20

Bila Nabi kita diHINA, sila REPORT page ni!!

Hari tu saya share pasal group I’m Proud To be A Muslim yang diselenggara oleh Laknatullah yang bertujuan menghina ISLAM. Kali ni ada 1 group yang menghina Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w . Nak tahu apa nama group tu? Muhammad SAW bukan NABI, melainkan B***(Sila klik)

Saya rasa macam nak bunuh je orang  yang hina nabi kita. Nak tengok group tu?


Sangat kurang ajar. Dah lah Islam dituduh sebagai pengganas. Lepas tu cakap, lukis dan tulis macam – macam pasal nabi kita. Sangat kurang ajarlah.

Group ni kalau tengok wall dia memang x aktif macam I’m Proud To be A Muslim tu lah. Tapi still dia HINA nabi kita. Gambar profile picture tu je dah sangat kurang ajar. Belum lagi gambar yang diletak under photos group ni.

Jadi, mari BERAMAI-RAMAI REPORT page ni. Nak report pasal page ni boleh pergi kat belah kiri bawah sekali.

When you attack black peolple,they call it racism. When you attack Jewish,they call it anti-semetism. When you attack women,they call it sexism. When you attack jomosexuality,they call it intolerance. When you attack a country,they call it treason. When you attack a religious sect,they call it ‘hate’. But when they attack the Prophet Mohammed,they call it freedom of speech.
(Adil ke??)

Saya petik dari blog ini yang menulis tentang bila Rasulullah kita dilukis oleh pelukis Denmark.

Jadi, mari ramai-ramai report page ni. X kan kita nak biar nabi kita dihina? Anda ada 2 pilihan. REPORT atau tengok sahaja?

sekali lagi, ni link dia: http://www.facebook.com/group.php?gid=122883457753694

nota kaki: Wajib bagi seseorang yang bergelar Islam itu berdakwah.

image signature

18

Bila 6 minggu x jumpa adik saya!!

Baru 6 minggu saya x jumpa adik saya. Lagi 2 minggu mungkin baru saya dapat jumpa family saya. Tapi, bila tengok adik saya upload gambar kat Facebook, dalam hati berbisik, " Aik, dah lain dah?"

Mana x lainnya, style rambutnya berubah. Mahu tengok perubahan rambut adik saya?

ada yang kata adik saya hensemke? kalau mahu kata, kata senyap2, nanti dia perasan, =p

Keterangan gambar:

A: Sebelum saya kembali ke UPSI, adik saya potong rambut style macam ni. Mahu tahu reaksi adik bongsu saya? "Eeee, ni bukan abang danial, abang danial xde rambut macam rumput" Haha. Memang saya gelak kuat2.

B. Before raya, rambut dia macam tu. Saya x berpeluang nak tengok style rambut dia macam tu. Tapi, lagi ok dari rambut rumput dia tu. Ngeh3.

C. Ok, yang ni rambut dia masa raya hari tu. Bajet memang nampak hensemlah kan. Hehehe. Masa ni baru dapat jumpa dia setelah hampir 9 minggu x jumpa family.

D. Ok, yang ni baru jugak kot. Sebab dia tukar profile picture dia kat FB 3 minggu lepas kot. X silap dia ada pengakap punya event masa ni. Dalam hati, macam style budak sekolah pun ada. Hehe.

Ok, skang dah tengok semua style rambut dia sebelum ni kan? Skang tengok yang latest kot saya rasa. Semalam baru saya tengok kat FB. Tengok ni:


ok, kenapa dia nampak hensem pulak ni?
(saya tersilap membezakan misa & janggut)

Haih, lelaki memang suka tukar - tukar rambut kot. Sama macam perempuan suka tukar - tukar style tudung. Lagi 3 minggu akak saya akan kawen. X tau lah style rambut dia masa tu nanti macam mana. Kita tengok je lah nanti!!

nota kaki: Itu baru sorang adik laki. Saya ada lagi 2, ntah - ntah dorang pun tukar style rambut!
image signature

10

Bila Kakak Saya ingin berKahWIN~~

Walaupun saya buzy dengan pelan rancangan mengajar, blog tetap saya bukak. Facebook tetap saya jenguk walaupun pada hakikatnya esok saya ada kuiz dan test. Aih, sempat update lah pulak. Hehe.

