Powered By Blogger
0

Apa Nama Panggilanmu???

Salam..=)


Korang ada nama panggilan? Nama panggilan masa kecik? Nama panggilan yang orang guna tuk panggil korang. Mesti macam2kan. Dari panggilan bedah, atan macam2 lagilah. Nama panggilanni ada 2 jenis. 1 yang dapat dari nama yang dipendekkan dari nama kita sendiri. 1 lagi tah mana dapat tah orang suka2 bagi punya. Dah bersedia nak tengok2 situasi2 nama2ni? Ku beri situasi ikut berdasarkan pengalaman k. Jom tengok..=)

Situasi 1
X tau korang tauke x mamaku di rumah memanggilku panggilan adik. Atas sebab merupakan anak pompuan yang bongsu walaupun merupakan anak yang ke3 daripada 6 adik beradik. Jap, korang mesti tertanya camne leh datang nama faina pulakkan? Actually 2 orang kakakku sebelumni panggil farah aina kat umah. Tapi, bila selalu panggil, lama2 dia akan jadi faina. Cuba korang try sebut farah aina , farah aina banyak kali, nanti dia akan jadi faina. So, sebabtula jadi faina. Paham dah? Hehe


Situasi 2
Ok, yang ke2 ni agak pelik ckit. Adikku yang bongsu, muhd zharfan danial namanya. Sedapkan? Haa, korang nak tau apa nama panggilan yang pernah dicampakkan kat dia? ATAN! X ke pelik semacam. Atan? Nama bukan main sedap dia panggil atan? Nama Atan ni dia dapat dari sorang mak cik ni yang jaga dia masa kecik. Dah panggil Atan 1 hal, pastu dia panggil Atan Botak pulaktu. Erkk.. panggil denyehlitopun ok lagi mak cik. Hehe. Paling lawak, bila balik danial tanya, “mama, nama danial atanke?”. Haha. Danial2, lawaklah.


Situasi 3
Masa kat matriks, housemate ku bernama ummi. Nak tau apa ku panggil si ummi ni?? COKODOK!! Hua3. X tau pasal apa panggil dia cokodok. Sebab bila tengok muka dia teringat cokodok nyum2 masak peruttu. Ngeh3. Ala, standardlatu kawan2 panggil nama panggilan yang tah pape. Korangpun mesti ada gakkan? Haa, ngaku cepat!

Situasi 4
Yangni penama sendiri bagi nama kat diri dia. Contoh, ada sorang member namanya azlena. Dia suh panggil alyn. Itu ok lagi. Ni ada yang namanya azlina gak(lain ejaan), disuruh panggilnya  jebab. Errkk. Terkejut dengar. Hehe. Nama sedap2, tapi bila dipanggil huyoo...hahaha. Pasni kalau nama alisya nak panggil bedah ar. Hua3.
Ok, x nakla bagi banyak2. Nak dengar nama2 panggilan dari korang pulak. Mesti ada yang lawak gakkan? Nak dengar, nak dengar. Hehe.

p/s: teringat panggil adikku yang azfartu kat fb(wall post kat wall dia) guna nama boboy(panggilan di rumah). Last2 kantoi dengan kawan2 dia. Nak tau apa dia cakap? Dia cakap, “ kak farah, depan kawan janganlah panggil boboy, panggilah azfar. Kan dah bengang dengan kawan( sebab kawan dia duk ejek uuu, boboy)”. Hehe. 

2

Tag dari CAPTAIN88


Salam..=)
Baru pas habis jawab paper OPTIC(pagi tadi). Huaaaa... Paper tadi camne eh? Setakatni alhamdulillahla boleh jawab..=). Ok, baru pas jawab exam. Otak tengah pening2 lalatni. Ye-ye on je diani. Tiba2, ku teringat, si captain88 punya tag belum dijawab. Hehe. So, captain88, orang dah balas tagni, jangan lupa komen2 yek..hek3~~
Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Kalau member tikam dari belakang, kita tikamla ikut depan. Baru fair. Die2 together2. Banyak ahh ko. Hua3. Gelak kejam di situ. Hek3~
6 orang di hati anda?
Orang bagi 6 kumpulan ek. Hua3. Family segerombolan, kawan2 sains kat UPSI, Mr H, Kawan2 sekolah lama dan lain2. Suh pilih 6, banyak sangat, last2 orang bagilah sumani. Hehe.
Anda rasa anda comel?
Sebab orang x nak puji diri sendiri, maka buat2 x tau ahh ada soalanni kena jawab. Ngeh3~
Single or taken?
Single tuk 19 tahun, 8 bulan. Lepastu di taken. Ngeh3~
Blog yang anda suka?
Err, blog saya. Ahaha. Oklah, serius ckit. Blog yang bagi informasi, yang buat kita berfikir, banyak lagilah. Tapi, yang penting, jangan menunjuk2. Hua3.
Adakah bilik anda kemas setiap hari?




