21/11/2010. Kenapa dengan tarikh tu? Bukan tarikh birthday saya sebab birthday saya 9/8/89. Ok, saya bagi tau sekarang 21/11/2010 ialah tarikh kakak saya kahwin. Banyak pengajaran yang saya dapat daripada perkahwinan kakak saya. Eh? Pengajaran? Haah. Mahu tau pengajaran apa saya dapat? Jom…
Pengajaran yang saya dapat:
Pertama: Jangan pakai inai over-over.
Kenapa?
Pada suatu hari, kawan mama saya datang. Dia datang awal dari hari sepatutnya sebab x dapat hadir pada hari Ahad. Makanya, saya yang pada ketika itu dalam kegedikan baru lepas memakai inai. Keluar untuk bersalam dengan kawan mama saya. Masa nak salam kawan mama saya, kawan mama saya cakap, “Ni ke pengantinnya?”
Saya jawab, “Eh, x lah. Saya adik pengantin.” Dalam hati siapa tahu mahu je saya jerit, “Nak jadi pengantin jugak”. Hehehe.
Kedua: Jangan pakai comel-comel. Pakai biasa-biasa cukup.
Kenapa?
Pada hari pernikahan Along saya, memang ramai tetamu yang hadir. Dan kawan mama saya ada yang datang hari tu. Memang mak saya femes betul lah. Jadi, seperti biasa, selepas siap-siap pakai biasa-biasa comel-comel, saya pergi bersalaman dengan kawan mama saya. Benda yang sama berlaku, kawan mama saya tanya, “Ni ke pengantinnya?”
Seperti biasa saya jawab, “Eh, x lah. Saya adik pengantin.”
Nasib masa Hari Persandingan Along saya xde siapa cakap saya pengantin lagi. Mood ketika ini: Sedih. (Sangat poyo)
Nota kaki: Ni mesti terkena tempias aura pengantin Along ni.
20 korang POT PET:
haha..kawen je skali ptotnye :P
hehe..
xla,giliran kamu plak jadi penganti.. :D
pengantin ..siapa yg tidak ingin sgera menghalalkan cintanya ^_^
awat x kata saya bakal pengantin jgk makcik tapi lagi 4 tahun akan dtg =p
@kAMIL[ace]tm: haha..kalau boleh memang nak!!
@AidaAzryn: jadi pengganti pengantin mmg saya mau...hehehe
@azzaynal aljauziy: tau xpe..yang halal tu lah yg berkat..hehe..=)
@amirah: takut x confirm nn buat malu jeee..hehhe
aina,cakap la..
"a'a...saya pengantin punya adik..."
hihi~
Last pakai inai.. masa majlis kawen sendiri jer.. pastu x sentuh dah inai.. masa nikah langsung taknak pakai inai.. Ntah la dik.. akak segan skit. Pakai pun sebab nak kawen jer
@imiaisha: tu la no..dah silap cakap..haih..haha
@THE LEKAT LEKIT STORY: akak x suka pakai inai ke? wau, jarang jumpa perempuan macam akak..hehe
hahaha.. sengal btoi!
ni mesti kes tak sabar nak kawen jugak la nie.. haha.. ;-p
@Solihin Zubir: apa sengal2??
:P
eh, mana tau ni??
:P
hehe..mane la taw pas ni jdoh si adik plak
@Cik Su: aminnnn...hehe..laju je...hehe
kawen skali la faina. hee
kawin sekali. semua orang cakap mcm tu. haha
@maCy: x boleh..calonnya xde..hehhee
@iqbalsyarie: (-_-)..haha...kalau boleh memang saya nak!
Post a Comment