Tepat pukul 8.30 malam, saya bukak Facebook. Bila bukak, “eh, along dah tag la gambar ni”. Mahu tahu gambar apa? Jeng3, ini dia:

Yes, kakak saya nak kawen..=)

Ya, akak saya akan berkahwin x lama lagi. Dan antara sedara mara belah mak bapak ayah atuk nenek semuanya, akak saya yang paling awal sekali berkahwin. Ehem, kalau diikutkan saya juga mahu jadi paling awal, tapi nak buat macam mana, x kan nak langkah bendul Along saya pulakkan, :p .

Kurang dari sebulan saya akan mempunyai seorang abang ipar. Saya lagi suka kalau ada abang sayang, ;p. Bila Along saya akan kawen x lama lagi, teringat seorang sedara saya pernah bercakap, “Antara sedara mara, mesti akak ko punya lah yang akan kawen dulu.” Aik, masinnya mulut beliau, mengapa x cakap saya yang akan kawen dulu? (Mood: hampa). Haha.

saya tahu sedara saya mahu kawen dulu. Tapi apa boleh buat? 


Oklah, x nak cakap banyak – banyak, nak kena study untuk kuiz nuclear + test astronomy esok. Doakan saya ya..=)

Sebelum mengundur diri, mahu lihat gambar kami sedara mara masa kecik? 


oh, comelnya saya..=)

nota kaki: dulu masa kecik kitorang rapat sangat, sekarang bila jumpa, mak aih...segannya..hehe
image signature

14

K. a. W. e. N ???

Suami: "Sayang, sayang sempurna bagi abang. Sayang gebu, sayang comel, suara sayang manja. Sayang dah buat abang tergoda dengan sayang tau. Abang x pernah rasa macam ni dekat perempuan lain".

Isteri: Sayang, ayang x sempurna pun, tapi ayang nak sempurnakan diri ayang tuk sayang. Sayangku, I love u..=)

(tiba - tiba lagu Maher Zain, For The Rest of My Life berkumandang)

Ok, cukup. Motif dialog? Saje? Kenapa? Saya jelez kawan saya nak kawen sebenarnya. Hehehe.

Kepada Sarah Tomeng. Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat dengan si dia..=).. Ramai yang bercakap, “Weyh, dia dah la comey, nanti dapat anak, aahhhhh, comey2”. Dialog biasa gadis yang belum dapat berkahwin tapi gedik mahu kawen. Haha.

bakal pengantin yang berwarna itu. Hehe
(saya cilok dari blog Ruby)

Sarah Tomeng ni bakal cikgu Biologi. Walaupun kos lain-lain, tapi kenal takat2 gitu jadilah. Xpe, yang penting saya dapat jemputan dari dia. Ngeh3. (Cakap macam saya pergi, memang nak pergi, tapi kelantan jauhhh oh)

Nota kaki: Normal bila saya tengok gambar kawen, saya dan ain fathihah akan menjerit, “Ahhh, nak kawen jugak”. Ngeee..=D
image signature

27

i'm Proud to be a muslim? Tolong UNLIKE!!

Peringatan: Kalau kata ada orang invited anda untuk like certain – certain group kat Facebook, tengok dulu groupnya, jangan main2 like. Kenapa? Sebab ada 1 group iaitu: I’m PROUD TO BE A MUSLIM (sila klik) yang sebenarnya diselenggara oleh Laknatullah yang bertujuan menghina ISLAM.

Nak tengok x fan page tu??

Sila lihat apa yang dia tulis..Kurang ajaq!!!.Kalau view gambar tu betul2 lagilah kurang ajaq!!!


contoh gambar kurang ajaq!!

Kalau anda lihat photo - photo yang ada kat page ni, memang kebanyakannya banyak gambar yang menghina nabi kita. Geram bila tengok!!

So, kepada sesiapa yang kawannya ada like page tu, bagi tahu kawan anda supaya UNLIKE balik page tu. 

Lagi 1, jom pakat ramai – ramai REPORT PAGE Ni. Cari kat bahagian tepi side kiri bawah sekali.


nota kaki: semoga mereka dapat balasan yang setimpalnya nanti
image signature

30

Barang Yahudi yang menjadi ikutan kita~

Sekarang ni jadi trend kita dapat maklumat kat FB lepas tu kita share - share balikkan? Haa, sama yang macam saya buat, cuma saya share benda yang mereka share di blog. Hehe. Jom tengok apa yang saya dapat tahu:


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya x elok makan banyak sangat.

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.




 3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.