Weyh, orang kemas setiap hari ehh. Siap mop cuci setiap sudut lagi. Guna ajax fabuloso lagi. Faina, sila sedar ko bukan suri rumah nak ada masa buat tu setiap hari. Hehe. Oklah, kemas katil itu wajib. Tapi, sapu sekali seharitu biasalah. So, saya kemas bilik setiap hari.
Lagu terakhir yang anda dengar?
Masa tengah wat postni, tengah dengar lagu baru IYAZ – SOLO. Siap geleng2 kepala. Syok ohh, nak download g cni.
Last text message
Dari classmate, biha. Dia cakap, “aina, kita balik ari sabtu eh”. Jadi, sabtuni ku pulang ke kluang. Hehehe.
Last phone call
From my mama.
Hari terakhir anda menangis
Semalam. Sebab adalah, mana leh gtau. Dia x suh gtau sebabkan? Hek3~

List lima color favorite anda?


a)      Merah
b)      Pink
c)       Purple
d)      Coklat
e)      Maroon
Orang terakhir yang anda ber YM
Kali terakhir YM minggu lepas, dengan Mr H ku. Hehe.
Game yang anda paling suka?
X taula suka game apa. Download game suka sebab orang ada crack game. Hehe. Tapi, waktu dulu giler main game HARVEST MOON. Mari bercucuk tanam.=D
Adakah anda peminat MCR?
MCR stands for my chemical romancekan? Erm, gitu2jelah. Lagu asal sedapje ku layan.
Apa perasaan anda jawab tag ni?
Rasa dah lunas 1 tanggungjawab. Hua3.
Anda rasa tag ini best?
Best kalau captain88 bagi hadiah. =p
Tag lagi 10 orang.
Siti -  ct, kamu xde benda nak buat, wat la tagni yehh


p/s: enjoy tagging people ma fren..hua3

0

Menunjuk2 dalam blog. Perluke??

SALAM MY FRENS~~^^

Eh, jap2. Menunjuk2 dalam blog? Tunjuk bfke? Tunjuk makan apake? Tunjuk buat apake? Oh, bukan pasal tu ehh. Tapi, menunjuk2 pasalni -  tunjuk dapat buffered, tunjuk dapat cek nuffnang, tunjuk menang dapat hadiah, tunjuk dapat papejelah senang citer.
Pernah nampakkan kes camni? X kanla x pernah. Time2 blogwalking mesti ada yang ternampak punya. Bukan nak mengata atau mengguris hati mana2 pihak. Tapi, persoalan yang nak di jawab kalini, menunjuk2 dalam blog. Perluke?
Proud Girl Holding Up the Sun Picture She Drew
Macam biasa, ku beri beberapa situasi, dan korang nilai sendiri. Sapa2 yang nak komen memanglah amat dialu-alukan k?

Situasi 1
Wah,bila check akaun nuffnang dapat buffered. X pernah dapat lagini. First time beb. Si blogger teruslah post cakap dapat buffered. Teruja punya pasalkan. Xpe, kita faham. Memang dia tengah teruja giler bagaikan ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Kalau orang sendiripun teruja, cuma mungkin x capai tahap nak post bendatu lagilah. Xpe2, teruskan post anda, okje. Kali ke2 dapat buffered, si blogger tulis.”wah, dapat buffered lagi”. Kali ke3, “wah dapat buffered kali ke 3” sampailah ke seterusnya, siap ada siri tuk buffered dia lagi. Errr, agak annoying ok setiap kali dapat buffered nak tunjuk2. Motif anda tunjuk? Nak bagi orang jeleske? Atau saje nak kongsi perasaan anda yang happy sebab sik dapat buffered?

