Powered By Blogger
4

Link tentang Krisis Mesir...sharing is caring~


Salam semua. Actually ada benda lain nak update, but then semua orang post pasal Krisis Mesir. Jadi saya just nak sharekan beberapa link yang berkaitan tentang Krisis di mesir.

1) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan pada semua.

2) Whats happening in Egpyt explained

3) Krisis Mesir, Nasib pelajar kita
Jadi, kepada sesiapa yang mungkin mencari link-link tentang krisis di Mesir untuk dibaca mungkin boleh klik dan baca.

Update cepat-cepat. Semoga Allah s.w.t melindungi mereka. Aminnn...

nota kaki: x boleh bayang kalau saya di tempat mereka..

30

Pak/Mak Guard? Mengapa saya x suka mereka??

Saya x pernah pandang rendah akan pekerjaan sebagai jaga @ guard. Tapi, serius saya x suka sikap pak/mak guard kolej di UPSI. Kolej di UPSI ni ada 4. KHAR,KUO,KZ,KAB. Kolej yang berdekatan dengan rumah saya ialah Kolej Ungku Omar(KUO) dan Kolej Harun Aminurrashid(KHAR). Dan saya paling benci dengan sikap pak/mak guard KUO. Mahu tahu mengapa?


Situasi 1:

Benda ni berlaku pada sem lepas. Di mana saya perlu siapkan assignment dengan segera sebab ada banyak perubahan bila tunjuk pada lecturer. Jadi bila dah terpaksa siapkan assignment, partner assignment saya yang duduk di KUO suruh datang siapkan kerja di rumahnya sebab roommate dia tiada. Jadi, xpelah. Datang je lah kolej. Lagipun sesiapa yang duduk kolej x dibenarkan keluar masuk selepas pukul 12.

Sebab pada pukul 10 malam -1 pagi dah siapkan assignment lain, waktu tu kami berdua nak masuk ke KUO. Tapi sebab saya pergi ke rumah mengambil barang-barang saya, jadi partner assignment saya sudah masuk ke Kolej dan tunggu di hadapan pintu masuk. Sebab saya dah lewat sedikit, maka sewaktu nak masuk Kolej, Mak guard bertanya.
Assignment ONLY

Mak Guard: Nak pergi mana dik?
Faina: Nak buat assignment dekat rumah kawan, nak kena hantar esok.
Mak Guard: Awak duduk Kolej ke?
Faina: X, saya duduk luar.
Mak Guard: Saya nak tanya awak, awak datang buat assignment je ke, atau tidur sekali?

(Dalam hati tu cakap, mak cik ni ada otak ke xde. Skang dah pukul 1 pagi, buat assignment ingat 10 minitke? Mestilah dalam pukul 4-5 pagi baru balik)

Faina: Tidur sekali kot.
Mak Guard: Awak tahu x orang luar x dibenarkan ke duduk Kolej?
Faina: (Senyapppp…)
Mak Guard: Pukul berapa agak-agak siap assignmentnya tu?
Faina: Dalam pukul 4-5 pagi kot.
Mak Guard: Haa, kalau macam tu dah siap balik, jangan tidur dekat Kolej.
Faina: Dalam hati..(Giler ke nak suruh anak dara balik pukul 4-5 pagi. Lepas subuh orang baliklah)

Waktu tu giler sakit hati dengan Mak Guard tu. Ingat orang nak ke tidur kolej tu sangat? Tidur kat rumah lagi bagus. Tapi nak buat macam mana, dah kena siapkan assignment. Dah alang-alang tu tidurjelah sekali. Bukannya tidur kolej lelaki pun. Grrr…Serius menyirap.

Lepas siap assignmenttu ada saya balik pukul 4-5 pagi? Tolonglah! Dengan suara anjing menyalak-nyalak memang saya tidur je kat bilik kawan saya tu. Dalam pukul 8.30 pagi baru saya balik. Itu kisah Mak Guard, sekarang hal Pak Guard pulak. Baru je jadi pagi tadi.