4. McDonalds adalah antara salah satu fast food yang kerap orang makan walaupun pada hakikatnya ramai orang tahu McDonalds x elok. Nak tahu kenapa? Sebab McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.



6 . Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


nota kaki: saya dah la suka giler soya..haih, kena cut off pelan2 la pasni..huhu..(T.T)

image signature

10

EVoLuSi ShaWl

Dulu tudung. Lepastu tudung bawal. Lagi, tudung ariani. Sekarang? SHAWL!!. Shawl ni kalau x silap penyanyi Yuna yang start gayakan bukan? Lepas tu memang meletup bagai da bomb bila para remaja start tiru pakai shawl. Bila tengok sekarang, mak cik -  mak cik pun ada yang dah pakai shawl.

Saya bukan nak bercerita pasal sejarah pemakaian shawl ni start. Cuma nak menunjukkan beberapa evolusi shawl yang berada di market sekarang. Shawl kepada pashmina. Lepas tu ada macam2 jenis. Dari ke shawl sunshine ke shawl 2 tone, shawl macam2 lagilah. Lupa nak habaq, saya x jual shawl naaa…Hehe.

Shawl dan pashmina sekarang ni memang dah biasa dah tengok, cuma corak dia lain ckit. Tapi semalam bila tengok shawl baru dari website ni: RADIUSITE, memang waa....lain giler. Hehe. Pelik + cantik  = orang cakap, fuyooo..hehe. Jom kita tengok..=)

style tudung macam ni ok lagi. x PELIK lagi..hehe

yang ni, ok lagi..hehe

yang ni memanggg cantikkk..

cantik memang cantik...harga dia lagiiii cantikkk..hehe

skang kita tengok yang memang pelikk tapi cantikkkk...

v
v
v
v
v

huaaaa...

yang ni pun wauuu..pelik! tapi cantikkk!!

Haaa, lawa kan? So, sesiapa yang nak beli boleh pergi website dia kat cni: RADIUSITE...
If nak like page FB dia kat cni..=)..: http://www.facebook.com/Radiusite

nota kaki; baru nak berjinak2 pakai shawl. Hehe
image signature

18

Demi Segulung Ijazah~~

Sebagai seorang pelajar sains sememangnya assignments sentiasa beratur menunggu giliran untuk dipersiapkan satu persatu. Satu habis, datang lagi 1. Memang x pernah berhenti, kadang-kadang minggu study week pun masih ada assignment yang diberikan oleh lecturer.

Rumah sewa yang dihuni oleh saya mempunyai 3 kos pendidikan yang berbeza. Iaitu pendidikan Sains(fizik,biologi & kimia), pendidikan Bahasa Melayu, dan juga pendidikan Sejarah. Kadang2 saya jelez melihat housemate yang mengambil bukan pendidikan Sains kerana mereka boleh tidur seawal jam 10 malam dan paling lewat 12 tengah malam. Saya? Pukul 2-3 pagi baru saya dapat tido.

Bila tengok jadual kelas mereka yang hanya mempunyai 1 kelas sahaja setiap hari memang menambahkan kejelesan saya kerana mempunyai kelas yang pack setiap hari. Sekarang sudah masuk minggu ke-13. Masih ada roket air yang perlu saya buat, masih ada test yang menunggu, dan masih ada assignment serta tutorial yang menuggu giliran untuk disiapkan.

Kadang2 diriku tertanya mengapa lecturer mereka x berikan mereka kuiz seperti kami? Mengapa x berikan test seperti kami? Mengapa x berikan assignment yang berlambak seperti kami? Mungkin ada yang tertanya mereka xkan tiada assignment langsung? Jawapan saya, mereka ada assignment kumpulan dan individu, tetapi mereka tiada kuiz dan test seperti kami.

Mula-mula memang rasa jelez. Lama2, saya redha. Kini bila ada assignment saya masih boleh tersenyum membuatnya walaupun ketika itu mereka bergelak ketawa menonton movie serta membaca novel. Mahu tips? Saya selalu berfikir seperti ini: “Faina, bila ada banyak assignment, bermakna lecturer mahukan kau dapat pengetahuan yang lebih” Bila fikir balik, betul jugak. Kalau tidak masakan saya mengetahui bahawa microwave oven boleh menyebabkan kamu mandul.