Situasi 2
Kalau situasi 1 boleh dianggap ok lagi. Actually bloggertu kena pandai wat ayat kalau x nak nampak menggedik sebab sik tunjuk buffered dia. Adaje orang yang tulis dengan cara sempoije dia dapat bufferedtu, so x nampakla dia memang nak menunjuk. ( kira korang kena pandai cover ok)

Berbalik kepada situasi ke2, ada jenis blogger yang dia dapat pape sikitje nak post. Dapat instant cash project alpha rm20 pun nak tunjuk. Dapat menang hadiah ckitpun nak tunjuk. Akaun nuffnang baru rm4.00 pun tunjuk ( siap merungut nape ckit), akaun nuffnang tuk minggu lepas naik rm2.00je pun nak tunjuk ( cam biasa duk merungut). Siap ada yang cakap sorilah, " i memang suka menunjuk”. Erkk. Haaa, ni kes annoying kaw2 punya. X dinafikan yang blog aku, suka akulah nak tulis apa. Memang betul, tulislah pasal apa yang kita nak tulis. Tu hak kita.
Tapi, bila kita sik nak tunjuk pasal benda yang melibatkan duit. 3 benda yang diriku terfikir, “ dia insan yang x reti bersyukur sebab sik merungut kenapa akaun nuffnang dapat ckit, nape traffic rendah”, ke2 , “ dia insan yang penuh dengan perasaan takbur @ riak sebab nak tunjuk2 apa yang dia dapat” dan yang ke3, dia sememangnya happy sebab “weyh,ingat senangke nak dapat?” . Boleh tunjuk, xde masalah, Cuma niat kitatu apa? Memang jenis suka menunjuk atau nak meluahkan perasaan gembira sebab dapat sesuatu.

Ni cuma pandanganje. Ada yang tunjuk and the same time dia bagi tips memang nampaklah yang diani x menunjuk, siap x kedekut ilmu lagi. Ni ada yang suka tunjuk tanpa sebab dengan gaya yang agak menggedik, serius “agak” annoying. Kalau dapat rm10000ke, dapat hadiah pape sekali - sekali nak tunjuk xpe, fahamlah memang nak kongsi perasaaan gembira. Cuma, janganlah tulis dengan nada yang memang nak menunjuk.

Rasanya cukup kot 2 situasi. Ada mungkin yang cakap “eh, pasni x naklah tulis lagi pasal dapat2 bufferedni atau dapat pape”. Terpulang pada diri sendiri. Orang hanya memberi pendapat. Bukan x boleh, boleh. Cuma jangan terlalu over ataupun obses. Cukup tunjuk sekali sekala. Sebab bendani kadang2 sebenarnya boleh bagi kita motivation sebenarnya macam “eh, akupun nak dapat trafik tinggi cam dia jugaklah” ataupun “ weyh, akupun nak dapat cek nuffnang tinggi cam dia gakla” atau " aku nak join contest cam dia jugaklah". Soo, bendani bukan semata2 ada keburukanje. Cuma, juz not too over please. Sebab nampak anda macam sangatlah berlagak. Maaf kalau terasa. Sape makan cili, terasalah pedasnya. Sape bangga diri, maka riaklah baginya. Eh, cam kenaje pantunni. Hehe.

Oklah, x mo cakap banyak2. Nak dengar komen dari korang pulak. Boleh?  

0

Pompuan gaduh camni ea??