Pak Guard yang ku benci

Situasi 2:

Kawan saya sudah pulang ke kampung sebab cuti raya cina punya pasal. Dan saya masih tidak pulang kerana ingin berjumpa lecturer bertanya tentang perihal assignment dan proposal. Jadi kawan saya minta saya tinggalkan lab coat pada pak guard sebab ada kawan lelakinya yang mahu pinjam, mungkin nanti kawannya akan datang ambil pada pak guard tersebut.

Semasa saya datang bertanya pak guard:

Faina: Salam pak cik, kalau saya nak tumpang tinggal barang ni boleh? Nanti ada kawan saya datang ambil jap lagi.
Pak Guard: Apa barang-barang? Xde sape boleh letak barang dekat sini!
Faina: Xde, ni kawan saya punya. Dia mintak tolong tumpang kat cni sebab nanti kawan dia nak datang ambik jap lagi.
Pak Guard: Kawan awak tu mana!
Faina: Dia dah balik kampung.
Pak Guard: Kalau macam tu bagi balik kawan awak tu. Xde-xde nak tumpang barang. Nak pergi ambik sendiri.
Faina: Erm, xpelah pakcik. Xpe-xpe. Xpe-xpe. Saya x tumpang pun barang kat cni. Xpe-xpe.

(Sila kira berapa kali saya cakap xpe-xpe. Ahh, geram giler. Kalau kata elok-elok xpelah. Lagipun bukannya nak tumpang letak dadah ke apake, lab coat je pun)

Selepas tu saya blah dari ctu dengan mengucapkan xpe-xpe…xpe-xpe..

XPE..XPE..XPE..

Puas!
Sekian terima kasih.

Nota kaki: Budi bahasa budaya kita tu ada pengecualian kepada Pak/Mak Guardke? X taulah pulak!

20

Google Translate? Berguna ohhhhh!!


Google translate? Selalu jugaklah guna kalau kata ada benda yang saya x faham. Untuk buat karangan bahasa Inggeris juga pernahlah jugak saya gunakan. Hehe. Tapi harap maklum, untuk rumus-rumus Fizik memang saya x dapat gunakan Google translate ni.

Pagi-pagi saya tengok ada anonymous yang mengomen dalam salah satu post saya iaitu Radiasi Laptop? Bahaya kalau kamu mengandung!. Anonymous ni komen xdelah romantik macam dalam post ni: Anonymous ni romantik? Tapi dia komen buat saya tertanya, apo ko bondo dia tulih ni? Hehe. Mana x nya, dia komen macam ni:

Kap kun kap kah??

Jadi, saya pun cuba menggunakan Google Translate yang akhirnya berbunyi begini komennya:

Oh, bukan kap kun kap.. Tapi bahasa Rusia. Hehe...

Lihat. Sekarang baru saya tahu ada orang Rusia baca blog saya. Kan terkembang sudah. Hak3. Jadi, pengajaran yang saya dapat kali ni, ingin menulis blog dalam bahasa Rusia bagi mempertingkatkan pembaca Rusia

Eh silap, pengajaran yang saya dapat sebenar-benarnya kali ni ialah, gunalah google translate dalam apa jua keadaan. Haa, baru betul. Hehehe.

Nota kaki: Mungkin post tu orang Rusia tu translate pi bahasa dia apa nak bagi faham?

18

Teknik Menyuap??? FAIL!!

Mood ketika ini: Sangat keletihan kerana baru pulang dari kampungku tercinta.

3 hari x sempat baca post kawan-kawan sebab kepenatan baru balik dari Kluang, Johor. Kenapa balik ke Kluang ea? Sebab kena menguruskan hal macroteaching di sekolah iaitu harus mengajar Fizik di sekolah untuk 2 masa. 