Teringat kata-kata lecturer saya, “Nak dapat ijazah bukan senang, kalau kamu boleh dapat segulung ijazah dengan senang, bermakna ijazah itu tidak bermakna”


rakan seperjuanganku..=)

nota kaki: perlu off laptop kerana ada kuiz nuklear esok
image signature

17

Perlu Tahu...JIKA ANDA PERNAH TERTELAN MAKANAN YANG X HALAL!!

Kita kalau nampak restoran ada logo halal kita assume dia halalkan? Tapi mungkin ramai yang x tau lagi restoran yang dikategorikan sebagai halal & haram. So, jom kita tengok.


Restoran yang TELAH MENDAPATKAN pengesahan HALAL JAKIM ialah:

a) McDonalds
b) A & W
c) Secret recipe


~BOLEH MAKAN~

Restoran  yang telah DITARIK BALIK sijil HALAL oleh JAKIM pulak ialah:

a) Victoria Station (ala, yang jual steak tu)
a) Kam Lun Ta (ni cari gambar x jumpa)
c) Lotus Family Restoran


~DAH DITARIK JANGAN GEDIK PI MAKAN~


Restoran yang TIDAK PERNAH dapat sijil HALAL oleh JAKIM pulak ialah:

a) Kiwi Express ( x taulah jual apa)
b) San Francisco Steak House (confirm2 jual steak)


~YANG NI MEMANG XDE SIJIL HALAL LANGSUNG~

Kalau minuman pulak, COKE dengan 100 PLUS telah mendapatkan sijil halal.


~BOLEH MINUM, TAPI BERGAS, X DIGALAKKAN..HEHE~

Tau kuih bulan? Haa, kuih bulan yang mungkin dijual Noraini's Cookies, KG Pastry dan lain2 adalah halal. Tapi yang dijual oleh KAM LUN TAI telah ditarik balik sijil halalnya. Senang citer x yah makanlah kuih bulan. Kan senang. Hehe.

Kalau produk berasaskan ayam yang mempunyai SIJIL HALAL pulak:

a) Farm's Best
b) Ayamas
c) Ramly

~HAA, NI SEMUA BOLEH MAKAN~

Soalan:

Saya ingin tahu sama ada semua stall di food court suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan antara gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu sama ada semua restoran di  Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal walaupun ada yang menjual arak =(. Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California Pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie's Anne Pretzel, Cinnamon, Al-Marjan, Bong Sen, Chinoz on the Park, Dome Cafe, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffee, House of Sudanese Food, San of Francisco Steak.


Jawapan:

Gerai2 makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal Jakim termasuklah yang disenaraikan itu.

Ok, kedai roti yang telah mendapatkan pengesahan HALAL Jakim pulak ialah:

a) Baker's Cottage
b) King's Confectionary

~Roti yang boleh di ngap~

Kedai roti yang tidak pernah mendapatkan sijil Halal Jakim pula ialah:

a) Bread Story
b) Bread Talk

~Kalau pernah makan pasni jangan duk makan~

Status makanan yang disediakan oleh GIANT & TESCO ada sebahagiannya yang telah mendapatkan pengesahan sijil halal Jakim manakala JUSCO hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana JUSCO tidak pernah mendapatkan pengesahan halal Jakim secara khusus.

Tentang COFFE BEAN & STARBUCKS:

~COFFEE BEAN boleh dilantak sepuas hati~

Coffe bean telah mendapat pengesahan Halal Jakim dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah Halal

TETAPI

~NO,NO..x boleh minum~

Starbucks memang tidak pernah memohon pengesahan Halal Jakim maka tidak dapat dipastikan kehalalan produk atau bahan di tempat itu. 

Tentang ubat-ubatan:

Jenama UPHA telah mendapatkan pengesahan Halal Jakim dan telah dipastikan soft gel kapsul yang digunakan adalah halal. 

~Jangan dimakan ubat jenama ni~

Bagi jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century, tidak pernah mendapatkan sijil pengesahan Halal oleh Jakim kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walaupun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan Halal ini adalah kerana itu adalah produk import. Maka pengedar dan pengeluar bertanggungjwab mendapatkan pengesahan Halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.


p/s: artikel asal dapat dari cni, saya ubah ckit dengan penambahan gambar bagi memudahkan pembaca nak baca. Chewahh. Hehe.

nota kaki: sape berani mengaku memang x pernah tertelan makanan di atas? kalau ada maklumat baru pasal halal dengan haram share sekali...saya nak tahu...

sesiapa yang nak check sijil halal diluluskan atau tidak oleh JAKIM pegi sini:

image signature

18

Saya mahu seorang abang boleh?