Korang tau x pompuan gaduh camne?? Tau?? Yang pompuan mesti taukan?? **wink2..hehe... ok, x tau sama ada korang suma perasan atau x. Pompuan kalau gaduh, dia gaduh ada 2 jenis. Yang pertama secara fizikal, ala, baling2 barang, tarik2 rambut. Standardlatu. Yang ke2, secara “saiko” @ phyco. Setakatni tau 2 jenisla, kalau korang tau lebih komen eh. Pompuan kalau gaduh, dia suka wat camni:

a)      Gaduh tarik2 rambut
Xkan x biasa tarik2 rambut. Kalau gaduh masa kecik dengan adik lakipun dorang attack rambut woo. Bila dah dapat tarik, baru puas. Lagi suka kalau rambut yang ditariktu banyak tercabut. Lagi banyak lagi syokla kononnya.  Gilerke suka tarik rambut orang. Nak bagi botak hape? Bagi orang, kesni biasa berlaku kalau bab2 berebut laki, haaa memang tarik rambut ahh jawabnya.  Tapi, gaduh2 camni tuk orang yang x profesional. Nak tau yang profesional wat pe?? Sat g naaaa....

b)      Gaduh2 campak barang
Haa, ni biasa gak dengarkan?? Tapi still ni bukan profesional.. campak barang camni biasa jadi kat kes laki binila.. selaluje dengar, isteri duk campak barang kat suami. Suami duk campak barang kat isteri. Err, laki dia suka pukul kot..hehe.  Pompuan memang suka campak barang, sebab dorang suka shopping, soo barang tu still leh beli lagi. (banyak ahh ko faina)

c)       Gaduh2 guna mulut
Ok, yang ni baru profesional. Nak tau nape?? Sebab kita x perlu botakkan rambut dengan x perlu habiskan duit nak beli barang baru. Tapi, ni lah yang boleh wat orang “saiko” ohh. Dia punya attack masuk cam ada panah tertusuk kat dalam jantung ohh. Kaum pompuan memang suka gaduh cara camni. Nak tau camne??

Situasi 1
Kaum pompuan sedang elok bersembang, anda masuk bilik tu. Tiba2 keluar ayat camni, “ weyh, awat panas giler. Aku nak keluarla.” Hakikat, x panaspun biliktu, tapi petanda tengah nak cari gaduh.

Situasi 2
Anda sedang bersembang-sembang dengan kawan anda di ruang tamu. Sebelum si pompuan itu keluar, gedegang!! Bunyi pintu. Nak bagi tau dia nak keluar kot. Hakikat, petanda dia itu menyampah dengan anda @ x puas hati. ( dia wat kat ko, pe lagi, wat la balik...=p)


Situasi 3
Sindir menyindir. Yangni favourite paling favouritela. Bendani kaum pompuan akan buat kalau dia nak wat orang annoying dengan dia. (actually dia annoying dengan orangtu) Nak gaduh tarik2 rambut x profesionalkan, watla carani. Cakap kuat2 masa si pompuan(orang yang dia nak cakaptu ada). Dengan gaya gedik dia akan cakap camni, “ko tau x, ada orangtukan, konon depan orang duk cakap masa kawen, bf x leh tengok rambut orang, tunggu kawen dulu.” Tengok2, “la, bila webcam dia x pakai tudung rupanya”. Ini kes tolong campak si pompuan itu masuk laut china selatan ehhh... campak yang si pompuan hipokrit itu.

Jadi, kesimpulannya, kepada kaum perempuan, tolonglah ubah tabiat anda yang suka cari gaduh dengan orang. X paham suka cari2 gaduhni. ok!..^^



2

Sejauh mana anda kenal awek anda..


SALAM MY FRENS~~^^
Sejauh mana anda kenal awek anda..


ok, guys...read this one...korang probably akan tertanya-tanya gak pasni... and for girls, need ur comments on this. Ok, cerita bermula. Guys, korang pasti korang kenal awek korang giler2?? serius?? betulni?? fikir balikye...awek kalau depan mata, fulamak..diala yang paling perfect..paling sopan, paling elok and paling layak bergelar isteri...(kononla)

Apa yang korang x tau ialah, korang tauke dia kat umah camne?? x taukan?? nak tau nape orang cakap camtu?? jom terjah!!

situasi 1
bilik air kotor giler, tapi...x pernah peduli nak basuh bilik air. Ala, bilik airje pun..gunajelah. Kotorpun xpe... Heh... Korang tauke sama ada awek korangtu, basuh bilik airke x?? Hello, ada pompuan yang boleh tahan guna bilik air kotor selama berbulan-bulan hokeii.... Kat luar, bukan main lawa baju siap mengerlip -  mengerlip..kat umah, bilik air kotorpun x kisah. Conclusion?? awek anda pengotor.
situasi 2
depan bf pijak semutpun x mati. siap lembut bagaikan baru direndam dengan softenerla kononnya..hehehe...tapi, kat umah... ya ampun, ganaih gila...tutup pintu tung-tang, tung -  tang, masak tung -  tang..tung -  tang, buat semua keja bising nak mampuih. Nak bagi orang dengar kot dia buat keja apa (kononnyela).. Conclusion?? awek anda bukan selembut seperti softener yang disangka..