Mengajar dengan cara menyuap memang senang. Contohnya, terus beritahu pelajar bahawa P = F/A. Bererti Tekanan = Daya yang dikenakan/ Luas untuk 1 unit. Tapi, kalau lecturer saya tahu saya mengajar seperti itu. Bererti FAIL untuk kamu.  Lecturer saya mahukan bakal cikgu Fizik mengajar seperti ini:

Situasi: Mengapa kaki seseorang lebih sakit jika orang yang memijak kakinya memakai kasut tumit tinggi berbanding memakai kasut sukan?


Jawapan: Saya perlu guide pelajar sehingga mereka sendiri tahu konsep tekanan dan keluarkan sendiri rumus ini:

Agak sukarkan? Bagi saya. Ohh, sangat sukar! Teknik menyuap, kulum, kunyah dan telan lebih senang. Tapi bila perlu mengajar sebegini, begitu mencabar rupanya.  Tapi apa perlu buat, lecturer saya mahukan cikgu Fizik lepasan UPSI semuanya boleh mengajar cara ini yang juga dipanggil induktif inquiri. 

Ahh, x mahu cakap lagi pasal ini. Bantal dan tilam seolah-olah memanggil dengan begitu sedap sekali. Tilam yang ku cakap x berapa empuk bila mata sudah memanggil, nampak seolah-olah seperti tilam 5 star hotel. Hek3. 

kroh..krohh..krohh..

Ok lah, sebelum beredar, surat atau bukti menunjukkan telah diberikan kebenaran oleh pengetua sekolah. Terima kasih pengetua. :)

Ketaq kot masa jumpa pengetua...


Nota kaki: Semoga semuanya baik-baik sahaja.

16

Bila bakal cikgu design baju? Sila lihat ke"matangan" kami!

Semester ini, untuk subjek pendidikan, saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa anjurkan satu program berkaitan dengan Fizik untuk budak-budak sekolah menengah. Jadi, sekolah yang kami pilih ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang.

InsyaAllah program tu akan berjalan dalam 25-26 Februari. Maka yang jadi isu group kami ialah pemilihan baju untuk program tersebut.

Majoriti perempuan nak warna pink. Tapi yang lelaki 5 ketul semua bangkang. Last-last kami ambil warna biru turquoise. Dan yang lawaknya, design baju untuk program tu yang sangat x boleh blah. Nak tengok??

VOTE UNTUK BAJU PILIHAN ANDA!
(Boleh pulak macam ni?)

Ni lah yang jadi kalau budak lelaki yang design. Hek3. Apa barang naruto, one piece, power rangers? Cubalah letak barbie doll ke, dora the explorer ke, powerpuff girls ke, kalau x pun strawberry shortcake. Baru lawa. Hahahahahaha. Ok, gelak kejam kat situ.


Jadi, buat masa ni, pakar-pakar designer sedang dalam proses pergaduhan dalam pemilihan gambar yang harus diletak. Apa-apa pun, saya x kisah, yang penting, bukan gambar ultraman, spiderman, kluangman atau mungkin cicakman.

Nota kaki: Setakat ni ramai yang nak power rangers, kalau tukar dengan Sailor Moon ok x? Hek3. Nampak x kesan panjang bila kitorang belajar Fizik?? Hua3. 

p/s: Layan lagu ni jap jommmmmmmmm.....

image signature

36

Kisah Cinta budak 6 tahun dan 8 tahun?

Saya x suka cinta monyet. Kenapa? Sebab x pernah ada orang suka saya masa saya kecik. Menci! Ahaha. (Ok, saya gurau)

Tapi macam biasalah, kalau orang x suka kita, kita sukalah pada orang. Nanti mana tau dia suka kita balik ke kan? Boleh percaya ke benda ni? No no no.

Tapi kamu mahu tau x cerita monyet saya?