Kadang-kadang saya tertanya bagaimana rasanya mempunyai seorang abang? Saya anak yang ke-3. Mempunyai 2 orang kakak serta 3 adik lelaki. Mempunyai kakak seperti along dan tira, macam biasa, boleh dijadikan teman berbual tentang kekasih hati, peneman shopping (walaupun saya selalu teman, mereka yang shopping sakan), dan jugak kadang2 paling biasa, teman bergaduh.

Mempunyai 3 adik lelaki pula, dengan perangai lain setiap satunya menyebabkan saya rasa bertanggungjawab sedikit walaupun hakikatnya saya masih manja dan berkelakuan seperti budak kecik kadang2. Jap2, is this Faina? Err, ok. Terus terang time. Saya rasa mahu seorang abang sebab saya rasa nak rasa ada abang macam mana. Ok, abaikan ayat ni.

3 adik yang kadang2 jadi macam abang saya..hehe

Saya sibuk mahu ada abang. Tapi kenapa x cakap mahu ada adik perempuan? Sebab saya jelez kalau ada orang lebih manja dari saya. Boleh macam tu? Hehehe.

nota kaki: apa perasaan ada abang eh?

image signature

20

Microwave oven? Boleh menyebabkan kamu mandul!

Sebagai student fizik, setiap sem ada benda baru yang saya pelajari yang membuatkan rambutku gugur sehelai demi sehelai bukan kerana salah pakai syampu, tapi kerana terkejut melihat rumus2 yang tertera pada buku University Physics.

Sem ni, saya kena ambik subjek TFU 3012 :Nuclear Physics. Oleh itu. Mari kita beradiasi sebentar. 2 minggu lepas, saya kena present assignment radiasi saya. Jadi, saya mahu beritahu kamu kembali apa yang telah saya bentangkan.







Tahu tentang microwave oven x? Haa, yang orang buat masak pizza, hangatkan lauk bagi mereka yang malas menggunakan  kualitu. Kalau x tau, cepat lihat gambar ini.


microwave sebenarnya dangerous...kamu tahu x?


Haaa, dah tau microwave oven? Sebenarnya kalau pelajar2 sekalian mahu tahu, bila kita letakkan makanan dalam microwave oven, makanan kita sebenarnya telah diradiasi. Owh, radiasi tu apa? Radiasi tu macam orang geletek2 ketiak kamu. Ok, saya gurau. RADIASI = RADIATION. Saya telah translate untuk kamu tanpa menggunakan google translate. Kenapa ada radiasi? Sebab microwave tu yang keluarkan radiasi.

Ok, sambung tentang makanan tadi. Bila kita letak makanan dalam microwave oven, partikel makanan dalam makanan kita telah berubah, nutrient pun dah kurang. Jadi, bila kita makan, perut kita x boleh cam apa ke benda nutrient itu (sebab dah berubah), makanya benda2 itu akan terkumpul. Makin banyak terkumpul, makin kita akan dapat penyakit yang dinamakan sebagai kanser perut. Haa, terkejut? Jadi, jangan guna selalu microwave oven.
aku x pregnant lagi sebab mandul ke?

Selain itu jugaklah, sesiapa yang makan makanan yang selalu dimasak di dalam microwave oven, effect jangka panjang ialah otak korang akan jadi lembab(salahkan makanan kalau x dapat A dalam subjek ni), lagi makanantu boleh effect korang punya system peranakan(kalau x paham, senang citer boleh jadi mandul), boleh dapat pelbagai penyakit-makit lagilah.

Owh lupa, adakah kamu tahu microwave oven sebenarnya selepas 2 tahun, kena pergi servis? Kalau x, lagi banyak radiasi yang dia keluarkan. 

Banyak lagi tentang radiasi yang mungkin korang semua x tahu. Ada yang bertanya kenapa saya wat post pasal ini? Sebab rabu haritu saya pergi ke Agensi Nuklear Malaysia(AGM). Best giler pergi sana. Memang dapat macam2 ilmu.

Jom kita tengok gambar masa pergi lawatan rabu hari tu.

ketika berhenti di R&R sungai buluh

yah, kami di AGM

classmate physics saya...~heee

nota kaki: ada kes di US, isi perut seorang lelaki masak di dalamnya sebab radiasi microwave kuat sangat.

FAKTA: radiasi microwave ada 2, di dalam dan di luar.

p/s: esok ke melaka pula untuk subjek astronomy
image signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top