situasi 3
kat depan bf, x pernah nak berleter.  Kat umah, wat salah sikit berleter bagaikan bertih jagung. Buatni sikit berleter, buattu sikit berleter. Rimaslah!! Conclusion? Kesian anda memperisterikan orang sebegini....
situasi 4
kat depan bf, ” sayang, i love u”. Tahuke korang ada pompuan yang kat umah dia cakap camni, ” weyh, aku teringin nak pasang spare partla weyh”. Ehem, ada eh...jangan ingat xde. Coz orang hidup dikelilingi mereka-mereka ini juga....And sebenarnya, cuma housemate dengan roomateje yang tahu si awek itu pasang lebih. Conclusion??? Awek anda bukan se”loyal” yang anda sangkakan.

situasi 5
rumah sangatla kotor. Awek anda, x kisahpun rumah kotor yang penting bilik aku bersih. Ni jenis x ambik peduli punya person. Conclusion? Awek anda ½ pembersih. Nak bagi full pembersih kena suh jadi tukang sapu sampah agaknya..hehe..ok, terover sudah…hehe

situasi 6
makanan saya, makanan saya ye…x leh ada orang amik. Tapi, makanan anda saya sentap ye…ehem, ni kes awek kedekut kong2 punya. Tapi, depan bf...nak kongsi air, kongsi makanan. Konon macam sharing is caringla gitu. Conclusion?? awek korang serius kedekutek beb...

situasi 7
bilik berhabuk cakap buzy x dapat sapu, keluar dengan bf bila2je boleh. X buzylah pulak ea?? Conclusionnya, awek anda pemalas.
Jadi, kepada laki2 semua..camne nak tau awek korangni camni ha..camtuke.. pe kata korang tanya housemate atau roommate dia..sebab housemate dengan roommate mengetahui segalanya yang tersirat. (nak tanyatu kena ada skill k) Serius..sebab orang dikelilingi oleh orang seperti ini. Ahaaa, dah tamat segala situasi. 
Girls, korangpun duduk dikelilingi perempuan2 sebeginikan??? sila2lah komen ye...and guys.. soalanni saya Tanya anda balik…”sejauh mana anda mengenali awek anda?? Sebab kita masa bercinta adake kita tanya, “sayang, u basuh bilik air x bulanni??” atau “ sayang, u sapu bilik x pagini”. mestilah xde!! that’s whyla, again..i want to ask, “ sejauh mana anda mengenali awek anda”.


p/s: -kini baru saya mengerti maksud “masa bercinta bau kentutpun wangi, dah kawen, dah x wangi dah”....hehe...- bila fikir balik, bukan kentut memang busukke??..ok, sila komen, saya sudah mengarut..hehehe

Jelez @ Malas????

SALAM MY FRENS~~ ^^

Semua maklum bahawa orang tengah study week skangnikan..(poyo2..)..hehe..jadi, di kala waktu ku rajin singgah di library....ternampaklah pasangan merpati 2 sejoli....sedang buat begini...


wahhh...saling study menyudy.....baguihnyaaaa......orang xde sape yang ajar....=(...ehem, adaje tapi bukan si dia..(poyo2..)...

ketika study week, ku nampak merpati 2 sejoli lagi...buat ini....


wahhh...bagusnya makan berteman.....
orang pulak makan......


makan sorang2...ehem, adaje kawan2 teman...tapi bukan si dia..(poyo2)....

2 hari berturut2 ku study di library seperti ini....
tipu...xde study camni..(poyo2)...
 


kini...ku di rumah..study camni....


0k...(poyo2)..orang x study camni...-_-

jadi, kesimpulannya...dari ke library kini study di rumah...sebabku malas study atau ku jeles tengok si 2 merpati sejoli??

p/s: faina...jangan nak duk mengarut...subjek2 fizik itu sedang menyeru....-_-

sekian...... 

