktu. Astaghfirullahalazim.
Pendapat oranglakan, kalau diikutkan, memang dia ada mintak maaf. Dia mintak maaf dengan menulis Al-Fatihah tuk Din Beramboi dengan ada pernyataan dia yang dia cakap diani mintak maaf kat FB. So, secara officialnya memang dia dah mintak maaf. Tapi, agak2 kita boleh beri dia kemaafan cam gituje ke?? Ada yang kata boleh, and ada yang kata x boleh.
Bukan nak kata budakni x perlu dimaafkan, budakni boleh dimaafkan, tapi dengan bersyarat. Tengoklah, dia permainkan agama, dia cakap Al-Fuxk, pastu, dia cakap dia malaikat, dia cakap lagi dia dia bukan orang islam. Dia kadazanla, apalah. Agak2, budak camni, kalau kita maafkan dia camtuje, kalau satu hari nanti dia nak buat lagi, dia buat lagi x??? Mungkin pasni ada ahli parlimen yang kenake, artis lain yang kenake, kita x taukan?? Bayangkan kalau kata seseorang tu mencuri, pastu dimaafkan camtuje, agak2 dia nak mencuri lagi x?? haa, fikir2..
Budakni baru form 2, pemikiran dia x betul. And pendapat orang, dia perlu dihukum atas kesalahan yang dia buat. X tau sama ada penjara merupakan alternatif yang betul. Tapi, dia perlu dimasukkan ke pusat akhlak kot budakni. Ke suh dia belajar agama islam lebih mendalam lagike. Ataupun suh dia masuk pusat2 yang sepatutnya. Sebab budakni perlu dididik. Dia kena tau kesalahan yang dia buattu, kesalahan besar. Bukan dengan cara dia mintak maaf, pastu dia dimaafkan oleh orang ramai and kes selesai. Kita tau ke x, sejauh mana dia insaf atas perbuatan dia tu?? Kita x taukan?? Sebabtu kita kena buat sesuatu tuk bagi dia insaf. Dia kena sedar kesalahan diatu supaya nanti budak2 lain takut nak buat cam apa yang dia buat.
Budak zaman sekarang, dorang kurang tau bab2 pendidikan islamni. Pe benda salah, apa yang boleh buat, apa x boleh buat. Jangan nak harapkan ustaz @ ustazah 100% tuk ajar dorang pendidikan islam kat sekolah. Kita ibu bapa kena ajar dorang jugak. Tapi, kalau ibu bapa pun buat dekje dengan hal pendidikan islam dalam mendidik anak, kemungkinanan jadi camtulah anak dorang nanti. Kepada bakal2 ibu, didiklah anak anda dengan berikan dorang pendidikan islam. Ajar dorang mengaji, bukan menyanyi. Ajar dorang solat, bukan menari.
p/s: kesni menyebabkan orang dah nampak budak2 yang bakal ku ajar satu hari nanti..(*_*)
-sekian, wasalam-
0 korang POT PET:
Post a Comment