Bila budak kecik dah pandai fikir kawen...Grrr

Cerita 1
Umur: 6 tahun
Tempat: Tadika kat Pandan Indah (lupa dah nama dia)

Seorang budak laki ni suka saya. Satu hari tu masa dia duduk sebelah saya , dia pegang tangan saya. Dia cakap, “Farah, nanti dah besar kita kawen ea? Nanti kita akan ada 20 orang anak”. Saya ketika itu tergamam. Dalam hati berbisik, “20 orang anak? Banyaknya”.

Tapi masa tu saya kecik lagi. Nak tau x saya ingat para ibu semua melahirkan macam mana? Saya ingat dorang semua bertelur macam ayam. Ahaha. Patut saya x kisah kalau lahir 20 anak masa tu. Tapi kalau sekarang andai ada jejaka berkata sebegitu pada saya, mungkin saya akan cakap, “Apa kata awak lahirkan separuh??”. Hahahahahaha (Faina, jangan over!)

Teringat saya sangat....tomboy..erghh

Cerita 2
Umur: Darjah 2
Tempat: Sek Keb Jalan Pasar 2 (tapi bukan kat pasar ye)

Seorang budak laki bernama Salam (yang ni saya ingat nama dia sebab nama dia senang nak ingat). Hehe. Ok, budak ni putih giler melepak. Kalau saya cubit dia muka dia merah giler. Macam mana saya tau? Sebab saya pernah cubit dia. Ngee, :D …. Hehe. Saya selalu dengar kawan baik dia cakap, “Farah, Salam suka kau lah”. Bila saya tau Salam tu suka saya, saya suruh dia mengaku. “Salam, ko suka kita ea??”.

Bila dia senyap saya cubit tangan dia sampai dia nangis. Bila dia nangis, still x jawab jugak. Saya dah cuak sebab tangan dia dah merah. Lepastu saya cakap dekat dia macam ni, “Salam, kalau suka kita senyap je ea?”Dia senyap, lepas tu saya cakap, “Haa, kan senang. Kalau kita tau awal-awal Salam suka kita mesti kita x cubit”. (Ada ke budak macam ni??)

Perhatian: Saya sangat tomboy masa kecik. Sebab tu lepas pindah Johor mak saya hantar saya pergi ke sekolah perempuan je semua. Semua perempuan. Maka jadilah perempuan yang sopan santun kini. Hak3. Sila muntah.

Nota kaki: Bila teringat zaman saya kecik-kecik, mesti gelak sorang-sorang. Hua3.

p/s: Perluke saya cerita cinta monyet sek menengah? Cam xde je. (*_*)
image signature

26

Lelaki suka tidur petang dapat kurangkan kesuburan?? Haaa..sila baca....

Lelaki, kurangkan tidur petang ye..=D

Tido petang? Bolehlah. Saya jenis yang kalau tido petang, tido 1 jam cukuplah. Kalau x tido lagi baik. Tapi, disebabkan saya seorang perempuan, makanya x mengapa saya tido petang pun. Yang menjadi masalah adalah pada kaum lelaki.

Kenapa lelaki eh??

Saya dapat email yang mengatakan bahawa lelaki x digalakkan untuk tidur pada waktu petang. Kenapa? Sebab boleh membawa kepada INFERTILITY. Atau bila saya translate dalam bahasa melayu bererti ketidak suburan. Jeng3. Hehehe. 
Jangan biarkan sperma anda berkurang!

Alasannya? Kononnya bila lelaki tidur lama pada waktu petang, nanti bila waktu malam nak tidur susah. Apa kena mengena susah nak tidur malam dengan ketidaksuburan eh? 

Jawapan: Bila lelaki susah nak tidur malam, hormon mereka akan terganggu. Dan dalam hal ni, hormon testosterone yang akan terganggu.