0

Semuanya Gara2.....

SALAM MY FRENS~~ ^^

Dulu...ku buat ini setiap hari...

kini, ku sibuk.........


gara2 si STUDY WEEK.......

Dulu, ku buat ini..dalam seminggu mesti masak sekurang2nya sekali....


sekarang, gara2 si STUDY WEEK...ku makan ini...


STUDY WEEK kata mari,
Masa BLOGGINGku kata pergi,
diriku cakap Ahh PEDULI,
korang tunggu POST baru eh nanti...(perasan)...hek3~~

p/s: GOOD LUCK kepada Budak2 yang tengah nak ambik EXAM FINAL..=)
usaha, doa, tawakkal.... 

0

Pernah Main Cop2 Power Rangers X???






SALAM MY FRENS~~ ^^

boboy, hilmi, tira, along, kita???

weyh, orang dah cop power rangersni la…ko pilih la yang lain”

Ehem, pe pasal lak ni tiba2 berpower2 rangers??. aha, aritu jalan2 kat satu blogni. x sangka dia ada skandal dengan power rangers. hehehe…maaf ye mira, saya sangat berkenan dengan bf kamu itu. ngeh3..And suddenly teringat masa kecik2 dulu duk main cop2 dengan adik -  beradik. Mentang - mentang timetu adik-beradik cukup 5 orang, 5 power rangerstu jugak kitorang sentap. sorang cop yang ini, sorang cop yang ini…love those time..^^


Kalau along yang tua akan cop jadi power rangers kuning. So, yang kuning x leh kacau ea. My sis, tira akan cop pilih jadi yang power rangers pink. And korang tahukan power rangers ada 2 pompuanjekan?? So, orang terpaksalah nak x nak kena jadi power rangers kaler biru… laki weyh. nak wat camne. dorang akan cakap, “xde2, ko pilihje la yang birutu”. Paling x leh blah kitorang dulu siap pnah beli jam yang rm5 cakiau2 kat pasar malam ikut kaler power rangers k. Giler kentang waktu dulu. hehehe…And adik laki yang boboytu akan pilih jadi power rangers merah konon berlagak ketua ar sebab konon timetu dia laki yang sulung lahir, sedangkan dia still adik... and hilmi bawah dia akan cop jadi power rangers hitam. Time dulu danial x lahir lagi…so, maaflah denyehlito, anda tiada dalam list power rangers kami. hehehe…

So, bila pukul 7 petangje bukaklah TV1 tengok power rangers. 7 petangje power rangers, power rangersje 7 petang…hehehe… Siap dulu bila kluar movie duk beli cd lagi..hehe…giler power rangers masatu. Ingat lagi. mighty morphin power rangers, yangni favourite of all la, (cam gambar kat atastu). ehem2, xkan orangje yang pnah main cop2 power rangersni kan??? korang pun mesti ada gakkan??kan3??hehehe….sila jawab ye wahai pembaca2 sekalian…….

p/s: jangan cakap kitorangje yang main cop2ni..(-_-)

0

RESIPI RAHSIAKU??

Salam, kalini x nak cakap pape atau beri pendapat pape. Tapi, kalini nak promote kot( promoteke??) hehe..kita bila berblogwalking, macam2 blog kita jumpakan?? and currently terserempak dengan blogni… cuba korang try jenguk2 blogni…RESIPI RAHSIAKU


Blogni nama dia macamje wat resipi, tapi..bukan ea..blogni penuh islamik. Macam2 ada kat ctu, dari ke soal jawab ke benda2 yang kita x tahu. Paling best, blog dia x letak lagu2 macam yang kita dengar kat radio, tapi dia letak surah2..kira bila pegi blog dia sambil membacatu rasa tenangje. Kita dengar dapat pahala, kita baca blog dia dapat pahala. Ilmu confirm kita peroleh. Suka sangat pegi blogtu…=)… pe kata korang try pegi blogtu.. ni link dia sekali lagi. RESIPI RAHSIAKU


Kadang2 kita nak bukak buku baca hal2 berkaitan islamni payah, kononnya masa x mengizinkan. Kebetulan bila dah ada blog camni. Sambil kita sendiri berblogging, pe kata kita baca sikit2, kitapun dapat manfaat dia… soo, jom pegi blogni…=)..RESIPI RAHSIAKU


actually blogni dia ada bagi wang tunai kepada orang yang paling banyak menjenguk blogni. And hadiah wang tunaitu mencecah rmx.xxx.xx. Tapi, jangan kita pegi blogtu semata - mata nak dapatkan wang tunaitu, pegi baca blogtu dengan niat ikhlas nak dapat ilmu, kalau memang dah rezeki kita dapatla katakan, alhamdulillahla..=)


p/s: jika ilmu tentang akhirat kurang, pe kata tambah ilmu itu sebelum kita dipanggil menghadap-NYA….

-sekian, wasalam-

0

Kes RAFIQIN DARWISY.....Hukuman Setimpal ialah???

SALAM MY FRENS~~ ^^
HAA, NAK HUKUM APA ek?? 




ok, confirm2 korang taukan kes budakni kan?? yang menghina arwah din beramboi?? bukan nak cakap balik apa yang dia buat, but nak bagi pendapat and nak pendapat korang suma sama ada dia patut atau x dimaafkan camtuje. Kalau ingat balik apa yang budakni buat, pertama dia mempermainkan Al-Fatihah. Kedua, dia kutuk orang yang dah meninggal dunia iaitu arwahyarham Din Beramboi. Kutuk giler2 pulaktu. Astaghfirullahalazim.


Pendapat oranglakan, kalau diikutkan, memang dia ada mintak maaf. Dia mintak maaf dengan menulis Al-Fatihah tuk Din Beramboi dengan ada pernyataan dia yang dia cakap diani mintak maaf kat FB. So, secara officialnya memang dia dah mintak maaf. Tapi, agak2 kita boleh beri dia kemaafan cam gituje ke?? Ada yang kata boleh, and ada yang kata x boleh.


Bukan nak kata budakni x perlu dimaafkan, budakni boleh dimaafkan, tapi dengan bersyarat. Tengoklah, dia permainkan agama, dia cakap Al-Fuxk, pastu, dia cakap dia malaikat, dia cakap lagi dia dia bukan orang islam. Dia kadazanla, apalah. Agak2, budak camni, kalau kita maafkan dia camtuje, kalau satu hari nanti dia nak buat lagi, dia buat lagi x??? Mungkin pasni ada ahli parlimen yang kenake, artis lain yang kenake, kita x taukan?? Bayangkan kalau kata seseorang tu mencuri, pastu dimaafkan camtuje, agak2 dia nak mencuri lagi x?? haa, fikir2..


 



Budakni baru form 2, pemikiran dia x betul. And pendapat orang, dia perlu dihukum atas kesalahan yang dia buat. X tau sama ada penjara merupakan alternatif yang betul. Tapi, dia perlu dimasukkan ke pusat akhlak kot budakni. Ke suh dia belajar agama islam lebih mendalam lagike. Ataupun suh dia masuk pusat2 yang sepatutnya. Sebab budakni perlu dididik. Dia kena tau kesalahan yang dia buattu, kesalahan besar. Bukan dengan cara dia mintak maaf, pastu dia dimaafkan oleh orang ramai and kes selesai. Kita tau ke x, sejauh mana dia insaf atas perbuatan dia tu?? Kita x taukan?? Sebabtu kita kena buat sesuatu tuk bagi dia insaf. Dia kena sedar kesalahan diatu supaya nanti budak2 lain takut nak buat cam apa yang dia buat.


Budak zaman sekarang, dorang kurang tau bab2 pendidikan islamni. Pe benda salah, apa yang boleh buat, apa x boleh buat. Jangan nak harapkan ustaz @ ustazah 100% tuk ajar dorang pendidikan islam kat sekolah. Kita ibu bapa kena ajar dorang jugak. Tapi, kalau ibu bapa pun buat dekje dengan hal pendidikan islam dalam mendidik anak, kemungkinanan jadi camtulah anak dorang nanti. Kepada bakal2 ibu, didiklah anak anda dengan berikan dorang pendidikan islam. Ajar dorang mengaji, bukan menyanyi. Ajar dorang solat, bukan menari.


p/s: kesni menyebabkan orang dah nampak budak2 yang bakal ku ajar satu hari nanti..(*_*)

-sekian, wasalam-

0

KONGSI award Nak??