Apa itu hormon testosterone? Jawapan: Hormon yang bertanggungjawab menghasilkan sperma. Jadi, kalau mahu sperma anda banyak berjuta-juta lemon, kurangkanlah tidur pada waktu petang agar pada waktu malam anda dapat tidur senyenyak-nyenyaknya seperti seorang bayi. =D

Nota tambahan: Penghasilan hormon testosterone adalah optimum ketika anda tidur.

Lepas ni kalau mahu cari lelaki, cari lelaki yang x suka tido petang. Ahaksss!!

Nota kaki: Tiba-tiba terasa seperti cikgu Biologi. Hehehe
image signature

26

Selepas mintak TOLONG, ucaplah TERIMA KASIH....

“Fatimah, nak mintak tolong belikan Nasi Goreng Ayam boleh? “
“Boleh je…”
“Thanx ea timah, sayang kau..=)”

Ayat yang biasa kita dengar bila kita mintak tolong dari sesiapa sahaja. Dapat idea saya nak cakap tentang apa?? Saya nak cakap pasal amalan berterima kasih.

Thanx...=)

Saya kenal seorang budak, yang kini boleh saya panggil budak itu kawan. Seperti kawan-kawan yang lain yang kalau biasanya bila mintak tolong, pasti akan mengucapkan terima kasih bukan?

Tapi…

Kawan saya ni susah nak sebut perkataan terima kasih. Saya x tau kenapa. Kadang-kadang terfikir, susah sangat ke nak ucap TERIMA KASIH??

Kawan saya ni, kalau nak mintak tolong, memang dia antara list yang menduduki carta nombor 1. Tapi, selama saya menolongnya, tidak pernah dia mengucapkan TERIMA KASIH. Bukan apa, kalau orang dah tolong, apa salahnya ucap Terima Kasih. X susah pun, amalan yang mulia kan?

Hari tu masa saya baca buku, ternampak ini:

Sabda Nabi s.a.w,

“Tidak dianggap mensyukuri nikmat Allah, jika seseorang itu tidak berterima kasih kepada manusia lain yang berjasa terhadapnya”

--Riwayat At-Tarmizi, Ibnu Hibban dan Abu Daud—

Ermm, kawan saya sekarang tu macam mana ea?? Entahlah, lost contact dengan dia. Cuma saya berharap agar mulutnya mudah mengucapkan terima kasih 1 hari nanti.


Nota kaki: Sesiapa yang sudi menjenguk blog ni, saya ucapkan TERIMA KASIH..=)

image signature

16

Boy? Girl? Apa-apa je lahhh....

Saya rasa aura jadi pengapit belum pun hilang lagi. Warna kuku kat inai pun masih ada lagi walaupun tinggal sipi-sipi je la. Hehe. Tapi, haritu dapat berita baik dari Along saya. Yup..berita baik yang mengatakan saya bakal bergelar Auntie Farah. Hehe. Bererti Along saya sedang mengandung. Alhamdulillah..=)

Along saya cakap kena panggil Mak Lang. Tapi saya rasa nama tu sangat x sesuai dengan saya. (Boleh pulak macam ni). Jadi, kalau baby tu keluar, sila panggil Auntie Farah k. Auntie Faina pun boleh. Hehehehe.

Hari tu saya berborak dengan housemate saya, Mira perihal hal pregnant ni lah. Sebab Along saya tanya, nak boy ke girl? Saya cakap x kisah. Kemudian saya dan Mira bersembang tentang ini:

Ni boy ke girl ni? Konpius.Hehe

Mira: Aina, x silap aku lah, kalau sperma melekat masa tengah subur, dapat baby girl.
Aina: Ye ke? (Dengan penuh keterujaan)
Mira: Kalau x silap lah.
Aina: Kalau baby boy?
Mira: Kalau baby boy, x silap aku kalau kata sperma melekat 1 week after subur, dapat baby boy.
Aina: Waaaaaaaaaa....

Conclusion? Dia budak Biologi, saya budak Fizik hanya dapat berkata "waaaaaa" kerana saya baru dapat tau pasal benda ni. Hehehe.

Apa-apapun tahniah Alongku. Semoga baby yang bakal lahir nanti cukup dari segi fizikalnya, sihat dan akan jadi anak yang soleh/solehah. Aminnn. 

Rasulullah pernah bersabda,

"Mana-mana wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya...Apabila ia melahirkan anak dan menyusukan anaknya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susu(yang diminum anaknya) Allah balas dengan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya (yang sekejap-sekejap terjaga, menangis lantaran lapar, sakit dan sebagainya), maka Allah beri dan tambah lagi pahala sama seperti membebas 70 orang hamba dengan ikhlas."

--Riwayat At-Tabrani--

Lupa nak cakap, saya nak minta maaf sebab x dapat update selalu. Buzy sangat sem ni. Ada proposal untuk thesis yang perlu disiapkan, projek, dan macam-macam lagi. Tapi ada masa terluang InsyaAllah saya update.

Nota kaki: Minggu pertama kuliah, sudah ada 3 assignment. Chaiyok faina!

10

Berita baik....Jeng3


Saya rasa mahu senyum sepanjang masa..=)

Sebab ada berita baik...Sebab saya bakal.....Jeng3...

nota kaki: Sape dapat teka berita baik apa??

P/S: Keletihan kelas 4 jam direct. Mahu rest...
image signature

16

Anonymous ni romantik??


Bila kita update post baru, post tentang apa-apa pun, pasti kita inginkan blogger untuk komen dalam post tu. Saya juga macam tu. Tapi selalu ada beberapa blogger yang buat saya tersenyum tatkala melihat komen mereka yang kelakar mungkin. Hehehe. Siapakah gerangan blogger itu? Ermm....Biar saya tau sendiri cukup. Hehe.

Tapi kadang-kadang bila tengok komen dari anonymous, buat saya tertanya siapakah gerangan yang mengomen ni? Mana x tertanya2, aritu dapat komen macam ni dari anonymous. Sila lihat betapa "romantik" anonymous ni.


Err, romantik x?? Cepat mengaku siapa kacau saya ni? Haih, komen ni buat saya tido x lena, mandi x basah, makan x kenyang. Wahaha, ok saya gurau. Esok last day saya cuti, kemudian kuliah akan bermula seperti biasa. Blog juga, insyaAllah xde cuti-cuti lagi buat sementara waktu. Hehe.

nota kaki: Apa romantik2 ni?? X faham...haha
image signature

12

2011...Semoga tahun ni bertambah baik dari tahun lepas,=)


Hari ni 1/1/11. No yang cantik, tapi saya x suka sebab xde 989. Hehehe. Bila tahun baru ramai yang akan bercakap akan azam baru pada tahun ni. Jadi, tiba-tiba saya berfikir apa azam baru saya. Azam baru itu banyak, tapi kalau x berusaha, confirm x dapat. Betul x? Apa yang saya harapkan pada tahun ni ialah agar tahun ni bertambah baik dari tahun lepas.

Bila bertambah baik dari tahun lepas, bererti, rezeki bertambah dari tahun lepas, ilmu juga bertambah dari tahun lepas, pahala juga bertambah dari tahun lepas dan semua yang baik-baik harus bertambah baik dari tahun lepas. Tapi, cuma 1 je yang saya harap ia berkurang dari tahun lepas. Iaitu......Berat badan saya. Hehehe. Cuti sebulan punya pasal menyebabkan berat badan meningkat sedikit. Hehehe.

Oklah, saya dah malas nak tulis panjang-panjang. Ada banyak benda yang nak diceritakan, tapi x tau kenapa mood tu lari ckit hari ni. Mungkin sebab dah lama x update. Hehe. 

Lupa nak cakap, SELAMAT TAHUN BARU 2011!!

Nota kaki: Alhamdulillah, result exam aritu dapat dekan, =)
image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top