SALAM MY FRENS~~ ^^ 
yay, dapat award!!

Tadi kemas2 blog, tiba2 nampak award seciput yang diberikan oleh si mira kepada daku. Mira, maaf. Dah berhabuk awardtu. Saya mintak yang baru boleh?? Jangan lupa ea, letak nama kita, kaler mesti gold shining2, pastu nak bentuk F tuk faina and last sekali letak duit kaler hijau yang mahaltu kat bawah awardtu eh?? hua3..giler demand punya budak. very the cheeeseee cake..ahaha...-ok, stop. normal kembali-
 
cantikke?? hehe 

Dah 2 minggu dah si mirani beriku award, tapi, saje tunggu berhabuk biar dapat mintak baru..=p Actually ada 2 orang beri saya awardni, satu si mira, satu lagi si jemari88. Nak dapat award, cam biasalah. Ada syarat2 serta peraturan ( macam masuk contestla pulak..). Syarat2 itu adalah:

1. Berterima kasih pada pemberi award dan link ke blognya
2. Berikan award ni kpd 15 blogger yang kamu rasa nak bagi
3. Maklumkan kpd bloggers bhw mereka mndpt award drpd kamu
4. 7 perkara tentang diri sendiri

ok, saya mulakan jawab dengan lafaz bismillah...hehe

Syarat pertama
Sob2, mira, jemari 88, terima kasih x terhingga bagi awardni. Dulu pernah dapat award, tapi hilang tah mana tah. So, kalau korang punya award hilang pasni sori ek.. hehehe.. apakah??? haha...

Syarat ke2
weyh, serius 15 bloggers?? oklah. saya sangat pemurah harini. Sape yang baca postni, kamu x dapat award lagi. Sila2lah ambil. Orang x kisahpun. Cuma, jangan lupa tinggalkan duit warna merah ea..hehehe..oklah, ambikjelah..tinggalkanje komen cakap korang nak awarni k??

Syarat ke-3
err...nak maklumkan camne?? nak bagi sapepun kita x tau...hehe.. oklah, korang siapa yang tinggalkan komen, orang akan pegi blog korang pastu cakap korang dapat award. baru special ckit x?? haha...

Syarat ke-4
Ok, yangni..sila alert ye kawan2...
7 perkara tentang si faina
a) PANTANG bangun tido terus breakfast. Memang kena pegi mandi terus. X suka busuk2ni...boleh ea ada orang tahan tengah hari baru nak mandi??-x bermaksud nak mengusik jiwa orang mana2-..hehe
b) Orang X BACA novel Melayu. Orang putih bacalah jugak cam harry pottertukan( giler demand). Sebenarnya kureng baca citer2 cintani. Tengok citer korea @ jepun xpe..hehe
c) Suka download lagu2 baru. Pantang dengar lagu baruje kat radio on the spot terus download. X sukalah lagu dah zaman tuk kaduk baru nak suka..hehe
d) Orang cakap saya MANJA. betul atau x, x taulah. Tapi, yang penting, kalau dengan mama, time nak godek2 mintak barang. Manja sihh..hek3~~
e) Along dengan tira slalu orang cam budak kecik. Tengok kartunlah, main dengan budak keciklah. Heh, x tauke orang tengah practice bersifat keibuan?? ngeh3..
f) Disebabkan orang ni kan pompuan terakhir dalam adik - beradik, and bawah orang ada 3 adik lelaki, maka orangpun tengok dan main game dengan dorang. Pokemon, Digimon, Doraemon. Segala mon-mon ni memang orang tengok lah...hehe – patutlah along dgn tira cakap org cam dak kecik-
g) Saya sangat  X SUKA orang MEROKOK!! ini memang pantang segala pantang. alhamdulillah adik2 x merokok. dan ehem, mr H saya..hehe


p/s: sape nak amik awardtu, amiklah..tapi komen kat cni yee...sebab orang nak terjah konon cakap korang dapat award!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top